Thursday, August 2, 2012

Zaman Politik Katak Melompat Tinggi Dipuja Sudah Berlalu....



Zaman politik katak melompat tinggi dipuja sudah berlalu...Rakyat tidak lagi memandang tinggi dan memuja ahli politik katak.

Lajim Ukin dilucutkan Timbalan Menteri atas perkenan DYMM Agong.

Cakap-cakap politik di Kota Kinabalu menyatakan Wilfred Bumburing, Jeffrey kitingan akan kalah teruk PRU 13. Juga Yong Teck Lee SAPP dan calon-calon SAPP yang lain akan kalah di kerusi-kerusi majoriti Cina kepada DAP.

DAP dijangka menguasai beberapa kerusi parlimen PRU 13 Sabah. Majoriti kerusi DUN bakal dimenangi BN hanya satu dua kepada DAP.

Sudah jelas DAP tidak akan berkompromi mahu menguasai kerusi yang dipertandingkan di Sabah kerana kemenangan DAP yang dijangka.

STAR, SAPP, PPS, PKR dan PAS semua merasakan mereka berpengaruh namun akhirnya  DAP yang unggul.

Anwar Ibrahim fikir dengan kemasukan Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing akan menguatkan PKR. Pada mula bertapak di Sabah, PKR sudah bermasalah. Kepimpinan orang Sabah ditolak tepi dengan kepimpinan KL.

Setidak-tidaknya UMNO Sabah dipimpin oleh orang Sabah dan ramai menduduki MT UMNO dan Menteri Penuh.

Anwar Ibrahim tidak percaya kepada orang Sabah menganggap mereka kurang intelektual.

Angin perubahan tidak cukup kuat untuk menumbangkan kerajaan BN di Sabah. Orang Sabah pun tahu memilih Pakatan Rakyat sama saja menukarkan Kerajaan Pusat dari hantu jembalang yang mereka kenal benar...dengan hantu jembalang yang tidak diketahui janji-janji bulan dan bintang serta matahari plus galaksi.

Kerajaan hantu jembalang yang boleh membangkrupkan negara kerana semua boleh...boleh potong, murah, semua free! Greek, Portugal, Sepanyol dan Itali itulah pun sudah melalui proses negara kebajikan 'kerajaan menanggung semua'.

Sememangnya Pakatan Rakyat tidak ingat lagi apa janji-janji yang ditabur selama ini. Adakah janji-janji itu boleh ditepati mengikut kemampuan kewangan negara.

Majoriti rakyat Sabah dan Malaysia  yang berfikir tahu itu semua janji-janji memikat undi kosong semata-mata.

Rakyat Sabah masih ingat lagi betapa terlalu 'political animal' Anwar Ibrahim semasa menjadi TPM selaku saudagar politik dan sering bertukar warna seperti chameleon.

Bisikan halus Anwar Ibrahim ke telinga Lajim Ukin, Wilfred Bumburing, Jeffrey Kitingan dll bahawa mereka semua adalah calon KM Sabah itu buat katak melompat tinggi...

Tidak dapat mencapai kata persetujuan tentang siapa bertanding di mana kerusi parlimen dan DUN bakal buat Pakatan Rakyat lemah dan BN mengambil peluang.

Hatta di kerusi parlimen Beaufort dan Tuaran jika jentera BN kerja bersungguh tidak mustahil jatuh kembali ke tangan BN.

Yang penting jentera BN Sabah cekap, berkesan dan licin.....itu yang rakyat Sabah dan ahli politik Sabah mahu DS Najib perkemaskan lagi.

Pasti BN masih berkerajaan di Sabah dengan ditampung oleh DAP di beberapa kerusi parlimen dan DUN.

14 comments:

Anonymous said...

WHWZ ko dapat maklumat dari mana bahawa BN masih menggungguli Sabah. Setahu saya Sabah masih kritikal untuk BN menang dan kalau dihitung bagi kerusi Parlmen termasuk Sabah dan Sarawak...saya dapati BN akan kalah dengan keadaan politik masa ini. Kalau BN boleh menang takkan lah PM yang kita sayangi tu tak duduk diam...bulan posa macam bulan tak posa..ada sahaja majlis setiap negeri. Tapi yang saya herannya menteri2 lain diam ajer...PM ajer bersungguh2...alamatnya nak kalah tu kut...hehehe

Anonymous said...

Mengikut blog pembangkang benar Sabah dan Sarawak jatuh ketangan PR.Biasalah tu tapi akhirnya tak begitu.Dulu di PRU 12 alahai cumi dapat satu kerusi MP sahaja.Perit sikiy PR nak menang tiga kerusi parlimen beb.Anuar punya janji dan kata tidak boleh pakai.

Anonymous said...

Cakap la apa pun...
Kalu betul kuat, "bubarkan" kan sahaja.
Makin lambat bubar makin tinggi lebarangkalian untuk tewas.

