Tuesday, April 16, 2013

Siapa Calon Yang Diumumkan Itu Tidak Lagi Penting Parti Lebih Diutamakan




Hari ini DSD Adnan Yaakob MB Pahang akan mengumumkan senarai calon-calon parlimen dan DUN negeri Pahang.

Berbagai spekulasi siapa calon berlegar di merata-rata tempat di Jerantut. Semua 63,000 pengundi Jerantut mahu tahu.

Sudah tentu hati calon-calon potensi berdebar-debar apa lagi bila penyokong calon tertentu memprovoke bahawa calon pilihan berjaya jadi calon membuatkan emosi penyokong calon yang lain terganggu emosi.

WZWH sudah sampai satu peringkat yang tenang bila memutuskan siapa calon yang diumumkan itu tidak lagi penting parti lebih diutamakan.

Keghairahan bahawa calon yang kita suka mahu diangkat itu normal tetapi pada akhir analisis siapa calon yang diumumkan itu tidak lagi penting parti lebih diutamakan.

Sebagai contoh Dr Shukri sangat berminat dengan kerusi parlimen Jerantut. Beliau berusaha melobi dengan cara beliau. Penyokong beliau sangat ghairah.

Begitu juga Wan Amizan sangat berminat dengan parlimen Jerantut kerana agenda besar beliau mahu transformasi Jerantut dibantu oleh WZWH. Pengikut Wan Amizan yang majoriti terdiri golongan muda yang membentuk 60%  dari 63,000 pengundi Jerantut begitu ceria buat macam-macam program di Jerantut.

Jika pucuk pimpinan memilih contoh Ahmad Nazlan Idris bekas Gurubesar sebagai calon parlimen Jerantut PRU 13 maka ahli UMNO Jerantut semua kena akur.

Pengikut Dr Shukri dan Wan Amizan jangan kecewa sampai mahu sabotaj parti. Itu tidak betul dan salah. Bukan kerana Dr Shukri dan Wan Amizan tidak terpilih bertanding parlimen Jerantut maka DS Najib dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang tidak mengiktiraf kepimpinan mereka berdua.

Ahmad Nazlan Idris perlu membuktikan kepada DS Najib dan DSD Adnan Yaakob bahawa pemilihan beliau sebagai calon parlimen Jerantut berbaloi dan 'worthwhile'.

Cabaran pertama ialah memenangkan Ahmad Nazlan sebagai ahli parlimen Jerantut mengalahkan Dr Hamzah Jaafar calon PAS.

Cabaran ke dua pula mengtransformasikan Jerantut maju dan membangunkan sebagaimana agenda yang WZWH mimpikan...

Yang paling penting sekarang memenangkan Ahmad Nazlan sebagai ahli parlimen Jerantut PRU 13.

Kita semua orang UMNO Jerantut seramai 21,000 orang  adalah orang parti. Yang penting kita mesti pastikan parlimen Jerantut, DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak menang.

Kalau kalah parlimen....itu bererti tidak ada makna perjuangan WZWH.

Yang kecewa kerana tidak tercalon mungkin DS Najib dan DSD Adnan Yaakob akan memberi kedudukan dan keistimewaan di tempat-tempat lain.

WZWH masih ingat lagi pada tahun 1995 ketika Kamaruzaman Baria dicalonkan bertanding parlimen Jerantut, di Pejabat Daerah Jerantut semasa Hari Penamaan Calon...Ahmad Nazlan menarik WZWH ke tepi bangunan Pejabat Daerah sambil menasihati dan mengingati WZWH...

"Zuri awak orang muda...kena ikut arus jangan ikut rasa hati kerana Dato' Wan Abu Bakar digugurkan bertanding parlimen awak terpengaruh dengan dorongan mahu sabotaj parti"...

Ya...WZWH ikut nasihat itu berkempen bersama Kamaruzaman Baria dan TETAP mengundi UMNO dan BN walau keputusan di DUN Tahan itu akhirmya calon parlimen BN kalah majoriti 900 undi!


