Ahli parlimen Jerantut (bersongkok) dan ADUN Tahan (berbaju batik), kedua pemimpin ini bersemangat dan berjiwa besar mahu membangunkan ekonomi dan politik Jerantut. Majoriti besar PRU yang diberi adalah bukti harapan tinggi orang Jerantut terhadap mereka.
PRU sudah lepas. Di parlimen Jerantut dan DUN Pulau Tawar, DUN Damak serta DUN Tahan semua sudah menang.
Sekarang pedulikan retorik apa pembangkang mahu kata...
Juga pedulikan apa pemimpin nasional mahu kata...
Orang Jerantut mahu tahu apa blueprint @ perancangan pembangunan yang ahli parlimen dan 3 ADUN mahu tunjuk pada orang Jerantut?
Ahli parlimen Jerantut janji kepada orang Jerantut mahu sebuah universiti di Jerantut. Ya itu bagus. buat masa sekarang Jerantut hanya ada Kolej komuniti, kolej ADTEC itu hanya peringkat sijil dan diploma.
Jika ahli politik Lipis mahu sebuah universiti yang menawarkan pengajian Mining Engineering kerana kesesuaian Lipis daerah lombong emas dan besi maka...
Di Jerantut yang sangat sesuai sebuah universiti atau kolej atau polyteknik yang menawarkan kursus berkaitan ecotourism sesuai dengan Jerantut ada Taman Negara.
Pada asasnya ahli parlimen Jerantut perlu memikir macamana mahu cari pelaburan terutama dari swasta supaya melabur di Jerantut dalam apa-apa industri supaya :
- Pertumbuhan ekonomi Jerantut meningkat.
- Mewujudkan peluang pekerjaan bagi orang muda.
Pembinaan perumahan mampu milik bagi orang muda Jerantut perlu diusahakan banyak dibuat.
Apa projek-projek infrastruktur dari Putrajaya yang ahli parlimen boleh bekerjasama dengan berbagai kementerian untuk dicurahkan ke Jerantut.
Banyak benda boleh dibuat oleh ahli parlimen Jerantut sebenarnya.
Bagi ADUN Damak dan ADUN Pulau Tawar yang memasuki penggal ke 5 dan 4, kalau tidak mahu buat apa-apa pun tidak mengapa sebab sudah banyak penggal dah menjadi wakil rakyat.
Cukup sekadar follow up apa yang kerajaan atau Felda janjikan terutama rumah generasi baru Felda.
Adun Damak perlu buat sesuatu yang meninggalkan kenangan manis terutama buat pengundi Melayu yang memenangkan beliau. Disamping menjaga kepentingan pengundi lain-lain.
Bagi ADUN Tahan AKU JANJI yang dijanji perlu dikota dan ditepati.
Sasaran projek-projek infrastruktur RM5 bilion perlu dicapai bagi penggal 2013-2018 antaranya:
- Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa1 dan fasa 2.
- Projek Jalan Ulu Tembeling - Kg Pasir Raja Terengganu.
- Projek Jalan Sg Lembing -Jerantut.
- Projek-projek ECER.
- Projek Hidroelektrik Sg Tekal.
- Projek Mini hidro.
- Projek-projek Pembesaran Kampung.
Projek berbilion-berbilion juga, tapi kehendak orang kampung yang kecil-kecil permohonan tanah 3 atau 4 ekar, saham Felcra dan Saham Ladang Yayasan Pahang itu MESTI dapat.
Jangan lupa pengikut dan penyokong yang setia...pastikan mereka dapat disamping orang kampung dapat.
Insyallah PRU 14 BN Jerantut menang lebih besar lagi!.....
24 comments:
Kas ingat lagi. Belum pru 12 lagi, urg ulu tembeling dupok nak bagi 6 iker tanoh sebab susuh amat hubungan. Urg kg pagi, kualer tahan dupok nak bagi tanoh 3 1/2 - 4 iker, urg alik ilir nok bagi 3 iker. Alih urg tarok tanoh, pastuk nyer katak nok buat ladang olih kerejaan. Loh sapai ari nih kome tarok aper lagi. Ni pulok nok mintak undi pru ke 14 pulok. Aperlah nasib kome ni undi bn umno senalar nih...
