Thursday, May 16, 2013

Orang UMNO Jerantut Kena Banyak Bersabar....Kena Banyak Belajar Tasauf!


DS Najib telah keluarkan senarai Menteri Kabinet petang semalam dan pagi tadi DSD Adnan Yaakob MB pun telah keluar senarai EXCO Pahang.

DS Najib dan DSD Adnan Yaakob seperti bersetuju  dengan pandangan WZWH sebelum ini bahawa Jerantut tiada dalam senarai sila klik sini.

WZWH amat faham perasaan penyokong-penyokong ahli-ahli politik Jerantut ada yang kecewa dan marah kerana pemimpin-pemimpin mereka tidak mendapat tempat dalam jawatan kerajaan Putrajaya dan Kuantan.

Walau UMNO dan BN Jerantut yang serba kekurangan namun prestasi PRU 13 UMNO dan BN Jerantut adalah yang terbaik dalam Pahang walau kita tidak ada Menteri, Timbalan Menteri, EXCO mahu pun Senator.

Kita UMNO Jerantut perlu mengucap tahniah kepada ahli-ahli politik Pahang yang lain mendapat Menteri, Timbalan Menteri dan EXCO. Diharap agar jawatan tinggi kerajaan ini menyemarakkan semangat UMNO dan BN dalam setiap parlimen yang kalah serta DUN-DUN kalah menang kembali PRU 14.

Kepada parlimen dan DUN-DUN dalam negeri Pahang yang menang semua dan mendapat Menteri, Timbalan Menteri, dan EXCO, tahniah diucapkan semoga menambah lagi motivasi.

Yang sebenarnya bila Jerantut tidak dapat apa-apa jawatan dari DS Najib dan DSD Adnan Yaakob itu adalah pengiktirafan yang paling tinggi untuk UMNO dan BN Jerantut sebab tanpa itu semua Jerantut sangat dipercayai tetap kuat dan 'fixed deposit' BN Pahang.

Ya itu janji kita orang UMNO dan BN Jerantut pada PRU 14 nanti insyaallah majoriti parlimen Jerantut akan bertambah lagi dari 7000 ke 10,000, begitu juga DUN-DUN yang lain bertambah majoriti.

Tidak kah itu yang nenek moyang mengajar kita orang Jerantut semangat juang yang tinggi dengan budaya sayang negeri Pahang ini beratus-ratus tahun dulu. Jika nenek moyang kita boleh bersabar dengan kesusahan dan jerih perih perjuangan kenapa kita cucu cicit tidak boleh bersabar...

Kita orang UMNO Jerantut kena tunjuk kepada orang Pahang bahawa itu budaya politik kekuatan kita yang bebas dan merdeka, tetap berjalan tegak bangga dengan usaha-usaha kita, namun untuk menyembah sesiapa hingga menjatuh maruah kita tidak sama sekali.

Kita orang UMNO Jerantut tahu tempat kita mundur perlu banyak pembangunan bagi menaikkan taraf hidup orang Jerantut. Banyak lagi infrastruktur-infrastruktur yang kita perlu bina. Itu yang kita orang Jerantut mahu.

Tidak ada guna kalau jawatan Menteri, Timbalan Menteri, EXCO diberi kepada Jerantut tetapi tidak dimanfaatkan untuk membangunkan Jerantut.

Percayalah dan yakin dengan pandangan WZWH bahawa tanpa jawatan-jawatan kerajaan itu semua kita orang UMNO dan BN Jerantut boleh buktikan pembangunan yang kita mahu selama ini akan lebih banyak mencurah ke Jerantut jika dibanding dengan tempat-tempat lain.

Itulah kekuatan, kelebihan dan kebolehan kita orang Jerantut yang sebenarnya...

Kepada orang UMNO dan BN Jerantut serta orang Jerantut yang masih marah, tidak puas hati kita perlu banyak bersabar....kena banyak belajar tasauf.

Tasauf adalah jalan mendekati Allah. Buang sifat yang buruk dan ambil sifat yang baik ke dalam hati kita. Jangan kita berprasangka buruk kepada orang lain. Kita kena selalu postif. Kalau orang menginaya kita, jangan kita menginaya orang.

Jika 25,000 ahli UMNO Jerantut bersih hati, kuat iman dan bertaqwa...Allah akan memberi kita rezeki yang melimpah ruah...dan kita orang Jerantut perlu bersyukur.

