Tuesday, August 28, 2012

Siapa Calon Korporat PAS Parlimen Jerantut Dan Bakal MB Pahang?















" Suka saya nyatakan juga setakat ini saya bukanlah bakal calon PAS bg Parlimen Jerantut. Saya mungkin tidak bertanding mana-mana kerusi. Ini sesuai dengan ucapan saya 2 3 tahun yang lalu bahawa saya lebih suka bekerja membantu PAS untuk menang dari bertanding. Yang akan bertanding di Parlimen Jerantut ialah seorang tokoh korporat yang mempunyai perniagaan di dalam dan di luar Negara. Beliau juga akan bertanding di salah satu kerusi DUN sebagai persediaan untuk menjadi MB Pahang jika rakan PR memilih calon PAS sebagai MB nanti. Siapakah dia itu??? Tunggu!! "

Dr Hamzah Jaafar, YDP PAS Jerantut.



Idea-idea Erdogan Anwar Ibrahim sudah hampir 65% menguasai kepimpinan strategik PAS. Maka itu tokoh-tokoh korporat dalam PAS digalakkan bertanding mana-mana kerusi parlimen. Kuasa Putrajaya diutamakan.... tokoh-tokoh korporat didahulukan....ulamak-ulamak PAS dipinggirkan....itu yang Dr Hamzah Jaafar sokong!

Mengikut Kenyataan Dr Hamzah Jaafar ini:
  • calon parlimen PAS kemungkinan seorang tokoh korporat bisnes dalam dan luar negara.
  • calon ini juga akan bertanding di satu DUN. 
  • bererti calon ini bertanding di kerusi parlimen dan DUN sekali!
Parlimen Jerantut ada 3 DUN iaitu:
  • DUN Pulau Tawar
  • DUN Damak
  • DUN Pulau Tawar
Dimana calon ini akan bertanding DUN?

DUN Damak telah diperuntukkan untuk DAP itu sudah pasti Cikgu Koh Boon Heng telah lama melobi. Dulu pun PRU 2008 beliau bertanding 3 penjuru: MCA, PKR dan Bebas. Akhirnya MCA menang dengan majoriti 500 undi. Parlimen PAS menang di DUN Damak 2000 majoriti.

DUN Pulau Tawar paling ramai pengundi peneroka maka agak susah juga untuk PAS menang di DUN Pulau Tawar. UMNO menang DUN Pulau Tawar lebih 3000 majoriti pada PRU 2008.

DUN Tahan UMNO menang lebih 1400 majoriti pada PRU 2008. Mungkin pada pandangan WZWH, calon parlimen PAS itu akan bertanding di DUN Tahan.

Siapakah tokoh korporat calon PAS parlimen Jerantut tersebut?

Pandai sungguh Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut bermain teka-teki.

UMNO Pahang pun tahu sedara sekampung Dr Hamzah Jaafar itu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mahu jadi MB Pahang. Adakah calon PAS parlimen Jerantut dan DUN itu Tuan Ibrahim Tuan Man?

Adakah selama ini Tuan Ibrahim dan Tuan Man seorang korporat yang berniaga dalam dan luar negara? Wallahualam!

Tapi kalau bakal calon parlimen PAS itu hendak bertanding di DUN Tahan kenalah kalau boleh asal berusul dari DUN tersebut...tapi kalau hendak juga terjah silakan....

Lebih malang kalau calon parlimen PAS itu bukan orang asal berusul dari Jerantut dan bukan asal berusul dari DUN Tahan kalau hendak bertanding juga besar belanjanya...

34 comments:

Kampong man said...

Salam Wan dan pembaca yang dihormati,

Ada baik isu Dr Hamzah ini berhenti disini sahaja.Beliau tidak akan bertanding lagi di Parlimen Jerantut katanya.Kata mesti dikota !Kampong man yakin beliau tidak mungkir janji.Kekalahan keempat adalah satu kepahitan ! Enough is enough !!

Zaman Kampong man dulu boleh dibilang mereka yang berkelulusan PhD kerana hanya satu universiti yang ada ia itu UM.Sekarang terlalu banyak universiti .Malah diatas kedai mamak pun ada universiti.Begitu juga pemegang PhD sudah beribu banyaknya.PhD diperlukan bagi mereka yang memlih karier sebagai pensyarah di kolej kolej dan juga universit kebanyakannya.Ada juga yang memilh bagi kepuasan pencapaian cabaran bagi diri sendiri saperti Dr Hamzah, mungkin.

