YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan sedang bersiap sedia dengan jetski ke Ulu Tembeling menghadiri kenduri kahwin anak Tok Empat Kampung Mat Daling Ulu Tembeling.
ADUN Tahan pantang kalau ada hal kematian atau kenduri kahwin beliau tidak menghampakan jemputan atau hadir memberi takziah dan sumbangan terutama kepada penduduk Ulu Tembeling.
Jika tidak sempat atau suntuk masa beliau kadang-kadang mengunakan helikopter ke kawasan pedalaman Ulu Tembeling.
DUN Tahan adalah DUN yang paling luas dalam negeri Pahang. Kawasan pedalaman Ulu Tembeling terletak dalam DUN Tahan. Isu utama penduduk ialah pengangkutan.
Orang Ulu Tembeling guna perahu melalui Sungai Tembeling sebab jalan sempurna belum ada. Guna perahu, fiber boat, speed boat banyak kos dan macam-macam masalah.
Air Sungai Tembeling bila surut terpaksa bertolak perahu kerana alur tohor, banyak masa rugi. Kipas motor rosak. Bila air sungai besar, ombak jeram besar, silap navigator perahu langgar batu dan boleh karam.
Jalan dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi sejauh 26km akan siap sepenuhnya pada 2014.
Jalan dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling sejauh 61.3km dijangka siap 2016.
Jalan dari Kampung Mat Daling ke Kampung Pasir Raja Terengganu sejauh 55km akan disiapkan.
Orang Ulu Tembeling bila WZWH bentang rancangan ini kepada mereka semua anggguk aje....Ada yang percaya, ada yang tidak percaya, ada yang sinis, ada yang cakap WZWH pungkar (tipu).
WZWH cakap sama sedara WZWH di Ulu Tembeling....sabar....ini projek bukan kecil RM700 juta!
Maka kalau hendak cepat mudik hilir Sungai Tembeling kena guna jetski. Kalau bertolak dari Kuala Tahan hanya ambil masa 45 minit baru sampai ke Kampung Bantal Ulu Tembeling.
Memandu jetski perlu berhati-hati bimbang terlangggar batu-batu tersembunyi, kayu-kayu hanyut atau silap-silap boleh makan pasir. Sebuah jetski boleh muat dua orang.
Kena berhati-hati terutama bila menempuh 7 jeram Sungai Tembeling.
Kampung Bantal ini merupakan pusat atau 'city centre' Ulu Tembeling. Segala 'kemudahan asas bandar' ada disini. Kampung Bantal ada sebuah Istana Sultan Pahang bernama 'Sri Tembeling'. Istana ini baru mendapat kelulusan peruntukan renovasi RM2 juta.
Ini terminal utama jeti Kampung Bantal. Perhatikan hakisan tebing sungai dirawat dengan beg-beg pasir. Ini projek JPS bagi menjaga tebing sungai dari terhakis dan runtuh. Anak-anak muda Ulu Tembeling sudah ramai memiliki jetski. Ini kerana taraf ekonomi mereka yang semakin meningkat.
Dulu sebelum banjir besar 1926, Sungai Tembeling tidaklah macam sekarang tohor berpasir. Dulu Sungai Tembeling air sangat dalam sampai jong-jong kapal boleh hilir mudik. Tapi selepas banjir besar dan balak banyak ditebang maka punca air berkurang, tanah terhakis membawa banyak pasir lalu air sungai semakin cetek.
Ditambah pula pengunaan enjin motor sangkut yang mengunakan petrol dan minyak tanah membuatkan ikan-ikan Sungai Tembeling jadi loya ditambah dengan bahan buangan kimia dari ladang-ladang sawit buat ikan makin pupus.
Ini buktinya menjaring ikan hanya dapat seekor ikan kenerak. Susah dah sekarang nak dapat ikan patin dan ikan kelah. Apatah lagi ikan jelawat. Banyak spesis ikan sudah pupus dan hampir pupus. Kalau anda ada duit banyak belum tentu boleh dapat beli ikan jelawat, kelah dan patin kerana kepupusan ikan ini.
Dapat ikan kenerak pun jadilah kalau dibuat gulai rong (paste biji getah atau perah) fuuuh...punyalah sedap. DS Najib gemar amat makan ikan patin Sungai Tembeling ini.
Biasalah bila sampai Kampung Bantal kana mengetir di 'coffee house' berborak atau memungkar dengan rodong-rodong lama kampung.
ADUN Tahan bersiap sedia berlepas ke Kampung Mat Daling dari Kampung Bantal. Oleh kerana Sungai Tembeling menuju ke Kampung Mat Daling air sungai sangat tohor (cetek) maka kena naik perahu kecil menuju ke Pengkalan Kuala Sungai Membatu di seberang Kampung Bantal.
