Thursday, April 11, 2013

Bolehkah Aura DS Najib Menyelamatkan Calon-Calon Veteran Parlimen Dan DUN Jerantut?


Dalam ratusan ucapan DS Najib, banyak beliau berkata:

Kita mahu meremajakan UMNO....pemimpin UMNO perlu peka dengan media baru...Ayuh orang-orang muda mari berjuang bersama UMNO dan BN...

Anda diberi tempat...

Itu retorik terbaik mengambil hati golongan muda. Tapi tidak di Jerantut bila mana dari 63,000 pengundi berdaftar hampir 60% adalah dari golongan muda.

Golongan veteran ahli politik Jerantut begitu berpengaruh...sangat pandai mempengaruhi pucuk pimpinan walau tidak buat apa-apa untuk Jerantut.

Golongan veteran ahli politik Jerantut bertuah sebab:


  • Duduk saja tidak ada sumbangan boleh bertanding.
  • Keperluan peribadi lebih diutamakan dari orang ramai boleh bertanding.
  • Tidak ada idea-idea bernas jauh sekali mahu implemennya boleh bertanding.
  • Tidak tahu lansung perkembangan media baru pun boleh bertanding.
  • Pandai mengarang surat layang sebab itu bertanding.
  • Tidak mahu melayan golongan muda pun boleh bertanding.


Bolehkah aura DS Najib menyelamatkan calon-calon veteran Parlimen dan DUN Jerantut?

Itu WZWH tidak dapat pastikan samada 60% pengundi Jerantut dari golongan muda akan bersetuju dengan calon-calon veteran.

Di Jerantut calon-calon veteran boleh bertanding 4 atau 5 penggal tiada masalah kerana dari 63,000 pengundi berdaftar Jerantut itu tidak ada anak-anak muda yang layak di kacamata pucuk pimpinan.

Yang boleh bertanding di parlimen dan DUN Jerantut ialah yang berumur 60 hingga 65 tahun.

Kalau ini model nya maka 60% pengundi Jerantut yang bawah 45 tahun tidak perlu buat apa-apa sebab mahu mencontohi calon-calon veteran parlimen dan DUN Jerantut.

Di Jerantut politik bermula dari umur 65 tahun....

Bawah 45 tahun ke bawah kalau rajin menjadi aktivis parti pun tidak laku dan tidak dipandang oleh pucuk pimpinan.

Lagi sekali Bolehkah Aura DS Najib Menyelamatkan Calon-Calon Veteran Parlimen dan DUN Jerantut?

60% pengundi Jerantut yang terdiri dari orang-orang muda akan ekspressi pandangan politik mereka dalam peti undi pada 5 Mei 2013 dan pada malamnya keputusan pasti keluar....

39 comments:

Anonymous said...

Macam dah dapat hint dah sapa yg jadi calon ni... releks merajuk 24 jam jee..

Anonymous said...

UMNO/BN Jerantut masih tercari-cari calon ke.?..... pelik jugak xkan hak lama dah x boleh pakai... kalau terlalu veteran baik undor seblum kena reject... Sape calon WZWH... dah dekat penamaan calon xkan masih duk cari lagi..... wober demeh...

Anonymous said...

WZWH, dulu awok kata akan terus berjuang walaupun tak terpilih. Kali ni lain pulak bunyinye, macam mengugut nada tulisan awak.

WZWH, pejuang yg benar2 hebat adalah dari golongan yg tidak terpilih jadi calon. Mereka akan bekerja lebih kuat dari calon demi memenangkan parti walaupun mereka tahu calon yg menang yg akan dapat habuan besar, penyokong hanya dapat kuah saje.

UMNO dibentuk atas persada yg murni demi bangsa, agama dan tanahair bukan mengejar kekayaan. Saya yakin awok bukan pejuang yg mengejar kekayaan. Awak berjuang membela rakyat semata-mata. Biorlah calon yg terpilih dan harap2 menang tu mengumpul kekayaan. Awok teruskan perjuangan dengan menyokong calon yg terpilih tanpa memandang sedikit pun kearah keuntungan material kerana awok tahu disitulah matlamat sebenar perjuangan awok.

Biarkan mereka kaya raya asalkan awak berjuang untuk rakyat. Syabas.

Anonymous said...

pengundi atas pagar di jerantut rata rata berpihak kpd bn, tak ada sebab nak pcaya pada pr, mereka berjuang atas hasad dengki

Anonymous said...