Jalan terbaik lupakan Dr Hamzah dan syarat syarat beliau and move on bagi kebaikan PERJUANGAN parti UMNO yang memperjuangkan nasib orang Melayu ,Islam dan Raja dan semua rakyat Malaysia.Ini real dan telah pun di buktikan.UMNO tetap relevan Wan.

Dr Hamzah mencadangkan satu tokoh korporat bakal MB Pahang sekira PR mendapat mandat baru dari pengundi Pahang.Begitulah confident level PR di semua negeri termasok Sabah dan Sarawak dan kini di Pahang ?. Apa boleh ? Di Melaka tempat Kampong man rakyat memilih BN.Tulislah dan spinlah UMNO/BN pasti menjadi pilihan.Biarkanlah PR terus bermimpi dan sama sama kita lihat nanti.Dr Hamzah is no longer relevent for Jerantut pada pandangan Kampong man. Teruskan perjuangan Wan bagi Jerantut dan Pahang .Di doakan berjaya , insyaallah .Sekian, terima kasih.

MERDEKA !! Kibarkan Jalur Gemilang.

Anonymous said...

Subhanallah Wan,

Terbaca ' The Unspinners ' sebelum tidor.Apa yang terjadi di Jerantut melibatkan saorang ahli politik bekas calon sebuah parti. Memalukan jika benar.Bunga bunga kehancuran PR.Allah tunjukanlah kebenaran.

Scorpion

Anonymous said...

Tahniah, Dr Hamzah kerana memberi penerangan Dan penjelasan yang betul.
Untuk kepentingan politik yang betul,
Dr Hamzah haruslah terus untuk mendesak
WZWH terus untuk nengadakan majlis perjumpaan tersebut.
Ini adalah untuk kepentingan Rakyat Jerantut khasnya dun Tahan Terutamanya Tembeling Hilir yang amat mementing integriti.
Jika seseorang itu sanggup menipu dirinya, Sudah tentu dia sanggup menipu orang lain .

Jadi WZWH, jangan berlengah lagi kerana anda
Yang mula meniup bara.

Kalau anda tak sanggup, semua orang pun tahu.

Anonymous said...

Anon 7:47 isunya mudah Dr Hamzah kena buktikan kebolehsahan dan kepercayaan PHD beliau samada tulen atau beli. Nyatakan di Universiti mana dan bila belajar kerana ternyata kursus-kursus yang dijawab dalam blog itu TIDAK seperti kursus biasa-Usuluddin, Shariah, Wahyu, dsb. Meragukan. Dan ramai kawan-kawan baik Dr Hamzah musykil dengan PHD beliau. mudah sangat WZWH minta Dr Hamzah jelaskan isu A. Kenapa Dr Hamzah tidak menjawab secara meyakinkan dan menerawang ke isu B, C, D dan E. Dalam Mahkamah bila peguam tanya isu A maka tertuduh atau saksi kena jawab isu A bukan cerita dan tanya benda-benda lain.

Anonymous said...

Sahlah bhw anon 9.08am tu tak reti apa tentang pengajian peringkat.hrp wzwh terangkan sikit.kas wpun tak buat sarjana tapi kas tau sikit2 la. nak buat master dan Phd tak semestinya ikut line pengajian ijazah pertama.Dato' Tuan Ibrahim pun master dia tentang pelancongan di Putau Tioman.

Satu lagi kas tabik kat dr hamzah yg berjaya memeningkan kepala puak2 umno yg memang dah bangang termasuk wzwh. dr dah cabar buat majlis terbuka, buat je lah ikut prosedur yg dia nyatakan tu. kas pun tau kecerdikan politik dr hamzah ni. bila buat terbuka maka puak2 yg bangang tu tak leh nak buat fitnah lg atau pusing cerita sebab penjelasan di dengari oleh org ramai. kedua kas dpt baca kenapa dr hamzah nak wakil2 rakyat pun hadir sama sebab dr hamzah nak spy pengundi pakat tanya sijil2 atau ijazah wakil rakyat di parlimen jerantut.ketiga kas tgk umno dan wzwh dah mula pening kepala dok fikir sapelah bakal calon parlimen jerantut tu.
tu pun anon 11.58pm tak faham2 jg.dr hamzah kata kemungkinan calon itu seorang tokoh korporat dan bakal menjadi MB Pahang. Tapi anon 11.58pm faham bahawa dr hamzah tak blh bertnding dah. kena tunai janji.adui letih lah dr hamzah berdepan dgn puak2 umno yg bangang2 ni.ayat mudah je pun tak fhm2 jg.
bab calon ni rasanya semua org tau.kuasa penentu di tangn pimpinan pusat termasuk parti umno.kdg2 peringkat parlimen nak calon H, tapi peringkat negeri nak calon B. Bila diangkat ke pusat, pusat pilih calon A.Mugkin dr hamzah bercakap tu atas kapasiti dia sbg YDP Pas Jerantut yg mahukan Calon H atau B tp pusat pula pilih calon A.
rasa wzwh kena byk buat tuisyen la pd puak2 umno.kah3

