Wednesday, April 10, 2013

Pelancaran Pecah Tanah Perumahan Generasi Ke 2 Felda Jengka 12, Kota G1, G2, G3 dan G4


Projek Perumahan Generasi Ke 2 Felda Padang Piol sedang dibina.


Projek Perumahan Generasi ke 2 Felda Sungai Retang menyusul kemudian.

Kehebatan Dato' Wan Amizan Wan Razak pemimpin muda Jerantut bila beliau komited buat sesuatu bukan sahaja beliau cakap tapi beliau berusaha untuk merealisasikan sesuatu hajat orang ramai.

Ini bukan retorik atau cakap penyedap UMNO mahu tarik pengundi muda. Ini realiti penyelesaian sesuatu permasalahan.

Sila klik sini Projek Perumahan Generasi ke 2 Felda Yang Pertama Malaysia DI DUN Tahan Jerantut. Ini ialah posting berkenaan pembinaan perumahan generasi ke 2 Felda  Padang Piol dan Felda Sungai Retang yang telah diluluskan dan sedang dibina.

Selepas itu atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan Dato' Wan Amizan Wan Razak sebagai anak peneroka Felda Jengka 12 dan kedudukan beliau sebagai Ketua UMNO Cawangan Felda Jengka 12 di DUN Pulau Tawar dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Ketua Pemuda UMNO Bahagian serta EXCO Pemuda Malaysia maka:

  • Beliau telah mengadakan perjumpaan dengan generasi ke 2 Felda Jengka 12 berbincang mengenai isu perumahan, tapak tanah, dan hasrat beliau mahu membantu
  • Beliau telah menulis surat kepada Felda dan berjumpa PM 

Akhirnya atas arahan PM  maka Felda telah bersetuju mengenalpasti beberapa bidang tapak tanah bagi tujuan pembinaan perumahan generasi ke 2 Felda di:

  • Felda Jengka 12
  • Felda Kota Gelanggi 1
  • Felda Kota Gelanggi 2
  • Felda Kota Gelanggi 3
  • Felda Kota Gelanggi 4

Baki kesemua kawasan Felda dalam DUN Pulau Tawar perlulah dikenalpasti beberapa bidang tanah yang sesuai.


Oleh itu untuk permulaan pada pagi Jumaat jam 9.30 pagi 12 April 2013, Dato' Wan Amizan dan Pegawai Tingggi Felda akan melancarkan Pelancaran Pecah Tanah Perumahan Generasi ke 2 Felda Jengka 12 dan secara simboliknya serentak bersama-sama Felda Kota Gelanggi 1, 2, 3 dan 4. Signboard projek perumahan akan dinaikkan di semua kawasan Felda yang terlibat.

Semua anak generasi ke 2 Felda dikawasan berdekatan juga bersama peneroka-peneroka semua dijemput hadir.

WZWH boleh beri jaminan ini baru sedikit usaha Dato' Wan Amizan, kalau diberi peluang kepada beliau seorang pemimpin muda Jerantut anak peneroka sudah tentu lebih banyak kebaikan, kebajikan , kemajuan nasib generasi ke 2 peneroka dapat beliau bela.

Pengalaman dan pengetahuan Dato' Wan Amizan sebagai anak peneroka dalam memahami isu-isu dan permasalahan masyarakat Felda adalah aset yang berguna kepada parti, UMNO dan BN.

Tidak sia-sia bila masyarakat 14 kawasan Felda di parlimen Jerantut menyokong kuat Dato' Wan Amizan Wan Razak.


Dato' Wan Amizan Wan Razak pemimpin anak peneroka harapan 14 masyarakat Felda di parlimen Jerantut.

42 comments:

Anonymous said...

cikgu anak murid tidur dalam kelas

Anonymous said...

Kuatnye demo pong. Mesti dpt byk ongkos praya ni.

Anonymous said...

Kehkehkeh.....

Buat la istana sekalipun.....
Tetap jugak Jangan pangkah dacing
...

Anonymous said...

Pangkah bulan kehkehkeh. Sinar dimalam hari

Anonymous said...

Ubah. Ubah. Ubah. Dah perit bawah umno.

Anonymous said...

Maaf WZWH, ambil ruang sikit, khasnya kepada Mat Periba

Petikan titah DYMM Pemangku Raja Perak Raja Nazrin, bukan untuk dihayati tetapi ini titah Baginda Tuanku. ( Perpaduan Ummah) ditujukan kepada Pas, Umno, bangsa Melayu yang beragama Islam untuk bermuhasabah.