Moralnya org muda mahu pun yang tua sudah jelak dgn perilaku pemimpin umno Jerantut. Kesilapan ini telah tercorak sekian lama. Hari ini jangan kata dikalangan org umno org atas pagar pun sudah menolak barisan kepimpinan umno di jerantut. Adalah sesuatu bukan mustahil kali ini UMNO jerantut bakal tersadai dek kerana sikap ego dan kelalaian kalian semua. - Org atas pagar jerantut (OAP)

Anonymous said...

pas kuat

Anonymous said...

org bodo je suka duduk atas pagar

Anonymous said...

WZ belum ada rasa nk lompat parti ke..

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing deme

Anonymous said...

April 11, 2013 at 7:57 PM
Sungguhpun duduk diatas pagar kami ada pendirian! - OAP

Anonymous said...

Huhuhuhu...
Ini kapal sudah mau karam...huhuhu
Ini berita baik untuk pakatan...huhuhu
YB veteran kantoi-mantoi...huhuhu
YB muda pon hanky-panky...huhuhu
Sapa2 pon sama...huhuhu
Semua mau paw sana paw sini...huhuhu
Orang kampung pon dah takde selera...huhuhu






Anonymous said...

Orang atas pokok pun boleh

Anonymous said...

Wan..jgn kecewa jika dapat calun reput kerana parti umno dipimpin oleh orang yg dah reput spt mahathir. Kenapa dia lebih jadi jeneral, bkn KJ sepatutnya jadi jeneral kerana beliau ketua pemuda. Mahathir mewakili spesis reput dalam umno. Anak muda sdg perhati!

Anonymous said...

Mahathir. Lambang suara remaja dalam UMN0. Pencen buat cara pencen. Org meluat. Jgn WZ marahkan veteran di Jerantut kerana ia berlaku di pusat pun.

Anonymous said...

Berita baru diterima. Masnah Rais menemui Rosmah utk pastikan Rais kekal. Tengok sejauhmana Najib berani lawan pm sebenar.

ahli umno pangkah pas said...

orang lain buat program habis duit nak tarik sokongan pengundi.tiba yang duduk diam tak buat apa-apa najib ambil jadi calon.orang yang buat fitnah memburukkan orang lain jadi calon.sah kalah.datuk dollah majid yang tak pernah jadi ajk bahagian malah ketua cawangan sekali pun boleh mempengaruhi datuk adnan dalam memilih calon-calon di jerantut.bodoh sungguh mb pahang ni.

Anonymous said...

Krisis pilih calun BN lebih teruk dari pakatan. Bunga2 kalah semakin jelas. Kat kg aku calun Spm gred 3 lawan calun doktor dari Pkr. Dah la calun Bn di masjid tak pernah napak batang hidung. Yang pkr selalu nampak wpun solat subuh. Tak salah jika BN lingkup. Silap pilih yang hanya tau bodek. Winneble candidate konon.

Anonymous said...

Aura Najib? Dia tiada aura la. Tau bg BRIM bkn aura. Berok mat yeh kampung aku reti bagi jika ada duit@kuasa. Itu bkn menifesto. Itu money fiesto.

Anonymous said...

Deme ni berebut2 nak jadi calon buat mende.
..Yang tak tercalon tu bertandimg la calon bebas..
..apa susah.
...

Anonymous said...

Apabila saya meramalkan Dato' Nazri Ngah bakal menjadi calon MP Jerantut dgn status kebolehpercayaan 99% maka ada macai2 yg menyantun saya secara 'kasar' kononnya saya meramal tidak berdasarkan fakta...

Mungkin benar...namun berdasarkan 'networking' saya dgn beberapa org sahabat2 lama yg berfahaman BIRU pekat serta KERABAT, saya sebenarnya telah mendapat info ini lebih awal...wllahu'alam.

Benar atau salah..tunggu saja pengumuman calon BN tidak beberapa hari lagi...

Apa2 pun, Dato Wan dan Sdr Wan kena banyak bersabar...Kesabaran yg paling baik ialah dgn menyokong KEBENARAN walau pun dgn sebesar nokhtah dalam hati..

Mat Periba

Anonymous said...

