Ini satu posting yang menarik hati WZWH dari blogger Paneh Miang tentang apa beza ahli UMNO dengan orang UMNO? Kita ikuti...
Perbezaan Ahli UMNO dengan Orang UMNO terlalu banyak. Sesuai dengan petikan 100 perkara yang Mesti Di Laksana oleh Ketua UMNO Cawangan oleh Almarhum Dato' Ihkwan Nasir, Setiausaha kepada Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia, semasa Allahyarham Dato' Mohamed Rahmat beramanah sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Gerakan 100 perkara ini sedang diselia baik semula oleh Ahmad Maslan, Pontian kerana dia seorang Orang UMNO bukan Ahli UMNO.
Ahli UMNO ialah orang yang tidak taat setia dan boleh lompat parti, Orang UMNO ialah orang taat setia dan tidak akan berpaling tadah kepada mana-mana parti politik, walaupun di beri subsidi, opsyen, nafkah sebanyak RM1 billion sekali pun.
Ahli UMNO ialah orang yang tidak faham pengertian Perjuangan Memerdeka Tanahair secara Alif, Ba, Ta kerana tidak mahu mengerti Objektif dan Matlamat Undang-undang Tubuh UMNO, manakala, Orang UMNO ialah orang yang arif perihal Agama, Bangsa dan Tanahair dan faham bebenar makna tersirat dan tersurat UMNO daripada akar ke buahnya.
Ahli UMNO ialah orang yang apabila dipancing oleh partai siasah manipulasi Freemasonary bermula daripada DAP yang lahir daripada falsafah Sosialisme bertarikh 30 April 1930, mahu pun Syiah yang diterbalik oleh kelompok luar akar akustika Dr. Burhanuddin Al-Helmy pada 1974 dan kelompok 1998 iaitu simpati Anwar Ibrahim, akhirnya bercita-cita untuk menelanjangkan segala rahsia-rahsia besar Negara kepada masyarakat Antarabangsa, khasnya Amerika Syarikat.
Manakala Orang UMNO ialah orang yang apabila dipancing oleh mana-mana partai siasah, mahu pun pertubuhan bukan kerajaan, atau perseorangan mereka tidak akan mungkir perjanjian antara Rakyat dengan Raja Melayunya.
Ahli UMNO ialah orang yang hanya tahu perut, tekak, seleranya terpelihara dan dipelihara, manakala, Orang UMNO ialah orang yang sanggup berjuang atas nama Jihad Fisabillillah dan berteraskan faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Ahli UMNO begitu ramai dalam UMNO semasa, manakala Orang UMNO begitu minoriti dan ramai yang tidak mendaftar sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
Ahli UMNO begitu ramai dalam gelaran dan pangkat bergelar dari Istana Raja-raja Melayu, manakala Orang UMNO tidak jelap/hadap untuk menerima sebarang kurnia gelaran dan pangkat gelaran dari Istana.
Ahli UMNO begitu ramai yang sanggup membunuh kesantunan dan kesusilaan rakyat tanpa integriti Insan, Organisasi, Negara dan Dunia, manakala Orang UMNO akan sentiasa memperteguh, memperkaya, memperkemas dan menaik taraf ilmu dan amalan kesufian bertamadun dengan fahaman Integriti Insan, Organisasi, Negara dan Dunia.
Pesanan Pak Sedaro kepada Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO, nafiri yang sedang ditiup ialah pencarian calon berteraskan Orang UMNO bukan Ahli UMNO. Andai Orang UMNO, maka akan kembalilah roh perjuangan seperti yang dibawa oleh Almarhum Za'aba, Dato' Wahab Panglima Bukit Gantang, Tun Dr. Ismail, Bekas IG Tun Salleh, Bekas PAT Tun Ibrahim, Tun Sardon Jubir, Tun Jaffar Albar, Tun Razak, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Almarhum DYMM Tuanku Abdul Rahman, Undang-Undang Luak Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol (yang dipedaya Inggeris pada 1946 termasuk Almarhum Dato' Kamat Haji Sulaiman), Sheikh Abdullah Fahim, Tok Kenali, Tok Ku Paloh, Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Muhammad Ali Al-Attas, Dato' Onn Jaafar, Almarhum Tuanku Muhammad, Sir Raja Chulan dan ramai lagi kalangan bangsawan, istanawan, ilmuan dan agamawan.
Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO perlu CLEAR soal Program Transformasi Politik UMNO khasnya. Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO perlu SETTLE soal siapa "kacang lupa akan kulit", "baung dalam sangkar", "gunting dalam lipatan", "api dalam sekam", "musuh dalam selimut" dan "musang berjanggut".
Ingatlah pesanan Orang UMNO 11 Mei 1946 yang bersidang di Istana Bukit Serene, seorang yang bernama Haji Ahmad Fuad (Pulau Pinang) dan seorang bernama Salleh (Batu Pahat). Mereka berpesan pada kalam yang sama "bahawa Pelanduk sering lupa akan Jerat, namun yakin dan pastilah bahawa Jerat tidak pernah lupa pada Pelanduk".
11 comments:
Salam,
Yang dikatakan orang UMNO yang tak mendaftar sbg ahli UMNO tu sebenarnya bukan orang UMNO sebenarnya. Mereka adalah orang melayu sejati yang mahukan orang Melayu bersatu. Mereka berpandangan Melayu itu penting dan Islam itu juga penting.
Ahli UMNO sememangnya ramai dalam UMNO. Kebanyakan mereka ni kaki mengampu dan suka nak dapatkan projek.
Contoh orang UMNO adalah Tengku Razaleigh, beliau tetap memperjuangkan bangsa melayu Kelantan walaupun isu yang ditimbulkan akan menyokong pentadbiran PAS Kelantan.
Yang lain tu, lebih kepada ahli UMNO, mereka tidak memperjuangkan yang Hak dari yang Bathil. Yang penting, peruk nasi diorang terjaga.
Kalau begitu, yang tinggal sekarang
Cuma ahli Ameno.
Orang umno boleh bilang dengan jari.
Ha ha ha..
Che Wan..aok ni lawok pepalih..Ha ha ha.
Cher aok tenggok UMNO yang sekarang nin...Boleh dikatakan hampir seluruh Pemimpin UMNO boleh dikelaskan sebagai AHLI UMNO..bukanya ORANG UMNO...orang UMNO cuma jadi Tukang Sorak..dan AHLI UMNO jadi Pak Kadok ..ha ha ha.
Soalnya, macamana nak naikan Orang UMNO tapi Ahli UMNO majoriti dalam UMNO..ha ha ha.
Salam Wan dan pembaca yang dihormati,
Ini adalah satu tajuk yang semua ahli dan orang UMNO harus fikirkan dengan lebih mendalam dan bangkit demi kepentingan dan survival orang melayu dalam UMNO menerajui negara.Kita orang melayu harus tidak takut membinchangkan isu bangsa melayu dengan terbuka tanpa takut dilabel racis.Kenapa mesti takut dengan label ini ?.Realitinya hanya UMNO yang boleh mempertahankan kepentingan orang melayu dan kaum lain di Malaysia.
Apa yang terjadi sekarang adalah PERPECAHAN orang melayu yang dimulakan DSAI yang sangat sangat mahu menjadi PM dan yang digemburkan pembangkang dan ada juga yang dahulunya ahli UMNO dan kini beralih perjuangan dengan parti PKR dan DAP kerana lebih mempercayai parti DAP racis itu lebih dari UMNO.Yang anihnya kenapa mereka tidak berjuang bersama PAS supaya sama sama kita perjuangkan bangsa dan agama dan negara kita. Merekalah ahli UMNO yang tidak punyai jiwa orang UMNO yang hanya lebih memikirkan perut mereka.Kini mereka berani memburukan UMNO dengan penulisan yang menjijikan tanpa ada rasa silu lagi menarik orang melayu lain membenchi UMNO memperjuangkan konsep MALAYSIAN MALAYSIA ala Singapura dengan alasan UMNO korup dan berkroni konon.Berapa orang yang begitu ? Satengah mereka pernah di beri peluang kerana jasa mereka pada UMNO tetapi mereka leka dan tidak bijak dan berterima kasih pada apa yang pernah diberi pada mereka.Sayang sekali mereka ini adalah penghianat bangsa. Sedangkan kami pula adalah ORANG UMNO yang tidak mengharapkan kekayaan melalui parti hanya survival parti dan bangsa yang kami mahu saperti perjuangan asal UMNO dulu.
