Wednesday, April 3, 2013

Sumbangan Wanita UMNO Dan Puteri Kepada Politik Jerantut



Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Jerantut gigih berkempen dalam mana-mana PRU dan PRK.

Posting WZWH kali ini menyentuh sumbangan Wanita UMNO kepada politik Jerantut. WZWH dedikasikan posting ini menghargai sumbangan Wanita UMNO dan Puteri Jerantut.

Memang peranan dan sumbangan Wanita UMNO Jerantut sangat penting dalam memenangkan UMNO dan BN sejak dari PRU 1 hinggalah PRU 12 dan PRU 13 menagih kesetiaan Wanita UMNO Jerantut.

Wanita UMNO Jerantut memang bila berlaku PRU atau PRK WZWH lihat sejak kecil sangat rajin bekerja, setia, tidak kira mendapat upah yang tidak seberapa, gigih dan bekerja dalam satu pasukan. Pengorbanan Wanita UMNO Jerantut sangat WZWH kagumi. Sanggup meninggalkan urusan keluarga demi UMNO yang berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair.

Mari kita lihat pengiktirafan yang telah diberi kepada Wanita UMNO Bahagian Jerantut.

Seingat WZWH, Arwah Cikgu Kamariah, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut telah diberi penghargaan bertanding di DUN Tahan ( Tembeling ) selama dua penggal dari 1982 hingga 1990.

Yang WZWH paling kagum Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut pada masa itu Dato' Rahimah Kawi tetap bersabar dan setia kepada parti walaupun beliau tidak terpilih. Dato' Rahimah Kawi @ Chu adalah orang politik lama Jerantut sejak dari UMNO Pahang Barat.

Akhirnya Dato' Rahimah Kawi bertanding diberi penghormatan bertanding di DUN Tembeling berkat kesabarannya dari 1990-1999 selama dua penggal.

Selepas itu kuota wanita Jerantut berpindah ke UMNO Bahagian lain di Pahang. Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut yang seterusnya ialah Dato' Nazilah selama dua penggal. Beliau akhirnya tidak dapat mempertahankan jawatan Ketua Wanitanya dalam pemilihan pada tahun 2009.

Kini jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut disandang oleh Dato' Norhelan Mahmud. Manakala Ketua Puteri disandang oleh Dato'  Hartini Rahman.

Wanita UMNO dan Puteri UMNO Bahagian Jerantut boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam memenangkan UMNO dan BN pada PRU 13 nanti. Semangat juangnya cukup tinggi.

Satu pengiktirafan perlu diberi kepada Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Jerantut. Walaupun kuota Wanita dan Puteri belum diputuskan oleh pucuk pimpinan di Jerantut apa salahnya jawatan kerajaan seperti senator diberi kepada Wanita UMNO atau Puteri UMNO Bahagian Jerantut kerana dalam sejarah UMNO Pahang, belum pernah senator diberi kepada mereka.

WZWH harap Badan Perhubungan UMNO Pahang boleh menimbangkan jawatan senator untuk menghargai sumbangan Wanita UMNO Bahagian Jerantut.

19 comments:

Anonymous said...

ha2 wanita2 dlam ummnorrr nie sesiapa memegang jawatan kebanyakan nk kerr benderr belakeeerr bior xcerdik ponggg dpat gelaran dato...pada hal nk mamposs...dah...semue nyer nk nibai rm maklum rm x d audittt...semua bukan dengan iklas untuk ahli2,,,,mapos laaaa umnorrrrrr kali nieeee.....jom kiter tukarrrr tuiiiiiiii

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing deme...

Anonymous said...

Amendekeh sumbangan hartini tu weh..

Anonymous said...

ABU..ABCD

Anonymous said...

UNTUK TEMBELING(TAHAN )
Tidak Ada Lagi Calun Perempuan Atau Wan.
Cari Keturunan Yang Membangun Dan Jauh
Pemandangan Dan Pendiriannya.
Kemajuan Untuk Semua - Wan, Kampar, Melayu
Asal, Melayu Lama, Cina , India Dan Lain2.

Anonymous said...

RAMAI WANITA DAN PUTERI AMENO DUDUK DIRUMAH PAKR YANG TIDAK PERNAH DIKELUARKAN GERAN.
KASIHAN SUNGGUH.

USAHAKAN GERAN UNTUK PAKR JERANTUT.

Anonymous said...

Siapa Menteri Pembangunan WANITA Malaysia sekarang ni? Wanita ke lelaki ...hehe. Lepas ni bolehlah WZWH jadi ketua wanita UMNO jerantut...hahai

Anonymous said...

WAnita confirm tak dapat jadi calon.

wonder why said...

Sudahlah WZWH, kalau tidak diberi duit untuk setiap program ada ke peserta dalam program tersebut? Untuk Program UMporNO, No Money No Talk.

Anonymous said...

Sy memg sesangat setuju kalau WANITA diberi penghargaan menjadi WAKIL RAKYAT lebih2 lg kawasan tu DUN TAHAN..Sebb memg sejarahnye dun tahan tu kouta wanita..Dan jawatan SENATOR diberi kpd PUTERI. .X gitu WZWH???

Kutukandewata said...

ramai atau tidak yang menyertai program bergantung kepada hati.kalau hati menyokong dia akan datang sama ada dapat duit atau tidak.kalau hati tak sokong bagilah duit banyak mana pun tetap ambil tapi tak pergilah ke program tersebut.

jadi janganlah takut kalau program umno ramai penyokongnya yang datang.

umno buat program dan sumbang duit kepada penyokongnya adalah kerana menghargai sokongan.mereka ada yang tinggalkan kerja demi parti.

tak macam pas buat program menyusahkan penyokong.mintak derma pulak tetapkan harga.jangan bagi 1rm susah nak kira.kena bagi 30rm atau 50rm.itu bukan derma ikhlas namanya.itu derma mafia minta wang perlindungan.

Anonymous said...

itu beza Pakatan Rakyat dengan umno...

Program parti PR menggunakan belanja duit derma...

Program parti UMNO guna duit kerajaan...

Tapi ada juga macai2 yg kata penyokong PR hadir di bayar...

Anonymous said...

UMNO TAK GUNA DUIT KERAJAAN.DUIT KERAJAAN PERBENDAHARAAN YANG KONTROL.UMNO GUNA DUIT SENDIRI TAK PAKAI PUN DUIT MAK BAPAK KAU!

PAKATAN SYAITAN AJE YANG PAKAI DUIT MAK BAPAK KAU.HIHIHIHIHIHI!!!!

Anonymous said...

hoi macai pakatan.ketika bersih merusuh dulu nape puak pas beratur tunggu cina dap beri duit.nape nik aziz najis beri duit.

kau ingat puak pakatan ni malaikat ke?syaitan nya lagi ramai.

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing.. ..

Anonymous said...

Aisyah yg baru masuk pas pun dapat jadi calon.....

Takkan la wanita amino yg banyak jasa tak dapat apa2 kot?????

Anonymous said...

Sebb pas ni suka mengutip je..

Anonymous said...

Aku nak rosmah jadi pm. Pls..

Anonymous said...

Kehkehkeh.....

Aisyah tu Ada Degree political science la ghodong......

Bukan mcm kita lulusan kedai kopi

Kuikuikui

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...