Friday, April 12, 2013

Majlis Pecah Tanah Serentak Tapak Perumahan Generasi Baru Felda, Parlimen Jerantut Paling Banyak Dapat!



















Melibatkan pembinaan rumah generasi baru Felda di 3 parlimen : Jerantut, Maran, Kuala Krau. WZWH suka yang paling banyak dapat parlimen Jerantut sebanyak 9 kawasan Felda. Tahniah Dato' Wan Amizan Wan Razak wakil generasi baru Felda kerana pandai melobi.

Ringkasan fakta:
218 ekar dengan pembinaan 1872 unit. Aku Janji DS Najib mahu bina 20,000 unit dalam masa 5 tahun.



















Site pecah tapak serentak di Felda Jengka 12.



















Dato' Wan Amizan Wan Razak wakil generasi baru Felda berucap. Beliau mengucapkan jutaan terimakasih kepada Felda dan DS Najib yang pantas mahu menyelesaikan isu perumahan generasi baru Felda. Dengan CEO Felda sendiri turun padang.

Beliau mencadangkan kepada Felda supaya ditubuhkan IKS bagi membantu usahawan kecil dan sederhana generasi baru Felda di setiap tanah rancangan agar peluang pekerjaan dicipta hasil IKS.



















CEO Felda Datuk Faizoull Ahmad berucap. Felda organisasi terbaik dunia menguruskan warganya. Apa lagi yang warga Felda mahu semua disediakan kemudahan. Kenapa pembangkang mahu ganggu Felda? Felda senantiasa buat yang terbaik lebih-lebih lagi kepimpinan DS Najib yang prihatin kepada rakyat. Janji di tepati.

Beliau mengumumkan pecah tanah serentak tapak perumahan generasi baru Felda di:

  • Felda Jengka 1, 6 ekar
  • Felda Jengka 2, 20 ekar
  • Felda Jengka 9, 30 ekar
  • Felda Kota Gelanggi 2/4, 12 ekar
  • Felda Jengka 11, 20 ekar
  • Felda Kota Gelanggi 1/3, 40 ekar
  • Felda Sungai Tekam, 40 ekar
  • Felda Sungai Retang, 40 ekar
  • Felda Jengka 12, 10 ekar plus reserve 20 ekar




















CEO Felda pecah tanah tapak perumahan generasi baru Felda.



















Contoh model rumah.



















Peneroka dan generasi baru Felda yang hadir.


39 comments:

Anonymous said...

aku nak tanya mat periba.dan aku nak mat periba jawab kerana allah.

adakah sebagai ahlul bait kau setuju dengan kenyataan tok guru kau bahawa "sembahyang ahli umno tak dapat pahala"

sila jawab berdasarkan kerana allah bukan berdasarkan asobiyah.

jawapan kau nanti membolehkan aku mengkategorikan pendirian dan pegangan kau!

Anonymous said...

Kehkehkeh....

Sebelum mat periba jawab...
kas nak tanya aok ghodong...

Adakah aok dengar sendiri tok guru cakap macam tu?

Sila jawab kerana Allah....

anidarazman said...

kalau dah mufti perak,tok guru pondok,menegur dia sahlah dia cakap begitu.video dia cakap gitu jelas.nampak sangat awok ni prejudis.

jawab kerana allah,yang awok burukkan pemimpin kerajaan tu awak tengok sendiri ke yang dia orang merompak,ada fail kat kau ke.awok ada bukti ke.atau awak dengar cakap orang.henti-henti lah berprasangka buruk.

kalau betul dia orang buat dah tentu tempah neraka.jangan kau pulak ikut serta kerana banyak sangat dosa mengumpat.dia orang dapat nikmat dunia dan sengsara akhirat kau pulak dua-dua sengsara.

itu nasihat aku sebagai rodong.parti2 ni pedooh aje.sama aje perangai.

lagi satu nasihat aku jangan suka balun bini orang dan pelacur.tak baik sayang,tau!!!!