11. Dalam membicarakan mauduk perpaduan ummah, kita tidak terlepas dari menyentuh isu perpecahan ummah, lantas membawa minda menyelami punca yang menyebabkan berlakunya pemisahan ummah. Syeikh Rashid Ganusi, pemimpin gerakan An-Nahdah di Tunisia, berpandangan jika ada dua parti politik orang Islam yang berebut kuasa, di situlah punca perpecahan umat Islam di mana-mana negara kerana politik itu mencetuskan kebencian yang luar biasa sehinggakan umat tidak boleh bersikap rasional lagi.

46. Malah persaingan politik telah menghalalkan cara hingga merentasi etika yang dianjurkan oleh Islam, melanggar tata kesopanan budaya Melayu. Fitnah, pemalsuan dan penghinaan yang keterlaluan terhadap lawan berlaku secara berleluasa. Perbalahan berbentuk verbal, diperluaskan dalam bentuk penulisan dan dilebarkan melalui alam siber. Dibimbangkan, pada akhirnya nanti, tidak akan ada lagi tokoh Melayu yang credible dan boleh dipercayai. Sheikh Muhammad Abduh pernah mengingatkan bahawa Islam itu didindingi oleh umat Islam; ummah sewajarnya mengingatkan bahawa Melayu itu juga didindingi oleh orang Melayu.
 
47. Kebelakangan ini, pertentangan di antara kabilah politik telah melarat kepada tindakan-tindakan berbentuk fizikal. Telah muncul kumpulan pengacau; dari kalangan anak muda, berlagak samseng melakukan perbuatan yang mengetepikan undang-undang. Telah muncul anak muda mengoyak poster – melempar batu, mengadakan sekatan jalan raya – menyimbah cat ke potret pemimpin – memijak bendera negara. Toleransi kepada budaya gengsterisme adalah satu permulaan budaya yang amat tidak sihat, sangat bercanggah dengan semangat demokrasi, sangat bertentangan dengan sifat bangsa yang bertamadun dan anti tesis kepada budaya negara maju. Anak muda jangan dididik bersifat samseng. Pihak berkuasa tidak harus memejamkan mata, di sebaliknya wajib bertindak tegas. Memperkenalkan dan bertoleransi kepada budaya samseng adalah satu kesilapan besar, ia bakal mencetus huru-hara, ia adalah perbuatan mungkar yang tidak mendapat keberkatan dan keredaan ILAHI, ia berpotensi menjadi bumerang yang bakal memakan diri sendiri.



70. Wacana yang dianjurkan ini, jadikan usaha berterusan ke arah membawa ummah bermuhasabah. Dewan hendaklah terus menganjurkannya secara bersiri, menjelajah ke serata negeri, melakukan perbincangan secara tertutup; bersifat tidak partisan, diiktiraf dan dihormati sebagai forum yang dapat mempertemukan ummah dari pelbagai kabilah, pelbagai institusi dan pelbagai organisasi; menjadi saluran maklumat melaporkan keadaan ummah secara faktual kepada pihak-pihak berkaitan hatta kepada

Anonymous said...

Sambungan.....

Raja-Raja. Sejajar dengan sejarah penubuhan dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan imej berkecualinya yang belum tercalar, amatlah sesuai untuk Dewan diamanahkan mengambil tanggung jawab sebagai sekretariat kepada usaha menyatupadukan ummah. Untuk membolehkan Dewan Bahasa dan Pustaka dapat memenuhi hasrat tersebut secara berkesan, ia harus diberikan kepercayaan, ia harus diberikan amanah, ia harus diberikan fleksibiliti politik dan ia juga harus diterajui oleh personaliti yang diterima dan dihormati kerana integriti dan sifat berkecualinya, mengambil tanggung jawab selaras dengan seruan yang terkandung dalam ayat 104 Surah Ali Imran yang bermaksud;“ Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung”.
 
Begitu pula maksud ayat 10 Surah Al Hujurat; “ Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu beroleh rahmat.”

