Monday, May 13, 2013

Apa DS Najib Dan DSD Adnan Yaakob Mahu Buat Pada 4 Parlimen Dan 12 DUN Yang Kalah?


DS Najib PM dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang merenung jauh masa depan politik Pahang.

Seronok mengundi 5 Mei 2013 dulu...tanpa fikir panjang, tanpa berfikir rasional. Terpengaruh dengar pungkor Pakatan Rakyat bahawa BN korup, tidak bersih, nepotism. Percaya pada DAP bahawa kalau semua orang Cina undi pembangkang tumbang kerajaan BN ini.

Berap...tumbang 4 parlimen dan 12 DUN di Pahang tetapi kerajaan BN tetap utuh dengan 133 parlimen, BN memerintah banyak negeri kecuali Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

Walau BN hanya dapat popular vote 47% manakala Pakatan Rakyat 50% yang lain bebas dan undi rosak tapi BN masih gagah kerana berdasarkan paling banyak kawasan PRU mengikut amalan negara Commonwealth.

Kerajaan Conservative UK pun hanya dapat popular vote 35% terpaksa bergabung dengan Labour party untuk bentuk kerajaan. Ada third force Liberal Democrat.

Di Pahang wakil rakyat BN yang berkerja kuat servis baik tapi oleh kerana pengundi percaya kepada dakyah pembangkang maka kalah dipilih pula wakil rakyat Pakatan Rakyat yang tiada servis hanya pandai retorik dan calon-calon baru.

Kalau hendak dikata sebab isu Lynas maka semua parlimen Kuantan, parlimen Indera Mahkota, DUN Beserah, DUN Semambu, DUN Teruntum dan DUN Tanjung Lumpur kalah....

Adakah 88 kerusi parlimen yang lain lagi kalah sebab isu Lynas?

Keputusan di Pahang kalahlah parlimen Temerloh dengan DUN Kuala Semantan dan Mentakab.

Parlimen Raub dengan DUN Tras kalah.

Lagi kalah DUN Triang, DUN Tanah Rata, DUN Bilut, DUN Ketari, dan DUN Sabai.

Persoalannya apa harapan pengundi-pengundi terutama penyokong BN dan juga pengundi yang mengundi pembangkang selama 5 tahun lagi di 4 parlimen dan 12 DUN yang kalah ini?

Apa DS Najib dan DSD Adnan Yaakob mahu buat pada 4 parlimen dan 12 DUN  yang kalah?

Khairy Jamaluddin kata kerajaan tidak boleh berdendam.

Mat Said MB Terengganu kata dikala Pegawai Pembangunan buat kerja di kawasan yang BN kalah apa kerja wakil rakyat PAS yang sebenarnya...

Bukan semua rakyat di 4 parlimen dan 12 DUN yang kalah di Pahang ini kaya-kaya dan senang-senang semua...tapi cara berfikir berlagak macam orang KL, orang Subang Jaya, orang Bangsar...

Kalau ada masalah mahu jumpa siapa? Hendak harap jumpa ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat tidak dapat menyelesaikan masalah. kecil-kecil masalah boleh lah, tapi sedang-sedang dan sederhana masalah, lagi berat heavy masalah?

Hendak harap projek-projek besar boleh bawa di kawasan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat ini...boleh mimpilah.

Boleh lah setakat bercakap di parlimen dan Dewan Undangan Negeri  tapi adakah isu-isu yang dibawa itu menyentuh pembangunan di parlimen dan DUN masing-masing?

Oleh kerana kerajaan negeri Pahang dan Malaysia diperintah dan ditadbir oleh kerajaan BN maka 4 parlimen dan 12 DUN yang kalah itu adalah DISADVANTAGE kerana tidak menyokong.

Tapi DS Najib itu adil...DSD Adnan Yaakob itu juga adil tidak boleh lihat rakyat Pahang yang susah tidak kira apa ideologi.

Tapi bila rakyat Pahang sendiri yang tidak ada semangat patriotik Pahang, mudah termakan hasutan dan dakyah pembangkang, percaya kepada tipudaya dan pungkor orang luar sampai buat keputusan yang melukakan hati DS Najib dan DSD Adnan Yaakob...

WZWH kira DS Najib dan DSD Adnan Yaakob pun manusia juga....hati luka tetap luka.

