Friday, April 5, 2013

Tahniah Wan Amizan : Pentas Pemuda Melahirkan Ramai Pemidato UMNO



Satu produk hasil kreativiti Dato' Wan Amizan Wan Razak Ketua Pemuda UMNO merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Pemidato pemuda UMNO Jerantut bergerak ke setiap 54 PDM (Pusat Daerah Mengundi) berceramah setiap malam kepada penyokong UMNO dan BN baik di kawasan Felda mahu pun kampung tradisional.

Aktiviti santai, BBQ, berbagai acara menarik minat pengundi atas pagar. Sehingga kini sudah 10 program seumpama itu telah dijalankan.

WZWH percaya dan yakin bila sampai ke slot 54 nanti, pemimpin pelapis pemuda UMNO Jerantut ini akan menjadi bertambah yakin, matang, dan bersemangat.

WZWH mahu barisan pemuda UMNO Jerantut yang bukan sahaja petah bercakap tapi berpengetahuan dalam komunikasi kepada masyarakat.

Photo: MOH KITA WEH....!!!

PENTAS PEMUDA " WADAH TRANSFOMASI MINDA "
LOKASI : PDM PAYA TEH
TARIKH : 4 APRIL 2013
MASA : 8.45 MALAM

Foto-foto yang sempat dirakamkan di PDM Paya Teh.


Saudara Zarul Penerangan Pemuda UMNO Jerantut semakin lantang mengeluarkan hujah-hujah beliau dengan penuh semangat. Anak Peneroka Felda Jengka 8.



Ustaz Zulfakir tokoh agama Pemuda UMNO Jerantut menyampaikan ceramah.



















Saudara Faiz Mahayuddin bersemangat berpidato. Anak Pekan Damak.


Saudara Faizal Jamlus sedang berceramah. Anak Kampung Ulu Cheka.


Pentas Pemuda adalah satu platform untuk pemimpin pelapis pemuda menyampaikan penerangan  kepada masyarakat di setiap 54 PDM parlimen Jerantut.


Para hadirin kusyuk mendengar pidato Pemuda UMNO.


Saudara Addy Juneidi, AJK yang sentiasa sibuk mengambil foto setiap program pemuda. Anak Kampung Pulau Mansuk Tahan Hilir.


Saudara Zamri botak Setiausaha Pemuda UMNO sedang santai menikmati BBQ. Seorang setiausaha Pemuda UMNO yang rajin turun padang bersama pemuda Jerantut. Anak Perumahan Mat Kilau Jerantut


Saudara Nubhan berbaju biru adalah chief Media Baru Pemuda UMNO Jerantut. Dibawah beliau ada beratus bloggers, Facebookers, Twitters, Cameraman yang sedia berperang cyber semasa PRU 13. Berbaju merah ialah saudara Bob pakar pasang bendera dan strategis perang saraf.


Saudara Sofi AJK Pemuda yang komited kepada perjuangan dan aktiviti pemuda terutama sukan. Anak Pulau Tawar.


Dato' Wan Amizan Wan Razak adalah pemimpin muda UMNO Jerantut yang berjaya menarik minat golongan muda kepada UMNO dan BN dengan berbagai program-program kreatif.


Walau selepas pembubaran parlimen dan DUN, belum lagi SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi, namun Pentas Pemuda UMNO Jerantut telah mengambil inisiatif bergerak ke 54 PDM setiap malam berceramah, santai-santai dengan penyokong UMNO dan BN.

23 comments:

Anonymous said...

Sofi? kahkehkihkohkuh

Anonymous said...

Brape peruntukkan untuk setiap program?..... Mkan atas kepala la kita.....

Anonymous said...

makan atas kepala sopi ke? kikikikiot

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ini duit Pemuda UMNO Jerantut sendiri keluar. Pemuda UMNO Jerantut kalau nak ambil alih pengurusan dan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut bila-bila pun boleh sudah lama bersedia!!!

Anonymous said...

puak ni kalau kita makan nasik di rumah pun dia akan tuduh kita cilok duit rakyat, tak hbs-hbs menuduh membabi buta, ingat kita takde agama ke, kami pun solat 5 waktu juga

Anonymous said...

Besembang dihadapan Sek Men Teluk CEmpedak pada petang itu agak santai. Sahabat lama tiba2 menyapa memecah kesunyian, "Jerantut siapa calon parmimen". Secara sepontan, kawan menjawab, "Wan Mizan". "Wan Mizan!!??", tanyanya mintak kepastian. Kawan terus memberi keyakinan bahawa memang ya Wan Mizan adalah calon favorite diJerantut.