Anonymous said...

biarlah dgr perabih ucapan tok guru tu..kalu tgk utusan,bh,tv3,2,1...mmg sekerat jer ditayangkan ucapan..ada sambungya lps tu...tok guru pun..solat otg pas pun tak dpt pahala jika ada riyak dan ujubb..tgknsmlm ler youtube tu...

Anonymous said...

Pahang perlukan MB baru yang boleh memajukan lagi negeri Pahang! Pahang sebuah negeri yang besar tapi amat ketinggalan dari segala segi. PM dari Pahang pun tak dapat nak majukan Pahang! Yang sedikit maju hanyalah kawasan Kuantan.

Temerloh sepatutnya dah lama maju, tapi sedihnya IPTA/IPTS pun tiada. Terlalu banyak forum di Internet yang melahirkan ketakpuasan hati rakyat terhadap pendidikan di Pahang!Pulihkanlah imej pahang dan jadikan pahang sebagai negeri ilmu! contohilah negeri Terengganu yang jelas pemerintahnya membudayakan dan mementingkan ilmu dgn terbina banyak pusat pengajian. Ambillah idea dari ramai pihak seperti jadikan Temerloh sebagai hub ilmu titik tengah semenanjung malaysia! Lokasi yang sesuai dan strategik tapi disia-siakan sahaja!

Rakyat pahang khususnya di Temerloh hanya akan memilih pemerintah yang dapat yakinkan rakyat untuk bangunkan kawasan sebagai destinasi ilmu! Dalam hal ini, mendengar ceramah2 pembangkang jauh lebih meyakinkan dari pemerintah kerajaan BN sendiri! Tak mustahil kerusi2 di Pahang khususnya di Temerloh akan hilang ke pembangkang sekiranya perkara ini tidak diambil perhatian! Ubahlah matlamat wahai kepimpinan kerajaan BN dan dengarlah hasrat hati pengundi anda!

Anonymous said...

pahang perlukan mb baru dari kalangan anak jati negeri pahang bukan orang kelantan

Anonymous said...

Nik aziz kata sembahyang org umno tak ada pahala jika tolak islam dan solat org pas pun tak ada pahala jika riak, tp utusan dan tv 3/4 spin ambil sekerat saja, sebab itu semua rakyat malaysia yg berpegang pada utusan dan tv shj sebagai penyalur maklumat akan tertipu sepanjang masa termasuk lh org jerantut.
Utusan dah bayak kali didapati memfitnah oleh mahkamah tp org melayu mudah lupa.

Anonymous said...

Ini musim pecah tanah, janji nak buat rumah jenerasi kedua di jengka 1 dan di jengka 11 dah diwar-warkan dalam pilihan raya 2008, borang pwrmohonan pun diedarkan ketika itu, tapi sehongga kini hanya tinggal sign board sahaja. Semoga org Melayu tidak mudah ditipu meskipun mereka org yg mudah lupa.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Borang hanya dikeluarkan selepas rumah-rumah siap dibina. Borang-borang itu bersiri. Cuba anon pergi lihat pembinaan 26 unit rumah generasi baru Felda di Felda Padang Piol DUN Tahan sedang rancak berjalan.

Anonymous said...

Akujanji- sebelum ngundi. Akutipu-bila dah undi. Trik lama umno. Tak makan punya..

Anonymous said...

Akujanji kepala bapak hang..nak turunkan harga bila menang? Skrg kamu pemerintah.buat le umnongok. Tunggu apa lagi. Penipu.

anak mat periba said...

Pilih lah pembangkang.
gerenti malaysia akan aman.sekarang malaysia tak aman kerajaan terlalu banyak menganiaya rakyat.

gaji rendah,hari2 kena rompak.bini orang banyak kena rogol.harga makanan mahal.

nak beli pakaian pun tak mampu.tanah rakyat banyak kena rampas akkeluar rumah pun takut sebab ramai sangat penjenayah.

kerajaan tak tolong langsung rakyatnya sendiri.

tukar kerajaan.kita akan:

1.pendapatan semua rakyat rm 3000 lebih.

