Monday, August 13, 2012

Muhyiddin Yassin Perlu Jadi Jaguh Kampung Beri Peluang Peladang Kecil Jayakan Lembu NFC!

Inilah "lembu tradisonal NFC' yang dibela oleh orang kampung tradisional Pahang, lihat betapa monteknya lembu-lembu ini.

Muhyiddin Yassin perlu menonjolkan diri sebagai jaguh orang kampung tradisional. Sekurang-kurangnya bila Projek lembu NFC ini diberi kepada semua peladang kecil orang kampung tradisional boleh mengimbangi persepsi yang peneroka Felda lebih didahulukan dan diutamakan dari orang kampung tradisional.

Kalau Najib suka melayan peneroka seperti anak emas dengan berbagai cash handouts diberi sehingga orang kampung tradisional berkecil hati maka:

Wajarlah Muhyiddin Yassin perlu jadi jaguh kampung beri peluang peladang kecil jayakan penternakan lembu NFC.

Jika RIDSA dengan skim pekebun kecil berjaya kenapa tidak melibatkan agensi kerajaan dengan pekebun kecil diberi peluang menternak lembu NFC.

Sekurang-kurangnya Muhyiddin Yassin boleh mengimbangi persepsi bahawa orang kampung tradisional dipinggirkan kerana tumpuan Najib berlebih kepada peneroka Felda.

Menteri Pertanian Noh Omar menyerahkan kepada TPM Muhyiddin Yassin untuk mengumumkan bila pemanggilan semula bagi tender projek Pusat Fidlot Nasional akan dibuat.

Kerajaan akan memanggil tender bagi mengambil alih projek NFC tersebut. Kerajaan serius untuk memastikan agar projek itu tetap diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

Katanya lagi, proposal bagi menjemput syarikat untuk menguruskan projek tersebut telah dinyatakan oleh PM Najib Abdul Razak dan timbalannya.

Isu NFC melibatkan suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Shahrizat Abdul Jalil, apabila didakwa menyeleweng wang dana awam berjumlah RM250 juta.

Muhyiddin tidak perlu tendar kepada syarikat terus saja beri kepada peladang kecil di bawah agensi Peladang, JKKK atau Koperasi orang kampung tradisional.

Tidak ada ruginya dana RM250 juta diberi kepada orang kampung tradisional kerana orang kampung tradisional sesuai memternak lembu NFC kerana ada banyak padang ragut dan tanah luas berdekatan hutan.

Harimau-harimau di hutan pun tahu tak berani mahu membaham lembu-lembu NFC ini kerana isu ini sangat sensitif!

Inilah masanya Muhyiddin Yassin mahu mengimbangi persepsi peneroka Felda lebih didahulukan dan diutamakan dari orang kampung tradisional.

8 comments:

Anonymous said...

Wzwh,nakal juga awok yek

Anonymous said...

Sebenarnya ini satu idea yang bagus.
Orang kampung yang milik tanah boleh jadi tuan tanah yang berhasil.
Soalnya mesti pilih orang kampung yang betul2
Berkualiti.
Jangan pilih orang politik, kerja dia orang minta tanah
Banyak2 dan minta Peruntukan bnyak2 juga.
Duit hilang Dan lepas tu tanah pun dia jual.

Jerantut daerah yang besar.
Bayangkan Jerantut Jadi Pusat pertanian dan haiwan. Bayangkan Jerantut Jadi Pusat tanaman
Sayur di Pahang selepas Cameron Dan TRIANG.
Pusat ternakan lembu secara kecil-kecilan.Pusat
Ikan sungai. Pusat tanaman ubi Dan pisang.
Agensi kerajaan seperti fama, haiwan Dan pertanian
Mestilah ambil usaha bersungguh.jangan hantar pegawai nak pau orang kampung sahaja.

Bantuan Awal mestilah diberi.semua penduduk kampung mestilah berusaha untuk kearah ini.
Kalau orang Felda , kerajaan boleh bantu dengan
Makanan Dan duit saku walaupun hutang, kenapa
Tidak boleh Bantu orang kampung tradisional.

Jangan Asyik bila Ada tanah, nak buat felcra sahaja.
Lepas tu masing2 berebut nak saham Termasuklah orang politik Dan kerajaan. Kemudiaan import orang
Indon dan bangla buat kerja. Tak produtif lansung.

Bina infrastruktur yang baik untiuk orang kampung
Seperti jalan Dan jambatan. Bina plan pemasaran
Yang baik.

Dan jika ini dilakukan dengan betul , Sudah tentu
Kampung tradisional dapat melahirka ramai usahawan yang tulin, yang berbakti untuk tanah.

Ini yang harus kita lakukan . Kerajaan tidak mampu
Menyediakan kerja untuk semua orang. Dan ramai
Mahasiswa yang tidak mendapat kerja.
Gunakan mereka.

Jangan Asyik nak buat kilang simen Dan kilang
Elektronik supaya anak Jerantut dapat kerja. Sampai bila-bila
otak mereka tak berkembang.

TAK PUNGKOR said...

SATU CADANGAN BAIK JIKA SEMUA YANG DICADANGKAN SAMPAI KEPADA SASARAN, BIMBANG BUKAN ORANG KAMPONG YANG AKAN DAPAT NIKMAT TETAPI WAKIL RAKYAT YANG RAKUS PULUN SEMUANYA... FAHAM FAHAM JE LAH BUKAN ORANG KAMPONG TAK TAHU SELAMA INI APA SAJA PELUANG UNTUK ORANG KAMPONG DARI KERAJAN HAMPIR SEMUA DIA TU LAH YANG SAPU.....

Anonymous said...

Ha ha ha..

Lowak pepalih che Wan...

Aok kate termasuk diberikan Lembu kepada JKKK..nanti jadi lembu semua orang kampung..ye dok...ha ha ha.

Anonymous said...

inign baru OK, tapi JANGAN bagi same TOK EMPAT Sg Reang n Pdg Piollll, nanti dia orang biar berkelana atas jalan besarrrrr tuuu

Quiet Despair said...

Pandae jugek Abang Wan kite nie melawok yek.
Takpe. Najib jadi petani Felda.
Pak Din jadi petani kampung asli.
Barulah kena. Nanti orang kampung sayang kedua-dua mereka.
Tok gitu, Abang?

Anonymous said...

Ha ha ha ..pepalih WZWH, aok nok melawok atau memungkor ke orang luar boleh le, akuk urang drulug ong toksoh pedoah..itu gambar seladang dengan anoknya...gila ong WZWH suruh orang bela seladang kehkehkehkeh..

Anonymous said...

orang yang paling layak menerima nfc part 2 adalah rosmah yang lain semua tidak layak

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024