Thursday, April 25, 2013

Nostalgia PRU, WZWH Dan Pemimpin UMNO Dan PAS

WZWH masih ingat...nostalgia PRU.

PRU 1974 WZWH baru berumur 6 tahun. Di Kg Bantal Ulu Tembeling, suasana PRU banyak bendera biru berkibar. WZWH masih ingat mancis BN, payung BN.

WZWH masih ingat WZWH dan Arwah datuk berjalan kaki dari Kg Bantal ke Kg Gusai. Berjalan kaki berkempen mengikut jalan denai.

Singgah sekejap di Kg Mogol berhenti di rumah arwah Aki Deris ditebing Sungai Sepia. Ketika arwah datuk berkempen, WZWH menyelinap ke tebing bermain air Sungai Sepia dengan Mustapha anak arwah aki Deris.

Kemudian berjalan kaki lagi menyeberang Sungai Sepia ke Kg Gusai. Pada masa itu Kg Gusai masih ramai orang dan ada banyak kampung-kampung kecil lagi.

Itulah arwah datuk Wan Mohd Hashim bin Tok Muda Wan Mustapha suka bertandang ke rumah sedara mara di Ulu Tembeling. Kampung-kampung lain seperti Kg Peling, Kg Chenih, Kg Mat Daling, Kg Pulau Besar hingga ke hilir Kg Kuala Sat, Kg Sat dalam Jipang, Kg Pagi.

Penduduk Ulu Tembeling majoriti sedara mara WZWH adalah penyokong hardcore UMNO dan BN seingat WZWH dulu...

Apa yang arwah datuk WZWH ceramah semasa berkempen dulu...adalah harapan yang kekal dalam ingatan WZWH. Satu kumpulan VISI untuk membangun dan meningkatkan taraf hidup penduduk Ulu Tembeling. 

Politik untuk membangunkan ekonomi dan mengangkat taraf sosial masyarakat yang serba kekurangan.

Hilir ke Kuala Tembeling sebuah pekan city centre pusat Lembah Tembeling ketika itu WZWH menyaksikan kempen politik yang penuh demokrasi.

Di atas pentas yang sama bila parlimen Jerantut berpecah dari Pahang Barat pada 1974. Selepas saja arwah King Ghaz memulakan ucapan disambung pula oleh beberapa pemimpin UMNO dan PAS.

Itu masa ketika UMNO dan PAS bersatu dalam BN.

PRU 1978 arwah Tan Sri Sharif Ahmad BN mempertahankan parlimen bagi penggal ke dua berlawan dengan arwah Pak Long Salehuddin PAS.

Pak Long Salehuddin orang Kuala Tembeling yang rumahnya ditepi sungai. Sangat komited dengan parti. Biar berabis harta tidak mengapa demi perjuangan PAS. Selalu berjalan kaki dengan membawa briefcase.

Arwah Pak Long Salehuddin keturunan Penghulu Raja yang bernama Penghulu Kakap. WZWH tahu ada beberapa bilah sundang dalam simpanan arwah Pak Long Salehuddin.

Ada seorang pemimpin PAS yang popular bertanding DUN Tembeling. Disukai oleh masyarakat iaitu arwah aki Bahar. WZWH rapat dengan arwah aki Bahar sebab beliau adalah jiran rumah arwah datuk.

Arwah aki Bahar suka menolong orang. Mungkin sebab itu ketika UMNO dan BN kuat pada tahun 1970an calon PAS di DUN Tembeling tidak kalah banyak kurang 300-400 undi sahaja!

PRU 1982 pula Dato' Wan Abu Bakar sedara WZWH bertanding parlimen. Berlawan dengan Syed Ibrahim juga dari keluarga WZWH.

Syed Ibrahim orang tidak banyak bercakap bertanding 4 penggal namun kalah senalo. Lawan terakhir beliau adalah Kamaruzaman Baria keturunan Tok Gajah dari Kuala Lanar.

PRU 1999 Tengku Azlan juga dari keluarga WZWH bertanding parlimen. Manakala arwah Cikgu Halim Yunan bertanding DUN Tahan.

