Wednesday, May 1, 2013

Majlis Perasmian Dewan Dato' Chu Rahimah Kawi



Dewan Dato' Chu Rahimah Kawi tersergam megah di Kg Paya Teh Jerantut.

Dato' Chu Rahimah Kawi adalah mantan ADUN Tahan (Tembeling) dua penggal dari 1990-1999. Beliau adalah pemimpin veteran dari era Jerantut masih dalam UMNO Pahang Barat.

Dato' Chu Rahimah Kawi adalah Ketua Wanita UMNO Jerantut yang pertama. Beliau merupakan adik kepada Arwah Dato' Khairuddin Kawi seorang lagi tokoh pemimpin UMNO dan mantan wakil rakyat.

Bagi mengenang jasa Dato' Chu Rahimah Kawi maka Dato' Wan Amizan ADUN Tahan bagi penggal 2008-2013 telah mencadangkan supaya sebuah dewan baru di Kg Paya Teh diberi nama sempena nama tokoh Dato' Chu Rahimah Kawi.


Dato' Chu Rahimah Kawi melepaskan ikatan belon ke udara sebagai acara simbolik perasmian Dewan Dato' Chu Rahimah Kawi sambil diperhatikan oleh calon BN DUN Tahan.


Antara orang kampung yang hadir.



Cik Hjh Lili Mulyani bt Dato' Khairuddin anak saudara yang paling rapat dengan Dato' Chu Rahimah Kawi. Beliau juga adalah AJK Wanita UMNO Bahagian Jerantut.



PROGRAM RAMAH MESRA CALON BN DUN TAHAN BERSAMA PENDUDUK TEH EMBUN DAN PAYA TEH.

23 comments:

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing deme

Anonymous said...

Lepas PRU 13 ni ... kas cadang kita tukor nama dewan ni.... mende jasa chu selain membantu kroni dan melanyak musuh poltik dengan menyekat segala bantuan dan menafikan pemberian rumah PAKR... xpasal nak kenang orang dah expired.... kenang kejahatan demeh dengan buat memorial macam kat Mesir untuk di lontar roti busuk.....

Anonymous said...

boleh tukar nama dewan tu dgn persetujuan ramai dan wakil rakyat yang baru nanti ustaz zakuan dan sokongan dari pegawai daerah dan dr hamzah ahli parlimen jerantut. nyatakan sebab2 yang munasabah sebab nak tukar nama dewan itu. insyaAllah.

Anonymous said...

Dewan kat feri bila nak buat...padang bola pun takde...mende deme buat 55 tahun memerintah ..ke korek pusat tiap2 hari...chu rahimah berjasa kahkahkah....

Anonymous said...

Wan...,

Minta kerja kuat lagi. Baru sebentar tadi ada info calon lawan all out berikan sokongan padu, namun di sebalik pulak dah kata berpecah dua tiga, satu sokong, satu tak sokong, satu berkecuali. Apa dah politik jadi gitu.

Banir...

Anonymous said...

dicadangkan juga satu balairaya di letak juga nama Wan Amizan sebagai memperingati jasa beliau yang banyak sebagai adun taan. tempat sesuai di selimbar.banyak amat jasanya dalam pembangunan prasarana termasuk keretapi laju daripada mat daling ke singapura, jana kuasa nukliear, ekklatarur sg tembeling di kuala tahan, ladang karas di tembeing tengah dan macam macam lagi, dandirikan juga satu monumen kenangan wajah nya di pasir tambang sambil memegang keris.

Anonymous said...

Kehkehkeh.....
Jangan undi bn deme

Anonymous said...

dewan sempena mengingati zuan puteh jangan lupa buat

sheikh alimin said...

wan amizan jangan jawab fitnah orang.diamkan diri.ingatlah hadis nabi ada menceritakan ketika orang badwi memaki abu bakar,nabi tersenyum sahaja melihat abu bakar mendiamkan diri.
bila saja abu bakar membalas makian badwi tersebut,nabi terus meninggalkan abu bakar.

abu bakar mengekori nabi dan bertanya kenapa rasulullah meninggalkan nya?nabi menjawab,ketika kau mendiamkan diri malaikat yang menjawab makian tersebut.
tapi bila kau sendiri membalas makian tersebut,berduyun-duyun syaitan menghampiri dan mengelilingi kau.

kesimpulannya makian dan hinaan orang biarlah malaikat yang menjawabnya.sebab itu mendiamkan diri lebih baik dari berkata-kata perkara yang buruk!!!

