Tuesday, April 30, 2013

Gempur Jentera Pemuda dan Puteri DUN Tahan...




JENTERA PEMUDA DAN PUTERI DUN TAHAN SEDIA UNTUK MEMASTIKAN BARISAN NASIONAL TERUS MENGUASAI DUN TAHAN DAN PARLIMEN JERANTUT KHUSUSNYA...

AYUH SEMUA..GEMPUR...!!!!

Untuk pengetahuan, perhimpunan konvoi bermotor Puteri dan Pemuda dari Felda Padang Piol 160 peserta dan 150 lagi peserta dari Felda Sg. Retang....!!



JENTERA PEMUDA DAN PUTERI DUN TAHAN SEWAKTU LAWATAN RUMAH KE RUMAH DI FELDA PADANG PIOL

LAWATAN RUMAH KE RUMAH DI FELDA PADANG PIOL




Jentera Puteri melawat peneroka Felda Padang Piol sakit dan uzur.


Photo

Selesai sudah lawatan rumah ke rumah di Felda Sg. Retang bersama Datin isteri CALON DUN TAHAN. Sambutan di sini sangat meriah.




Di sebelah kanan, Datin calon DUN Tahan adalah seorang juru kempen berkeyakinan dan persuasive  sedang berucap menjadi idola Jentera Puteri DUN Tahan melawat 400 lebih rumah peneroka di Felda Sungai Retang.


DATO WAN AMIZAN WAN ABDUL RAZAK BERSAMA GERAK GEMPUR PEMUDA DUN TAHAN. Kereta perisai ini boleh bergerak dan berbunyi...kreativiti pemuda DUN TAHAN.

32 comments:

Anonymous said...

Salam WZWH dan MUT...,

Rentetan dari ANEH DAN NGERI TELAH MENJELMA – Bhg 2.

Baharu seminggu selepas aku menulis. Selepas penamaan calon di P81 pesaing diantara calon2 bertanding oleh penggerak masing2 kelihatan hebat sekali. Limpahan bendera parti2 politik beraneka warna dan bentuk hampir menenggelamkan terus bandar kawasan pusat P81. Kini bendera bersama gerak kerja tersusun terus mengalir ke hulu ke hilir. Tak pernah sesekali berlaku sedemikian cuma bermusim, itu pun lima tahun dalam tempoh lakunya takhta ditambah kerana ada insan kononya memerlukan bantuan. Jika tidak semasa sihatnya siapa ingin menjenguk. Ziarah itu bagus dalam Islam digalakan ziarah sesama insan apatah lagi sewaktu ditimpa musibah. Namun kehadiran secara serangan menderu merdidih dari jentera gerak gempur dirumah orang sakit, mungkin orang itu bukan bertambah sihat malah bertambah “sakit”.

Seperkara yang tidak dipandang remah, kita yakin dan percaya akhlak dididik awal oleh para ibu bapa, tetapi bila dah diluar kawasan rumah siapa yang harus dipertanggungjawabkan!!! Jika pemimpin diktakan ambil alih peranan menggunakan khidmat tenaga jentera gerak gempur, maka itulah yang sepatunya berlaku. Cuba lihat dan perhatian posting gambar2 terbaru, kelihatan anak2, muda mudi mungkin Melayu Islam telah memberikan pos istimewa masing2 dengan menunggang dan membonceng motosikal dengan terlalu rendah “akhlak”. Mungkin disuasana sedemikian ada pihak penguatkuasaan undang menjalankan tugas, apakah akan terjadi kepada jentera gerak gempur ini. Sudahlah diyakini, “konvoi” tanpa permit, tanpa menghormati undang2 dan peraturan lalulintas hatta keselamatan diri sendiri dan juga pengguna yang lain. Tanpa segan silu dan tambah bermegah pun ada kerana kehebatan majoritinya tidak memakai topi keledar, apatah lagi yang berkereta tali pinggang keledar langsung tidak “disentuh”. Percayalah jika sebeginilah didikan berterusan politik, maka kita tunggu disuatu ketika nanti politik tidak lagi menjadi ukuran, bahkan ia boleh menjadi ugutan yang amat menggerunkan kepada pihak2 yang berkepentingan. Pernah disuatu ketika dahulu, disebuah negeri, kehebatan jentera gerak gempur ke hulu ke hilir dengan bendera “biong-biong, biong-biong” ditambah dengan gelak hilai tawa jerik pekik, weh weh, woi woi, sepanjang hari tempoh berkempen sehingga ke waktu subuh. Senyap seketika, mungkin mereka “solat subah sajadah” di pagi Jumaat.