Satu yang misteri bagaimana arwah Cikgu Halim Yunan calon popular UMNO boleh tewas dengan arwah Malik PAS dari Kg Gintong. Post mortem menunjukkan banyak undi merah dibelah hilir DUN Tahan.

Tengku Azlan bertanding 3 penggal sama rekod pencapaian dengan Dato' Wan Abu Bakar.

Dr Hamzah Jaafar PAS juga bertanding buat kali ke 3 kali ini berlawan dengan Cikgu Ahmad Nazlan dari Kg Gintong.

Muka baru PAS orang muda Zakhwan Ahmad Badarddin sedara WZWH pangkat pupu. Ayah Zakhwan orang Kg Mogol Ulu Tembeling, emaknya orang Pedah juga sedara dengan Dato' Sharif Shamsuddin.

Zakhwan bertanding di DUN Tahan.

Seorang lagi tokoh muda PAS Yohanis Ahmad anak peneroka Felda Gelanggi 1 berasal dari Kg Kedondong Pulau Tawar. Aki Hassan Kedondong beritahu WZWH bahawa Yohanis ini sedara mara juga. Aki Hassan adalah ayah sedara sepupu arwah Engku Mohd Basri Engku Saleh penghulu Kuala Tembeling. Yohanis ini pangkat Aki kepada WZWH.

Yohanis bertanding di DUN Pulau Tawar.

Begitulah politik Jerantut tidak ada orang lain yang bertanding adalah sedara mara belaka.

Dato' Wan Amizan adalah dua pupu WZWH bertanding di DUN Tahan bagi penggal ke 2.

Ideology and Blood or Tribe. Which one first in Jerantut?

Keluarga yang PAS boleh mengundi UMNO manakala keluarga yang UMNO boleh mengundi PAS!

Ideology or Blood?

Jika ditanya kepada WZWH....jawab WZWH...WZWH ada gene UMNO...!!!

27 comments:

Anonymous said...

aku kesian wan amizan.ketika dia berkempen minta orang undi dia dan parlimen mat lan,budak2 mat lan pulak buat hal.basri kerbau datang ke cawangan aku paya embun,suruh undi mat lan.tapi dun tahan suruh undi pas.

apa cerita ni?keluarga mat lan sendiri cakap bg kat mat lan sebab sedara,tapi tahan bg kat zakhwan.apa cerita ni.

jadi betullah saudara lebih penting dari parti.jd aku buat keputusan.tahan aku bg wan amizan.parlimen aku bagi dr hamzah kerana sedara aku.

keluarga wan amizan pulak aku cadangkan bagi wan mizan dun tahan sebab sedara.parlimen bagi dr hamzah sebab keluarga mat lan tak bagi ke wan mizan.jadi keluarga wan mizan kena buat perkara yang serupa.adilkan?



Anonymous said...

Abdul Mutalinb itu siapa kepada Rasulullah?. Abu talib itu siapa kepada Rasulullah?. Abu Jahal itu siapa kepada Rasulullah ?.

Bukankah mereka mereka ini ada pertalian darah dengan Rasulullah?. Tapi adalah mereka mereka ini dijanjikan syurga oleh Allah, Tuhan sekalian alam?.

Samada ada adik sendiri, abang sendiri, anak sendiri atau isteri sendiri, kalau mereka berjuang dijalan yang tidak diredai Allah dan terus mempertahankan pemimpin yang menghina Rasulullah dan memandang rendah kepada Islam dan menganggap ajaran Islam ini cuma sesuai dijadikan bahan pameran dan bukan untuk dilaksanakan, maka anda patut tahu sendiri apa hukum dan balasannya kemudian.

Tidak guna berijazah berjela jela kalau alquran serta ajarannya dicampak ke tepi dan langsung tidak dihayati dalam kehidupan seharian. Ilmu sekular tidak akam mampu menjanjikan kebajikan dan kerahmatan kepada manusia di dunia ini. Anda leka dan alpa..balasannya pasti tiba. Itu janji yang maha kuasa! Apakah anda tidak mempercayainya???.