Menjawab kepada persoalan bagaimana mahu membantu rakyat di 4 parlimen dan 12 DUN yang kalah di Pahang.

Biasanya dikawasan yang kalah mesti ada CARETAKER yang bertanggungjawab menjaga kebajikan di parlimen dan DUN yang kalah.

Biasanya ADUN atau ahli parlimen yang menang menjadi CARETAKER.

Tapi di parlimen Indera Mahkota yang kalah DUN Beserah dan DUN Semambu, siapa yang boleh jadi CARETAKER? Sudah tentu Ketua Bahagian UMNO Indera Mahkota. 

Begitu juga parlimen Kuantan, DUN Teruntum dan DUN Tanjung Lumpur, Ketua Bahagian UMNO Kuantan boleh menjadi CARETAKER. Disamping ADUN Inderapura yang boleh diberi tanggungjawab khas.

Ketua Bahagian UMNO bersama AJK dan SAYAP perlu bangkit dari kekalahan dan cepat sembuh atau kebah dari demam dan ingauan ngeri PRU 13 lalu.

Bagaimana dengan parti-parti komponen itu kena MB Pahang sendiri memberi motivasi. Sekali sekala DS Najib perlu turun membantu.

DUN Bilut, DUN Ketari dan DUN Sabai itu tempat MB Pahang, biar DSD Adnan Yaakob mengurus sendiri.

Parlimen Temerloh, DUN Kuala Semantan dan DUN Mentakab itu tentu satu kejutan buat ADUN Lancang sebagai Ketua UMNO Bahagian Temerloh untuk mengurus. Itu cabaran, pengalaman dan pelajaran bagi beliau.

Parlimen Raub dan DUN Tras. ADUN Dong selaku Ketua UMNO Bahagian Raub dibantu oleh ADUN  Batu Talam boleh mengurus.

DUN Teriang memang selama 6 penggal dulu BN kalah, harap ahli parlimen Bera dan ADUN Guai, ADUN Kemayan boleh urus.

Tanah Rata itu ahli parlimen Cameron Highland dan ADUN Jelai sebagai Ketua UMNO Bahagian boleh jaga.

WZWH harap DS Najib perlu ada pegawai-pegawai khas atau peruntukan khas bagi memastikan 4 parlimen dan 12 DUN yang kalah di Pahang ini perlu dimanage secara profesional selain mengurus permasalahan dan keperluan juga memastikan PRU 14 nanti BN boleh ambil balik.

Adakah kita BN Pahang terlalu complacent atau underestimate kekuatan dan potensi Pakatan Rakyat di Pahang membuatkan kita kehilangan parlimen dan DUN yang TIDAK SEPATUTNYA KALAH?

Itu bukan level dan taraf WZWH untuk menjawabnya....

15 comments:

Anonymous said...

ammmm pecak .... hanya BN boleh selesaikan masalah ni..... tiada masalah yang Bn tak boleh selesaikan .... hatta bulan dilangit pun BN boleh tolong bawak turun kalau rakyat mau ....PR satu habuk pun tak guna masalah lebih kecil dari kuman pun tak boleh nak selesaikan .

Anonymous said...

ahli politik pr hanya tahu buat kecoh satu malaya.kawasan sendiri di abaikan kerana tahu penyokong mereka pak turut belaka'

hanya tahu kumpul orang dan kutuk orang.perangai macam budak kecik tak dapay coklat.

Anonymous said...

Elok gak banyak kerusi hilang di Pahang, selama ni orang kat atas rasa selesa sangat, pembangunan pun tak sama rata..

Anonymous said...

Kawasan yg dimenangi PR jangan diambil perhatian. Anak tirikan mereka. Jadikan wang hasil kutipan cukai rakyat sebagai duit UMNO. Saham2 ladang kecil LKPP yg diberi kpd rakyat yg terbukti mnyokong PR perlu ditarik balik sebab LKPP ini milik UMNO malah negeri Pahang termasuk balak, bijik pun milik UMNO. Buatlah..tiru macam Mat Said buat...

Anonymous said...

betul tu.semuanya milik umno sebab dia yang memerintah.pr memerintah pun jadi milik pr.

benda yang awok pelik sangat ni?

orang pr tak perlu di layan.mintak aje dengan pemimpin pr.jgn dok sibuk mintak tolong dengan pemimpin umno.

orang berbudi kita berbahasa.orang memberi kita merasa.kita perlu mengenang jasa.

