Tuesday, April 16, 2013

Lagu Purba Tradisional Tembeling 560 Tahun Dulu...


Ramai orang Pahang tidak tahu lebih 560 tahun dulu Pahang telah diperintah oleh Raja Siam.

Maka ramailah orang Pahang masa itu berbahasa Siam. Dulu nenek moyang orang Pahang berbahasa Siam dan  berbudaya Siam termasuk di Lembah Tembeling.

Sebagaimana yang terkandung dalam sejarah Pahang iaitu dalam tahun 1454, Mansur Syah, putera kepada Sultan Muzaffar Melaka telah menghantar satu pasukan perang diketuai oleh Bendahara Paduka Raja melanggar Pahang. Maharaja Dewa Sura, pemerintah Siam di Pura (Pekan) melarikan diri ke Ulu Pahang. Ia ditawan oleh Seri Bija Diraja di sebuah jeram yang dikenali sekarang dengan nama Jeram Koi, Ulu Tembeling.

“Maka datang sekarang ini jeram itu dinamai orang Jeram Kwai. Maka segala orang Melaka pun datang, maka Maharaja Dewa Sura pun tiada sempat lari berperahu. Maka oleh Seri Bija Diraja disuruh orang naik mengepung Maharaja Dewa Sura itu. Maka Maharaja Dewa Sura pun ditangkap orang, dibawa kepada Seri Bija Diraja."

Maharaja Dewa Sura dan Puterinya Wanang Seri dibawa ke Melaka. Puteri Wanang Seri di Islamkan dan diberi nama Puteri Lela Wangsa yang kemudiannya dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah. Mereka mendapat dua orang putera, Raja Ahmad dan Raja Muhammad.

Apakah masih ada  tinggalan budaya Siam itu di Lembah Tembeling? Mungkin sebuah lagu purba tradisional yang bila didengar boleh relax....

Dalam kesibukan berkempen politik dengarlah lagu ini dan ingat kampung halaman!

23 comments:

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing deme

Anonymous said...

Mat nya tak blh pangkah

Anonymous said...

Ni lagu siam ni, wzwh dgn wan miza baru balik dari siam ke? sedap lah dema atot pempuan siam tu....pasal tak ajok kome jugek?

Anonymous said...

Ada kawan koi kat Padang Piol beborok kat kedai kopi. Dia kata "Jangan Pangkoh PAs dema......Pas tu doh sesat.....Pemimpin pas dah jadi Tuhan.....boleh menentukan hork mana masuk syurga hork mana masuk neraka"

Anonymous said...

Nama calon dah keluar...ekkehh..ekkehhh...

Anonymous said...

Zakwan & yohanis pasti menang

Anonymous said...

Orang PAS tahu sebab Allah sudah bagi tahu PAS menang parlimen, menang Pulau Tawar, menang Tahan, menang Damak. hehehehehehe....

Anonymous said...

Anon 10.09,

"Orang Pas tahu sebab Allah sudah bagi tahu menang...."

Bagitulah riak dan sombongnya orang Pas sahingga Allah sudah bagi tahu?.

Bila masanya pulak pernah menang Parlimen Pahang di dua PRU lepas ?.Kena tanya Mustafa Ali weh ..

Anonymous said...

patutla pada hari ini masih ramai darah siam/kelantan yang bermaharajalela di pahang di jerantut terutamanya

Anonymous said...