Mat Periba
Diantara penyakit2 kronik semasa di Mesia ialah sindrom jadi / tak jadi calon. Virus penyakit ini dikesan menular pada awal tahun 80an dengan demography pengidap penyakit ini 98% kecenderungan dihinggapi oleh species satu kaum. Virus ini dikesan menular dengan hebat pada kadar yg mendadak ketika menjelang penamaan calon. Symptom virus ini menunjukkan tanda-tanda ketidakwajaran berfikir ( unrational behaviour ), selera makan yg menurun, amnesia, cepat marah dan mudah merajuk. Hasil kajian saintifik masih diteruskan untuk mendapat jawapan kenapa penyakit bermusim ini dipolopori oleh kaum dari species UMNO / BN sahaja.

Anonymous said...

Apa yang kwn dpt info sama la dgn Mat Periba utk calon Parlimen Jerantut. Dun Pulau Tawar, Dato' Duan

Anonymous said...

Anon 11.33AM,

Apa yg enta cakap memang benar sekali. Senario ini boleh dikatakan tidak berlaku kpd pendokong HIJAU. Ada sahabat ana (bekas pegawai kanan Kerajaan) telah dirisik oleh pimpinan HIJAU untuk menjadi calon HUJAU diParlimen Jetrantut...

Pendirian beliau sangat tegas walaupun menyedari potensi untuk memenanginya memanga ada..."ana senang saja, jika pimpinan utama HIJAU sekarang secara hati ke hati bersedia melepaskan diri drp apa2 pencalonan maka ana pada bila2 masa bersedia menjadi calon", ujarnya.

Inilah std parti HIJAU yg jarang selaki berlaku haru BIRU..itulah antara sebab mengapa ana bermufarakah dgn kumpulan haru BIRU ini...


Mat Periba

Anonymous said...

Salam semua,

Hari Jumaat yang mulia saya berada diKuantan.Saya bawa teropong yang di hadihkan oleh Laksama DO REA ME. cukup terang nampak apa yang sedang berlaku disekeliling Dato Seri Diraja LONG NAN.

Dia sedang hisap cerut,,,,,wangi sungog baunya,,,,,Dr Syukri sedang
bersila membancuh ubat untuk menjahanakan UMNO/BN jerantut.Dato'
Nazri goring daging kijang dan bakar ikan kelah Sungai Salan untuk Dato'Seri Deraja makam siap
dengan serapahy jampi untuk jadi
calun takira dimana saja.... USTAZ
MAJID sembahyang hajat dan berzikir
mendayu dayu mohon Long Nan terima
calun yang dia bawa,,,,

Long Nan diam saja,,,tak kata apa2.
Buat helah,,,,dan berkata
;Saya bukan ada kuasa,ini semua kerja PM belaka....aku banyak kerja....tungu saja kalau ada dapatlah dema berdua... tapi aku tahu awak bertiga hampurah belaka... AKU SEMAK HAL AW3AK SEMUA...Dato'Dollah lebeh bagus drp dema bertiga,walaupun diseorang penoreka,,,,,dema ni teruk sangat....tak ada bahasa yang aku boleh kata ,punya teruk,,,.

Aku teropong Putrajaya,,,,aku nampak Dato'Tua,buat muka pejuang
lagaknya,,,sesakali buat muka sedih macam muka peminta sedekah,
melut dipejabat PM,,,bawa bomoh orang Asli entah dari mana,,nak pukau PM ikut cakap dia ,,,PM sibok kata su PM...Dato kata saya
akan tunggu sehingga jumpa.....

Dato'Wan Amizan rimas tak terkira...sebab dia tahu sangat perangai puak2 ini semua....dalam hati kata ,,,,pada aku mati sorang biar mati semu,,,padan muka...akan aku buat apacara ,menaku kalah tidak sekali...

Ku Lan tidor lena,,Dato'Hj;Rusdi dan Dato'2 hiba memendam rasa.


Aku party GERAKKAN ,tak jolok sawit tak makan.Aku tak undi party Pakatan.....kerana takut dan aku
ikut saranan ulama muktabar....

Selamat bekempen...jangan sampai bergaduh sudahlah.....


Gasing Tonong.

Anonymous said...

Kehkehkeh

Kotoyong.



Anonymous said...

Mat Periba
Perbezaannya ialah pendokong HIJAU terketar-ketar bila dicalonkan, berdebar-debar takut sangat tidak berjaya melaksanakan amanah yg diberikan rakyat.

Pendokong BIRU pula bersorak gumbira apabila dicalonkan kerana sudah dapat bayang-bayang habuan yang menanti.

