Monday, April 22, 2013

Ramalan WZWH PRU 13 parlimen Jerantut

Hari ke tiga kempen bagaimana prestasi parlimen Jerantut dan tiga DUN iaitu DUN Pulau Tawar, DUN Damak dan DUN Tahan?

Tinggal lagi 12 hari lagi masa yang diperuntukkan. Bagaimana Jentera parlimen, Jentera DUN Damak, Jentera DUN Pulau Tawar dan Jentera DUN Tahan?

63,000 pengundi parlimen Jerantut, 23,000 pengundi DUN Pulau Tawar, 27,000 pengundi DUN Damak dan 13,000 pengundi DUN Tahan akan mengundi pada 5 Mei 2013.

Berikut ramalan WZWH:

Parlimen Jerantut

Oleh kerana calon BN Cikgu Ahmad Nazlan 55, bekas Guru Besar di beberapa sekolah di daerah Jerantut , anak tempatan yang mengenali segala lapisan masyarakat, berperwatakan warak dan bersih maka WZWH kira majoriti pengundi akan memberi peluang kepada calon baru Cikgu Ahmad Nazlan.

BN menang majoriti 4,000 undi.

DUN Pulau Tawar

Ini majoriti kawasan pengundi peneroka Felda. Walau ada generasi baru Felda merungut masalah isu perumahan, beberapa posting blog WZWH telah menerangkan dengan jelas bahawa Felda sedang membina rumah generasi baru Felda dengan beberapa bidang tanah yang telah dikenal pasti dan mencari potensi tapak.

Dato' Dr Ahmad Shukri menang majoriti 4500 undi.

DUN Damak

Amat jelas Pakatan Rakyat sudah berpecah di DUN Damak bertanding empat  penjuru. Pakatan Rakyat meletakkan calon PKR maka calon DAP sudah merajuk dan bertanding bebas, calon bebas yang dulu bertanding atas tiket PKR PRU 12 kali ini bertanding.

Dato' Lau Lee menang majoriti 2000 undi.

DUN Tahan

Pengundi DUN Tahan masih mahu Dato' Wan Amizan membawa banyak pembangunan dan kemajuan dan sudah terbukti trek rekodnya yang cemerlang.

Dato' Wan Amizan dijangka menang majoriti 2500 undi.

Semua ramalan WZWH itu boleh direalisasikan jika sekiranya semua jentera bekerja dengan lebih kuat lagi.

Semua 21,000 ahli UMNO Jerantut perlu bersatu termasuk parti komponen. Kita semua undi 1BN.

WZWH faham masih ada ahli-ahli UMNO yang masih meratapi dan mengenang calon-calon favourite yang tidak berjaya menjadi calon. 

Nasihat WZWH bila mengundi nanti kalau ahli-ahli UMNO ini tidak suka pada calon parti maka pejamlah mata dan ingat DS Najib terus X di kotak calon-calon BN.

Jika kita marah kerana calon kita tidak terpilih lalu kita dengan emosi X calon-calon Pakatan Rakyat baik di DUN dan parlimen...percayalah cakap WZWH bila kita keluar dari bilik mengundi kita akan rasa bersalah dan menyesal kerana mengkhianati parti.

Ingatlah...

Kalau kalah Cikgu Ahmad Nazlan BUKAN Ahmad Nazlan kalah TAPI UMNO yang kalah BN yang kalah...

Kalau kalah Dato' Dr Ahmad Shukri BUKAN Dr Shukri kalah TAPI UMNO yang kalah BN yang kalah...

Kalau kalah Dato' Lau Lee BUKAN Lau Lee yang kalah TAPI UMNO yang kalah BN yang kalah...

Kalau kalah Dato' Wan Amizan BUKAN Wan Amizan yang kalah TAPI UMNO yang kalah BN yang kalah...

Kalau bukan WZWH pada siapa lagi 63,000 pengundi parlimen Jerantut mahu mendengar pandangan politik?