UPDATE Calon parlimen dan DUN-DUN Jerantut secara rasmi PRU 13:

P.81 - JERANTUT : AHMAD NAZLAN BIN IDRIS 
N9 - TAHAN : WAN AMIZAN BIN WAN ABDUL RAZAK
N.10 - DAMAK : LAU LEE
N.11 - PULAU TAWAR : DR. AHMAD SHUKRI BIN ISMAIL

Ini bererti WZWH akan fokus memenangkan DUN Tahan. WZWH kira parlimen dan DUN Pulau Tawar serta DUN Damak ada jentera masing-masing.

WZWH ucapkan selamat berkempen kepada semua jentera...

Jangan biarkan calon pilihan anda kalah....kalau kalah seperti nasib yang menimpa Arwah Cikgu Halim Yunan di PRU 1999 DUN Tahan sungguh menyedih dan melukakan hati...

Calon yang kalah....boleh sengsara hingga bawa mati...

47 comments:

Anonymous said...

Kalau parlimen jadi rebut bukan perkara mustahil pengundi Jerantut juga amat berminat melihat Calon PAS mewakili Parlimen Jerantut. Pemerhati Politik Jerantut (PPJ)

Anonymous said...

Assalamualaikum Bloger-bloger semua! Aku punya hemat semua calon ADUN dan Parlimen Jerantut yang diwakili BN akan tersungkur buat kali ini..tak percaya Tungu dan lihat sajalah. Arus perubahan dah nampak di Kuala Tahan, Sungai Retang, Pulau Tawar, Gelanggi dan juga di Ulu Tembeling. Baru-baru ni kaweh mudik ke hulu terkejut perut dibuatnya...Bendera Bulan setiap rumah..WAW Cayalah orang kampung keh...Wa tabik u.

penyokong UMNO said...

undilah calun pas di dun tahan,pulau tawar juga parlimen,jgn lupa jatuh kan lau lee, bukan mereka mereka ne yang sahaja yang bijak dan baik di jerantut,semua kaki balun duit, balun balak, balun tanah, balin bijih besi dan lain lain, hendakkah kita bakal yb bn ne akan mengamuk mencari kekayaan dgn cara menyalahguna kuasa nanti, sejarah dah membuktikan, berapa kaya nya wan mizan sepenggal menjadi yb, berapa kayanya shukri 3 penggal jadi yb, hinggakan bayar hutang berbelas juta juga membina hospital swasta dapat di lakukan, juga lau lee, berapa banyak harta di luar negara di kumpulkan, begitu juga ahmad nazlan akan menjadi rakus selepas menjadi yb nanti, lihat lah, jadi jangan pilih mereka.

Anonymous said...

Sama-sama kita perhatikan UMNO BN akan tumbang dibandar Jerantut ini Insyaallah. Tidak salah anda mengundi PR utk perubahan, ini kalilah!

Anonymous said...

keh!keh!keh!

undi pasmemang masuk syurga,undi bn masuk neraka!!!

Anonymous said...

najib bodoh pilih nazlan.duit kedekut se sen pun tak menyumbang kepada parti.
bertanding ajk bahagian puntak pernah menang.berhenti kamaruzaman baria dia pun hilang dari umno selama 8 tahun.baru nilah kulan bodoh angkat dia jadi ketua penerangan.lepas tu dolah majid tah siapa-siapa desak datuk nan ambil nazlan jadi calon.datuk nan bodoh pun akur.

najib memang bodoh tak reti pilih calon.

Anonymous said...

