Majlis Perasmian Labu Sentral Hentian R & R Bagi Laluan Darat Dan Air Ke Taman Negara Di Kampung Labu Tembeling Tengah Jerantut Pahang
YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan merasmi Majlis Pelancaran Labu Sentral.
Satu kawasan rehat yang sesuai untuk kedua-dua air dan pengguna pengangkutan darat dilancarkan di Kampung Labu dekat sini pada 28 Aug 2012 .
Dikenali sebagai Labu Sentral R & R, ia adalah satu persinggahan yang sesuai untuk pelancong perjalanan ke Taman Negara melalui Sungai Tembeling manakala mereka yang melancong di sepanjang jalan persekutuan juga boleh singgah untuk membeli kraftangan dan hasil pertanian.
Dibina oleh Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Majlis Pembangunan (ECERDC), RM273,000 kawasan rehat juga merupakan satu peluang bagi penduduk tempatan untuk memperkenalkan produk mereka manakala bergaul dengan pelancong yang sedang berehat daripada tiga jam menaiki bot dari jeti Kuala Tembeling.
Dato' Wan Amizan berkata Taman Negara menerima pelancong seramai 65,000 tahun lepas dan separuh tahun pertama 2012 sudah menerima 50,000. Sektor pelancongan adalah lombong emas di DUN Tahan perlu diambil peluang oleh rakyat tempatan dengan dibantu oleh kerajaan.
Dana RM150 juta telah diagihkan kepada projek-projek tertentu termasuk di Jerantut dibawah ECER. Untuk tahun ini saja peruntukan RM11.5 juta telah diberi kepada MDJ untuk membangun prasarana Kuala Tahan.
Dana RM150 juta telah diagihkan kepada projek-projek tertentu termasuk di Jerantut dibawah ECER. Untuk tahun ini saja peruntukan RM11.5 juta telah diberi kepada MDJ untuk membangun prasarana Kuala Tahan.
Para hadirin di Majlis berkenaan.
Jika KL ada KL Sentral, DUN Tahan pun ada Labu Sentral!
Kehadiran lebih ramai pelancong asing diharap dapat meningkatkan ekonomi penduduk tempatan di DUN Tahan.
Dato' Wan Amizan menarik langsir. Dibantu oleh Tuan DO Jerantut.
Dato' Wan Amizan memotong riben.
Dato' Wan Amizan melihat hasil kraftangan penduduk tempatan. Hasil kerja tanah liat dari Tembeling sangat berkualiti dan bermutu tinggi kerana gred kaolin yang baik.
Pandangan dari Sungai Tembeling panorama Jeti Labu Sentral.
Program majlis bermula bila rombongan diketuai ADUN Tahan, Tuan DO Jerantut, Pejabat Daerah Jerantut, Majlis Daerah Jerantut, Agensi pelancongan dan media menaiki beberapa bot panjang dan jetski dari Kuala Tembeling sejak pagi mudik hingga ke Kampung Labu.
YB Dato' Wan Amizan sampai dulu dengan jetski.
Diikuti oleh Tuan DO Jerantut. Pilot yang membawa Tuan DO itu ialah yang terbaik di Sungai Tembeling boleh memandu jetski terbang atas batu di jeram Sungai Tembeling. Itu pilot dikenali sebagai Amino.
Rombongan Ahli MDJ Jerantut. Kelihatan Dato' Taufik Tan Sri Razak, Dato' Puan Norhelan Mahmud, Dato' Hartini Abdul Rahman. Juga soon to be called Dato' Khatijah Said. Itulah di Jerantut ini sejak YBM Tengku Azlan menjadi ahli parlimen ada lebih 100 Dato' orang UMNO Jerantut dapat!
Jual roti dapat Dato'. Bawa teksi dapat Dato'. Pilot jetski sikit hari boleh dapat Dato'!
Jual roti dapat Dato'. Bawa teksi dapat Dato'. Pilot jetski sikit hari boleh dapat Dato'!
YB Dato' Wan Amizan pemimpin muda harapan parlimen Jerantut.