64 comments:

Anonymous said...

Kehkehkeh

moh undi pas

islam sebenar

Anonymous said...

KALAU MENANG SHUKRI MAKA MENANG LA NORDIN WAHID,KALAU MENANG NAZLAN AKAN MENANG LA CIKGU NIZAM,HJ ROSDI,KAMARUZAMAN BARIA,WAN BAKAR DAN AKAN HANCUR LAH UMNO.KALAU MENANG LAU LEE AKAN BAHAGIA PENGUNDI DUN DAMAK,KALAU MENANG WAN MIZAN AKAN MENANG LA HAJI RAHOMI POSMEN

Anonymous said...

WZWH nk bertanya knp delete komen pasal cikgu nizam,haji rosdi,sopi,tini?kalau ianya fitnah knp perlu takut?adakah itu kenyataan?tolong jawab pengudi jerantut inginkn kepastian

Anonymous said...

WZ satu perkiraan atas kertas yang pasti memihak kepada BN.... adakah aok dah berjaya menyakinkan ahli UMNO dan pengundi atas pagar yang nyata keciwa dengan percaturan calon di Jerantut yang statik dan x berani melakukan perubahan. Bagaimana dengan orang muda first voters? Jentera kempen di kampung kampung memain isu nasioanal hingga terlupa apa kehendak masyarakat desa. Ramalan ahlul nujum BN Jerantut akan jadi serupa ramalan ahli nujum Sharif dol.... jangan kecilkan lawan anda.....

Anonymous said...

jgn nk berangan la wzwh..ini kali lah..TUKAR

Anonymous said...

Kalau awk buat ramalan dgn majoriti yang lebih kecil dr yang awk tulis tu, mgkn la realistik jgk wzwh

Anonymous said...

awok kira mcmana zuri?awok ikut kepala hotak awok yang duduk d bando,kome duk di kampung tak moh dok ke dompok tu, awok tau tak?awok cakap d bandar,orang kampung menyumpah ke dompok hari2

Anonymous said...

bn tu lah hak menangnya

Anonymous said...

betul jge kata anon d atas 2,wan zuri membodek,kalau wan amizan kalah,maka teeerjejas lah projek hidro elektrit sungai tekai berjumlah 3 billion tu projek wan zuri dgn wan mizan, orang dun tahan semua sudah tau weeh,jom pangkah bulan demeh,

Anonymous said...

Kehkehkeh

Anonymous said...

ape kehkehkeh je komen la panjang sikit

Anonymous said...

kehkehkehkeh tu tengah mengawan dengan kambing borr.kehkehkehkeh yang dah tak betul sebab pelir kena siplis.

Anonymous said...

masyaallah nanguzubillah

Anonymous said...

anon 1 41 x tdo lg ke?

Anonymous said...

WZWH,

RAMALAN AOK ITU BENAR ATAS ASUMPSI AOK TAPI ADA KEKURANGAN NYA.
AKU, SETELAH MENGAMBILKIRA BEBERAPA FAKTOR DALAMAN DAN LUAR, AKU MENGJANGKAKAN KEPUTUSAN NYA ADALAH:
1.CIKGU NAZLAN MENANG TIPIS KEPADA DR HAMZAH, FAKTOR UNDI DUN P. TAWAR.
2. LAU LEE KALAH KEPADA PR KERANA UNDI CINA BELAH BAHAGI ANTARA LAU LEE DENGAN CIK GU KOH. UNDI MELAYU MAJORITI KEPADA CALON MELAYU PR.
3. WAN MIZAN KALAH KEPADA PAS KERANA ORANG DAH MUAK DAN TEMBELANGNYA.
4. DR SHUKRI MENANG BESAR KERANA TRACK RECORD NYA KERJA CEMERLANG.

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing deme ..

Anonymous said...

deme nk tgk dompok jd tan sri undilah umno... ce tgk yb PR yg mne memerintah 2, 3 penggal xkaye mcm yb umno.. sepenggal dh kaye amat... fikirkanlah...