Redha aje la sape2 yg dicalonkan....jgn sabotaj...tu bkn cara yg islam anjurkan....tp kalau yg dicalonkan kita tau tidak bersih maka mnjadi tanggungjwb kita utk menolaknya....kpd wan zamzuri yg bertungkus lumus bekerja menaikkan wan amizan....redha la kerana kita tidak selalu dpt apanyg kita inginkan dlm dunia ni....anda telah merasa sepenggal berkuasa dgn dato wan....org lain pun nk merasa jgk....lps ni boleh la tumpukan masa yg sepatutnya kpd anak2 murid kt sekolah yg agaknya terabai kerana cikgunya aktif berpolitik walaupun cikgu graduate belum dibenarkan aktif berpolitik secara rasmi...ekekekeke

Anonymous said...

Luahkan isi hati anda tentang pembanguna DUN Tahan dan Parlimen Jerantut untuk tatapan DUN yang kita undi nanti
http://padlet.com/wall/s2toqia5be
http://padlet.com/wall/9gweqydl6l

Anonymous said...

KITA MESTI DENGAN SEMANGAT
BERTEKAD DENGAN SELURUH JIWA
HIDUP KITA UNTUK ISLAM
BENCI KEJAHATAN
BENCI KEROSAKAN
ABU TETAP ABU
ABU
ABU

Anonymous said...

Pas jua pilihan hatiku

Anonymous said...

bila bulan pilihanmu, ia juga pilihanku. Jgn pakoh dacing senget.

Anonymous said...

Jerantut milik Pakatan. Majoriti 1ooo. Cukup le.

Anonymous said...

Letaklah calon muda & bersih...

Ahmad Shah Jamlus pilihan kami
Orang muda....

Anonymous said...

Hj Nazlan, belum jadi yb pun dia dah kaya raya macam2 harta dapat kerana aktif dalam umno selama ini.

Sekarang, kawan2 dia dari umno (Datuk Abdullah bin Abd Majid salah seorang) sedang mencongak2 utk mengisi poket masing2 jika Hj Lan menang. Utk kesenangan mereka dan keturunan mereka. Goyang kaki tapi kaya.

Sudahlah, hentikan semua ini.

ahli umo said...

pangkah lah calun pr kali ne, yang di calunkan ole najib dan adnan bebal ne semua pencuri, perampas harta rakyat, serupa jer denan adnan ne yang kaya raya keluarganya, anggap harta negeri pahang ne harta bapak dia. sewenang wenangnya mengunakan duit hasil negeri untuk kepentingan peribadi juga keluarga dan kawan dia

Anonymous said...

jangan cepat kecewa wzwh...belum umum lagi tu....sempat lagi ngeteh ngan dompok....

Anonymous said...

P81 Jerantut - Ahmad Mazlan Idris

N.9 Tahan - Wan Amizan
N.10 Damak - Lau Lee
N.11 Pulau Tawar - Bin Ismail


Tahniah... selamat bertanding!

Anonymous said...

salam semua,tahniah cikgu nazlan parlimen jerantut,berhati2 ramai pemerhati politik menjangka kan dia tersungkur,tahniah dtok wan amizan dun tahan pemerhati politik meramalkan anda juge tersungkur,tahnaih dtok lau lee dun damak,permerhati politik melihat dalam air pinang muda anda juge mungkin tersungkur dan tahniah dtok dr shukri dun p tawar rakyat menjangka anda mungkin menang tipis, selamat bertanding pru 13

Anonymous said...

ok la wzwh....walaupun puas awok melobi dompok utk parlimen jrantet..
tak berjaya...kali ni cuba lobi nazlan pulok...mana tau dia menang awok boleh jadi pengarah PPD....

Anonymous said...

pilih pr lah, barisan calon bn semua jenis nak kumpul kekayaan belaka, bukan poket dia je, poket hak tumpang tui pun banyak nak kena bubuh, letih, rakyat juga papa kedana

Anonymous said...

kalau itu macam ini negeri pakatan rakyat punya la,minyak ada turun,tol tarak payah bayar,ptptn budak punya kasi free la,ini butut ka? wa punya keleta hali2 hantam wang 50 linggit mampuih la ini macam ma,aji u butut2 cakapla...

Anonymous said...