Percayalah langit tidak selalu cerah, awam mendung terus berarak terus menajdi hitam kelam. Maka hilanglah riwayat sebuah negeri itu jatuh ke pihak lain. Allah maha mengetahui.

Maaf, adalah pemerhati setia Banir.


Anonymous said...

Gempur le..pakatan jua dihatiku

Anonymous said...

Kehkehkeh...

Anonymous said...

Moh undi PAS
Salah satu ciri Orang bijak

Anonymous said...

Kuikuikui....
Moh undi PAS deme
Jangan pangkah dacing

Anonymous said...

kehkehkeh......kohkoooo...

Gempor lah weh....namun ketetapapan telah kas buat, kas percaya yang lain telah dibuat termasuk atas pagar, kome hanya pakoh Zakhuan, yohanis , dr jamaludin dan Dr. Hamzah. Ini kali lah. No to Wan amizan, yelek to laulee. berderu lah deme kehulu kehilir....hati kas tetap tak berubah untuk mengubah ini kali lah.


Wzwh bersedialah untuk berhijrah ke ulu rajang.

Anonymous said...

gempur rumah ke rumah ni dah jadi kempen lapuk.lawat org sakit disaat begini menyebabkan orang bertambah meluat n nampak sgt tiada keikhlasan sb org tu sakit dah lama.time nak undi baru terhegeh hegeh nak pegi.itu lah kesilapan BN dalam kempen. ceramah juga dah tak ada org nak dengar. dalam kepala fikiran dan hati setiap pengundi telah ada target undian masing2. tak perlu juga nak berarak beria sgt patutnya. cukup sekadar menyelesaikan masalah apa yang ada je. yg penting jgn bagi org meluat n menyampah. yang sakit akan bertambah sakit kalau dgn cara begini. yang dah meluat akan bertambah meluat.

Anonymous said...

Wan Zurit
Kempen naik motor, lawat penduduk rumah kerumah, ziarah orang sakit ketika dekat piliharaya dah dikira taktik lapok dah. Tak tahu lah kalau orang Jerantut masih makan umpan pancing lama nie. Tempat lain perbuatan saperti ni boleh jadi bahan lawak org kampung saje. Awak tak rasa kesian ke kat org Jerantut kalau mereka masih makan umpan awak nie?

Anonymous said...

Kesian sayap wanita.....
Langsung Takde penhargaan...
Susah payah memancing undi selama ini...
Deme buat macam kain buruk je.....

Ye lah.....
Kala orang no 2 pun deme boleh buat tak cakne....
Mende la sangat hak de bawoh ni dak?.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Wanita ada Jalinan Rakyat ada peranan yang tersendiri.

Dalam pilihanraya jentera mesti jumpa pengundi. Berkempen dan merayu...kalau jumpa ada kebarangkalian dapat undi, kalau tidak jumpa kebarangkalian tidak dapat atau tidak.

Yang penting jentera bekerja jangan duduk saja goyang kaki dan berpeluk tubuh.

Anonymous said...

puteri umno tu suh belajar dulu bagi habis baru lah boleh nak berpolitik. org pas tanya dasar satu dua pun ah tak tahu nak jawab. sebab apa sokong BN pn tak tahu nak jawab. niat mandi wajib pun tak reti. tu lah puteri umno. nampak sgt g kempen sb nak berpeleseran. tu lah puteri umno yang tak berilmu. umno mmg dah rosak sgt dah. tapi org atas yg asyik di kerusi empuk tak sedar diri lagi. kerajaan dah nak bertukar tapi tak sedar diri lagi. ulama di keji dan dihina. ni bala Allah pada UMNO. tapi tak sedar juga lagi.