Tetapi perbezaan yg paling ketara musim PRU13 ini ialah pempinan BIRU amat takut membubarkan parlimen, terketar-ketar nak buat pengumuman pembubaran parlimen. Takut sangat salah pilih tarikh. Pastu dah umum pun perasaan takut masih menghantui kerana ada lagi perkara yang lebih menakutkan iaitu takut umun calon.

Ketakutan pengumuman calon ini merupakan manefestasi ( manefestation ) kebimbangan tindak balas calon yg tidak dipilih. Lobi-melobi, tarik tali, ugut mengugut menjadi agenda utama sebelum keputusan dibuat. Dalam minggu ini saja berpuluh-puluh " rombongan melawat sambil mengeletar " dari seluruh Mesia kePutrajaya bertujuan mempengaruhi ketua BIRU mencalonkan pilihan mereka. Pesta rombongan kePutrajaya ini menjadi lebih meriah apabila kumpulan yg sudah dicalonkan juga membuat lawatan singkat bagi memastikan senarai yg tersedia tidak diubah lagi.

Hasilnya pemimpin BIRU yg didesak bertubi2 oleh rombongan ini akan kembali mengunakan maxim yg selesa baginya iaitu ' flip flop ' decision.

Dan yg paling anehnya setelah keputusan pemilihan calon dimuktamadkan, ketakutan sabenar mulalah menjelma. Macam mana nak kautim calon yg sudah tersenarai tapi terpaksa ditolak. Kena kautim kau kau golongan ini kerana kalau mereka mengamok tidak dipilih, akibatnya BIRU boleh kalah.

Dari tarikh penamaan calon hinggalah ke hari pengundian pendokong BIRU akan dihantui lagi dengan perasaan takut. Kali ini takut kalah pula.

Bagi kumpulan HIJAU pula, mereka masuk gelanggang dengan hati terbuka. Tak takut kalah kerana bagi mereka kalah dlm sejarah pilihanraya Mesia adalah perkara biasa, tidak menakutkan lansung. Dah jadi macam ulam pilihanraya je bagi kumpulan HIJAU. Yang mereka takut hanyalah kalau mereka menang. Lawan tetap lawan. Jangan takut memilih kumpulan yg baik.

Anonymous said...

Anon 4:58 PM

Gerembolan BIRU bukan terhenti setakat Putera Jaya saja...Distinasi seterusnya diistana. Ada yg terpaksa merafat sembah 'dgn mengeluarkan air mata dugung' menjunjung kasih agar Tuanku berkenan menolong 'foward'kan nama dia kepengetahuan memanda Najib...

Tuanku tidak naif. Tuanku tidak sekali2 mencampuri urusan parti. Apa yg tuanku tungu2 ialah nak melantik MB serta anggota Exco baru. Tidak kira siapa yg menang Tuanku berhak melantik MB yg beliau berkenan bagi meneruskan missi pembangunan negeri....

Dalam satu majlis beberapa minggu lalu, tuanku ada berseloroh..."Kumpulan HIJAU dah ada calon untuk MB ke?", titahnya...

Anonymous said...

tak ada istilah atas pagar, kalau ngkorang tak sokong kome maknanya ngkorang semua sokong umno

Anonymous said...

kehkehkeh

jangan undi dacing weh

kuikuikui

orang bodoh je undi dacing

pas cerdik

Anonymous said...

oiii Rakyat Phg!!!


Tau tak, semua ahli UMNO macam Wan memang minat nak jadi calon ...Jika tak terpilih jadi calon PRU walaupun sebelumnya disebut2 namanya akan naik tak perlulah gusar. Jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah mana2 syarikat GLC Pahang sedia menunggu. Sama ada anda seorang dunggu ke atau berkelulusan MBA ke, itu tak kisah...

Soal GLC tak perform itu soal lain...Soal GLC dapat memegang amanah rakyat atau tidak itu jangan peduli. Soal syarikat ladang sawit FarEast kepunyaan LKPP dijual sahamnya sehingga 23% kpd cina MCA jangan ambil tau...anda cuma jadi pak sanggup, "Mr Chairman, ok ok..tiada bangkangan"...

Pangkahlah BN..Phg tetap makmur!!

Anonymous said...