71. Dalam menimbangkan subjek untuk dizahirkan di wacana ini, Beta tidak dapat menahan hiba membaca catatan kolumnis prolifik, Noor Azam bertarikh 31 Julai 2009;,
 
Petikan:“ Bangsa kita ini sedang sakit tenat. Kalau lambat diubati ia pasti akan mati. Yang akan tinggal hanya orang Melayu – bukan lagi bangsa Melayu. Ingatlah! Nama Tanah Melayu sudah pun terkubur 46 tahun yang lalu”
 
72. Beta tidak terkecuali berhadapan situasi serba salah untuk menzahirkan kebenaran, ditelan mati emak – diluah mati bapa, kerana kebenaran itu ada kalanya amat pahit untuk dimamah. Namun jika penyakit ummah mahu diubati, Beta berpegang, betapa pahit sekalipun, ummah harus sedia memamahnya; Beta tidak reda jika satu hari nanti, Raja Melayu itu dianggap tidak kisah nasib ummahnya, tidak hirau urusan watannya, tiada kekuatan menzahirkan hakikat; Beta tidak reda, Raja Melayu itu dilukiskan sekadar berkhayal dan bermimpi, hanya bergurindam dan bersyair dengan kata pujian kerana takut menghadapi realiti; dan ketika ummahnya gundah gulana, Raja leka bermain catur di dalam istana. Beta amat insaf, betapa tanggung jawab yang diamanahkan ke bahu Raja Pemerintah, turut diadili di hari kebangkitan seperti peringatan yang terkandung dalam ayat 9, Surah Al Imran bermaksud: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada keraguan padanya, Sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janji Nya”.
 
73. Ya ALLAH kepada Mu kami bermohon, pelihara dan lindungi bangsa Melayu ini, pandu mereka menemui jalan yang Engkau redai. Amin Ya Rabul Alamin.
Wabillahi taufik, walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anonymous said...

Perpaduan sejati bawah pakatan. Perpecahan tulen bawah barisan.

Anonymous said...

tengok komen nampak sangat over konfiden puak pembangkang ni.setiap kali pru macam tu lah.tapi kalah jugak.

Anonymous said...

Rumah PAKR Tembeling masih tidak ada geran.
Rumah PAKR Teh masih tidak ada geran.
Rumah PAKR Feri masih tidak Ada geran.
BILA LAGI.

TIDAK ADA TINDAKAN DARI BN,
JOM RAMAI2 KITA UNDI PAKATAN.

ABU
ABU
ABU

Anonymous said...

ABU
ABU
ABU

Anonymous said...

ABU
ABU
ABU

Anonymous said...

ABU
ABU
ABU

Gaya peneroka said...

mohon copy paste

Anonymous said...

Noh omar kata kita tumbangkan pembangkang di sngor, kehkehkeh dia lupa dia pembangkang. Sendiri mau tumbang lol..

Anonymous said...

Bekas menteri yang jaga kolam udang sendiri tu ke?

Anonymous said...

Hai anom 2O6pm. Muhhyidin kata ini PRU ibu segala praya. Anda masih berada di thn 8oan. Sedar la suasana berubah. Pakatan semakin kuat. Umno semakin reput.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Rumah PAKR Tembeling, Teh, Feri kalau nak geran kena bayar habis pinjaman jangan ada hutang baru boleh dapat geran.

Anonymous said...

nak wat guana undi orang kampung tradisional, taknya laku, sbb tu tk dpt umah.. cari sendiri lah weh generasi kedua, ketiga, keempat dan sterusnya...

Anonymous said...

Dacing boleh pencen dah.....
Lama dah..

Moh ubah

Anonymous said...

Survey oleh team bebas yang neutral sahkan negeri yang kekal BN di semenanjung hanya pahang. Tahniah WZ.

Anonymous said...

Bagus juga Pahang dapat kat BN. At least Dato Nan boleh tunjuk isyarat lucah kat PM baru di putrajaya.

Anonymous said...

Umno parti tua nyanyuk. Parti madey recycle. Tipu melayu tapi sejarah tetap berkata benar.

Anonymous said...

Dulu aku undi BN kerana Pak Lah. Kali ini undi Pr kerana Pak Jib. Tak nampak seri cahaya macam Pak Lah.

Anonymous said...

Pangkah bulan wei.
Bulan purnama
sinari alam

lagi lagi lagi..undi pas wei

Anonymous said...

Rumah PAKR memang tidak ada geran. Cuma Ada geran tunggal iaitu iaitu atas nama setiausaha.
Walaupun ada yang tidak mampu membayar sewa beli tapi ramai yang terlebih mampu. Setelah lebih 10 tahun berlalu,ramai anak2 berjaya dalam pelajaran dan perniagaan.
Masaalahnya, tiada jaminan jika bayar habis dapat geran. Sebab geran individu memang tidak ada. Cuma ada satu geran besar nama setiausaha negeri.
Jangan mimpi untuk semua penduduk PAKR bayar habis untuk mendapatkan geran. Sudah tentu ada sebahagian yang tidak mampu atau sengaja tidak Mahu bayar.Tidak adil untuk yang mampu bayar tapi tidak nampak cara untuk mendapatkan geran.

