Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, May 6, 2015

PRK Rompin Masalah Dan Penyelesaian Undi Sorok 6,244




Seperti dijangka BN melalui Dato' Hasan Arifin menang PRK Rompin dengan data ringkas dan perbandingan seperti berikut:


PRK
Hasan Arifin (UMNO) 23,796 undi
Nazri Ahmad (PAS) 14,901 undi

PRU13
Jamaluddin Jarjis (UMNO) 30,040 undi
Nuridah Mohd Salleh (PAS) 14,926 undi

Tidak sampai 2 tahun sejak PRU 13 UMNO hilang 6,244 undi. PAS hanya hilang 25 undi

Peratus mengundi jatuh
PRU13 : 85.9%
PRK     : 73%


Tidak berlaku perubahan ketara sokongan kepada PAS namun kesimpulan mudah pengundi BN menyorokkan undi dengan tidak pergi mengundi.


Undi Rosak
PRU13 : 883 undi
PRK     : 591 undi

Majoriti Menang
PRU13 : 15,114 undi
PRK     : 8,895 undi


Apa masalah dan penyelesaian undi sorok 6,244 undi ini?

Itu kerja BN Pusat dan BN Pahang untuk kaji secara detail setiap keputusan di seluruh PDM. Hasilnya lambat lagi untuk diketahui sebab memakan masa.

Buat masa ini apa yang BN boleh buat mengkaji secara mudah dan simple untuk menjawab persoalan di atas.

Secara mudah pengundi ini majoriti pengundi dari luar yang tidak mahu balik ke Rompin untuk mengundi PRK atas beberapa sebab. Antaranya:

  • Malas ambil cuti, majoriti bekerja di luar Pahang walau Kerajaan Negeri Pahang umum cuti pada hari mengundi.
  • Malas keluar belanja untuk balik mengundi.
  • Bersikap dengan yakin bahawa BN memang boleh menang mudah maka jika setiap individu berfikir dengan tidak hadir mengundi tidak akan menjejaskan kemenangan BN. Malang majoriti berfikir macam itu maka undi sorok 6,244.
  • Sikap sambil lewa dan kurang motivasi.

Adakah isu-isu nasional seperti GST, 1MDB, Kritikan Tun Mahathir dll boleh menjadi faktor undi sorok 6244? Tidak boleh disahkan setakat ini.

Beberapa indikator atau petunjuk boleh dipelajari iaitu:

UMNO dan BN terutama perlu fikir apa kaedah-kaedah boleh menarik minat motivasi pengundi pro BN dan pengundi atas pagar untuk balik mengundi sokong calon BN. Yang ini Presiden UMNO dan BN perlu ambil serious.

Dan semua pemimpin dari Badan Perhubungan, Wakil Rakyat; Ahli Parlimen, ADUN dan kepimpinan Bahagian perlu ambil serious.

Jika sebab faktor Allahyarham Jamaluddin Jarjis punyai budaya pengurusan politik Pahang moden manakala Hasan Arifin punyai budaya pengurusan politik Pahang tradisional itu tidak menghasilkan jurang yang besar sebab kekuatan kempen PRK Rompin ini boleh mengatasi kekuatan 1000 Jamaluddin Jarjis!

Jentera kempen yang besar magnitudnya tidak boleh mengubah sikap pengundi Pahang yang budaya tidak apa, tidak mengapa, tidak serious dalam menentukan significant PRK Rompin ini. 

Point penting undi PAS di seluruh Pahang tidak berganjak, tidak berubah, selalu konsisten.

Jadi jangan pemimpin UMNO Pahang boleh berfikir berangan untuk menarik undi pengundi tegar PAS walau baik macamana pun dengan mereka , satu undi pun tidak boleh beri kepada UMNO.

Pemimpin UMNO Pahang perlu bersikap brutal, kejam dan zalim kepada pengundi tegar PAS kerana memang itu caranya kalau mahu ubah pola pengundi PAS.

Akhir sekali penyelesaian secara sistem untuk atasi undi sorok ini melibat pengundi yang tinggal di luar Pahang tetapi ini memerlukan persetujuan SPR dan teknologi umpamanya pengundian bersadarkan handphone yang disahkan atau boleh mengundi di setiap Balai Polis atau Pejabat Daerah di seluruh negara dengan erti kata lain pengundi luar boleh mengundi tanpa perlu hadir ke pusat pengundi.

Boleh dikatakan hampir 2/3 atau separuh dari total pengundi Pahang tinggal di luar daerah atau negeri Pahang kerana desakan ekonomi membuatkan mereka berhijrah ke luar mencari ekonomi sara hidup.

Kecuali kalau Negeri Pahang ini boleh maju dengan pertumbuhan ekonomi dan memberi lebih banyak peluang ekonomi. Kalaulah Almarhum Tun Razak dan team tidak mencipta Felda-sudah tentu tidak ramai pengundi di Pahang ini melainkan Orang tepi sungai dan Orang Asli sahaja yang mengundi di setiap pusat mengundi di seluruh Pahang yang tebal hutan belantaranya!

Walaubagaimanapun WZWH ucap tahniah kepada Dato' Hasan Arifin kerana berjaya mempertahankan Parlimen Rompin. Juga kepada semua yang terlibat berkempen bersusah payah untuk memenangkan BN.

DS Najib jangan teragak-agak kalau mahu melantik Dato' Hasan Arifin sebagai Menteri Penuh bila buat rombakan kabinet nanti. Inilah masanya!

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah BN.. pengundi tak tergugat oleh dakyah palsu & fitnah PAS. Undi kurang tu biasalah sebab rata-rata mereka yakin BN pasti menang mudah dan malas nak keluar/balik mengundi..!

Anonymous said...

lawak anon 4:57 pm

sendiri tulis
sendiri komen

sebenarnya
PENGUNDI BN DAN UMNO SUDAH HILANG KEYAKINAN PADA PUCUK PARTI

Anonymous said...

teruskan bertindak brutal kejam dan zalim kepada penyokong tegar PAS wahai pemimpin UMNO kerana itulah..POLITIK kampung umno SEJAK dari dulu..ingat sikit pahang ini bukan milik UMNO...