2.harga minyak dan kereta turun.

3.setiap rakyat yang berkahwin akan dapat subsidi rm3000.

4.kalau nak kahwin lagi satu kerajaan akan beri bantuan Rm2000.

5.peminat lgbt dibenarkan berkahwin secara sah.jadi puak lgbt pangkah pakatan.

6.pendidikan percuma untuk semua rakyat malaysia.

7.uitm akan dibuka kepada semua tanpa mengira kaum.orang cina mesti pangkah pakatan.

8.jawatan penting kaki tangan kerajaan seperti do,jusa abc,ketua turus dibuka kepada semua kaum.

9.kaki tangan yang menyokong umno akan di buang untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam.

10.penempatan orang melayu akan disediakan di pinggir hutan kerana harga rumah sudah terlalu mahal.akan wujud kampung baru untuk melayu.

11.kabinet kerajaan pakatan akan dibarisi pemimpin yang maksum.tidak akan berlaku rompakan harta negara.
segala projek akan di agih samarata tak kira kaum termasuklah kontraktor kelas F.

12.menteri pakatan tak akan campur segala urusan projek negara.

13.adun dan ahli parlimen hanya pakai proton preve.tiada lagi marcedes dan lain-lain kereta mewah.

14.pagar rumah tak perlu lagi di kunci kerana tiada lagipenjenayah.

15.belanja sekolah anak-anak termasuk duit makan di kantin akan di tanggung kerajaan.

16.mat rempit dan bohsia akan hapus hasil tarbiyah pakatan.

17.anak-anak menteri,kaum kerabat,dan kroni2 pemimpin pakatan di haramkan melobi projek.

itulah kelebihan kerajaan pakatan berbanding kerajaan bn.

pangkahlah pakatan pembangkang!

Anonymous said...

Anak mat periba yg bodoh ...msk ngan bapak ko skali .. kena tipu dek pembangkang korang sekeluarga ni .. suruh g sekolah tp bangkang je kuat ..

Anonymous said...

Kalau ikut hujah umno rakyat usa, uk, australia, jepun dll bodoh blaka krn selalu mrk tukar kjaan..yg cerdik hanya rakyat msia krn mrk hanya tau pilih bn selama lamanya.

ANAK GINTONG said...

KALAU DAH BUTA MATA DAN HATI BUATLAH BAIK MACAM MANA PUN DIA ORANG NI TETAP MENGUTUK.ITULAH DOKTRIN TAK TAHU BERSYUKUR!!!

MEMANG RAKYAT USA,UK,JEPUN DLL TU BODOH.SEBAB TU DUNIA KECOH BILA MEREKA SUKA CAMPUR TANGAN URUSAN ORANG.MACAM KAU LAH SUKA CAMPUR TANGAN
URUSAN ORANG.SEBAB TU OTAK KAU BIUL MIUL SELAMANYA.

Anonymous said...

rumah ini ada geran atau tidak. atau rumah sewa felda untuk generasi kedua atau tiga.
hak milik tidak dijamin kerana geran tidak ada. dibuat tergesa-gesa untuk PRU sahaja.
akhirnya jadi macam rumah PAKR di kawasan Jerantut.

Anonymous said...

Ayuh kita kekalkan bn sampai kiamat. Wpun buruk mcmana bn kita kena sokong sbb bn adalah parti yg mesti dikekalkan. Duit lembu yg menteri rembat hanya utk penternak yg tinggal di kondo.

Hidup bn!

Anonymous said...

Ayuh kita kekalkan bn sampai kiamat. Wpun buruk mcmana bn kita kena sokong sbb bn adalah parti yg mesti dikekalkan. Duit lembu yg menteri rembat hanya utk penternak yg tinggal di kondo.

Hidup bn!

Anonymous said...