Semua jetski kena tinggal di terminal utama Kampung Bantal. Bersiap pula naik perahu kecil.
Inilah Pengkalan Kuala Sungai Membatu nama terminal transit buat penduduk Kampung Mat Daling. Disini sudah menunggu beberapa Hilux, 4WD untuk mengangkut barang-barang dan penumpang.
Dari Pengkalan Kuala Sungai Membatu kena menaiki Hilux, 4WD ke Kampung Mat Daling sejauh 5km lagi jalan berturap batu kerikil. Ada banyak kampung-kampung kecil ditempuhi seperti Kampung Semena, Kampung Macang Perah, Kampung Kuala Belukar.
Di atas kampung Mat Daling ada juga beberapa kampung kecil seperti Kampung Tanah Memindah, Kampung Pulau Besar, dan Kampung Bukit Kubong.
Tok Empat Wan Maba bin Wan Zakaria, pengantin lelaki dan perempuan bergambar kenangan bersama ADUN Tahan.
ADUN Tahan sanggup kalau boleh menghadiri setiap kenduri kahwin dan kematian di kawasan DUN beliau. Itulah kelebihan YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan tidak mahu menghampakan harapan penduduk.
YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN Tahan mahu berlepas hilir Sungai Tembeling. Beliau bersama Encik Aziz bin Abdul Rahman Ketua Cawangan UMNO Ulu Tembeling.
ADUN Tahan adalah pemimpin disenangi oleh rakyat, Raja, PM dan MB. Beliau adalah pemimpin muda harapan parlimen Jerantut. Beliau turut menyandang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia.
Ini pose terbaru WZWH. Mudik Sungai Tembeling menuju beberapa kampung di Ulu Tembeling. Ini lah kampung nenek moyang WZWH.
WZWH berjanji dengan sedara mara WZWH di Ulu Tembeling isu pengangkutan bahawa kita mahu satu network sistem jalanraya yang baik bagi keselesaan dan kemudahan akan tetap WZWH perjuangkan selagi ada daya upaya.
Kita mahu bina taraf ekonomi yang lebih baik untuk kita semua. Kita mahu majukan tempat kita.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri WZWH ucapkan Maaf Zahir Batin.
23 comments:
EHHH...MISI LAPUK WZWH UNTUK PROMOSI DIRI UNTUK KOY-KOT BOLEH JADI CALON. TOLONG SIKIT, INGAT ORANG DUN TAHAN TU ORANG DI ULU SAJA. 1/4 PUN TAK ADA PENGUNDI DI ULU TU. JADI TAK PAYAH LAH AWK NAK KATA AWK TU HEBAT DI ULU AWK BOLEH JADI YB GANTI WAN AMIZAN BILA WAN AMIZAN JADI AHLI PARLIMEN...BODOH PUNYA PLAN.
"ADUN Tahan adalah pemimpin disenangi oleh rakyat, Raja, PM dan MB. Beliau adalah pemimpin muda harapan parlimen Jerantut." Betul ke terutama PM dan MB, aku kurang yakin, macam mana di senangi kalu pemungkar dan pembohong. Tak kan Mb senang dengan pemungkar, sedangkan orang kampung pun kurang senang melainkan yang makan ditangan. WZWH itu hanya telahan awak sahaja, orang tempat aku kata kau tu " dreamer atau mimpi disiang hari.
Hoi ... jangan pura pura. itu namanya penipu atau hipokrit. Pakai kopiah dan sempoi, itu dikg ulu. Kalau di kl lain pulak. Perosak masyarakat. Ingat orang tak tau ke.
Inilah standarad YB2 UMNO Pahang...orang beranak dia jadi bidan, budak besunat dia jadi tukang tandu, orang nikah dia jadi tukang basuh kawah...pendek kata kerja2 yg Tok Empat dan Tok Mudian patut buat semua YB nak buat. Sayang sekali, sepatutnya YB ini menjadi penyampai khutbah jumaat/raya dimimbar2 masjid, menjadi seorang yg tidak pasif di Dewan Undangan Negeri, menjadi perancang bagi pelan pembangunan daerah/DUN utk 5-10tn yg meliputi pembangunan fizikal dan spiritual...
Sampai bila YB jenis ini nak diangkat jadi pemimpin. Kerja utama ditinggilakan kerja remeh temeh diutamakan. Macamana J'tut nak maju....
Malu kalau kita beYB macam ni...