Salam semua,

Dato'Seri Diraja Long Nan baru habis makan kijang dan ikan kelah bakar.Basuh tangan terus hisap cerut,,,,anta zikir apa utaz?,,
sayaaaaa zikirrrrr ya bijeh ya besi,,,,,Dato'Seri,,,,,.Karut anta ni ,dah adapun hendak lagi,,,tak cukup....YOU DR,,,,ubat apa u bancuh ni? ,,,,ubat tambah tinggi Dato Seri,,aik u ni tak cukup tinggi lagi keh?,,,,,,,,awak hj Nazri ,bila dapat kijang ni?...baru lagi Dato Seri,tak sampai seminggu,,,,.Hai awak ni berburu bukan musin lesen,,,.Tak apa Dato'Seri,,saya pandai tembak,
pandai simpan,,,tst sudahlah Dato',
janji beres....ok..

Baliklah dema semua,,,,ada puak2
Dato' wanita dan putri nak datang ni...sebelum diorang sampai aku nak
tingok filem baru....arahan AMK,,,
lakunan setopa ganu kita ,pelakun
wanita drp Pahang,,,,katanya filem
silat gumpai,,,,

Ada sekorrr anak tupai,,,
main ujong julaiii,,,,,,
mari tengok filem tak paaa,,,
main gupai,gupaiiiii.

Ada seko anak tupaiiiii,
main ujong julaiiiii,
cabut sepedar tangal tualaaa,,,,
terus dia bedalllllll,,,.
kkkkkk,,,,,,,ooooooooo,,,,,

take baeeeeeeer..........

bertambah toyong aku,,,

gasing toyong....

anti manusia hipokrit said...

ADA MULUT DIAM,ADA MATA PANDANG,ADA TELINGA DENGAR,ADA OTAK FIKIR!!!

MAT PERIBA MURSIDULAMPAS TU ADA MULUT KUTUK ADA MATA INTAI,ADA TELINGA PEKAK,ADA OTAK BIUL.

ADA MULUT HANYA KUTUK SEBELAH PIHAK.PUAK SENDIRI PUNYA SALAH DIA SOROK DAN BELA.

MAT PERIBA BAK KATA KUTUKAN DEWATA ADALAH MANUSIA ASOBIYAH.

KALAU DIA BENAR-BENAR BERJUANG DEMI ISLAM DAN BENAR-BENAR KERANA ALLAH SUDAH TENTU DIA MENEGUR JENAYAH AKIDAH DAN PERLAKUAN SEKS PEMIMPIN PAKATAN.ISLAM APA KALAU PILIH BULU.
SAH ASOBIYAH.

Anonymous said...

moh undi dr hamzah

kehkehkeh

kembalikan kegemilangan zaman do che awas

jangan undi dacing weh

Anonymous said...

burung kakak tua

Anonymous said...


Lebih kurang 2 bulan lebih dah saya tak balik jerantut, jadi minggu ni saya balik lah ke jerantut dan pagi tadi lebih kurang 10 lebih singgah minum kat kedai Imai dan selesai minum, ternampak WZWH dgn geng2 dia tgh minum kat kedai yg sama. Tgh rancak betul diorang berborak, jadi saya beri lah salam pada diorang dan bersalaman dgn diorang tapi apa yg mengecewakan saya yg konon2 nak bermesra dgn diorang tapi dibalas dgn muka tawar dan angkuh saja dan takde langsung ambik kisah teguran mesra saya.
Jadi, inilah spesis puak2 umno yg masih wujud di jerantut yg masih mengekalkan budaya sombong dan angkuh. Dulu saya tak pernah percaya dgn cerita2 begini tapi bila melalui pengalaman sendiri, sahlah aura sombong masih intact dlm diri mereka ini sehingga terjemah keluar. Mulai sekarang saya bekerja keras utk menghebahkan kpd kawan2 saya lain yg masih berpendirian mcm saya sebelum ini. Sedihnya mengenangkan pengundi2 org biasa yg tak tau kisah sebenar dlm politik jerantut. Bagi mereka umno itu memperjuangkan bangsa melayu hanya itu yg mereka tau tapi rupa2nya bukan begitu (umno jerantut).
Last sekalu apa yg saya nak kata ialah, pegi jahanam lah dgn korang punye kesombongan..

Anonymous said...

orang pas tak sombong

kehkehkeh

jangan undi dacing

Anonymous said...

aku atas pagar, ada 6 undi, dulu pangkah BN, Sekarang pangkah PAS.

Anonymous said...

kehkehkeh

moh undi pas deme

Anonymous said...

pas dah kalah, bodoh punya rizuan

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...