Nuffnang Ads

Pages

Thursday, May 28, 2015

ADUN Tahan Cadang Kerajaan Pahang Tubuh Jawatankuasa Percepatkan Projek Jalan Jerantut-Benta




YB Dato' Wan Amizan bin Wan Abdul Razak , ADUN Tahan mencelah penggulungan dari wakil kerajaan.

Semasa sesi penggulungan wakil kerajaan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri, ADUN Tahan telah mencelah.

ADUN Tahan bertanya apakah status Projek Jalan Jerantut-Benta-Maran dalam RMK 11.

Projek Jalan Jerantut-Benta-Maran  yang telah dirancang sejak RMK 9 telah terbengkalai pelaksanaannya.

Status projek tersebut adalah walau dalam keutamaan dan dimasukkan ke dalam RMK 11 namun kelulusan projek itu belum lulus lagi

ADUN Tahan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang supaya Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas memanggil semua ADUN-ADUN yang terlibat melibatkan dalam tiga kawasan parlimen iaitu parlimen Lipis, Jerantut dan Maran menubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi mendapatkan kelulusan dan mempercepat Projek Jalan Jerantut-Benta.

Negeri Pahang besar dan luas. Semua daerah dan bandar ke bandar perlu jalinan jalanraya yang baik. Semua perlu dipertimbang sebagai keutamaan.

ADUN Tahan berhujah keutamaan Projek Jalan Benta-Jerantut-Maran perlu bagi menghubung sebuah bandar ke sebuah bandar yang lain.

Pengalaman ADUN Tahan bagi mendapatkan kelulusan Projek Jalan Fasa 1 Ulu Tembeling dari Kg Tuit ke Kg Pagi sebanyak RM121 juta dan tambahan kelulusan Projek Jalan  Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang sebanyak RM280 juta mendapat kelulusan hasil sokongan kuat DSD Adnan Yaakob MB Pahang.

Bagi sesi penggulungan wakil kerajaan  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri, ADUN Tahan mengucapkan terima kasih kerana baru-baru ini Kementerian SKKM dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia Negeri telah mengadakan Program Connected to Unconnected bagi mengesan masalah akses broadband dan internet di kampung pendalaman serta pelan pembinaan beberapa menara komunikasi di Ulu Tembeling dan Kuala Tahan.

Akhir sekali ADUN Tahan mencelah sesi penggulungan wakil kerajaan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri. ADUN Tahan bertanya status Hospital Besar Jerantut adakah dalam perancangan RMK 11.

Wakil kerajaan menjawab hanya Hospital Besar Maran dan Rompin dalam perancangan RMK 11. Hospital Besar Jerantut tiada dalam perancangan!

5 comments:

Anonymous said...

Adun Tahan Adun Tahan.. x ade adun lain ke yg bercakap kat DUN Pahang. Ni yg aku tak tahan. Tak nak cakap pasal saham Felda yg kerajaan pahang miliki 5% menjunam keparas bawah Rm2 ke? Kan wzwh canang 1Jerantut betapa tak cerdiknya penentang2 IPO felda dengan langkah
penyeniraian ( listing ) tu. Camne sekarang? Sape yg bengap?

Anonymous said...

ekonomi komoditi dunia merudum. ini faktor di luar kawalan. Harga komoditi jatuh, persaingan dari Indonesia, Afrika, kemelesetan ekonomi dunia. Hukum alam yang naik pasti turun kemudian yang turun pasti naik.

Anonymous said...

Tak de persaingan ke sebelum ipo? Harga komoditi memang begitu turun dan naik sebelum ipo lagi. Kalau setakat harga saham menjunam tak ape tapi tanah felda beratus ribu hektar tergadai. Yang susah peneroka, eksekutif eksekutif felda tetap kaya raya camne wzwh? Nasib baik projek telor ikan tak jadi kalau tak mampos 2 kali.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Tanah berates ekar Felda tidak tergadai, kerugian saham FGV milik peneroka ditanggung oleh Felda. Projek Sturgeon tetap diteruskan.

Anonymous said...

Like that ah..so felda settlers no need pay loan one? bekos fgv 's loses will be borne by felda? Dear MBA graduate, loses are shared by shareholders in case you don't already know. And that fish egg project will be another kerpan in the making. Haiyah, some more speak engrish like genius one.