Sahabat yg merupakan vateran UMNO cawangan Peratang Ara Tok Sira terus memberi komen tanda tidak bersetuju. "Habislah J'tut, kalau sekarang dia dah ada dua tiga puluh biji kereta, nanti bila jadi MP dan dilantik jadi Timbalan Menteri, jet kapal terbang pun dia akan beli. Kawan terdiam seketika, kemudian terus cuba mematikan hujahnya,"kalau dah jadi Timbalan Menteri, mana ada kuasa..., lagi pun dia dah sebuk kat KL...mana ada masa dan peluang".

Kawan malas nak memanjang2 cerita...terus meninggakannya dgn persoalan dihati, "kan semua pemimpin UMNO lebih kurang sama saja....suka mengambil peluang. Yg dia tidakbersetuju dgn Wan Minzantu pasalapa??"....

Anonymous said...

ada BBQ pun seramai itu pun yg hadir?....jangan datang sekadar nak makan ayam bakar je...
sesekali apa kata BBQ sekor rusa plak....mesti ramai yg datang...
kena keje kuat lagi umno jerantut kempen....

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing

anakfelda said...

Saya setuju dengan pandang veteran itu tetapi dia tiada maklumat bahawa kalau setekat kereta 20 biji tak jadi hal pegi sendiri tengok kat show room milik Dato Wan Amizan diampang ada beratus biji kereta dan lori dia pernah beri tahu saya dia juga sedang berunding dengan syarikat dari korea nak bukak kilang pasang kereta di kawasan Felda selepas ini

asalbukan dr sukri said...

Untung la orang Felda ada pemimpin seperti Dato Wan Amizan cuba tengok Felda Jengka12 ada ke istimewanya sekolah menengah ada asrama dengar cerita masa itu dia ketua pemuda umno bahagian jerantut so Dato Sri Hishamuddin menteri pelajaran ketika itu peruntukkan bina asrama diluluskan, tahun 2009 dapat footsal tAhun 2007 dapat bina jalan pintas dan Felda dengar cakap dia bina kilNg sawit disempadan jengka12 ohhh inilah pemimpin tanya Dr sukri dan Ku Lan apa dibuatnya

Anonymous said...

Jerantut milik pas. Pahang milik pakatan. Putrajaya bn kalah.

Anonymous said...

TAKBURLAH TU!

Anonymous said...

Tak de ke gombor muka2 pemuda umno Jerantut yg hamsem sikit. Semuanya muka menakutkan. Macam mamat2 yg bekerja ngan along je semua tu. Carilah muka yang nampak tenteram sikit..sedap hati memandang.

Anonymous said...

Alah muka yg paling hensem dlm bn sammy vellu. Muka boleh menang.

Anonymous said...

letak la gambar sultan sulu kiram...baru sempoi....

Unknown said...

tak baik hina ciptaan Allah....dan jatuhkan air muka/aib org...
boleh berbeza pendapat tapi jgn sampai hina peribadi....
berhujah secara fakta...Us Nasrudin Tantawi kan selalu pesan....

Anonymous said...

Sammy vellu calun boleh menang. Dia yg kata. Aku rindu betul dgn isu tol sammy kat tv. Palanivel tak ummph.

Anonymous said...

Berapa puntung hok dtg mendengor? hok tua hoging yang tatok aje yang sudi datang kabornya :)

Anonymous said...

Tak semangat la nak mengundi pru13 nih...BN lembik je mcm xde bateri...huhuhu

Anonymous said...

Undi tengok calon ..

Anonymous said...

MMMMMMMMMMM, KALAU TKDE MAKANAN RASANYA PENCERAMAH KECEK SOGHE DOH... GITULAH ORANG ONMU BOH

Anonymous said...

jgan syok sendiri laa Pemuda,,ckp berdegor,,degor beleker tp.....syok sendiri belekerrr..............nk perabis rm BN jerr bukan kejer kerana sukarela tp RM..RM..RM menati runtuh masa puilihanraya konon aku lahhh org bekerja.....tuiiii hipokrit belekerr tuuu..kaweh kenal 1ekor,,1ekorr....puiiiii,,,tuiiiii

Anonymous said...

kawe suko cermoh pemudo ni..ore2 kecek sedak..dok mace pas kalu dok fitnah ore toksoh

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...