Anonymous said...

2018 nanti PR memerintah malaysia, pr boleh buat juga, seperti sekarang, ini masa gua lu tunggu dulu yer mau dapat apaa apa.

Anonymous said...

Ini la mentality umno dulu kini selamanya bodoh...anggap harta negara harta mak bapak dia...di dunia bole la takbur tapi kalau Allah hendak tarik sekelip mata je ...pemimpin yg menyalahgunakan hak rakyat akan diazab oleh Allah...

Anonymous said...

KEBANYAKAN NYA KALAH SEBAB DALAMAN,ADA YG TAK PUAS HATI TAK JADI CALON ATAU YG DI SOKONG TAK JADI CALON. SAMPAI ADA YG KELUAR SURAT LAYANG KATA CALON BN GILA, KENA KURUNG DALAM REBAN KAMBING. ITU KERJA ORG UMNO YG DI KENAL PASTI. INI BELAJAR DARI PEMIMPIN POLITIK DARI INDON YG MATA SATU TU LAH .... KAU TAU LAH APA YG AKAN BERLAKU LEPAS INI, TAU LAH AKU NAK MENGAJAR NYA

Anonymous said...

kata negara demokerasi...suka hati rakyat nak pilih siapa pun...apa nak marah pulak....kalau bagi sesuatu janganlah mengungkit....

Anonymous said...

ada yang tergamak membuat surat layang!Kotornya si pelaku itu.

Anonymous said...

Ha ha ha....

Che Wan, kalo semua tempat kalah, deme lantik ketua UMNO Bahagian jadi caretaker, no wonder ler MCA bungkus..ha ha ha.

Salah konsep tu ..ha ha ha.

Lagi satu salah konsep, YB tukan selesai masalah Rakyat, dema tu cuma pelulus dasar aje, tukang gubal undang-undang..yang menyelesaikan Masalah Rakyat tu..Tuan DO, Tok Penghulu, Tok Empat (AkA JKKK.

BEEE END..kalo nak orang muda undi balik..kena perbetulkan orang yang Meyelesaikan Masalah Rakyat..ini tak...Rakyat takde Tanah ..tapi Tuan PeON dan Tuan SO yang keja pejabat Tanah paling banyak Tanah..ha ha ha..Ubah dulu Persepsi tu Che Wan..baru buleh Ubah Persepsi Rakyat tentang Beeee End tu..ha ha ha.

Anonymous said...

La anon ni baru tau opaernyer. Tanah yang disukat atas plan jer. Konon tunjuk pancang batu. Bila sukat betul tarik tali adaler tanah yang tersepit. Ropanyer tanh tuler yang menjadi hak milik tanpa tuan, senyap2 jadiler soper hok aok sebut tuh jadi tuan pion, tuan dio atau tuan Yang Berkhianat. Samalah dengan "tuan tanh kedaung" segala hasil mahsul yang terbina dan telah dibina akan menjadi hak mutalak tuan2 sekalian...

Anonymous said...

anon 2.58 pm,

yang kau merepek ni kenape?kau menghina gus dur yang dah mati ni siapa ajar.mak bapak kau ajar ke?

tiada angin pokok tak bergoyang.aku orang gusai aku tahulah.tapi bukan gila,cuma tekanan perasaan masa tu.berpura-pura gila sebab nak tukar ke hilir sebab dah tak tahan duduk di ulu.

kau apa tahu?kau siapa nak ajar orang?kau ingat orang takut kat kau.kau hanya samseng kampung kiol.

wan amizan yang kena fitnah bertahun-tahun tak melatah macam kau.kalau tak ada ketahanan mental tak usah masuk politik.

puak-puak kontraktor dan saudara mara mat lan kerat wan amizan di dun tahan ada wan amizan melatah macam kau?

keselak sangat boss dapat jadi ahli parlimen dah nak tunjuk samseng.ingat orang takut sedang kau tu.kalau jantan tunjuk muka kau sebenarnya.

Anonymous said...

Kehkehkeh...
Tempat hok bn menang pun tak sedang mana bantuannya....
Mimpilah sokmo deme....

Anonymous said...

tobat x nye kesah dah ke org di bwh ni,deme nye pakat balun ckup2 weh..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024