Anonymous said...

Anon 9:32 sebelum Dr Hamzah atau Tuan Ibrahim Tuan Man nak jadi ahli parlimen Jerantut dan MB Pahang perlulah Dr Hamzah dan Tuan Ibrahim tarbiyah dan dakwah dulu sedara mara terapat di Kg Batu Balai supaya jangan terlibat dengan sumbang mahram (incest). Nak jadi pemimpin perbetulkan dulu sedara mara baru orang Jerantut boleh yakin ini kan pula abang dan anak sedara sendiri merogol anak @ adik perempuan....

Anonymous said...

Ini masaalahnya bila tak tahu apa dia Phd
Dia ingat ambil kajian usuluddin.
Mana Ada beb.

Anonymous said...

Wan ini sama macam mana2 pemimpin UMNO yg lain...semasa PAS diterajui ramai para2 ulama', dikeji dihinanya PAS ini seolah2 ia sebuah parti haram. Kemudian apabila PAS mengambil pendekatan moderate (selaras dgn pendekatan kebanyakan gerakan2 Islam sedunia)dgn mengadunkan para2 profissional dgn para2 ulama maka dikatakan PAS mengikut telunjuk Anwar...inilah resam UMNO.

UMNO, UMNO....insyaAllah tak lama lagi kamu akan karam.

Kampung Man (jenis spisis UMNO baik) ni satu, tak payahlah nak tunjuk pandai sangat dgn memuja2 UMNO ni.. Kamu cuma melihat UMNO dari kacamata luaran!!

Lihat kes kecil ini...pagi tadi secara kebetulan saya berjumpa dgn salah seorang penduduk Kg Sri Damai Kuantan. Degn nada kesal beliau menceritakan bagaimana tanah yg mereka usahakan semejak sekian lama terlepas ke tangan taukeh Cina Singapura..cuba check betul atau tidak. Sila check juga ini angkara siapa???

Anonymous said...



Salam...,

Dasat maknusia sampai sekarang masih berminat untuk mengetahui sesuatu. Hinggakan dalam selimut, hatta dalam seluar "kecil" pun mereka ambil tahu. Eloklah tuh... Bagi kas tak perlulah hal remeh temeh diperbesarkan. Kas jika nak tanya bilakah Melayu akan maju!!!. Jawabnya Melayu pemimpin tipu Melayu terpinggir/kampung itu memang ada!!!. Kas jelajah juga jajahan, daerah, mukim, kampung2, rumah mahupun negeri2 selat/bersekutu/tak bersekutu dan luar negara. Kas tak jumpa seperti Melayu, yang bercakap seperti "lidah bercabang", "lempar batu sembunyi tangan", tunjuk kepada seseorang tetapi empat jari berbalik sendiri. Orang Melayu ni bila berbelahnya sampai ke tulang kering dan tulang hitam terasa mencucuk2, pendek kata betulah engku ni kata Phd (beli @ palsu) @ perangai hasad dengki mememang menebal...

Banir...

Anonymous said...

Penulisan melambangkan keperibadian.Dari penulisan kita dapat mengetahui sifat baik dan buruk saorang penulis.Kita tahu siapa yang jujur dan siapa tidak.Siapa yang buruk sangka , siapa yang berhati kotor ,siapa yang pendengki dan bermacam macam.Jadi jagalah bahasa bila menulis supaya kita tidak terlalu mengikut emosi.Sekadar teguran .

ds

Anonymous said...

kau orang semua bodoh.mende kecik mcm ni pun bawak bertaki.mca mana melayu nak maju.umno ke,pas ke semuanya serupa,buruk perangai.kata mengata,cela mencela.mcm perangai puak jahilliyah.

pegang aje firman Allah,

aku akan naikkan kerajaan yang aku suka dan aku akan jatuhkan kerajaan yang aku tak suka.

kalau tak yakin dengan firman Allah tak tahulah aku manusia apa kau orang ni!!!