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing deme

Anonymous said...

sebab kaitan asudara kebanyakan orang dun tahan nak menyokong ust zakuwan,sebabr ust zakuwan bercakap dengan orang lembut,sopan santun,beradab,tidak berbohong dalam ertikata memungko,orang bertambah yakin kepada zakuwan,memimpin dun tahan. sebab kaitan saudara lah orang dun tahan menolak wan amizan,kome tak daya weh,dia sapu segala menda sampai sdara mara dia pun dia x ambik peduli,wan amizan mohon tanah menggunakan nama syarikat dia sendiri dan kroni beribu ekar dlm jerantut ni semua lulus blaka,orang kampung mohon semua di tolak pada tahun 2010 paling kuat dia menolak tanah permohonan org2 dun tahan,awak ingat orang tak tau ke?skrang sampai lah masa nye awak pulak kena kerat di saudara mara awak sendiri hasil dari kebodohan kita sendiri,

Anonymous said...

semua dun tahan n sedara wan jom pangkah wan mizan..parlimen kita pangkah dr hamzah..

Anonymous said...

dr hamzah bercakap dgn pengundi pun sepatah sepatah, tak ramah langsung,

Anonymous said...

ANON 3.13AM,

PAS BERJUANG UNTUK ISLAM KE KALAU MEMBELA AHLINYA YANG BERZINA.

PAS BERJUANG UNTUK ISLAM KE KALAU BERSATU DENGAN DAP YANG JELAS MEMUSUHI ISLAM.

JANGAN PANDAI BERCAKAP DAN GUNA AGAMA UNTUK MERAIH UNDI.

Anonymous said...

semoga jika zakuan menang, masjid masjid dan surau2 di DUN tahan dapat diadakan majlis agama..semoga dengan itu zakuan lebih rapat dengan masyarakat dan memahami masalah mereka....
YA Allah..perkenankanlah doa hamba mu ini......

Anonymous said...

Bila pulok dia nie sedara sultan pahang??????????????. Nasib baik dia dengan wan amizan tak mengaku saudara dengan raja kiran

Anonymous said...

kah tak ada sedara mara dan tak ada kena mengena tapi kas tetap pangkah Pas. Wan amizan kuat sangat memungkor weh....

Anonymous said...

kalau nak pangkah pas,pangkah ajelah.tak usah bising2.takdirnya menang wan amizan awak juga lah yang terhegeh-hegeh minta bantuan.

Anonymous said...

patutlah orang panggil dia basri kerbau.sebab dia pakai langgar aje pagar orang.ada lagi dua ekor kerbau.sekor kat feri sekor lagi kat padang piol.mat lan bela banyak sangat kerbau gila.

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing

Anonymous said...

Salam semua,

Selepas bekas Panglima Tentera Darat dan Laksmana Tentera Laut menyertai PR, kini tiba giliran pegawai tinggi Angkatan Tentera Udara Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail bin Samion yg juga bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNN) menyertai PAS....

Pelik juga, parti yg didakwa sebagai 'PARTI AJARAN SESAT' oleh sesetengah orang boleh menarik minat ramai para2 bijak pandai...

Orang 'biasa2' macam anon 10:13 am, Kutukan Dewata (berketurunan Nabi SAW), sang sapurba dan sahabat2 yg lain...apa tunggu lagi, tak teringin ke nak pangkah HIJAU.

Mat Periba

wonder why said...

Mengaku Saudara belaka.Untunglah kalau menang atau kalah waris belaka.Dacing sudah sengit, hati2 ,mula nak tipu menimbang.

Anonymous said...

kas ni dok de putrajaya
balik ngundi sok
kas pangkoh cap bulan dengan cap bunga raya jehhh

maleh lalu nak tengok ke muka wan mizan teh
tek edeh selera nok makan
muka dia teh takde aura
takde lalu ciri2 pemimpin educated
bala bete

Anonymous said...

Kes stopa memantat
Kes nuar memantat
Kes azmin anak durhaka bg aiskrim
Kes nuar balun bini azmin sampai keluar anak haram
Kes ostart Bedighol kongsiling kat otel jam 3 pg
Kes fuck neck tie kata urang Umno sembahyang tak leh pahala dan dia dah maafkan dan ada tiket masok sorga
Kes dia kata leh ksama dengan setoniram
Amboi Parti Ajaran Seton...