Inspirasi Tun Abdul Razak: Menjadikan FELDA sebagai sebuah agensi kerajaan yang berfungsi sebagai agen pembangunan tanah bagi penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar taraf ekonomi mereka ditingkatkan.

Inspirasi T. A. Razak dinodai oleh Tun Dr Mahathir:
(1) SEKTOR PERTANIAN TERPINGGIR SELEPAS BELIAU MEMPERKENALKAN DASAR PERINDUSTRIAN

(2) PENGAMBILAN PENEROKA BARU DIHENTIKAN SEMEJAK 1987

(3) TANAH 360,000 HEKTAR KURNIANN KERAJAAN NEGERI YG SEPATUTNYA DIPERUNTUKKN KPD GENERASI KE 2 TELAH DIJADIKAN MILIK FELDA

(4) FHB YG DIMILIKI KPF CUBA DI’LISTING’KAN PADA
2002 NAMUN DIGAGALKAN SELEPAS BANTAHAN BEBERAPA MB TERMASUK TOK NAN

DS NAJIB MENGHARAMJADAHKAN FELDA:

(1) MENUBUHKAN FGV (BUKAN MILIK PENEROKA/FELDA)

(2) TANAH MILIK FELDA 360,000
HEKTAR DIPAJAK KPD FGV (syarikat Awam)

(3) KEPENTINGAN FELDA DALAM
FHB (Syarikat milik Peneroka) DIPINDAH KPD FGV

(4) KPF (Koperasi milik warga Felda) DITEKAN AGAR MENYERTAI FGV atau KEPENTINGANNYA DALAM
FHB DILEPAS KPD FGV

(5) PENEROKA CUMA DIBERI
PELUANG MEMILIKI SAHAM
FGV CUMA 800 UNIT SECARA
HUTANG BERBNADING PEGAWAI2 KANAN FELDA YG DIPERUNTUKKAN > 75,000 unit dgn TS ISA SAMAD MENDAPAT 180,000 unit.

(6) DURIAN RUNTUH DIBERI KPD SETIAP PENEROKA RM15,000 NAMUN PEGAWAI2 KANAN FELDA MENDAPAT BONUS KHAS 2 BULAN GAJI (RM100,000 seorang)

PERKARA INI DIDEDAH AGAR PENEROKA JANGAN RASA SYOK SENDIRI.

Sekian adanya....

Anonymous said...

Wan dan Sahabat2 sekelian...

TERIMA KASIHLAH KERANA ADA SAHABAT YG MENYAMAR SEBAGAI ANAK MAT PERIBA...

SIKIT LAGI MUNGKIN VIDEO MAT PERIBA YG BERAKSI HEBAT DIRANJANG AKAN DIEDAR...

INILAH KERJA2 SAHABAT MAT PERIBA YG BERFAHAMAN BIRU...


Mat Periba

Anonymous said...

Dacing kencing rakyat. Hidup BN!

Anonymous said...

Kehkehkeh.....

Ketoyong aok ni ghodong....

Anonymous said...

Kesian aok ni ghodong....
kehkehkeh..


Anonymous said...

Kehkehkeh.....

Kesian aok

Anonymous said...

Weh kas nok taw juger macom mane pulok dengan aksi yang ditayangkan dalom banyok2 belog demenye kate seghupe dengan stopar rakan pemimpin anugayrak tuhan... Cer deme kabolah gatek ke kome nih. Kome pon nok juger negok macom maner pemimping isle ngentok pandai ker tidok!!! Ker jawapan deme seghupa dengan mende tu besi, bisu tak boleh bercakak...

Anonymous said...

orang pas kat kampung-kampung bila orang lain dapat tanah dia sibuk salahkan umno, bila diri sendiri pula yang dapat diam je, golongan yang layak tetap tak dapat juga

marah orang bila diri sendiri ditindas, diam pula bila diri sendiri menindas, macam ni ke UStaz?

Anonymous said...