Anonymous said...

dompok kalah pn xpe, cita2 dh tercapai 70%, pengampu zurik dh dpt kete, macai die seme dh dpt habuan... xjd yb pn boleh hidup... ye dok WZWH.. jgn ingt kmi org jerantut xthu..

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing deme

Anonymous said...

kome nak zali mezah jadi calon..

Ini Kalilah said...

Kalau Parlimen BN kalah, itu salah jentera UMNO. Kalau DUN Damak, Pulau Tawar atau DUN Tahan BN kalah, itu salah pimpinan yang pilih calon yang dah terkenal dengan tak buat kerja atau rembat tanah orang kampung.

Anonymous said...

tukarla dema,dok pangkah ke dacing habuk pun takde,yang banyak dapat golongan pengampu je,kroni dan puok2 dema je,BN kayakan puok dema je,orang muda cerdik doh,tgk tv3 dan baca utusan rosak pemikiran org2 tua dan rakyat je,ni bkn zaman mahathir beli suratkabor hok dema syok sndiri tu,undila pas untuk kebaikan anak muda kita nanti.

Anonymous said...

Kehkehkeh

Anonymous said...

Keh..keh..keh... Dah menang dah BN .. tak payah lah susah susah berkempen. Jom ke Kuantan berkempen.

Anonymous said...

Dengou juger calon tu nok peghabih 11 jota duit Malaysia bagi tojoan ontok menang GE13 kerne duit toh katernya doh berantu sanget doh nok keluar meronter kepanasan dalam pukit katernyer nok bantu pengundi sepeya undi kedie juger. Tapilah, bini diaer pun katernya baru2 nih dah dimasokan 20 jota duit Malaysia, sebab katernya takotloh kalor aper terjadi selepas GE13 tok buleh nok cari makan doh kaloh kene masuk ke dalam!!!!

Anonymous said...

calun2 bn banyak sejarah.
kalau pergi kuantan banyak cerita untuk dun bn.
kesimpulan kata, tak payah hormat sangat walaupun derma 10 juta kat masjid.
hitam sangat cerita mereka ni.

Anonymous said...

Kehkehkeh

moh undi pas

islam sebenar

Anonymous said...

ada sokmo dia

Anonymous said...

nak heran apa.dia gila menulis kat blog.oleh kerana bodoh piang dia hanya tahu tulis yang diajar oleh boss dia.sebulan dapatlah 1000rm.lepas dah duit beli ekor dan main mesin buah.

Anonymous said...

Wan,

Dgn ketiga2 DUN dimenangi BN maknanya BN memperolehi majoriti, 2500 + 2000 + 4500 = 9000. Namun, Wan meramalkan BN cuma menang di kerusi Parlimen dgn majoriti 4000. Mana pergi 5000 undi lagi.

Wan2...kalau nak meramal biarlah namapak menasabah sikit. Mintak gasing toyong perbetulkan sikit angka ramalan Wan ni. He3X

Mat Periba.

Anonymous said...

org pas mana reti beli ekor dan main mesin cakap baik sikit

Anonymous said...

Pas menang sume Parlimen Jerantut.
Asal Bukan Cap Dacing

Tukar Saboh member kawe ni 7hb lagi, biar dekat sikit dgn Kiram nampak comel amat posing ari tu......

BAPA SAUDARA WZWH said...

BELUM MEMERINTAH LAGI DAH ADA NIAT NAK MENUKAR ORANG KE SABAH.KAU INGAT NEGARA NI MAK BAPAK KAU PUNYA KE!!!

Anonymous said...

PAS = Parti Angkat Sependor

=================
= == =
===========
= = =
=====
===
=

antidompok said...

bapak sedara wzwh,
sbb bukan bapak dia yg punya la dia nk anto ke sane, kalo bapak die punye pakai xmgajor dh la wzwh... usah brbalah la deme, dh keje die nulis bnde pandir ni nk wt gone, jnji dompok bayor ke die..