Sikit2 nak unibesiti. Permintaan nak unibesiti kat Jantut nak buat apa. Berlambak dah uni di Mesia nie...graduan2 pun tak kurang pengeluarannya dari kilang2 akademik Mesia nie..cuma tak dapat kerja je sebab kualiti uni dah macam tadika. Sapa2 je boleh masuk unibesiti. Saya ibaratkan permintaan unibersiti Wan Zurit nie sama macam permintaan orang kampong tahun 60an dulu. Sikit2 mintak balairaya hinggakan tiap2 kampung ada balairaya. Yang pasti menghuni balairaya ialah lembu dan kambing tumpang berteduh. Janji dapat balairaya, berguna ke tidak itu lain perkara. Kesian org Jantut
KERAJAAN PATUT BANGUNKAN JERANTUT SEBAGAI PUSAT EKONOMI PELANCONGAN DAN IKS YANG BOLEH EKSPORT SAMPAI KE LUAR NEGARA..
Pada saya pelan induk dan pelan tindakan ahli Parlimen dan Adun-Adun misti berasaskan kepada kepentingan dan faedah untuk Barisan National Jerantut. Diikuti dengan dasar dasar dalam semua kategori 'pembangunan' yang akan membantu pegerakan Barisan National khasnya dan kepada pengundi Jerantut amnya.
Kajiaan teperinci pasti diadakan dengan segera untuk (out of the box) isi kandungan, langkah dan sasaran dalam pelan induk dan tindakan.
Inilah barisan yang ikhlas berjuang. Siap serta berkubang untuk hasil bumi. Andaikata kami sudah berpeluang merembat hasil bumi, tak perlulah kamu bersusah payah lagi meminta apa lagi yang kamu mahu dan yang masih tinggal. Inilah keistimewaan orang atau pemimpin politik berhak dengan ertikata menipu rakyat. Lagi banyak projek lagilah banyak menyusul dalam kantung, tak kiralah samada projek mega, super, LA liga atau sebagainya. Rembatlah dalam tempoh akan berlaku sehingga lima tahun lagi. Wallahulam.
otak penuh karat.suka berprasangka buruk!INILAH KUALITI OTAK BANGANG.
akusokong anon 11.33 diatas,bukan itu caranya nak menjaga rakyat,aku sokong buat hospital tercanggih sahaja di jrtut ni unibersiti aku x sokong,sbb di phg sahaja dah banyak unibsiti,cara nak jaga rakyat,bg rakyat ekonomi dulu bg perut rakyat ramai kenyang dulu pas tu baru la buat prjek mengeyang ke geng2 awak pulak,sbb nak sokong awak adalah rakyat bg menang pilihanraya,bukan nye projek2 yang awak rancang atau dah buat, untuk memenag ke awak,mesti manusia yang mengundi,so bg kenyang manusia dulu, ada faham?pas tu awak nak mati dalam projek pun kami x kisah,janji jaga kepentingan rakyat marhain ni,pendapat anon 11.33 bukun bangang cuma dia menyindir kepada ape yang berlaku pada tahun yang lepas,memang betul sebab 2 saya sokong dia.
awok sokonglah sebab awok pun bangang jugok!
Anon 1:06 betul bagi rakyat ekonomi dulu...tapi sebelum mudahkan ekonomi rakyat kena pastikan segala infrastruktur-infrastruktur yang relevan kena disediakan. Apa yang penulis blog ini bentangkan itulah penyediaan infrastruktur-infrastruktur memudahkan ekonomi rakyat disediakan dan dikembangkan.
infrastruktur dah ada WALALU PUN TIDAK SERATUS PERATUS,tekan kan projek jalan ke hulu tembeling dulu bg cepat siap,pas 2 jgn pkir prjek lain dah,terus buat keje prjek ekonomi semua penduduk kg di dun tahan terutamanya,dun lain dia pkir la sendiri nabil,termasuklah ekonomi org asli di dun tahan jgn bg dia org makan biawak n labi2 lg
Senag citer. DUN ni DUN lubuk emas atau angsa emas telor emas. Jika tidak, msakan hinggakan sanggup menyembah sembah durhaka dengan mewakil walikan empat tok rempat kononnya dia ni sangat berjasa kepada agama dan negara. Orang DUN ini sangat memerlukan dia untuk rembat projek lubuk emas. Aok cakap dan bahasa politik mana aok tahu. Aok dapat 2%, tapi dia dapat 42% dari kemasukan projek mega. Makin buncitlah perut, makin pendeklah leher. Sebab apa kemudahan nak ke ulu nih susah, jadi bajet kena lebelah banyak2. Bukti2 nyata lain ada kontraktor konon berjaya, tayang merce depan rumah, dan kereta mewah, tapi sebatang cangkul dan pengali habok pun tarak. Apa jenis manusia, nak sokong otak berkaratlah, apalah. Fikir2lah, kas tak tolak pembangunan, tapi pembangunan memudahkan deme merembat kekayaan hasil mahsul kurniaan Allah, mana dan apa rakyat marhaien dapat!!!