Tidak dapat dinafikan terdapat ahli UMNO yang punyai agenda sendiri sebagai ahli memperkayakan diri dengan cara mudah melalui parti.Ini harus berubah sekira mereka sayangkan UMNO demi bangsanya. Transformasi Najib harus lebih berani dan telus mengatasi mereka yang OPURTUNIS dan mereka yang KORUP dalam parti.Kita tahu siapa mereka dan mereka harus tidak diberi tempat.Orang UMNO harus BERTANGUNG JAWAB dan kembali bersatu kerana perjuangan di PRU 13 akan menentukan kedudukan UMNO sebagai parti tunjang orang melayu dan orang malaysia yang lain.Ini telah UMNO buktikan. Perubahan kerajaan yang tidak punyai rekod memerintah negara MESTI ditolak oleh semua rakyat melaluo BN bukan PR yang rapuh perjua gan mereka.
Kita orang UMNO merayu pada semua ahli UMNO bersatu semula demi parti dan tidak lagi mementingkan agenda peribadi.Jasa UMNO pada bangsa dan ugama terlalu banyak untuk dibentangkan dan kejayaan pembangunan, kemakmuran dan KEAAMANAN adalah hasil dari usha UMNO/BN bukan DAP atau PKR atau PAS bagi rakyat yang berbilang bangsa dan ugama di negara kita ini.Wallahwuallam.
Selamat megerjakan ibadah puasa.Salam.
Kg man,saya setuju pdngan sdra.DAP tidak akan membela nasib orang melayu saperti yang kita lihat.Mereka memang terdiri dari kaum yg lagi korup jika diberi kuasa.Kita sayangkan UMNO dan tolak DAP/PR yang angkoh , racis dan chauvanistik.Undilah UMNO/BN untuk Malaysia yang aman.
DALAM RAMAI-RAMAI KAT JERANTUT NI . HANYA ADA SORANG AHLI UMNO YANG LAYAK DIGELAR ORANG UMNO . IAITU AKI DIN . DIA DUDUK DI KAMPUNG BUKIT RANG PULAU TAWAR . MEMANG KALAU IKUT KRITERIA YANG DILISTKAN DIATAS TADI MAKA DIA SEORANG SAHAJA YANG LAYAK DI GELAR AHLI UMNO . KALAU ADA ANUGERAH ORANG UMNO SEJATI MAKA DIA YANG PALING LAYAK . PARIS LAMA PIMPINAN UMNO JERANTUT SEMUA KENAL DIA NI.
Ame no, B-end...
'Orang UMNO ialah orang taat setia dan tidak akan berpaling tadah kepada mana-mana parti politik, walaupun di beri subsidi, opsyen, nafkah sebanyak RM1 billion sekali pun.' - kalau ini lah kretirianya, rasanya tak ujud orang UMNO. RM1 billion banyak woo... project RM25 ribu pun ahli UMNO berebut kat cawangan. :-)
umno terus menerus menipu orang umno.
Kasihan parti UMNO, orang UMNO, ahli UMNO dan cai UMNO..DSAI juga yang menjadi igauan mereka..Lupa agaknya kenapa ujudnya parti S46 suatu ketika dahulu dan parti PKR sekarang ini?...
S46 yang di ketui Ku Li akhirnya balk ke pangkuan UMNO kerana beliau ORANG UMNO bukan ahli UMNO macam Sakmongkol dan Pak Aspan .Join DAP lagi .haaa hahaa....
DSAI is a gone case like PKR pasti hancur akhirnya..umno tak perlu simpati dari PKR.
Post a Comment