Betul sungguh kata Anom 10:58 tu. Jerantut memang ketinggalan kerana pemimpin nya terdiri dari orang tonngong yang menyangka pandai. Dalam dewan bercakap merapu dan perkara remeh temeh. Tak usahkan jerantut Pahang pun sama, apa orang tak mahu dia terima. Padah nya akan tiba. Half Fast Six belaka dan kaki angguk je dan kaki tepuk meja je.
Betul sungguh kata Anom 10:58 tu. Jerantut memang ketinggalan kerana pemimpin nya terdiri dari orang tonngong yang menyangka pandai. Dalam dewan bercakap merapu dan perkara remeh temeh. Tak usahkan jerantut Pahang pun sama, apa orang tak mahu dia terima. Padah nya akan tiba. Half Fast Six belaka dan kaki angguk je dan kaki tepuk meja je.
berhujah biar bersopan.ini berhujah taraf jahilliyah.penuh maki hamun.abu jahal dan abi lahab aje yang suka maki hamun.
cadangan mahu memajukan jerantut tu baguslah.jadi berilah cadangan yang membina bagaimana mahu membangunkan jerantut dalam komen di blog ini.melekehkan kerja orang memang mudah.kau orang bijak pandai belaka jadi serlahkan kebijaksanaan kau orang itu dengan yang bernas.
kalau setakat mengutuk aje tak kemana.jangan jumud sangat.
maaf,jika terkasar bahasa.
Orang ulu Tembeling kalau terlibat dengan
Politik memang PUNGKAR no 1
Itu silap kalau adun orang ulu tembeling,
yang dia ingat nak jalan raya.
Bayangkan tanpa jalanraya , Ikan dan rusa pun
boleh habis,
Kalau ada jalanraya, semua tanah tergadai .
sampai masanya, orang kuala tembeling Dan Tembeling Tengah melakukan sabotaj
politik terhadap orang ulu tembeling.
Membawa pembangunan yang tidak produktif.
Cerita buat jalan ni, sapa2 yg memerintah pun boleh buat jalan...kerbau kg kas diPedoh pun pandai buat jalan...Tak percaya moh ke Pedoh, molek jer jalan yg di bina oleh kerbau2 menuju ke kg paya rajin...
Yg kas nak dengor, macamana YB dapat transformasi landskap daerah menjadi pusat pelancongan terunggul diM'sia..atau menjadikan industri akukultur sebagai kegiatan utama penduduk di daerah ini....atau banyak lagi
Jangan ganggu YB tu. Biarlah dia memerintah orang di ulu tu. Kita orang-orang di hilir punyai pemikiran yang berbeza.Biarkanlah YB tu bekerja untuk orang-orang di ulu.
Lah ini ker tok wakil demeh tu, baru kenai, cari orang lainlah pulok ganti. Makin lama makin kontot macam berat nak bawak ajer!!! Lama2 kelamaan habis tanah kat jentut jadi ladang sawit macam dekat ngn jentut peri tu.
biarkan biarkannnnn
orang cakap yb yang ada ni bodoh.habis tukang komen dan tukang kutuk campur tukang carut apa yang boleh dibuat.cakap macam orang cerdik tapi otak sempit.nampak sangat hanya cerdik mengutuk tapi otak kosong.
nampak sangat orang cerdik jerantut tak boleh diikut.
Salam WZWH & MUT...,
Bukan kas nok pesoal ker aper ker. Rutin seseorang pemimpin mimang begituler. Sebaik2nyer, hadir kenduri kendara, nikah kawin, hadir dan ziarah kematian masyarakat didalam kawasan diwakilinyer. Malang nampok sanget "pungkar" kerana mengaku pungkar. Ader ker patut cakap “macam orang demam panas”, jalan raya dari kolatahan ke kg pagi siap dan kereta mercedes "berdesar" tahun 2014. Hak iniloh kas nok kater pungkar nih.
Mariler kiter sama2 tingok, bukit lepas belah belah lagi, cerun lepas tambun tambun. Bila siap hok ni, nanti nanti akan buat jalan baru nak jaraknyer lagi dekat. Maka bukit bukit akan dibelah lagi. Gaung dan cerun akan ditambun lagi. Ha ha ha...
Peruntukan RM600 juta dah habis, tiga buah jambatan besar dan beberapa jambatan lain tentunyer akan berlaku perubahan tempat pulak. Masyuk lagilah peruntukan baru pulok. SIOTLAH jawabnyer.
Ini satu juger hok "pungkar". Baru2 ni hari raya ketiga ada kematian didalam kawasan yb demeh, laluan yb ke kg nak hadir kenduri. Tak nampok pon tok wakil, wakil tok wakil yang hadir. Malam tahlil pon tak ada sapa2 wakil yang hadir.