Untuk pengetahuan pembaca blog WZWH. Kampung Labu adalah kampung nenek moyang WZWH. Dulu Kampung Labu adalah pusat pentadbiran tradisional Lembah Tembeling. Status tanah di Kampung Labu dan kampung berhampiran adalah 'Sultanate Land' dulu tapi sekarang diagih-agih kepada penduduk tempatan.
WZWH adalah ahli cawangan UMNO Kampung Labu. Kad pengenalan WZWH juga beralamatkan kampung Labu.
9 comments:
Harap R&R Labu kekal lama dengan produk
Lembah Tembeling.
Jangan sampai terbiar.
Harap orang kampung dapat manafaat,
Bersabar dalam berniaga.
Mula2 kas ucap tahniah atas usaha susah payah. Tapi nampak sangat projek tak serupa bikin. Bayangkan petugas2 wanita lelaki dan tok wokil demeh tuh nampak terjelir mendaki tangga. Buatlah cara berhemah, tangga tuh macam "ular kena palu" atau "zz" baru tak terjelir lidah orang pun tak menungging letih nak sampai ke dataran Labu Sentral. Mudai banyok abis tapi tak padan...
ORANG LUAR MUNGKIN TIDAK TAHU DIMANA LETAKNYA LABU. LABU TERLETAK DI TEMBELING TENGAH IAITU DI ANTARA KUALA DAN ULU TEMBELING.
KUALA TAHAN TERLETAK ATAS SEDIKIT
DRP LABU. KALAU MENGIKUT SUNGAI,MASA YANG DIAMBIL DARI KUALA TEMEBELING KE KUALA TAHAN ADALAH 45 - 60 MINIT.
DAN DARI KUALA TEMBELING KE LABU CUMA 15 - 20 MINIT.
DARI FAKTA DI ATAS, MAHU TAK PEMANDU
BOAT BERHENTI DI LABU UNTUK PELANCUNG MINUM DAN MEMBELI CENDERAMATA.
SAYUGIA DIINGAT JUGA,KUALA TEMBELING
DIMANA TEMPAT BOAT BERLEPAS DAN DIMANA PELANCUNG MENUNGGU LEBIH LAMA,
MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG SAMA IAITU GERAI MINUMAN DAN JUGA MENYEDIAKAN GERAI CENDERAMATA.
JADI ATAS ALASAN TERSEBUT, APA LOGIKNYA PELANCUNG UNTUK SINGGAH
MINUM TEH.
JADI UNTUK MENGELAKKAN PROJEK INI MENJADI GAJAH PUTEH, BEBERAPA PERKARA HARUSLAH MENJADI PERHATIAN.
1.R&R LABU HARUSLAH MENJUAL PRODUK
ASLI YANG BERKUALITI TINGGI YANG MENARIK MINAT PELANCUNG DAN LOCAL.
JANGAN IMPORT LABU SAYONG UNTUK DIJUAL DI SITU.
2. KEMUDAHAN R%R SEPERTI TANDAS DAN TEMPAT SEMBAHYANG MESTILAH DIJAGA BERSIH SETIAP MASA DAN JANGANLAH DIKUNCI.SEKURANGNYA MENARIK MINAT
PELNCUNG LOCAL.
3.SEDIAKAN AKTIVITI YANG MENARIK SEPERTI ZOO KECIL, BERUK MEMANJAT POKOK KELAPA DAN SEBAGAINYA UNTUK PELANCUNG.
4.SETIAP BOAT DIWAJIBKAN SINGGAH DI R&R SEBAGAI SYARAT LESEN DAN MINUMAN WAJIB DISEDIAKAN DENGAN JAUDAH DAN BUAHAN TEMPATAN.SUDAH TENTU PEMANDU PELANCUNG PERLU DISEDIAKAN.
KITA BOLEH MENGAMBIL CONTOH BAGAIMANA MENYEDIAKAN AKTIVITI PELANCUNGAN DISEDIAKAN SEPERTI DILEMBAH MEKONG.