Anonymous said...

SATU RAMALAN CUACA YG BAIK OLEH CKG WZWH...BACA BOLEH PERCAYA JANGAN WEH. JANTET PERLUKAN MUKA2 BARU YG FRESH! CERAH! ADA KARISMA! ADA LATARBELAKANGN PENDIDIKAN N PERIBADI YG BAIK! YG SEDIA ADA NI TAKAN DPT UNDI KOI! CKG NAZLAN OK TP YG 3 DUN TU DAH EXPIRED!!!!

Anonymous said...

Salam WZWH dan MUT...,

ANEH DAN NEGERI TELAH MENJELMA.

Beberapa, selepas penamaan calon di P81 pesaing diantara calon2 bertanding oleh penggerak masing2 kelihatan hebat sekali. Limpahan bendera parti2 politik beraneka warna dan bentuk hampir menenggelamkan terus bandar kawasan pusat P81. Ada yang teruja dan memuja calon itu ini yang bertanding. Itu hak individu berkenaan. Kelihatan juga warga emas dalam rintik hujan waktu ini menarik tali rapiah mengikat bendera pujaan parti kesayangan. Mana warga muda anak watan?. Entah, kelihatan anak muda tertentu masih bertatih di bilik gerakan, apa kemahuanya!!! Ini bukan strategi. Jadilah sebagai pengkeji sahaja. Ada juga sesetengah bilik gerakan “dihuni” terus satu keluarga, bayangkanlah itukah juga satu strategi!!! Apa yang sangat tidak berpatutan ialah kenderaan2 yang dipasang dengan bendera2 parti jika diimbau telah menjadi amalan puluhan tahun yang lalu “SANGAT KURANG AJAR” langsung tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Mereka mengembangkan bendera di atas kenderaan seolah2 mereka telah “mengembangkan” hati mereka yang telah rosak. Berpandangan ke hadapan sedikit untuk sepuluh dan 20 tahun akan datang, merekaitu akan mempunyai anak berumur diantara 15/20 dan mengambil alih tempat pada hari ini. Fikirkanlah!!! Sekarang ini pesaing begitu hebat dengan tanpa memikirkan risiko apakah akan terjadi kepada anak2 dalam jangka masa akan datang boleh menjadi “TREBLE” yang akan membawa kepada rosaknya agama, negara dan bangsa. Ditambah pula kerosakan minda dengan makanan dan didikan salah seperti yang dinyatakan diatas. Lihat dengan mata “kepala” sendiri siapakah yang menjadi “HERO” dijalanan dewasa ini, tak lain tak bukan adalah bangsa ku juga. Ingat petua ini; Melayu mati kerana dadah. Melayu mati kerana berpolitik. Melayu mati kerana merempit. Melayu mati kerana meminta2.

Maaf, bukan profesor tapi tulisan Banir...

Anonymous said...

mat lan pun dah nak tersungkur.orang tengok muka gila hj rosdi pun meluat.sehari nampak muka hj rosdi 200 undi hilang kalau 15 hari hilang berapa???

Anonymous said...

Yg penting pangkah ustaz zakuan dan dr hamzah,blog ni mcm sedapkan hti sndiri je,igt tv3 je,sapa undi BN rasalah bebanan hidup nanti,igt ape krajaan BN tngguhkan,sendiri mau igt,undila pas dema,tgk BN dah x kuat mcm dulu,skrg rakyat dah sedar.dulu tau tgk tv dema je,rosakkan otak rakyat,dema pgkah pas bukan org tau pun,silap2 wan zuri pun pgkah pas

Anonymous said...

Kekandaku Cikgu Nazlan, dengarlah rintihan hati kami ni, mintaklah dijauhkan segala langau2 disekeliling anda tu, kami sgt meluat, jgn sbb langau tersebut menyebabkan kami tak berminat utk memilih anda.