Semua ni berlegar. Tampil lah buat kenyataan. Cakap tak memantat, tak membalun, tak bagi aiskrim.
Ni biar je orang PAS ni. Benda depan mata. Hududkan la kote stopa, kote nuar kote azmin tuh.

Anti anak durhaka.
Tolak fuckatan...

Anonymous said...

Undila pas dema,undi BN skitla,najib nak cover gula2[BR1M] dema lg pasni,x sedor2 lg ke rakyat dibodokan BN ni,fkla,ni bkn zaman tgk surat kabor kedai kopi wei,zaman dah maju,najib pun x blh nok tutp doh

Kutukandewata said...

BUKAN TAK NAK SOKONG HIJAU ABANG MAT PERIBA.CUMA BUKTI DI DEPAN MATA NYATA PAKATAN BANYAK SANGAT MASALAHNYA.

DULU-DULU MASA ALMARHUM USTAZ FADHIL NOOR AKU MINAT SANGAT KAT PAS CUMA TAK SEMPAT MASUK BILLA PAK SEDARA AKU AHLI PAS MAKI HAMUN PAS SEBAB DIA RUGI KOHILAL BANYAK SANGAT.TERBANTUT AKU DI BUATNYA.SORRYLA ABANG MAT PERIBA,TUNGGU PAS BERPISAH DENGAN KEJAHILAN YANG MENGELILINGINYA.SALAM!!!

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing deme..
Malaysia lebih cemerlang Tanpa dacing....

Anonymous said...

Kutukan Dewata,

Awok memang sedara Mat Periba dunia akhirat. Cuma abang nak kabor, kalau sebab Kohilal ini menyebabkan awok tolak PAS maka abang memang rasa amat sedih. Kalau gitulah hujahnya maka abang pun boleh kata abang tolak UMNO setelah bertahun2 menjadi Ketua cawangan serta Bendahari Pemuda UMNOA Bhg Jerantut diera kekanda Dato' Wan Bakar dulu desebabkan oleh Saham KUB yg jatuh menggila...

Sebenarnya tidak gitu. Abang sokong HIJAU abang faham dasar2 perjuangan HIJAU. Selain itu, ramai dikalagan sahabat abang org2 cerdik2 yg berminat dgn 'Parti Ajaran Sesat' bukan sekadar Tan Seri2, Dato2, Pegawai2 Tinggi Tentera, Pegawai2 Tinggi Polis dan Pegawai2 Tinggi Kerajaan malah HAMPIR SEMUA PARA2 USTAZ dan USTAZAH YG MENJADI IKON MASYARAKAT yg sering muncul di TV seperti Ust Azhar Idros, Ust Dr.... Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri, Ust Syed Abdul Kadir Jofri, Ust Haslin Bahrim (Ust Bolywood), Ust Abdullah Mahmud, Dr Azhar Yaakub, Ustazah Norhafizah Musa, Ustazah Sharifah Zaharah dan ramai lagi tak rasa takut kpd parti HiJAU ini...

Jadi adinda ku Kutukan Dewata.. moh kita sokong HIJAU.

Oh yer KD...bila nak ke Kuantan, Abang nak belanja makan Pais Ikan Patin. Kalau rasa dah jemu makan ikan pating..kita pekena nasi Arab Al Idos (nama keturunan KD tu).

Kutukandewata said...

abang mat periba,

masa masih panjang lagi.insyaallah bila aku dah yakin pas dah benar2 kembali ke jalan yang asal nanti aku akan masuk dengan rela.orang umno pun dah ramai pandang sebelah mata kat aku.banyak sangat sindiran dan perlinya.aku pun dah di pinggirkan oleh puak2 bakal ahli parlimen jerantut sekarang ini.aku ni dah jadi mangsa prasangka buruk mereka.

abang mat periba,tunggu aku ye!!!!

Anonymous said...

Moh undi PAS deme

Anonymous said...

jgn bimbang ahli deme akan undi ke deme, kome bukan ahli, tak ada pasal nak undi ke deme, hak mana mesra itu kome undi

Anonymous said...

Kas maleh ngundi wan mizan
Sebab dia tak ensem

Anonymous said...

Moh undi PAS

Anonymous said...

Kehkehkeh...

Moh undi PAS + Bunga Raya

Negara aman tanpa Dacing

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...