Patut la kita org pahang takde tanah

Anonymous said...

orang pahang pun dapat juga tanah, bila dapat terus jual, dapat duit terus joli

esok mintak lagi, kalau tak dapat akan salahkan pemerintah, bila dapat terus jual

esok lagi mintak lagi.....

saluran 2 said...

anon 10:34 AM
jika benar kajian wzwh tu,tok nenek awok pun dari siam juga.besar juga kemungkinan wzwh adalah dari keturunan pembesar siam yg memerintah tembeling?
@
keturunan wzwh dan keturunan wan kelantan dan wan terengganu dari rumpun yg sama?

jadi anon 10:34 AM, tak elok guna istilah "bermaharajale".
dgn kebencian yang tlh kamu zahirkan itu akan memungkinkan Allah menghantar orang siam atau kelantan ke rumah kamu sebagai"menantu".
kes sebegini sudah banyak berlaku.
biasanya apa yg kita tidak suka akan datang kpd kita.jadi muhasabah diri.tak perlu bergaduh pasal kenegerian.semuanya melayu islam.tapi musim
pru 13 ni,yg paling penting , melayu Pahang,Kelantan,Terengganu dan semua melayu di Malaysia bersatu hati memilih pemimpin yang boleh membela agama bangsa dan negara.
"koi pilih Pas kali ni"
deme gone?

Anonymous said...

Koi dah lama pas deme.....

Tentu dii
..

Anonymous said...

memang sama-sama melayu islam, tapi sejak zaman datuk nenek kita, orang kelantan datang membuka tanah, tanpa menghormati status datuk nenek kita yang pada ketika itu telah turun temurun menjadi anak pahang tidak pula membuka tanah secara pesat seperti mereka, makin lama mereka makin membiak di bumi pahang tanpa dapat dikawal lagi, mereka menguasai banyak aspek dalam kehidupan kita di tempat kita malah bahasa kita turut tidak dihormati kita pula yang dipaksa bercakap gaya bahasa mereka di tempat kita, datuk nenek kita memendam rasa sepanjang hidup mereka, kini kita pula berhadapan nasib yang sama, sebaliknya cubalah orang pahang pula nak buat penaklukan yang sama ke kelantan adakah dapat memiliki laluan macam mereka di sini, penaklukan mereka tidak berjaya di terengganu, cuma orang pahang je yang terlebih baik

Anonymous said...

sama...PAS

Anonymous said...

org pahang suka berjual harta, berapa banyak org2 umno dpt tanah tapi cepat2 jual ke lee ah chap, dapat jual...dapat jual...dapat jual... kalau tak jual pun suka sangat tanam pokok mengkirai yang buahnya suka dimakan olih burung merbah. kalau tak tanam mengkirai mereka tanam pokok balik angin dimana daun nya bolih buat pengebas jampi. hobi org phg macam tu lah...lepas tu marah dan dengki ke org kelantan yang tanah nya penuh dengan tanaman getah yang subur dan elok hasilnya. seian ke melayu phg...kalau melayu kelantan dapat 5 ekar disebut2 sampai 7 keturunan, kalau lee ah chap dapat500 ekar senyap macam anjing bercawat ekor. itulah sikap melayu phg yang terkenal dengan sikap pemalasnya.

Anonymous said...

orang kelantan ni memang berani conquer

- negeri orang dia conquer
- kedai makan dia conquer
- naik kereta api dia conquer
- belajar di universiti dia conquer
- kerja-kerja kerajaan dia conquer
- perniagaan dia conquer
- liga super malaysia dia conquer
- piala malaysia dia conquer
- kepimpinan dalam politik dia nak conquer


jenis berani sebab tu dia berjaya, orang pahang kena lah ikut jadi berani jugek weh jangan pangkah dacing

kehkehkeh

Anonymous said...

tak menjana minda langsung perbincangan kau orang.

Anonymous said...

kehkehkeh

jangan undi dacing

Anonymous said...

Jangan pangkah dr sukri

Anonymous said...

hahehihohu
akulah lembayung senja kahkehkihkohkuh

Anonymous said...

kehkehkeh

jangan undi dacing

Anonymous said...

Sorry bro... Ini lagu Thai.. thai dari Sukhothai yang menghancurkan kerajaan Melayu Pattani semasa Perjanjian Burney 1826...

Tak ada kaitan langsung antara Thai dengan Kerajaan Pahang...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...