Anonymous said...

aku sokong pendapat anon atas aku ni,langau tu kalau x di cakap suruh berambus dia x lari,tu lah petanda cikgu tu akan kalah,kita harap2 ke parlimen je yang menang,ada pulak yang buat kelaku tiga suku,main memagar magar ke cakon cukupn aku menyampah, 3 dun ni x leh nak wat cagar dah,baru aku dapat laporan dari ulu tembeling sampai ke peri hingga ke kuala tembeling semuanye kena batu nisan dah hahaha mati kite kali ni weh,

Anonymous said...


Cuba korang cek kerusi di
parlimen utk
PRU 13 ini.. dimana BN
mempertandingkan
seramai 131 calon Melayu, dan
91 calon
BUKAN melayu... Manakala PR
mempertandingkan seramai
145 calon
Melayu, dan 77 calon BUKAN
melayu..
BN = 91 calon BUKAN melayu
PR = 77 calon BUKAN melayu
so siapa yg memperjuangkan melayu?PR atau BN?

Anonymous said...

Jikalau Mu kata Pas itu hendak Negara ini menjadi Negara Islam, Dap dan Pkr menentang..... itu baik... Undilah Pas dan pangkah Pas.

Jika Pas mahu laksanakan undang hurdud,  Dap dan Pkr  menentang... itu baik... Undilah Pas dan pangkah Pas.

Pas mengkafirkan Umno (orang Umno beragama Islam Dan Melayu) dan Dap dan Pkr ikut sama itu baik.... Undilah Pas dan pangkah Pas.

Pas mendoakan hancurkan Umno, tumbangkan BN, Dap dan Pkr menyokong doa itu ....itu baik.....undilah Pas dan pangkah Pas.

Pada mula Pas turut sama membenarkan kalimah Allah diguna pakai dalam Bible berbahasa Melayu yang utuskan oleh Dap dan Pkr...itu baik...... Undilah Pas dan pangkah Pas.

Pas Mengeluarkan fatwa, solat orang Umno itu tak sah, Pkr dan Dap berdiam diri....itu baik .......undilah Pas dan pangkah Pas.

Mustapha Ali setia agung Pas dan Anwar Ibrahim ketua pembangkang Pakatan Rakyat menjadi pelakun utama dalam drama pendek baru ini mengatakan pelakun utama bukan mereka dan Itu fitnah belaka....... Undilah Pas dan pangkahlah Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Wz, risikan semua pihak sahkan bn tumpas. Angin tukar kjaan cukup kuat. Calun tak penting dah. Janji bkn dacing.

Anonymous said...

Salam saudara WZWH,
Saya selalu membaca pandangan dan pendapat saudara dalam politik terutamanya di Jerantut, satu komentar saya ialah ; saudara tidak menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan kemas, menyebabkan pembacaan menjadi tidak seronok sekiranya pembaca tersebut biasa membaca akhbar arus perdana, justeru mohon diperbaiki dari sudut penyampaian bahasa yg lebih gramatis.

Unknown said...

Salam

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing deme....
Muktamad..
...

Anonymous said...

Kehkehkeh

Anonymous said...

aku nak pangkah PAS PRU13..aku dah bosan dgn BN nie...aku nie orang perantau dok kat KL..aku dan kwn2 asal jerantet nie nak pangkah BULAN PRU13..wahai anak2 PAHANG di jerantut mari ramai2 pangkah bulan wei...

Anonymous said...

rupa2nya wzwh masih lagi dengan dongeng lama.kolot dan ketinggalan zaman.

Anonymous said...

tgk la sendiri dema,dah nampok pakatan rakyat kuat,ni tidak,cikgu saja,ckp bodo marah,asyik tulis angkat sendiri,orang kampung aok bolehla aok tipu

Anonymous said...

Kehkehkeh

moh undi pas

islam sebenar

Anonymous said...

kah kah..dengar boleh la.. TUkarrrrr

Anonymous said...

jgn dengar ke temberang wan zuri tu, jgn dengar ke pungko dompok tu,silap2 hari bulan jerantut kena lelong,mampus kite weh,mai undi pas deme...