TREK AKTIVITI HARUSLAH DISEDIAKAN CONTOHNYA PELANCUNG SINGGAH PADA SATU POINT R&R LABU DAN SETERUSNYA NAIK SEMULA PADA POINT BERIKUTNYA DI HADAPAN LEBIH KURANG 400 - 500 METER.
PELANCUNG DIBAWA BERJALAN SEKITAR KAMPUNG SEJAUH 400 METER DENGAN DENGAN MENGIKUT TREK BERIKUT DENGAN BEBERAPA PERHENTIAN DAN SUDAH TENTU DENGAN PEMANDU PELANCUNG.
SEPANJANG PERJALANAN ITU PELANCUNG BOLEH MELIHAT POKOK GETAH, POKOK SAWIT POKOK KELAPA DAN JUGA POKOK BUAH-BUAHAN.INDUSTRI KECIL SEPERTI MEMBUAT LABU. MEMBUAT PARANG, TERNAK MADU DAN KUEH TRADISIONAL MESTI DIMASUKKAN KE DALAM TREK TERSEBUT.
DISAMPING ITU PELANCUNG BOLEH DITUNJUKKAN HAIWAN2 YANG ADA.
AKTIVITI INI LEBIH MENARIK JIKA ADA PERTUNJUKAN BERUK MEMANJAT KELAPA, MENOREH DAN DEMOSTRASI MEMBUAT LABU SAYUNG.
DAN AKHIRNYA SETELAH PENAT BERJALAN, MINUMAN DISEDIAKN DENGAN KUEH DAN BUAH TEMPATAN. HIBURAN YANG BERSUAIAN BOLEH DISEDIAKAN KETIKA ITU.
AKHIRNYA PELANCUNG BOLEH KEMBALI KE BOT YANG SEDIA MENUNGGU 400 METER DI DEPAN.
SUDAH TENTU USAHA INI MEMERLUKAN BELANJA YANG BANYAK DAN MASA UNTUK MEMBINANYA. TETAPI DENGAN USAHA KERAS DAN BERTERUSAN,PERKARA INI MESTI BERJAYA.
JAMBATAB GANTUNG SUNGAI TEMBELING KE BATU BALAK JUGA YANG BOLEH
DILALUI OLEH MOTOSIKAL BOLEH DI BINA
DALAM TREK TERSEBUT UNTUK MINAT PELANCUNG DAN JUGA KEMUDAHAN ORANG KAMPUNG.
AYUH, AMENO BUAT KERJA UNTUK ORANG KANPUNG.
Jika nak ikutkan harga minuman R&R sebagaimana harga semangkuk gulai ayam rom dan asam tempoyak ikan kenerak dan ikan patin sungai tembeling. Harganya mencecah RM45/=. Semangkuk dah memadai "kover" segantang harga rom dan tempoyak. Jika inilah dilakukan di R&R Labu ni alamatnya projek sejumlah itu hanya sebagai tahi gigi "wokil demeh" tu ajer...
Tahniah urang Labu, Tempat ong pun ada sentral, sama seperti KL SEntral atau Serembann sentral atau Penang Sentral atau sama wajah kedai dan jeti TOKmaling je, sampai terjelir dompok dan DO bertagan Golf rosmi kan nya.
mak datok banyaknya tok....... lama2 jadi latok latok. lebih baik panggil aki atau wan jer. sebelum ketawa di orang.
Kerayan kome penulis blog ini kuat betul mengampu hehehe.... semoga ada habuannya nnt.
habuan mendenya?rendah betullah mentaliti kau ni.kalau cerita mende baik kau mulalah tuduh orang mengampu.gaji guru dg 48 macam zuri ni dan mencapai 6ooorm lebih.
soal habuan bukan sasaran bagi mana-mana penulis blog.yang penting kepuasan menyampaikan buah fikiran kepada pembaca.bukan macam kau mengharap dan mengemis duit dato itu dato ini.kau tu pencacai popular jerantut!!!!
Hehe huhu semua ada dato? Beso betui jasa deme wehhhh..... Wzwh bila lagi nak amik dato?
Post a Comment