Salam, apa pula kaitan pati dan tanah. Sebagai warga malaysia dia berhak dapat apa yang rakyat lain dapat. Memang patut pun dia bising. UMNO memang berfikiran sempit, yang cukong dapat selama ini beribu2 ekar tak bising pun, tuan dapat pastikan mereka2 ini penyokong kerajaan. Itulah perangai melayu UMNO yang berfikirfn sempit, hasad dengki sesama bangsa tak habis2. 'JANGAN JADI PANDIR MACAM UMNO' Maaf tuan 6.09

Anonymous said...

Wan, Datok Faizolullah dan Para2 Peneroka,

Semua orang boleh buat dakwa dakwi bahawa mereka adalah hebat. Ini selari dgn sikap UMNO/BN yg sering menyatakan diri mereka selalu terbaik dan jauh drp sebarang kelemahan.

Jadi, saya tidak hairan jika CEO Felda Datuk Faizoull Ahmad mula terjangkit dgn ajaran 'mengangkat diri' ini lebih2 lagi selepas beliau dilantik ke Jawatan Pengarah Besar Felda dgn pengaruh TS ISA Samad (ikut merit?.

Benar atau kurang tepat apa yg diperkatakan oleh Datuk Faizolull ini agak sukar dinilai disebabkan ia lebih bersifat subjektif. Namun jika diukur berdasarkan pencapai KPI Felda 2009/2010 berbanding2 dgn Syarikat2 perladangan Sawit yg lain maka kita boleh merumuskan bahawa kerja Datuk Faizolullah terlalu mencabar dan sedang banyak menunggu dihadapan. Bukan sekadar utk mengembirakan orang2 politik....

Wan dan Datuk Faizolullah boleh lihat akan data2 yg saya paparkan dibawah sama ada kerja2 Datuk sebagai CEO Felda boleh mengembirakan para2 peneroka.

Hasil Sawit/Hektar: Felda 19.8 tan vs IOI 26.0 tan vs Sime Darby 26.0 tan tan vs KLK 22.9 tan.

Kadar Perahan Minyak: Felda 20.7% vs IOI 21.4% vs Sime Darby 21.5% vs KLK 21.1%

Keuntungan (PBT) 2009: Felda Holding RM667 juta (atau RM1,201/hektar) vs Sime Darby RM1,795 juta (atau RM3,380/hektar) vs IOI RM1.639 Juta (atau RM10,859/hektar)

Wan dan Datuk, para2 peneroka yg kelihatan 'senang' beberapa tahun kebelakangan ini bukan sangat kerana faktor kecekapan Felda...ini lebih kpda faktor secara 'kebetulan' harga minyak sawit mentah (CPO) dipasaran dunia meningkat yg menyebabkan harga buah sawit turut meningkat. Harga komoditi ini tidak mungkin kekal baik kerana sifatnya yg sering mengalami turun naik harga (market force)..

Mengimbau kebelakang (sebelum 2003), para2 peneroka amat tertekan, pendapatan hanya sekadar kais pagi makan pagi saja disebabkan harga buah sawit ketika itu tidak samapai RM100 setan (selepas ditolak kos pengeluaran). Ramai dikalangan mereka yg terpaksa berhijrah ke Singapura utk bekerja sebagai boroh kasar disana. Sebahagian pula menjadi JAGA diKL/Kuantan. Malah ada yg terpaksa mengusahakan tanaman padi dalam paya2 dicelah kebun getah utk mencari secupak beras...tak percaya tanya ayahnda Datuk Wan iaitu Wan Razak (Jengka 12)..

Jika berdasarkan trend harga CPO sekarang yg kekal rendah, saya percaya ekonomi para2 peneroka akan turut merudum dan Datuk Faizolullah kena fokus akan tanggungjawab menjaga kepentingan peneroka dan generasi ke2 mereka ini...Datuk Faizolullah kena berguru dgn TS Raja Mohammad Akias bukan DS Isa Samad..TQ



Mat Periba

Anonymous said...

kehkehkeh

jangan undi dacing

nanti kome bagi tanah ke deme weh

manifesto bukan janji

semua dapat janji ABCD

kuikuikui

Anonymous said...

burung tiung emas!!!