Bangun Tembeling, Teh dan Pedah
Tuntut Geran anda.

Atau
ABU
ABU
ABU

Anonymous said...

Sokong, ambo dari Kg Teh.
Hutang ambo nak habis, ambo nak geran rumah murah.

Anonymous said...

Bersandar kpd maklumat terkini, saya percaya 99% bahawa sahabat lama saya Dato' Nazri Ngah akan dicalonkan sebagai MP Jerantut bagi mewakili BN/UMNO. Tahniah Dato'....

Kepada kerabat saya Dato' Wan Mizan jangan gundah gulana....cukuplah dgn apa yg ada...sayangnya Tuanku kpd Dato' tidak dapat mengatasi kehebatan berpolitik puak2 veteran J'tut.

Kepada Dato' Nazri...mintak maaf banyak2 kerana saya tidak dapat membantu bagi memenangkan Dato' sebab plateform kita sudah jauh berbeza. Pada kali ini Dato', saya dgn sehabis upaya akan membantu bagi memenangkan Dr Hamzah sekali pun Kutukan Dewata & puak2nya menuduh kami bersengkokol dgn puak2 'pluralisme' dan golongan 'menduakan Allah'. Itu hak dia untuk membuat tuduhan dan fitnah...dan memang kerja macai UMNO jenis ini..sebab dia mungkin sudah khatam mengaji kitab aqidah ASWJ dan feq Syafie.

Kpd sahabat dan kerabat saya Wan Zurik...ini bukan 'rezeki' kamu untuk duduk dikerusi Parlimen atau DUN...bersabarlah. Tnggu 5 tahun lagi. Mungkin anda berpeluang menjadi calon dan mungkin anda berpeluang berlawan politik dgn saya diDUN Tahan...inshaAllah.

Maaf Wan jika ramalan saya ini salah..

Mat Periba.

Anonymous said...

pas kuat

Kutukandewata said...

mat periba,

aku bukan fitnah,berdasarkan ucapan anwar di forum luar negara jelas dia pendokong pluralisme.pengasas pluralisme adalah raja akbar india yang mengasaskan agama din illahi.

jelas pluralisme sesat.ulama al muhammady menyatakan anwar telah sesat.

bukti dia pluralisme ialah dia dengan rela hati begitu menyokong penggunaan kalimah allah di dalam bible.ini bererti dia telah menafikan surah al ikhlas.

sayangnya ulama pas begitu takut menasihati dia agar hentikan sokongan kepada kristian yang ada agenda dengan kalimah allah.sampai sekarang dia tetap dengan pendiriannya.

jangan anggap aku jahil sangat.aku tidaklah pandai sangat bab agama ni.tapi sekurang-nya aku belajar juga agama dengan profesor fauzi upm.itu pun tidaklah sepandai mat periba ahlul bait.

ingatlah,ahlul bait mesti mengakkan kebenaran bukan membela puak dan kabilah yang melakukan kesalahan lebih-lebih lagi jenayah akidah!

nanti jadi assobiyah.nabi tak mengaku umat orang assobiyah.cukuplah puak gay aje yang nabi tak ngaku umat.ingat itu!

Anonymous said...

Salam,apa yang mat periba cakap saya perhatikan adalah berdasarkan fakta dan hujah yang lojik akai. Kutukan Dewata tulis lebih kepada emosi yang berpandukan kitab tv 1,2 dan tv3 juga kitab2 tak laku terdiri utusan malaysia/berita harian. Jangan pangkah dacing weh.....kalau deme memerentah habih harta negeri deme jual. TAK CAYA TANYA DATO MB DAN EXCO nya. Hasil mahsul negeri pahang berlambak2 keluarnya,getah,balak,sawit dan terkini bijih besi tapi hutang negeri makin menimbun, pembangunan....elek...Orang lipis,jerantut dan maran banyak dapat habuk/debu bijih ni melekat kat atap dan dinding rumah maalum lah laluan dagangan berkenaan ke pelabuhan kuantan.