Style Dato' Nan Mentadbir mungkin akan menghancurkan BN kali ni...tiada perubahan drastik mengikut kehendak akar umbi. Masih muka lama walaupun tiada kalibar, ditolak atau mumpunyai masalah. Bukan sekadar Jerantut malah semua kawasan. Hanya berselindung dengan bidak2 sahaja dan tiada memanda Mmenteri atau pahlawan berkuda diketengahkan melawan musuh yang semakin menyerang. Pentadbiran negeri pun sama....ketua2 jabatan tok nan masih lgi letak orng lama yang dah berpencen...lihatlah Aspa, LKPP, PKNP, PKBF, Tioman, Pasdec , Yayasan dlll lagi. Mcm mana nak maju...kini BN pulak...hai nasiblah lah orang Pahang. Yang selamat klu BN menang ...Tok Nan jugak kan...tak ada org berkalibar nak saing dia. WZWH tak nak komen k?

Anonymous said...

PR menang 7 mei minyak turun. Jgn tuduh pakatan kempen populis. Bn bagi brim tu bkn populis? Eleh..

Anonymous said...

Tahniah WZ... Walaupun tak berjaya sebagai calon. Dan Tuan anda masih kekal di dun. Selamat berkempen.

Anonymous said...

Isteri cikgu nazlan org kg pagi, dia pun pernah jadi guru di situ, dato wan amizan berjiwa besar, beliau akan membantu sedaya upaya

Anonymous said...

cikgu nazlan sombong, berlagak, dah jadi calon baru terhegeh2 nak menegur2 orang, jangan harap kokme nak bagi undi

kalau kokme undi ke aok, aok juga yang makin kaya, kokme tak dapat mende juge

Anonymous said...

kehkehkeh

jangan undi dacing weh

pas kuat

Anonymous said...

orang kiri kanan pengipas hj nazlan jangan lah angan2 sangat nak dapat duit sedebuk mcm itu hari, cukuplah dah dapat sekali

Anonymous said...

para-para pengomen seme.....jgnla sakat sgt wzwh skrg ni...dia tengah merajuk tu......tolong la pujuk sikit........
bertahan la di DUN tahan dompok weh....boleh main jetski lagi ngan wzwh....

Kampong man said...

salam Wan,

Kampong man berharap rakan KM dato Syed Sis dapat bertanding di Pengerang dimana projek RAPID sedang giat dilaksanakan berdasarkan beliau adalah saorang jueutera bertauliah (Ir).Alhamdulillah,beliau di calonkan di DUN N 39 di Tanjung Surat.

Berkelulusan B Sc Civil Engineering ,University of Glasgow awal 70 han zaman kami di Glasgow.Spouse KM graduate di University of Strathclyde,B Sc Architecture dan M Sc Architecture ,Dundee University selepas itu, tempat Wan.

Harap UMNO/BN dapat menang di Indra Makhkota dan Kuantan.Selamat berkempen dengan baik dan kita hormati siapa yang menang,adat pertarongan.

Rakan KM Sakmongkol di Raub tidak akan berdepan dengan Dr Ng Yen Yen lagi.
Bro Aspan nampaknya apa masih belum lagi dicalonkan,kesian jugak.Beliau harus kurang menghentam idola KM Tun Dr Mahathir.Insyallah BN akan menang BESAR kali ini daripada PRU 12 dulu.Cheerio..

Anonymous said...

kehkehkeh

sang sapurba said...

ramai sangat merepek kat sini.

dun tahan - wan amizan menang majoriti 1420 undi

dun p tawar-dr shukri menang 1900 undi

dun damak- lauli kalah 1120 undi

parlimen - dr hamzah menang 1600 undi.

undi parlimen:

dun tahan - bn kalah 600 undi

dun pulau tawar- bn menang 2100 undi

dun damak -bn kalah 3100 undi.

inilah hasil risikan aku selama 2 tahun ke belakangan ini.

selamat mengundi!!!

Anonymous said...

KM,

You do sound like you are facing your Maker soon.

Thanks.

