Tuesday, April 2, 2013

Impian Jerantut Hilir Mencapai ' Dream Team ' calon PRU 13


'Dream Team' ialah kombinasi ahli-ahli politik yang datang dari kawasan dari ideologi dan aspirasi yang sama. Semua orang berhak ada impian begitu juga dengan sebuah kumpulan kecil politik Jerantut.

Posting ini mengenai impian Jerantut Hilir mencapai 'Dream Team' calon PRU 13. Menguasai kududukan politik Jerantut hanya ada satu parlimen dan 2 DUN : Tahan dan Pulau Tawar. DUN Damak direserve kepada MCA.

Jerantut Hilir adalah perkampungan tradisional di sepanjang Sungai Pahang dari Kg Gintong Sokti hingga belah hilir Kg Tebing Tinggi.

Diseberang Sungai Pahang pula ialah perkampungan tradisional Pulau Tawar tapi tidak termasuk dalam istilah Jerantut Hilir walau ada ikatan persaudaraan.

Ini ialah kumpulan dari perkampungan yang kecil namun banyak menyumbangkan tokoh-tokoh pemimpin dalam UMNO.

Antaranya bekas wakil rakyat Allahyarham Dato' Harun dari Gintong, Allahyarham Malik, Dato' Mat Jaafar, YB Dato' Ahmad Shukri. Juga Dato' Dolah Majid, Khalil Moin sekadar menyebut beberapa nama. Pemimpin Wanita seperti Dato' Nazilah, Dato' Norhelan datang dari Jerantut Hilir.

Kita ahli UMNO Jerantut semua perlu menghormati impian Jerantut Hilir ini kerana mereka pandai berusaha. Dalam politik siapa cerdik dan pandai dia lah yang mendapat tempat. 


Tengku Azlan melancarkan Jentera Pilihanraya DUN Pulau Tawar. Dato' Dr Ahmad Shukri 65 ialah ADUN Pulau Tawar ( 3 penggal ). Beliau kini Ketua UMNO Cawangan Simpang Tebing Tinggi.

Dr Ahmad Shukri dijangka dicalonkan di DUN Pulau Tawar.



Tuan Hj Ahmad Nazlan bin Idris 59, Ketua Penerangan UMNO Jerantut merangkap Ketua UMNO Cawangan Sungai Jan. Beliau pernah bertugas sebagai guru di Lembah Tembeling. Isteri beliau adalah orang Kg Pagi, Ulu Tembeling.

Tuan Hj Ahmad Nazlan adalah calon potensi DUN Tahan.



Dato' Ramlan bin Dato' Harun 50, calon potensi parlimen Jerantut. Beliau adalah seorang Pegawai PTD dari Kementerian Perumahan. Beliau layak bertanding parlimen Jerantut atas kategori calon di luar kepimpinan UMNO - winnable candidate.

Adalah lebih baik jika orang Jerantut Hilir mahu impian 'dream team' calon PRU 13 tercapai dengan mengurangkan pengaruh pembangkang yang kuat di peti undi dalam zon Jerantut Hilir (DUN Damak )

25 comments:

Anonymous said...

Hilir ke hulu ke kas tak kisah....
janji.....
Jangan pangkah dacing

Anonymous said...

Mungkugin calon parlimen je muka baru, yg lain masih winable candidate muka lama.

Anonymous said...

Pasti tidak semua impian boleh menjadi kenyataan... jgn panjang sangat angan2 bimbang mudah dapat penyakit meroyan :) Maka tinggalah impian didalam kenangan :)- Budak Kampung petang :)

Anonymous said...

Assamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Setiap kali membaca blog WZWH setiap kali itu jugalah fakta yg diberi tidak tepat dan salah sama sekali. Kesian WZWH minat menulis tapi tiada ilmu. Untuk pengetahuan saudara WZWH Saadiah binti Mohd Khonopiah isteri kepada Tuan Hj Ahmad Nazlan bin Idris adalah berasal dari Kuala Tahan dan ramai adik beradik serta saudara maranya berada di Kuala Tahan. Walau bagaimanapun TAHNIAH kepada Tuan Haji kerana bakal menjadi YB Dun Tahan. Selamat berjuang.

Anonymous said...

Anon 9:48, kena belajar lagi sejarah orang Tembeling. Dulu Kuala Tahan bukan ada orang. Majoriti orang Kuala Tahan datang dari Kg Pagi dan Kg berdekatan seperti Kg Padang, Kg Ranggol dsb. Lain-lain asal dari Kg Peling, Kg Kuala Sat.

Kas percaya WZWH lebih pakar dalam sejarah budaya dan politik Lembah Tembeling.

Anonymous said...

Jangan lupa , bersama kita undi BARISAN NATIONAL dengan hati yang tenang.

Kampong man said...