Anonymous said...

Org bodoh je dlm bn umno...mahathir kata..

Anonymous said...

Jangan undi bn deme

Anonymous said...

Kehkehkeh
MOH undi PAS deme
Pilihan bijak generasi berilmu

Anonymous said...

angkuh takbur riak dah jadi pakaian puak seluar dalam putih dan puak penyembah jubor.

menang sorak kampung tergadai!

Anonymous said...

Allah maha kuasa. PAS meang insyaAllah.

Anonymous said...

telah dikenal pasti pengkianat umno.

senarai ahli umno pengkhianat.
mereka buat kerja mengerat calon umno dun tahan:

1.ketua puteri hartini.
2.basri kerbau balar
3.labak kontraktor tamak haloba
4.nizam mat amin su bilik logistik.

mereka inilah pengkhianat parti.

Anonymous said...

Kas masih ingat lagi dalam blog kutukan dewata siap dia menghinanya tengku azlan sampai tak ada rasa hormat dah kat tg azlan. Siap panggil tg azlan dgn nama azlan abu bakar aje dan mengelarkan puak dan kroni dato ramlan dgn gelaran dubuk2 pariah. Perasaan marah tu timbul sebab masa tu nama wan amizan dah macam tenggelam. Bila puak dia bertanding senyap sunyi tak ada doh komen apa2. Mcm lah puak-puak dia org ni hebat dan baik2 belaka. Macam ni ke nak suruh org mengundi puak awak. Ini lah yg di namakan politik. Kas pun rasa dah tawar hati utk mengundi BN buat kali ni.

Lembayung Pagi said...

Undilah PAS..
Pilihan terkini lagi sensasi..
Ustaz Zakhuan Calon terbaik...
Majulah dun tahan bersama PAS

Anonymous said...

Dun Damak undilah calon BungaRaya

Parlimen undi PAS

Moh deme weh

Pilihan berwawasan berintegriti

Lembayung Tengahari said...

Kahkehkihkohkuh...

Hahehihohu...

Kiukiukiukiot...

Anonymous said...

Kehkehkeh...

Lupakan yang lain

Undi PAS + BungaRaya

Pilihan generasi tawadduk dan khusyuk

Lembayung Pagi said...

Kala bn kalah pun di dun tahan ..kome dah bangga....
Kome dah banyak bawak kemajuan ke dun tahan ni...Dun tahan sifar Miskin...

Hidup bn..

Anonymous said...

4 ekor beruk yang mengerat tu org tak pakai dah cakap dia, jgn bimbang. semua org menyampah dah pada beruk 4 ekor tu. minta wzwh sebarkan aktiviti dan cara 4 ekor ni yg mengerat dun tahan, biar semua org tahu.

Anonymous said...

ni bukan bab kerat mngeratla,bodo bckp,nak spin sokmo macai sekor ni,dema gempurla setara mana guna puteri dan putera yang tak cukup umur bg 10rggt sorang blh la wei,klu harap org muda jgn harap la,adala sorang dua tebabas tu pun sb byar lebih cikit,guna dut rakyat dan harta bumi pahang blhla,masih x nmpok lg ke

Anonymous said...

yang 4 ekor tu duk kerat wat pa? kalau tak sokong pun duk diam je la.

Anonymous said...

Kehkehkeh...

Moh undi PAS + Bunga Raya

Negara aman tanpa Dacing

Anonymous said...

bukan nye 4 ekor berok tu je yang mengerat banyak lagi berok2 lain yang mengeratnye di dun tahan tu,mati lah awak datok...

Anonymous said...

harap ke putri umno kempen aku x harap sangat,membeso ke kopek boleh la dgn ngabih ke boreh hahahaha

Anonymous said...

sapa yg tahu beruk2 umno yang mengerat tolong laporkan nama disini bagi semua org tahu talang 2 muka ni. org yg tak kenang budi.

Anonymous said...

Sudah tiba masa pangkah aku wt pas, ini kali la ubah...

Anonymous said...

basri kerbau balar tu utama nya anak beranak dia semua sokong pas terang-terang. ingatlah adun bn semua....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...