Anonymous said...

Kami di Dun Tahan menunggu dan mengharapkan calon wakil rakyat kami menjadi MB Pahang.Tak Kira beliau bukan orang tempatan atau tidak,yang penting , boleh buat kerja,jujur dan amanah.Selamat Datang Ke Dun Tahan wahai Bakal MB....

Anonymous said...

Anon 1:03AM,

Sebelum sdr membuat tafsiran ayat al Quran, sdr kena lihat kontek ayat tsb. Tak boleh buat pentafsiran sesuka hati...
Sebagai penganut fahaman aqidah Ahlul Sunah (bukan Jabariah), kita tidak boleh menyrerah sesuatu hanya kepada takdir. Melakukan asabab kepada sesuatu natijah merupakan kewajiban. Contoh, memandu dgn cermat berpandukan had laju 110km/j dilebuh raya adalah dituntut bagi mengelakkan kemalangan sebab natijah kepada pemanduan laju adalah kemalangan. Namun, jika kemalangan tetap juga berlaku maka kita tidak dipertanggungjawabkan keatas kejadian tsb. Demikian juga dalam soal pemilihan kerajaan. Kita dituntut utk memilih kerajan yg baik yg mempunyai dasar2 yg baik yg menjurus kpd keadialan dan kemakmuran lebih2 lagi perpandukan std AQ&S serta dipimpin oleh orang yg baik2. Kemudian, kerajaan yg kita idam2kan masih tidak berjaya diwujukan maka kita mesti berusaha dan terus berusaha sehingga tercapai matlamatnya.

Ingat pesanan ini, 'Allah swt mengurniakan pahala kpd kita bukan disebabkan tercapainya sesuatu matlamat atau KPI yg kita idam2kan sebaliknya dinilai kepada bagaimana usaha kita bagi mencapai sesuatu matlamat/KPI tsb'.

Wallahu'alam.

Anonymous said...

kau ni wzwh hidup menfitnah ja

Kampong man said...

Salam Wan dan pembaca yang dihormati,

Mengundi adalah hak individu yang harus digunakan secara demokratik.Undilah siapa yang anda suka.Pada kali ini rata rata ( melebihi 75%) pengundi Cina akan mengundi DAP konon tidak puas hati pada MCA dan bencikan pemerintahan UMNO, tunjang BN.Mereka fed up konon bangsa mereka ketinggalan dan di pinggirkan.Betul ke ? Anda lihat disekeliling anda memadai ada jawapannya.Dibawah BN semua bangsa terbela.Yang aneh ada juga orang melayu kitayang memperjuangkan DAP gila gila menarik rakyat membenci UMNO dan mereka ini dulu adalah orang kuat UMNO lagi dan hidup dari hasil UMNO.Saya tidak racis cuma saya mahu memperjuangkan nasib bangsa melayu dan Islam melalui UMNO bukan PKR apatah lagi DAP haprak ni.Selagi mereka memperjuangkan MAKAYSIAN MALAYSIA ala Singapura kita ketepikan mereka.Biarkan mereka layak hanya menjadi pembangkang.Perpecahan melayu tidak menolong kearah ini.Awas tergadai lagi Malaysia tanah tumpah darah kita rakyat Malaysia .

Bagi calon UMNO pula kita harus membela rakyat dengan satu 'paradigm shift' pendekatan baru dan bukan kerana duit untuk agenda sendiri kerana rakyat melihat dan mahukan kemajuan di kawasan mereka bagi keluarga dan masa depan generasi mereka.

DAP akan terus dominan dan adakah parti RACIS dan CHAUVANISTIK ini yang kita harap memperjungkan nasib orang melayu dan Islam ?.No.thank you.Mereka punyai agenda dan niat yang tidak baik.Lihat sahaja kuku besi LIM GUAN ENG di Pulau Pinang dan telatah Karpal Singh dalam isy hudud dan Islam memadai.PAS harus TINGGALKAN Pakatan Rakyat .