Anonymous said...

tak paya nak berhadis la sangat. kome dun tahan ni akan menangkan pas. bagi peluang memerintah, awak dok rompok harta rakyat n kayakan puak awak jer. ni mula terhegeh hegeh nak mintak undi. org dun tahan yang bahlol jer ppangkah BN trip ni.

Anonymous said...

hahahah..bagi duit kita ambik, bagi gula kita kacau, tapi nak undi tak dapatdah trip ni. suh la kroni awak jer yang undi awak. hahaha

Anonymous said...

Saudara2ku di Jerantut. Saya asal Pahang tapi undi di Putrajaya. Ñak maklum lapuran terkini Husam akan menang paling kurang 5oo undi. Marilah rakyat Pahang bersama gelombang seluruh negara yang sedang hanyutkan BN. Menukar kjaan korup yang berpuluh thn menipu kita. Takbir!

Anonymous said...

Cukup la umno menipu kita dgn hujah pembangunan. Siapa jadi kjaan tugas mrk buat pembangunan. Tapi kawasan yang mundur spt jerantut terus tertinggal walaupun umno sentiasa menang. Mrk sentiasa mundurkan supaya tiap 5 Thn boleh ugut dgn janji pembangunan. Bila maju spt penang atau selangor tiada lagi hujah pembamgunan utk tipu rakyat jerantut. Cukup le.

Anonymous said...

Betul. Najib majukan Pekan je. Hampeh. Anwar ajak debat menifesto takut.

Anonymous said...

anon 2.17 pm,

hadis tu untuk orang islam bukan untuk awak sbb awak tu orang kafir yang tak percaya hadis.

sbb tu orang pas boleh makan babi bila bergabung dengan musuh islam yang nyata DAP kafir harbi!!!

Anonymous said...

memang betul tu.orang pas tak suka bila kita cakap tentang hadis sbb mereka tak percayakan hadis.oleh kerana itu pemimpin mereka buat sesuatu tanpa berpandukan quran dan hadis.sebab tu banyaknya fatwa songsang dan sesat dikeluarkan mereka.

anon 2.17 pm tu budak asli kucing mana percayakan hadis sbb dia kafir.

Anonymous said...

kehkehkeh...
Moh Undi PAS deme...
Pilihan bijak generasi berilmu & bermaklumat..

Anonymous said...

Kehkehkeh...

Moh undi PAS + BungaRaya

Pilihan generasi Bertaqwa

Lembayung Pagi said...

Kala Bn kalah pun kome terima..
Kala PAS menang pun kome terima..
Ini negara demokrasi...

Hidup bn...

Anonymous said...

Jangan lupa bantu Bunga Raya

Maju bersama ulama

PAS untuk semua

Anonymous said...

husam musa menang 500 je,aku x stuju,yg aku stuju 1500,tp tengku adonan cakap,husam hilang drposit,mmg la ckp org sombong,entah2 tengku adonan yg hilang wang ptaruhan...aku nak tengok sangat kputusan,jgn pensan sudah la tengku...hahahaha

Anonymous said...

putrajaya comfirm menang husam sb kakitangan kerajaan 80% sokong pr..di jerantutpun 70% lebih kakitangan kerajaan sokong pr. silent protes. kakitangan kerajaan byk tahu salahguna kuasa dan kerakusan wakl rakyat bn ni dalam mencari kekayaan dan menghidupkan kroni. pas tu berlagak dan langsung tak hormat kakitangan kerajaan dan buat macam kuli je. yg kerja bagus dan jujur akan ditukarkan dan diugut untuk ditukarkan.undi awal baru ni pun ramai polis undi pr.

Anonymous said...

cikgu, polis dan kakitangan awam yang sokong PR ni tukarkan je nanti dari jantet ni

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024