Anon 11:33pm, Dukacita dimaklumkan bahawa satu rambangan diri dari rampaiyan contuh fikiran yang kolut, minda kejahilan, nafsu kecurigaan dan anti kemajuan diselimuti dengan penuh keraguan.
Dengan ertikata satu permikiran 'menghukum sebelum memeriksa' penuh dengan sangsi kepada apa dipandang. Saolah kepada mereka yang bercakap besar kerana kurang daya jatidiri untuk bersaing dengan orang lain dan juga tidak boleh berhamoni dengan masyarakat.
Kas tak pandai dan bukan orang politikpun. Tapi kas taklah "buta politik". Kas bukan cakap takbur, dua tiga patah gone tulis kas tahu apa maksud tersirat. Ini bukan takbur. Ini sebahagian kurniaan Allah SWT kpd kas untuk memikirkan apakah hasil pembangunan untuk pembelaan rakyat di Ulu Tembeling. Takanlah sepotong kayu balak yang menyembah bumi, rakyat Ulu Tembeling hanya makan debu dan air keroh semata-mata. Orang politik boleh terbang dengan menggunakan pengangkutan udara dan melayang dengan boat laju, tapi orang Ulu Tembeling masih lagi wet kabir dengan pengayuh menggerakan sampan timbar sayung untuk mencari ikan. Itu pun ikan yang mendiami lubuk2 diharamkan untuk ditangkap. Walhal itulah hasil untuk darah daging orang ulu ni membesarkan zuriat dan kaum keluarga hingga boleh menjadi dan bergelar "Yang Berkhianat". Faktor mudah untuk orang ramai diberitahu di sini jangan ambil hasil sungai sebab di sini ada hantu. Di sini balak tak boleh di ambil sebab kawasan tadahan hujan. Jika begitu apa nak dikatakan. Maka senanglah pihak polis jika berkerja tak payah nak keluar meronda mengesan jenayah, risikian keselamatan dan lain2, tulis sahaja di papan peringatan "di sini jangan mencuri atau melakukan jenayah" sebab polis tak datang di kawasan ini. Minta jangan perbodohkan pengundi yang telah disampulkan dengan warna "kelabu". Wallahualam.
Wan & The Gang,
Aku sekarang dah mula nak buat audit terhadap YB Che'gu Nazlan. Dan aku mintak sahabat2 kat Jerantut pun tolong buat audit sama.
Perkara pertama yg perlu kita check ialah keadaan rumahnya, bininya, kemudian pereksa berapa biji kereta yg dia miliki dan catat juga apa jenama kereta beliau pakai sekarang.
Kemudian menjelang PRU14 nanti, kita buat audit sekali lagi. Pereksa bilangan rumahnya, keretanya, jenama keretanya, bil bininya...dan jika ada sedara mara kat Pejabat Tanah, tolong tengok juga berapa hektar tanah yg dia milikinya. (Nak check bukan susah sangat...semasa dia bayar cukai tanah, maka kerani pejabat tanah boleh merekodkan jumlah gerannya)...
Kalau harta dan bininya tak bertambah dan kalau bertambah pun sepadan dgn pendapatan melalui elaun Ahli parlimen yg kira2 RM7,000 sebulan. Maka kita mesti angkat tabik kpd YB kesayangan org kg Sokti ini...
Wan tolong jgn salahkan aku bab nak menaudit ini...sebab berdasarkan pengalaman yg lepas kadang2 tak sampai habis 1 penggal 'wajah' YB2 UMNO dah mula tak kenal diri...
alaa x yah audit2 la ,dia org bukan nak dgr cakap awak pun,masa dia rompak,dia rompak jgk,dia org apa peduli kat awak,sudah jadi tabeat mana leh ubah dah weh..