Ada brani Wzwh nasihat DSN supaya bubar sbb kajian menunjukkan sokongan terhadap DSN telah meningkat.

Anonymous said...

Bekas pegawai kanan di kementerian pertanian dan industri asas tani telah sertai pas.

Anonymous said...

Hasan Ali kata PAS tidak lagi perjuangkan Islam .Sibuk sokong DAP dan PKR dan tak mahu parti Melayu dan Islam,UMNO.

Allah Berkati UMNO = ABU.hehehe..

Anonymous said...

Kalau PR berani bubarlah juga DUN negeri serentak dengan PRU.Tak puas pegang kuasa kerana tak pernah dapat kuasa .Rakyat dah bosan mainan politik PR di Selangor dengsn banyak masaalah untul rakyat.Janji mereka yang tidak ditepati .Cakap tu percuma nak bagi itu dan ini.Tapi banyak palsu.BN mampu ambil balik Selangor dan Kedah mengikut kajian Kesatuan Proffessor Negara.

Rakyat lebih yakin dengan BN terutama usha gigih DSN menangani isu kebajikan rakyat.Syabas UMNO/BN.

Anonymous said...

Saya nak komen pasal tajuk ini. Kami pemerhati di atas pagar mendapati tajuk ini cakap tidak serupa bikin. Kenapa harus dicerca siapa jua yang berubah arah ke sebelah manapun? Bukankah kedua-dua BN dan pembangkang pemuja mereka yang melompat-lompat?Bukankah Kerajaan Perak hari ini berdiri di atas dasar itu? Jangan pula, siapa jua, BN atau pembangkang, bersikap hipokrit dalam hal ini!

Kampong man said...

As we draw near to PRU 13 feud between PAS and DAP continues.The latest being that PAS Youth Chief(Terengganu) has urged DAPKarpal Singh to quit politics because his outdated views has upset PR coalition.

PR cannot depend on DAP alone to garner bigger seats and a dominant party in DAP due to majority support for DAP.Rhis disagreement on Islam and hudud will be the sore issues affecting PR .This is no good power sharing if ever PR win the PRU 13.

Independant analysis by KITA (Persatuan Professor Negara) reveal support for Najib BN and that BN will win the PRU 13 without 2/3 majority.Of course Sabah and Sarawak will be the determining factor. Anticipate not much changes even with Lajim and Wilfred departures.Leaping frogs will not affect majority voters sentiment rxcept hardcore supporters.Do bot underestimate Sabahan and Sarawak LOTALTY for BN as proven time and time again.Ask Jeffrey the more level headed politician who is a very good Christian.Salam and Selamat berpuasa.

Kampong man said...

Correctio..." ..a dominant party in PR due to..." Not DAP.Slip of the mind.Sorry.

Anonymous said...

Kat perak pun kerajaan bn memerintah dengan bantuan katak.

Anonymous said...

Sama je parti politik apa pun. Dah tak ada perasaan sayang pada tanahair. Yang disayangi adalah pangkat dan kedudukan. Yang dikejar ada kuasa dan kebendaan. Tanahair dibiar tergadai tanpa dipersoal. Maruah bangsa tidak diperduli lagi. Asalkan kepentingan diri tidak tergugat, hanya itu yang dipentingkan. Biar siapapun yang akan memegang kuasa, moga bukan di kalangan orang yang akan menghancurkan bangsanya sendiri.

Anonymous said...

Apa boleh buat.DAP mengambil peluang perpecahan melayu.Horey !! padan muka melayu.Kenapa terlalu percaya dengan Anuar dan PKRnya !! Apa dah jadi dengan muzakarah UMNO dan PAS ? .Melayi memang suka gaduh dan yang untung orang lsin.Padan muka melayu.

Scorpion

Anonymous said...

Kenapa salahkn DAP plak,sepatutnya kena tanya kenapa melayu jd mcm ni?50 tahun tk ckp lg ke utk satukn melayu?

Anonymous said...

Melayu patut salahkan diri sendiri. Suka bercakaran dan mengkayakan diri sendiri. Pembelot bangsa sendiri. Jatuh menjatuhkan dengan cara yang meloyakan. Meletakkan kuasa sebenar kepada 'taukeh' yang sanggup 'menaja' perjuangan. This applies to all - tak kira UMNO, PAS atau PKR. Ada di kalangan mereka yang kelihatan ada kesedaran, tetapi selalunya akan tercantas sebab tak ikut arus. Pilihanraya nanti saya berkira-kira untuk undi individu yang ikhlas membela bangsanya, tak kisah parti lambang apa pun. Individu yang bukan kaki bodek, tak kaki botol, tak de skandal sana-sini, tak takut bini, yang kerjaya politik tidak ditaja taukeh, yang berintegriti dan takut kepada Tuhan. Kalau calon sebegitu sudah pupus, lebih baik tidak undi sesiapapun.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024