Orang Melayu tidak ada pilihan .UNNO mesti dipertahankan bagi meneruskan perjuangan dan agenda Melayu bukan melalui DAP.Apa masih tidak faham lagi ?.Ayuh bersatu di bawah UMNO.Siapa yang korup dan punyai agenda peribadi mengkayakan diri melalui parti ( saperti Lajim) kita tolak mereka. Development dan aktiviti ekonomi di luar bandar dan di kampong kampong yang tertinggal saperti di Kelantan dan Kedah harus diberi perhatian kerana di sana orang melayu masih ketinggalan.Syabas ( bukan syarikat bekalan ayer Selangor) di Pahang rakyat MENOLAK parti RACIS DAP ini di semua kawasan Parlimen di PRU 12 dulu dan ini harus diteruskan di semua negeri.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

" JANJI DI TEPATI"

Anonymous said...

anon 9:47am,
Awok tau tak parti yg 100% cina ialah MCA bukan DAP..Yg awok marah sangat orang Melayu masuk DAP pasal apa..awok ni mudah terpengaruh dgn fatwa mengundi DAP haram tetapi awok tak fikir pulak kalu mengundi MCA macamana boleh jadi halal...

Awok ni anon, selalu buat analisa 'bodoh'..sekolah tinggi tapi tak pandai buat anlisa lebih tepat..lebih kepada emosi dan sentimen.

Awak saja2 buat tak tau kot atau memang babil...DAP ni cuma bertanding sekitar 50 kerusi parlimen vs 222 jum kerusi keseluruhan. PAS pulak bertanding sekitar 90 kerusi...DAP bertanding dikawasan MCA, manakala PAS pulak bertanding dikawasan UMNO...jika UMNO kalah PAS yg menang dan jika MCA yg kalah DAP yg menang...Dalam mana2 pakatan, BN atau PR, kerusi dominan tetap dimiliki oleh orang Melayu/Islam....lagi pun orang melayu masih ada lagi parti PKR dan PBB (Sarawak)..yg keseluruhan kerusi Melayu/Islam berjumlah 129 kerusi. Jadi ap kemender pulak jika DAP menang dikesemua kerusi maka habislah orang Melayu...

Anon...tolong buat cerdik dan banyak baca fakta drp guna emosi macam Utusan dan TVBN..

Kampong man said...

Salam Anon 11.50 dan pembaca yang dihormati,

Saya tidak akan berselindong dibawah anon.Tetapi anda tidak itu bezanya Kampong man dan anda .Harus telus dan jujur dan saya bukan politician saperti rakan saya yang berhijrah ke DAP .Itu pilihan mereka tetapi bagi saya tetap UMNO dan BN selamalmanya.

Berbalk pada DAP benar yang anon katakan MCA adalah parti Cina dari nama pun kita terima dan tahu dan kita pun mahukan kaum itu diwakili MCA hingga sekarang 55 tahun.Anda buktikan dan berikan saya nama lima MP melayu dari DAP ? Boleh ?

Satu Malaya tahu DAP atau apa juga parti Cina tak akan menjadi parti tunjang memerintah Malaysia ( Tanah Melayu ). Di Pulau Pinang mereka sudah tunjuk taring.Tanya Firus Khairudin, tanya Tunku Aziz dan jangan tanya rakan baik saya Sakmongkol dan bro Aspan.Pada mereka UMNO ni haramjadah ! ( bukan saya kata, mereka kata) .kalau mereka boleh buktikan mereka boleh jadi MP DAP di kawasan melayu saya tabik spring kalau tidak saya fikir veteran UMNO ini gagal dalam perjuangan menukar DAP dari parti RACIS dan CHAUVANISTIK.

Banyak fakta telah Kampong man tulis di blog Wzwh , Samongkol dan Aspan.Tapi banyak yang di delete .Mereka tidak suka penulis pro Gomen dalam blog anti UMNO/Gomen.Itu lah demokrasi ala DAP.

Walau bagaimanapun maaf kalau terlebih dan terkasar bahasa.Agak agak siapa yang bermain emosi tanpa fakta fakta.Saya tidak bermasaalah dengan PAS malah mengalukan penyatuan ummah demi bangsa dan Islam.Wassallam.

Anonymous said...

WZWH,

Apa relevan nya soal sijil PhD tu, merapu betoi lah awok ni. Dompok awok tu macam mana dapat Profesional Diploma, cuba awaok cite kan.

Anonymous said...