25 comments:

Anonymous said...

ﻛﻬﻜﻬﻜﻪﻛﻬﻜﻬﻜﻪ

Oleh kerana ayahanda marah....
Ayahanda akan dijual sepenuhnya....
Harta benda ayahanda akan dirampas

Kutukandewata said...

pantun untuk orang jerantut.

pinggan tak retak,
nasi tak dingin,
pusat tak nampak,
negeri tak ingin.

p.ramlee bertumbuk dengan ketua hantu kubur.ketua hantu kubur cakap,ooohh...main kasar ye?

ketua hantu kubur cabut gigi palsu dan tiup trompet.maka keluarlah barisan exco hantu kubur dari dalam kubur.ada yang berbalut kepala,ada yang bertopang ketiak,ada yang kudung kaki.tengoklah filen pendekar bujang lapok.

tahniah kepada exco lama yang terus dilantik.keunikan umno pahang memberi kelebihan kepada anda untuk terus di lantik walaupun terkonteng-konteng seorang diri di parlimen masing-masing
termasuklah menteri besar sendiri.

jenderal luka parah terus memimpin bala tenteranya.tentera hantu kubur!!!

Cheguman said...

Hiba benar aku baca posting ni. Sbg seorg yg pernah bersama pemuda umno jerantut aku rasa artikel ini wajib dihantat kod tok nan.

Cheguman said...

*hantar kepada dato Adnan

Anonymous said...

J'tut fixed deposit BN, sebab tu pemimpin negara dan negeri buat tak endah jer... Next PRU kena kasi gegar sket.. Baru diorang celik....

Anonymous said...

Orang bn jantet semuanya hang tuah
...
Sebab tu yes belaka.

Kala Ada ciri2 hang jebat sikit...
Alamat kena pancas la jawabnya

Anonymous said...

D jerantut fh ramai org kaya..
Tk jadi exco pun jantut berkembang pesat.

Anonymous said...

Buka matalah ghodong2 kas seme. Acer gon tinguk di kawasan Jantut ni aper benda yang taknyer ader. Semenyer ader belake. Dari ikan sungei, bijeh besi. emas perak, batu granaid, kayu balak hutan dara hatta anak dara ader belake. Sabit tuler tuk Ziz dan tuk Nan tak tinguk muke tuk wokil Jantut ni. Tuk Ziz bukan due tige ari duk di negeri Pahang ni, jat mule lahir sampai ke ari ni nyer tahu amatler kawasan Jantut memberikan kelebihan kepade tuk wokil kawasan ni. Tuk Ziz dah fahang sanget, sabit tu die lantik Dato Kj adi mentegheri Belia, tinguklah saper pulak ketua pemuda bahagian ni pulak merangkap timb ketua bhg pulak. Es esh maaflah yer lain dibibir lain dihati...

Anonymous said...

Mamat Hindraf & Minah Mubaliq Kristian lebih penting dari Orang UMNO Jerantut!

Anonymous said...

haaaaa...jgn perasan leee aurang jlantut...kami yg datang memajukan jlantut....nieeee tanye Latok Ah Chap.. Latok LIm Mamak...Latok Lah Icap...

Anonymous said...

betoi2...deme org jrantut nieeee perasan jeeeeee.

Anonymous said...

Kalau tidak dapat menjadi kelah raja di hulu jeram, jadilah seluang pantas berenang di muara sungai nan luas terbentang....

Ir. Wang Somang

Anonymous said...

org jantut melayu pandir,org cina cerdik dia cakap x mau jawatan menteri,itu politik dia bijak,soi lek cakap begitu dia sudah bg isyarat kepada org melayu bahawasanya pada pru 14 memang tiada pun org cina yg menyokong bn dah,semua lari ke pakatan rakyat,tp politik umno bn tak nampak kearah itu,asyik nak becakau sesama sendiri aje tau nye.bodo x habis2.85 peratus melayu akan menyokong pakatan rakyat pada ketika itu

Anonymous said...

Tak ada penting pun jadi exco atau menteri pusat bagi orang bawahan ...yang keloh orang gila projek je....ang penting orang jantet usir dulu pendatang tak di suruh datang yang mula nak jadi kan jantet daerah baru dorang seperti Temerloh dan Lepeh nyatanya Anak Jati Pahang BANGUN DARI LENA ...SELAMATKAN TANAH DAN HAK ANAK JATI PAHANG ...PASTIKAN ORANG LUAR JANGAN NAK MENDAPAT TANAH .....BEZAKAN PARTI DAN JATI DIR MASING

Anonymous said...