Wakil Rakyat manusia biasa nak bergaya juga nak hidup senang juga. Lebih baik anon 1:00 audit harta benda sendiri.
ha3,bodo statement seorang cikgu macam ni,nampak sangat kurang cerdik,yerla awk takut orang audit harta2 awk sekali,eh,ada ke tuan,lain kali jadila penulis blog yang bijak tuan,jadi seorang pemikir bukan pengampu,tula kalau hukum hakam agama taknak ambik tau,patut hantar ke mesir awk ni bukan ke uk
Che'gu Wan,
Aku dah buat audit tentang harta benda yg aku miliki. Alhamdulillah, setakat yg aku tau, harta yg aku miliki ini memang bersih dan drp punca yg bersih.
Aku rasa dgn apa yg aku miliki ini memang menasabah dgn pendapatan aku. Aku memulakan kerjaya dgn gaji permulaan RM1,000 dan 31 kemudian, gaji termasuk elaun aku meningkat sehingga aku dikenakan cukai pendapatan RM60,000 setahun. Semasa bersara drp perkhidamatan, aku cuma mampu memiliki sebuah banglow (dibeli pada 1989 dgn harga RM122,000 melalui pinjaman bank), 6.71 ekar tanah kebun (beli pd 1986 melalui pinjaman koperasi), dua buah kereta (Merc E240 terpakai RM80,000 dan proton baru RM56,000 dibeli melalui wang EPF), sebuah R.B.Walit bernilai RM140,000(EPF) dan wang tunai RM850,000 (EPF).
Dgn penjelasan ini aku berharap, tiba giliran Wan, YB Dompok, YB Dr Sikri dan YB Che'gu Nazlan utk mengistiharkan harta masing2. Ada berani...???
Kerayan gitu gaye je la orang jantet ni....
Tak payoh la mimpi nak bukak university....
cer usahakan air free 20 meter padu macam selangor bagi sekarang ni....
Sungai pahang sebeso ke Ada takkan tak boleh bagi ye dak?
Selangor hok keluo tibi hari2 Kata tak Ada air pun boleh bagi takkan la jantet tak boleh pulak kan?????
harta aku takyah audit.sebab harta akan di audit di akhirat nanti.harta haram terjun neraka,harta halal terjun syurga.
wat apa nak sekarang?audit pun banyak tipu,senang lepas!
ini orang kaya kau bising-bising merapu-rapu.tuduh rompaklah,tipulah,rasuahlah.apa ke hal?
kau sedang itu juga.miskin harta kaya dosa mengumpat dan memfitnah.dogol punya orang.
aku ni dahh jadi jutawan pun aku tak heboh2 tunjuk kaya dalam blog ni.gondol punya orang.
Aku respek abis akan Habib Iskandar ni. Dia baik sebab dia beketurunan orang yg paling mulia..Ahlul Bait.
Cuma satu saja yg aku tak setuju dgn dia...Mengapa dok pilih UMNO, parti kebangsaan sekular tu. Kan ada parti Islam yg memperjuangkan Islam. Majoriti para2 ustaz menyokong dan menjadi pendokong kpd parti ini. Takkan para2 ustaz ni bodo2 belaka.
Manakala UMNO dianggotai oleh ramai 'BUDAK2 NAKAL'..kaki minat dangdut, kaki lepak malah ada yg kaki 'munum'. Ini bukan aku yg kata. Yg cakap ini ialah DYTM Raja MUda Perak..
aku sokong kebenaran.yang salah tetap salah.yang betul tetap betul
macam ni lah
saya kerja biasa je gaji murah
boleh ke saya nak jadi kroni umno? proksi?
dengar ceritanya boleh jadi kaya
guna je nama saya jika dato'-dato' sekelian dah takde tempat nak parking harta
saya ni tak kaya lagi
hutang keliling pinggang
kesianla ke saya
sewa rumah, ansuran kereta, bil air api astro, makan minum, sekolah anak dsb
tapi, saya nak tanya...time kat akhirat nanti macamana?
boleh ke pakai kroni jugek?
sekian harap dapat balasan
MERABUS DAN PULAS.
Post a Comment