Kampung Man,
Kalu nak buat perbandingan mesti antara 'apple to apple' bukan antara labu dgn mentimun.

Untuk lebih adil, harap Kg Man berhujah dgn cara membandingkan diantara dua kerajaan yg menerajui PP, Gerakan/BN vs DAP/PR ...kerajaan mana yg lebih mesra Melayu/Islam...sila kemukan fakta pencapain Melayu/Islam PP semasa pentadbiran DAP vs Gerakan...

Jika tak dapat mengemukakan hujah berdasarkan fakta...ini namnya emosi/sentimen melulu...

Kg Man, kalu boleh saya gunakan istilah 'anti Melayu/Islam'..saya boleh berhujah yg UMNO BARU ini umpama 'harapkan pagar, pagar makan padi'...

Saya cuma ambil contoh kecil, iaitu berkatian kedudukkan tanah reserve Melayu.....berapa yg tinggal. Siapa yg punya angkara...??? Lihat saja di Pulau Redang dan sekarang di Pulau Tioman pula...Kg Man jangan asyik tengok PP saja....selain itu perhatikan juga tanah ladang milik Felda seluas 355,000 hektar (HAMPIR SAMA LUAS NEGERI MELAKA) telah dipajakkan kpd FGV yg mana Felda cuma ada pegangan saham secara minoriti..60% sahamnya bebas dimiliki oleh sesiapa saja...

Dgn contoh ini, UMNO BARU ini pembela Melayu sangat ke wahai Kg Man...??

Anonymous said...

Jangan bertengkar,
Soal melayu soal duit dan perut

Sebab itu lambat sedar

Tapi akhirnya Akan sedar
Cepat Atau lambat
Kadangkala bila nak mati, baru sedar
Begitulah manusia

Tapi nak Berfikir sebenarnya senang je

Pertama islam
Kedua melayu
Ketiga Persamaan Dan layanan


Andai boleh buat penilaian sendiri

1 Tolak hudud
2 Hina Nabi
3 Tolak RoyaltI
4 mahkamah hack
5 tanah melayu tergadai

Dan macam2 lagi

Jangan bila perut kenyang , kita melupakan orang
lain. Tidak manis.

Kampong man said...

Salam Anon 6:37,

1) Yang penting pada Kampong man Orang Melayu harus dibelakang UMNO/ BN kalau boleh gabongan UMNO dan PAS .Kampong man menolak PR outright.

2) Benar kata anon terdapat oportunis dalam UMNO tetapi gulungan ini terlalu kecil. Mereka inilah yang merosakan perjuangan UMNO untuk orang melayu/ bumiputra.

3) Pergolakan politik dan perubahan landscape politik post 2008 banyak menyedarkan oprtunis dalam UMNO bahawa survival UMNO dan BN bergantung kepada keputusan PRU 13 nanti.Sekira UMNO berjaya dan saya yakin dan meramalkan performance UMNO akan lebih baik dari 2008 ia itu melebihi 79 kerusi parlimen berbanding PAS 23 dan PKR 31.Sayang PAS masih lemah didalam PR dan trend PRU 13 bagi PAS tidak mungkin meningkat drastically.Konflik dalaman PAS antara erdogan dan ulamak membuatkan PAS menjadi lemah dan tidak punyai suara dalam PR malah tidak ada UNITY pun dalam PR berbeza BN.Walaupun MCA dan Gerakan kalah teruk MCA dan Gerakan ada tempat bagi mewakili kaum Cina.PKR pula akan hanyut kerana mereka tidak mempunyai perjuangan yang kukuh saperti UMNO dan PAS.Kesimpulannya UMNO masih relevan dalam BN dan DAP mewakili PR bukan PAS dan bukan PKR.Ini terjadi di Pulau Pinang dan Perak seketika dimana MB dari wakil PAS Nizar diperalatkan DAP .Apa masih lupa dengan tawaran tanah 999 tahun kepada tanah kaum Cina di Perak. Percayalah isu malay reserve land tidsk boleh fitukar milik kepada non

4) Isu FGVH dan royalti minyak telah banyak Kampong man bincangkan di blog Wzwh; Sakmongkol dan Aspan.Bacalah disana.Kampong man mahukan Kelantan diberi royalti ini akhirnya.