Anonymous said...

Anonn 10.04

So are all of us surely including you anytime.Mahathir gonna be 88 this june.Thanks.

@ Kampong man

Anonymous said...

hj nazlan dah cukup berharta, nak bagi dia makin loaded ke

Anonymous said...

Jerantut goyang.
Deme nk bg undi pembangkag bkn sebb pembangkag.deme dah x nk ke Lau lee.sukri .wan mizan..nazlan xdek jentere. Habis!!!!

Anonymous said...

bagi ke pembangkang je lah, walaupun dr hamzah tu darah kelantan, tapi lagi baik dari anak pahang yang jenis mengumpul harta kekayaan

Anonymous said...

bagus lah tu.deme begaduh. ..kome mmg nak PR menang. ..ekekeke

Anonymous said...

Kg man berharap rakannya dato sis jadi calun dipengerang kerana projek RAPID bukan untuk berkhidmat kpd masyarakat. Inilah penyokong Tun Madey yg kuat. Penyokong projek.

Anonymous said...

sikit sangat kalah dun tahan tu,parlimen BN kalah 8500 undi,damak kalah BN 2500,tahan BN kalah 1500 undi,pulau tawar menang tipis 800 undi,selamat berkempen n mengundi,dun tahan jaga2 weh juta2 peluru penabur sampai,kome ust zakuan kali ini,tak pernah tukar dari tok nenek,kali ini labur banyak mana pun tukar tetap tukar,undi lah bulan weh,

mrsmall said...

selamat berjuang wzwh.. tak cukup jentera dun tahan kas boleh supply...

budak padang piol said...

anon 5.58 ni nampaknya angkuh sangat.cakap tak ada fakta sokongan langsung.aku ni baru nak berjinak-jinak nak undi pas.tapi tengok penyokong pas semakin takbur dan angkuh tak jadi pulak nak undi pas.perangai yang dibenci allah tu la yang dia orang buat.islam ke bende?islam taik kucing puak pas ni.

Anonymous said...

bukit depan pusat serenti jerantut gondol....tu tanah sapa punya? panggil TV3..tanya tanah sapa tu....orang melayu kat jerantut nak dapat tanah pun susah...

antiGunakabel said...

ada sorang budak pas tu, mudah je dapat tanah, ooo....dia ada kabel dekat pejabat tanah, ceh! mengata musang gigi serpih

gaJah said...

Hahehihohu

Kahkehkihkohkuh

Kiukiukiu

Anonymous said...

Budak padang piol..engkau memang tahi umno x usah nak menyamar lahhh....engkau x undi insyaallah orang lain bagi undi kat Pas.Takbir1!!!...

Anonymous said...

Sometimes seasons reasons some shoes is probably[url=http://niketrainersuksale.webeden.co.uk]Nike Blazers UK[/url]
temporarily will not have the cabability to[url=http://tomscanadaoutlet.snappages.com]Toms Shoes Sale[/url]
wear such shoes we must[url=http://addnikecanadastore.snappages.com]http://addnikecanadastore.snappages.com[/url]
properly put both of them[url=http://toplouboutinuksales.webeden.co.uk]Christian Louboutin UK[/url]
contained in the[url=http://louboutintrainersuk.blog.co.uk]http://louboutintrainersuk.blog.co.uk[/url]
right position in order to avoid unnecessary damage of shoes[url=http://salelouisvuittonuk.webeden.co.uk]Louis Vuitton Bags[/url]

However if the insole is actually bad, [url=http://cheapnikeblazersuk.webeden.co.uk]http://cheapnikeblazersuk.webeden.co.uk[/url]
it was going to could do with a soft brush and water gently scrub. Should be noted that,[url=http://justlouboutintrainersuk.webeden.co.uk]Christian Louboutin Outlet[/url]
avoid using chemical soaps cleaning, or some might make the insole surface of cloth off.[url=http://shoppradabagsuk.webeden.co.uk]Prada Sale[/url]

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...