Anonymous said...

jangan masam muka doh oghe2 jerantut, pilihanraya 5 tahun skali kita kt kampung balah gege deme yang kita duk sokong, yang kita duk tatang yang kita pertahankan bila dh menang.. kalu sakit deme duduk wad kelas 1, deme dapat pencen, deme dapat elaun drebar kita gapo buleh???? pecah belah dok pegi maghi. habis pru kita kemah kelik hubungan kita, silaturahim kita. PRU hanya menunjukkan sokongan pada parti yang kita dokong. Betulkan yang silap baiki yang rosak baru kemah....

Anonymous said...

cikgu gi sekolah dok ari ni????????????

Anonymous said...



Anon April 11, 2013 at 8:50 AM

Kepala otak Hang lah!  Hang kata Mat Periba cakap berasaskan fakta. Adakah ini fakta?
"Bersandar kpd maklumat terkini, saya percaya 99% bahawa sahabat lama saya Dato' Nazri Ngah akan dicalonkan sebagai MP Jerantut bagi mewakili BN/UMNO. Tahniah Dato'....

Kepada kerabat saya Dato' Wan Mizan jangan gundah gulana....cukuplah dgn apa yg ada...sayangnya Tuanku kpd Dato' tidak dapat mengatasi kehebatan berpolitik puak2 veteran J'tut."  

Anonymous said...

Tahun ni biarlah Jerantut bebas dari puak wan.
Sama2 pancung jika mereka tercalun.

wan jerantut said...

kalau calon pilihan kau naik puak wan pun lagi senang nak pancung.ingat,puak wan kalau sokong bn ,bn akan menang.kalau sokong pas pas akan menang.

kau ingat kau handal sangat.keluarga kau kat jerantut hanya 100 orang.keluarga wan kat jerantut saja ada 9000 orang.belum kira seluruh pahang lagi.

jangan nak berlagak sangat.sebut nama calun pilihan kau.senang aku yang atas pagar yang berketurunan wan ni nak sembelih.nak menang jangan hina keluarga orang.puak bangsat!!!!

Anonymous said...

Sebenarnya puak wan ni terdiri daripada puak yang kalah. Dahlah kalah belagak pulak tu.

Anonymous said...

Banyak blog-blog Jerantut ni membuka pekong UMNO sendiri...UMNO dh nyawa-nyawa ikan tetapi tak sedr diri tetap berpech...klu BN kalah bukan sebab PEMBANGKANG kuat tp sebab MASALAH dalaman yg sangat-sangat berpecah...

anti orang yang tak berbatu said...

anon 11.28,
aku cabar kau beritahu calon pilihan kau,sebut nama dia,tak kiralah mewakili umno atau pas.senang aku nak beritahu sedara mara aku haram mengundi calon pilihan kau.itu kalau ada batu.

baru kita tahu kau hebat atau aku hebat.

tapi gerenti kau pengecut tak berani nak sebut nama calon kau.

puak kau puak parasit.tapi aku rasa kau ni penyokong pas.kau nak laga kan ahli umno.

Anonymous said...

pas kuat weh

jangan undi dacing

kehkehkeh

Anonymous said...

kami mahu pemimpin original anak pahang, tak kira umno atau pas

Anonymous said...

Lebih kurang 2 bulan lebih dah saya tak balik jerantut, jadi minggu lepas baru ni saya balik lah ke jerantut dan pagi tadi lebih kurang 10 lebih singgah minum kat kedai Imai dan selesai minum, ternampak WZWH dgn geng2 dia tgh minum kat kedai yg sama. Tgh rancak betul diorang berborak, jadi saya beri lah salam pada diorang dan bersalaman dgn diorang tapi apa yg mengecewakan saya yg konon2 nak bermesra dgn diorang tapi dibalas dgn muka tawar dan angkuh saja dan takde langsung ambik kisah teguran mesra saya.
Jadi, inilah spesis puak2 umno yg masih wujud di jerantut yg masih mengekalkan budaya sombong dan angkuh. Dulu saya tak pernah percaya dgn cerita2 begini tapi bila melalui pengalaman sendiri, sahlah aura sombong masih intact dlm diri mereka ini sehingga terjemah keluar. Mulai sekarang saya bekerja keras utk menghebahkan kpd kawan2 saya lain yg masih berpendirian mcm saya sebelum ini.Lepas ni kalau terjumpa lagi, rasa nak ludah je kat muka diorang ni...
Last sekalu apa yg saya nak kata ialah, pegi jahanam lah dgn korang punye kesombongan..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...