Takhniah Najib.Parlimen di bubarkan hari ini.Gunakanlah hak anda sebagai pengundi yang bertanggong jawab dem8 DEMOKRASI.

SELAMAT MENGUNDI !!

Anonymous said...

Bismillah Hir Rahman Nir Rahim, kita undi Barisan National

Anonymous said...

Assalamualaikum.......

Kerayan gun ni.... urang Jeratut Ilir aje..... nok letok jadik calun.Apa tadok dah ke anok Jerantut ulu hork yang layok jadi calun Dun Tahan ni? Dun Tahan biorlah Urang dari Kawasan ni hork jadi calon YB. Kerayan Gun ni....... apa-apa pun lantok gun lah....... kalau kaloh Dun Tahan jangan salohkan urang Dun Tahan.... auk york.

Anonymous said...

Kami di Jerantut lebih suka Hj Nazeri bin Ngah dicalon sebagai ahli Parlimen Jerantut.

Anonymous said...

Abu! Abcd! Undi pakatan.

Anonymous said...

datang dah nangoi kakak tua ni!!!

Anonymous said...

Kami lebih suka
Ramlan Harun @ mat shah jamlus

Anonymous said...

hidup B end!

macaiumno said...

Dato Ramlan terbaik. tak banyak isu. tak banyak masalah. track record dalam PTD juga sangat baik. muka baru tak jadi masalah. sampai bila nak letak muka lama? basi nanti...

Anonymous said...

ramlan ni memang kuat bekerja. kerja bagus kawan kenal sangat dia ni sama-sama di PKNP dulu. memang elok sangat lah orang macam ni jadi ahli parlimen. kawan sokong. kawan dengan keluarga kawan akan sama2 turun undi ramlan harun.

Anonymous said...

Bete tu ghodong.
Kala tak nak jugak ramlan ni....
Cer letak mat shah jamlus

Anonymous said...

Saya sokong kalau beri peluang Ramlan Harun calon parlimen Jerantut...insyallah bakal mewarisi bakat kepimpinan Allahyarham ayahandanya Dato Harun Jaafar..semoga menjadi kenyataan.amin Ya Rabb

Anonymous said...

JASA KEPADA PENDUDUK JERANTUT PUN TAK ADA.JASA KEPADA PARTI PUN TAK ADA.ORANG TAK KENAL PUN DIA NI.

TAPI KERANA DIA CABLE CANDIDATE MUHYIDIN MAKA BERTANDINGLAH DIA.MUHYIDIN SEBENARNYA IKUT PERANGAI NUAR,SUSUN ORANG DIA UNTUK LAWAN NAJIB NANTI.

NAJIB TAK SEDAR LAGI TU.

ORANG KUAT PARTI AKAN MENGUNDUR DIRI SEORANG DEMI SEORANG KERANA SUMBANGAN DAN PENGORBANAN MEREKA TAK DIPANDANG SEBELAH MATA PUN OLEH PUCUK PIMPINAN SENDIRI.

AKU SEKARANG MENGGALAKKAN ANAK AKU BELAJAR TINGGI-TINGGI SUPAYA BOLEH JADI CALON.TAK PAYAH AKTIF PUN DALAM PARTI.BUAT MASA DAN TENAGA AJE.HIDUP PAS!

Anonymous said...

Bila dato ramlan menang nanti....
InsyaAllah.....banyaklah jasa dia pada penduduk & parti.....
Buat masa sekarang kita sokong dia sampai menang ye ghodong......

Takkan nak sokong pihak lawan pulak kan?

Anonymous said...

masalahnya tak nye menang lah tu.ramai sangat sedang asah pisau nak bagi ku lan malu besar kerana zaman dia jd ketua jerantut jatuh ke pembangkang.

dia banyak buat taik kat jerantut.sekarang buat cirit pulak bila bawa orang tak popular jadi calon.

berambus balik pekan la wei!!!

Anonymous said...

Btol..kite akui mmg akan ada yg kecewa tak dipertndingkn..wlpun berada dlm kepimpinan UMNO..tu laa asal xdpt jd calon undi lain...hrp xramai dinkalangan org umno yg cpt paling tadah ni..insyaallah pilihan bn kali ni mmg lepas saring habis2 san..kita xnk pmimpin yg ada kontroversi..

Anonymous said...

Walaupun ada yg persoal ramlan org xkenal..yg tu lg baik..insyaallah kalau dia bertnding..bwk imej bersih..xsombong..rakyat pun bijak pilih..tp jgn lupe..dia anak kelahiran jerantut

Anonymous said...

Tambah lagi.....

Anak bekas pemimpin umno negeri pahang jugak.....

Bukan org sembarangan..

Anonymous said...

Dato ramlan org paling baik pernah sy kenal. Sgt btanggungjawb dan amanah. X payah nak fitnah sebut cable2.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...