Anonymous said...

jangan nak heranlah komen2 dalam blog ini.ini bukanlah pandangan akar umbi.pandangan beberapa ekor aje yang memang dah di upah oleh pas dan dap.beberapa ekor ini guna pelbagai nama untuk menunjukkan ramainya orang sokong pakatan.

mereka tumpang di blog ini kerana blog yang mewkili mereka tak laku tak ada orang baca malah ada yang dah berkubur.

aku yang bekerja sebagai risik tentera tau apa yang berlaku di jerantut kerana aku turun ke merata ceruk rantau di jerantut ni.

biarlah anjing menyalak di sini.

Anonymous said...

Kehkehkeh

moh undi pas

islam sebenar

Anonymous said...

(PAKATAN RAKYAT)...DEMI RAKYAT: PAKCIK, MAKCIK, AKAK, ABANG, ADIK.... UBAH...UBAH...UBAH. INI KALI LAH UNTUK PRU13.

Anonymous said...

Aku mula td nak percaya dah analisa awk ni td tp bila yang las tu "track record" Dr Shukri cemerlang, aku terus x percaya semuanya. Cemerlang apanya Dr Shukri tu. Ambik tanah utk bayar hutang dia, mmg cemerlang. Skrg ni proksi dia Nordin Wahid dpt lombong plk. Cemerlang?

Anonymous said...

tunjuk skit muka haji rosdi kat sini, kome nak kenal...

Anonymous said...

UMNO saja yang melebih lebih memberi kuasa kepada MCA atau Gerakan. Tapi tidak bagi MCA dan Gerakan. Banyak kerusi kerusi kawasan majoriti Melayu diberikan kepada MCA dan Gerakan. Malah bila persempadanan kawasan pilihanraya dibuat, negeri negeri bermajoriti Melayu seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu jarang mendapat tambahan kerusi. Adakah ini ini buktinya UMNO memperjuangkan bangsa Melayu?. Boleh jelaskan ?

Dan seringkali di Pulau Pinang, UMNO memenangi majoriti terbanyak dalam pilihanraya berbanding MCA dan Gerakan. Tetapi sekali lagi UMNO menyerahkan jawatan Ketuan Menteri kepada seorang China ( walau pun UMNO menguasai majoriti ). Adakah ini juga bukti UMNO memperjuangkan Melayu ?.

Sebelum penjajah British tinggalkan tanah melayu dan memberi kemerdekaan kepada negara ini, tanah rizab melayu yang ditinggalkan dan di gazet adalah ratusan juta hektar. Sebusuk busuk penjajah British mereka masih menghargai pengurbanan orang orang Melayu kerana terpaksa menerima pendatang asing sebagai warga. Tetapi sebaik baik UMNO, pemimpin Melayu UMNO telah korbankan bangsa sendiri demi keuntungan peribadi dan kroni, menyebabkan separuh dari tanah rizab Melayu tergadai ketangan pihak lain sepanjang UMNO berkuasa.

Tak usahlah pemimpin UMNO nak melalak sana sini sebagai jagoan Melayu konon. Berkokok saja hebat tapi tubuh penuh diselaputi najis. Tak usahlah nak berceloteh tentang susur galur keturunan yang hebat kalau segala hak melayu tergadai sedikit demi sedikit. Melayu jenis ini hanya pandai " melayukan " kaum melayu. Kalau nawaitu dah tak betul..tak ada apa yang boleh diharapkan.

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing

Anonymous said...

moh undi pas ustaz zakuan dan dr hamzah

Anonymous said...

ustaz zakuan 0k, dr hamzah tak mau lah, dah 3 kali lelong tak laku2, ini kali suruh org beli lagi ada ka?

Anonymous said...

Kehkehkeh...

Moh undi PAS + Bunga Raya

Negara aman tanpa Dacing

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...