Wan dah lupa. YB Dato' Syed Ibrahim baru dilantik jadi exco...beliau org Temin.

Anonymous said...

Kimma nak mohon jawatan kabinet,umno jerantut tak nak ke?he he he.

Anonymous said...

jantut jgn bg tanah pada org luar awak ckp?siapa yang nak tahan?sekarang saya mahu naik ini sampan siapa mahu tahan sama aku ha..ini pendekar pinang sebatang hahaha...dlm film PBL mcm tu la jantut sbenarnye...

Anonymous said...

Kimma... apa tu? melukut!

Anonymous said...

...kesian cik jamil......
...kesian.....
...kesian.........

Anonymous said...

wzwh ajak org umno blajar tasauf ??!! Kah6. belajar tasauf ke tersauk (rembat).aku rasa wzwh nak beritahu org umno jerantut supayta belajar tersauk (renbat) balak, lombong bijih besi dan projek. kah3

Anonymous said...

Wan Zurit,
Dari tulisan awak nampak jelas bahawa awak tidaklah berjuang untuk tokey awak semata2 namun perjuangan awak hanya demi rakyat Jantut. Awak saperti kata awak dahulu akan delivery Jantut dan tidak sesekali berkehendakkan tokey awak dapat jawatan tinggi kerana awak tidak ada sebarang agenda melainkan untuk kesejahteraan org Jantut. Sungguh mulia hasrat awak menandakan bahawa org UMNO bekerja bukan untuk habuan semata2 tetapi sanggup delivery free2 saja. Syabas Wan Zurit

1300-88-2525

Anonymous said...

KALAU HAJI NAZRI MP TENTU JADI TIMBLAN MENTERI.KALAU DIA ADUN TENTU EXCO.TP SAYANG DIA TAK BERTANDING SO DIA JADI HANTU KUBUR,MEMANCAS SEMUA SEMUA ...HAHAHAHAHA TAHNIAH HJ NAZRI,DO,LAABAK,BASRI KERBAU.AANDA BERJAYA.TP INGAT..SPRM SUDAH BERADA DIJERANTUT UTK MELIHAT KONTRAK KONTRAK YANG DIBERIKAN KEPADA KRONI YANG MENCANTAS CALON BN BERTANDING.HRAP DIAORANG BERJAYA DENGAN BUKTI YANG SEMEMANGNYA SEMUA ORANG DAH TAU


-KONTRAKTOR YG ASYIK BELI BORANG TP KEJE TAK DAPAT DAPAT

Anonymous said...

kalau saya bertanding mejoriti lebih 7000.nak tergelak dengar kawan cerita kenyataan haji nazri andaikata dia bertanding parlimen

Anonymous said...

SUDAH TAKDIR.ORANG JERANTUT MASIH MUNDUR SEMUNDUR DAERAH NYA.SBP,SMT PUNTAK ADA, YANG ADA HANYA TAPAK DI BUKIT RANG, DAN TAPAK UNIVERSITI DI KUALA TAHAN.JAMBATAN TELAH DI BINA SIAP TAPI TAK DAPAT DI LIHAT.TENGOK LAH WAKIL RAKYAT NYA BERHUJAH DI DEWAN, MACAM MANA AGAK NYA. DAERAH LAIN DAPAT JUGA EXCO, JERANTUT DUA PENGGAL TAK ADA EXCO.MUNGKIN ADUN JERANTUT TAK ADA STANDARD, ADUN CINI PUN TINGGI STANDARD NYA BERBANDING ADUN JERANTUT, MAKA NYA TIDAK LAYAK DI LANTIK EXCO. APA TUNGGU LAGI... WEH.

Anonymous said...

anon 1146 17,2013. Mu fikir lain, tang stendat, tapi adun tahan fikir lain pasai pukit. Jika exco kena fikir macam2 seluruh negeri Pahang. Jadi wokil bawahan ini tak perlu fikir banyak. Kamu tak faham, disini ramai kenkawan kata lubuk emas. Jadi itulah dia fikir. Tok Nan dan tok Jib pun tahu. Tak payah tanya. Pasai budak "Nora", ini susah sikit sebab ramai mambang yang jaga dia. Jika sorang senanglah nak ambil "Nora"...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024