Anonymous said...

Pembangunan terus berjalan mengikut jadual. Shabas Barisan National. Satu usha dan program yang berterusan untuk generasi muda mendapat membangunkan keluarga mereka. Perlung perkerjaan dan dagangan akan terus bertambah dikawasan Jerantut asil dari tindakan program ekonomik transformasi Barisan National kearah Negara lebih maju.

Anonymous said...

En.wan, baca elok2 dan faham tulisan mat periba tu. Saya penuh yakin tulisan nya berdasarkan kajian, pembacaan dan pemerhatian. Jangan ikut sangat perasaan sebagaimana pecacai umno . Contoh paling dekat seperti pendapat kutukan dewata, kesihan koi tengok dia. nok kata tak sekolah,sekolah amat tapi buat2 tak faham.

Kutukandewata said...

ada juga pemuja mat periba kat sini.aku hanya menegur perlakuan pemimpin pembangkang yang jelas makin terserlah kifarah allah yang menimpa mereka.lebih setengah abad memperdagangkan agama untuk mencari laba politik.akhirnya allah menampakkan kepada rakyat belang sebenar pemimpin pembangkang.

jadi inilah yang membuatkan mat periba dan juaknya tidak berpuas hati.sehingga cuba memperlekehkan aku dengan pelbagai label.

akun tak heran dengan perangai puak hijau ni.kalau sokong mereka dipuja-puja.kalau bertentangan dengan mereka akan dilabelkan dengan pelbagai gelaran.contoh terdekat kena ke hassan ali.

hati kalau dah hijau rumput kuning kata rumput hijau.

anon 6.03,aku kesian kat engkau.kau dah assobiyah tak nampak langsung keburukan puak kau.kau hanya nampak keburukan orang aje.serupa aje kau tu dengan mat periba tak dapat apa-apa dalam umno lari sokong pas.

Anonymous said...

Kutukan Dewata
Apa tak kenanya dengan fakta-fakta yg diberikan oleh Mat Periba tu. Perkiraan Hasil Sawit, Kadar Perahan Minyak dan Keuntungan yg diberi adalah berdasarkan angka-angka yg boleh didapati di' public domain '. Tambahan lagi syarikat2 yg disebut dan dibuat perbandingan oleh Mat Periba adalah syarikat awam yg informasinya diperakui tepat.

Apa hujah awak? Masakan kerana mereka sokong Hijau, tak nampak keburukan Hijau, dah assobiyah maka data-data yg diberi Mat Periba jadi demikian. KD, bukan Mat Periba yg keluarkan data-data itu, syarikat yg berkenaan sendiri yg keluarkan data. Kalau dipanjangkan hujah awak, syarikat2 tulah yg assobiyah, bukan begitu.

Anonymous said...

pas kuat

kehkehkeh

Kutukandewata said...

anon 4.18pm,
macam ni lah aku nak baca.keluar hujah sendiri.jangan asyik tumpang hujah orang.barulah mencapai standrd piawaian.tahniah!!! bertambah lagi pendebat berfakta!!!

Anonymous said...

kehkehkeh

jangan undi dacing weh

baru betul islam

Anonymous said...

anon 10.59pm.

kau jangan sekali menghina islam dengan menyandarkan puak kau kepada islam.

islam bukan parti tapi agama.selagi dia mengucap dua kalimah syahadah dia tetap islam.dia pangkah siapa pun dia tetap islam selagi mengerjakan solat.

kau yang tak solat 24jam asyik berkokok dalam blog orang ni islam ke???

kau tak solat dosa kau 1000 kali lebih besar dari dosa berzina mustafa ali.

Anonymous said...

kehkehkeh

moh undi pas deme

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...