Ha ha ha gituler tok wakil yang diagung2kan tak menjadi wakil pemimpin kepada yang dipimpin. Naik jetski naik helikopter tu memang seronoklah.
"Orang kampung kena dilambung ombak jetski karamlah mereka dengan perahu timbar sayung. Turun dari helikopter orang kampung "ceram mata" kerana habuk pasir berterebangan, silap haribulan atap rumah pun boleh tercabut".
Kas tak niat nak mengajar dgn cadangan membina. Jika itu cadangan maka ia dibakul sampahkan. Kena faham "yes" atau pak angguk, pedas ada yang dikatakan tak bersopan. Sampai bila masyarakat dipaksa jadi "burung balam".
Selamat hari raya maf zahir batin. Banir terlewat sebab tak naik jetski.
Nape beria2 benar menulis panjang lebar kehebatan wakil rakyat ni. Betul ke dia ni bagus sangat? Tengok tengkok ngan leher dia pendek je.
BANIR DAN SAKMONGKOL SAMA AJE.MERAPU TAK DA BUKTI.ANON 9.18 PULAK MENGUTUK ALLAH YANG MENJADIKAN LEHER MAKHLUKNYA PENDEK.TAK APA LAH TUBUHNYA TAK DIMAKAN API NERAKA.SEBAB ITULAH BERANI MENGUTUK CIPTAAN ALLAH.
ANON 9.18,
BACA HARAKAH.TULIS KEHEBATAN PEMIMPIN PEMBANGKANG.SAMPAI LIM GUAN ENG KAFIR HARBI PUN HEBAT JUGA.
KAU JANGAN HIPOKRITLAH.KAU BOLEH ORANG LAIN TAK BOLEH.
PATUTLAH KAU BERANI MENGUTUK ALLAH!
Salam...,
Org Melayu beragama Islam tak pernah mengutuk Allah. Kas tinguk ada org menyatakan seseorg ciptaan Allah diangkat jadi pemimpin tak sedarkan diri bahawa dia ciptaan tuanNya. Yang mengatakan org tak makan diapi neraka itu, biasanya dia kekurangan dari segi pergaulan termasuk tak minat untuk mencari "ilmu". Ada perbezaan, belajar, mencari ilmu dan berilmu.
Apa yang tak ada fakta. Kas ulas apa yang dipaparkan oleh engku WZWH. Itulah yang dikatakan ada pelajaran tapi tak berilmu!!!
Banir...
X tau la wak orang mana tp kalau area pedah mungkin x pernah rasa kesusahan x de jalanraya sbb tu kalau ada yb yg berjanji orang ulu termasuk aku akan beri kepercayaan soal tingkahlaku dan akhlak jangan dipersoalkan kerana itu soal individu dgn tuhannya siapa kita nak menghukum dia jika rakyat dah beri kepercayaan itu adalah amanah ALLAH SWT utk dia jika dia x endah.....dia kena la jawab nanti.... Tp for your information org ulu termasuk aku mmg nak jalan raya terutamanya...untuk kemudahan terutama sakit pening...kai pernah rasa naik perahu masa air surut..tolak perahu ...bawak org sakit sampai terberanak dalam perahu... KAU ADA RASA??????? Aku bukan nan bela yb tp aku nK kau tahu apa ertinya jalanraya bagi kami org ulu yang kau kata....makan di tangan yb
Ong jangan buat pedaah. Aku urag manek tork pelu sual. Aku urag temeling tingai di kg bantai kg gusai kg mat daling. mana ong tau pasai susah ker senang kome ni. Pasai nork ke jalan sape pun nak ke jalan. Tapi dok menciplak sepanjang masa hok tu aku tork berapa minat dengan puak 'ghaplah ni". Urag macng ong nilah hok tok tau serba serbi. Dok angguk senalar. Lamer kelamaan isok kepelek ong tu kena gadai...
sudahlah banir,jangan nak menyamar.awak ingat awak baik sangat ke.awak ingat awak bijak sangat ke?bijak mengata orang bolehlah.lepas itu suka mempertikaikan ilmu orang lain.aku yakin kutukan dewata lebih berilmu daripada kau.
kalo kene puak2 tok 4 leh la pg....tok 4 leh sapu semua bantuan,kalo kami yg xkonco ngan tok 4 banyak pusing plak kalo nak mintak bantuan...kat ulu 2 yg malas dibantu,yg cacat di biar,yg rajin xpayah dibantu sebab kaya lah kononye....eiiiiiiii.....macam2 la yg jadi kat ulu tembeling 2 nak2 kat mat daling....
Post a Comment