5) Mengikut analisa Kampong man UMNO/BN masih memegang Putrajaya tanpa 2/3 majoriti berbeza dengan analisis Sakmongkol dari Pahang yang tidak realistik.Bagaimana pun semuanya hanya ramalan namanya.Anda boleh baca banyak independant analisis umpamanya dari DAH IKHWAN.blogspot dan. "Corbettreport 205-Spotlight Malaysia with Nile Bowie " dated 28 August dan banyak lagi.Kampong man banyak membaca berbagai surat khabar MSM juga Sinar,Harakah,Siasah dan tidak Suara Keadilan dan Roket (not interested) dan of course Che Det , the man who transform Malaysia from an agriculture country to one of an industrialised country and a fully developed country by 2020 hopefully. Obviously a lot of research i have done through the various feedback.Nile Bowie provide unbiased independent opinion on Bersih rallies as well as the position of the OPPOSITION,the PR .Google it and find out with open mindyourself.

Maaf, terlalu panjang dan mungkin membosankan tuan tuan.Sekian,Salam dan terima kasih pada Wan kerana memberi ruang dan sama sama kita fikirkan.



Kampong man said...

Maaf , tambahan sikit dalam isu FGVH.Blog Sir Wenger Khairy aka Pirates of Putrajaya membuat detail analisis berkenaan listing of FGVH yang amat menarik tetapii terpaksa tutup blog beliau kerana berjanji tutup sekira IPO price is above RM4.65.True enoogh it went to RM5.30 far above IPO.Being gentleman as he is he closed his blog eaiting for incarnation.Poor Pirate but i enjoyed hid blog though.Sakmongkol too had a day forum at UNISEL(The controversal Uni in Selangor politically hijacked by PR - a shame) on ARAHTUJU FELDA.Gagal juga meyakinkan warga Felda dan sekarang sudah mula mengharamjadah banyak mereka yang terlibat menyenaraikan FGVH- What a shame.

Kampong man said...

Maaf prmbetulan.I think the IPO was RM4.35 instead of RM4.65.I do not play the market. Correct me if i am wrong.Good night.

Anonymous said...

Dato,WZWH dan shbat2

minta Ulas sikit fakta..
Anon, August 31, 2012 11:50 AM

DAP ni cuma bertanding sekitar 50 kerusi parlimen ada 222 . PAS pulak bertanding sekitar 90 kerusi...DAP bertanding dikawasan MCA, manakala PAS pulak bertanding dikawasan UMNO...jika UMNO kalah PAS yg menang dan jika MCA yg kalah DAP yg menang....

Anonymous said...

Anon 8:29AM,
Lihat Fakta: Dlm PRU12 lalu Melayu/Islam bertanding di 129 kerusi Parlimen manakala 93 lagi ditandingi oleh bukan Melayu/Islam. Dlm pertandingan tsb semua kerusi Melayu telah dimenangi oleh orang Melayu/Islam (UMNO 77, PBB 9, PAS 23 dan PKR 20)disebabkan mereka bertanding sesama sendiri. Ini bermakna mereka menguasai 58.6% suara di parlimen. Demikian juga dgn kerusi bukan Melayu, mereka hanya menguasai 41.4% drp keseluruhan kerusi dan dgn jumalah yg kecil ini tidak mungkin bagi mereka dapat menguasai Parlimen walau dgn majoriti mudah KECUALI jika berlakunya pengkhianatan dikalangan anggota Melayu/Muslim...

Sekalipun berlaku pengkhianatan di kalanggan anggota parlimen Melayu dgn bersetuju meryertai pakatan non Melayu/Muslim, mereka sebenarnya masih tidak berupaya utk meminda perlembagaan M'sia yg memerlukan majoriti 2/3 terutama mengenai kepentingan Melayu /Islam: Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja2 dan keistimewaan org melayu...

Lihat pula kedudukkan DAP dan MCA, mereka bertanding sesama sendiri
di kws majorti China dgn jumlah kerusi yg dipertandingkan cuma 43 kerusi. Diandaikan MCA atau DAP menang kesemua kerusi, mereka tidak berupaya langsung untuk membentuk kerajaan...

PAS kini mengambil pendekatan bekerjasama dgn DAP mengikut prinsip tahaluf syiasi (bukan bersatu/berpadu)...bagi mendokong demokrasi selain menyedari terdapat persamaan dari segi mahu melahirkan sebuah negara yg berintergeriti tinggi, adil dan makmur. Selain itu terdapat rasa kebertanggungjawaban bersama bagi membendung sebarang penyalahguna kuasa, rasuah dan ketidakadilan..
Jika kerjasam ini tidak menguntungkan Islam, PAS pada bila2masa akan mengkaji balik pakatan dan bersedia bekerjasama dgn sesiapa sahaja demi kelangsungan agama selaras dgn perjuangan/dasar parti...perkara ini telah diputuskan oleh dewan ulama' dan dipersetujui oleh Majlis Sura PAS...

Sekian drp: Pak Habib Temin.

Anonymous said...

Oppotunis dalam umeno ramai
99% Tolak ahli tak aktif

Anonymous said...

Pada pilihanraya 2004 PKR perolehi 1 keruai parlimen.Pada 2008 kerusi in bertambah kepada 31, peningkatan 30 kerusi.Faktor kenaikan mendadak ialah simpato rakyat pada Anwar.Rasanya di PRU 13 sekurang kurangnya 16 kerusi PKR akan tumbang dan ini akan di miliki UMNO semuanya.PKR sudah tidak relevan.Pencetus huruhara negara.

ds

Kutukandewata said...

apa-apa pun pas akan tunduk pada desakan dap kalau mereka memerintah.tak layan dap akan lari dan kerajaan pakatan pembangkang akan tumbang.jadi puak-puak cina akan beraja dimata dan bersultan dihati.ketika itu puas hatilah kau pak habib temin, ahlul bait yang tak ikut pesanan nabi yang melarang umat islam dari terjerumus ke perangkap kafir harbi!!!

bn didominasi oleh orang islam.dah terbukti selama 55 tahun!

Anonymous said...

Kutukan Dewata betalaqi dgn Ustaz2 UMNO gamaknya....itu sebab beliau tak pernah memahami atau belajar berkaitan syiasyah syariah. Bila kita mengulas bab2 yg kita sendiri tak faham (terutama berkaitan istilah kafir harbi) maka nampak sangat yg kita ini seorang yg jahil...

Nasihat saya, Kutukan Dewata (Dewata ini nama dewa2 hindu kot!).. elok berguru dgn guru2 mursid...supaya dapat lebih pencerahan...

Anonymous said...

Kutukan Dewata....
Aqidah bukan perkara main2...elok saja tukar nama kutkan dewata ini kepada nama lebih baik. Utk makluman sdr, 'Dewata' memang nama dewa Hindu/Budha.

Anonymous said...

Salam,Pak Habib Temin.

Terima Kasih diatas penjelasan, dari faktanya bukan islam tak bolih menguasai parlimen melainkan orang melayu belot macam kes kerajaan negeri PERAK....x gitu.

Anonymous said...

Anon 10:22AM,

Ini cerita dlm kontek peringkat Parlimen/Persekutuan bukan cerita peringkat DUN. Peringkat Parlimen melibatkan perlembagaan persekutuan yg menyentuh secara langsung kedudukkan agama Islam, hak istimewa org Melayu dan kedaulatan raja2..,

Sdr Anon, jika nak dinisbahkan anggota DUN Melayu Perak sebagai pengkhianat..lebih baik kita lihat kes paling kelasik di PP suatu ketika dahulu..walaupun majoriti DUN dikuasai oleh org Melayu/Islam namun KM tetap diserah kpd bukan Melayu/Islam.

Anonymous said...

Anon 10:22AM,

Dalam kes Perak, memandangkan PR yg menang dan org Cina secara majoriti menguasai DUN, langkah terbaik yg patut diambil oleh ADUN MElayu terutama drp UMNO ialah bersepakat menyokong PR agar DUN Perak dikuasai oleh orang Melayu...

Demikian pula jika kes yg sama berlaku diperingkat Parlimen, jika PR menang dalam PRU13 dan bil anggota parlimen Melayu dari PR (PAS + Keadilan + PBB) tidak menjadi majoriti dlm kerajaan, sepatutnya MP UMNO berpadu suara menyokong PR....

Anonymous said...

Eisenberg Video Title, 0h 03m 00s38. Based on this profile, developers such as
Plantronics or Jabra have launched wireless headsets which can directly pair with any GAP-enable DECT telephones.
The project will support both national and international evidence.
According to Shelly Brown-Gunn, Associate Director of SSS, there were no 'surprises' as
these people predicted; I believe neonatal nurse practitioner jobs that the time has come
to be designed by a team of sales people. This country was also recently reported to be frequent.


my web site ... neonatal nurse certification

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024