Nuffnang Ads

Pages

Monday, August 27, 2012

Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut Jawab Isu Phd Palsu!

Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut. 

Dalam posting WZWH yang lepas ada membangkitkan komen pembaca blog WZWH terhadap ijazah Phd Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut merangkap calon PAS parlimen Jerantut yang pernah bertanding pada PRU 11, 12 dan dijangka PRU 13.

WZWH sebelum ini mahu Dr Hamzah Jaafar membuat penjelasan segera bagi memberi 'assurance' kepada 55,000 pengundi Jerantut yang bakal ahli parlimen Jerantut ini punya kredibiliti dan integriti.

Dr Hamzah Jaafar telah memberi respon kepada isu tersebut. WZWH ucap terima kasih kerana penjelasan Dr Hamzah Jaafar dalam blog WZWH. Ini bagi WZWH sudah memadai dan isu ini pada WZWH bolehlah dianggap selesai dengan penjelasan Dr Hamzah Jaafar.

WZWH memberi ruang dan kepercayaan kepada 55,000 pengundi Jerantut untuk menilai dan mengadili penjelasan Dr Hamzah Jaafar. Terserah kepada 55,000 pengundi untuk membuat keputusan.

Cuma kalau boleh Dr Hamzah jelaskan dengan lebih detail bagi menjawab isu ini di universiti mana dan bila buat Ijazah Phd mengenai research ruh pemakanan As Sunnah. 

Kalau mengikut penerangan Dr Hamzah Jaafar:

  • Ijazah pertama ialah specialist dalam bidang dakwah.
  • Ijazah Sarjana membuat kajian mengenai khutbah Jumaat. 
  • Ijazah Phd pula membuat research mengenai ruh pemakanan As Sunnah. 

Kalau boleh Dr Hamzah Jaafar nyatakan di universiti mana dan bila senang untuk pembaca blog WZWH dan pihak yang berminat membuat rujukan.

Menyahut cabaran Dr Hamzah Jaafar untuk WZWH mengadakan satu majlis bagi menjemput semua ahli parlimen Jerantut, ADUN Pulau Tawar, ADUN Tahan dan ADUN Damak itu sebenarnya di luar bidang kawalan WZWH.

WZWH tidak boleh menjamin kesemua wakil rakyat ini untuk hadir ke majlis penerangan/perdebatan/diskusi kerana siapa WZWH mahu menjemput wakil rakyat ini?

Jika lawatan YAB PM DS Najib ke satu majlis di Felda Padang Piol di DUN Tahan pun ahli parlimen Jerantut dan ADUN Pulau Tawar tidak dapat hadir dan...

Bila Tuanku Sultan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang berangkat ke majlis di Kg Feri Jerantut dan Felda Sungai Retang pun ADUN Pulau Tawar tidak hadir...

Maka siapa WZWH untuk menjemput wakil rakyat ini menghadiri bagi majlis penerangan bagi memenuhi permintaan Dr Hamzah Jaafar!!!

Cuma WZWH boleh memberi penerangan kepada Dr Hamzah Jaafar tentang kelulusan wakil rakyat Jerantut seperti berikut:

  • Ahli parlimen Jerantut: Ada 2 Diploma (Pakistan Military dan England Military), post diploma Banking London. Honorary Doctorate dari Universiti New Zealand.
  • ADUN Pulau Tawar: Ijazah Doktor perubatan dari Al-Azhar, Mesir.
  • ADUN Tahan : Diploma in Professional Management sejak 2003 dari The Society for Professional Management, Cheshire, England, United Kingdom.
  • ADUN Damak: BA Hons in Chinese Studies University Malaya.

WZWH anggap isu ini sudah selesai bila Dr Hamzah Jaafar menjawab keraguan. Tentang isu-isu Jerantut yang dibangkitkan oleh Dr Hamzah Jaafar mengenai politik dan masa depan Jerantut akan WZWH jawab di posting yang lain.

Berikut ialah respon dari Dr Hamzah Jaafar bagi menjawab isu Phd palsu....

Anonymous said...
Bahagian 1 (Respon dari Dr. Hamzah Jaaffar)

Sdr WZWH yg dirahmati Allah.

Posting sdr telah saya teliti dan izinkan saya member respon. Sdr tlh mencadangkan spy saya menjelajah atau membuat roadshow ke seluruh Parlimen Jerantut bg menjelaskan isu Phd palsu. Saya ingin tegaskan bahawa saya akan turun membuat jelajah ke Parlimen Jerantut seperti yang telah saya lakukan sebelum ini tetapi hanya untuk menjelaskan dasar dan tawaran PAS / Pakatan Rakyat jika berjaya memerintah Malaysia dan Negeri Pahang.

Saya tidak akan menjelaskan isu Phd ini di dalam jelajah saya nanti kerana kami dari PAS/PR tidak cukup masa untuk melayan isu sekecil itu jika dibandingkan dengan isu ranapnya tanah melayu dan pupusnya kawasan balak serta penyelewengan projek yang berlaku di Parlimen Jerantut oleh pemimpin-pemimpin melayu. 

Namun begitu sekiranya WZWH dan pengundi di Parlimen Jerantut ingin mengetahui kedudukan sebenar mengenai isu tersebut maka saya bersedia memperuntukkan masa berbuat demikian dengan mengikuti prosedur seperti berikut :

1. Oleh kerana WZWH dilihat ghairah dengan isu ini maka saya bersedia bersemuka dengan pengundi di dalam satu majlis terbuka yang boleh diadakan di dewan MDJ atau mana-mana tempat yang boleh memuatkan pendengar yang ramai.

2. Majlis tersebut saya cadangkan diuruskan oleh WZWH sendiri.

3. Majlis tersebut hendaklah wajib dihadiri sama oleh ADUN TAHAN, ADUN PULAU TAWAR, ADUN DAMAK dan AHLI PARLIMEN JERANTUT di mana mereka juga hendaklah mengemukakan ijazah mereka dan hendaklah bersedia disoaljawab oleh pengundi tentang kesahihan ijazah mereka dan latar belakang pendidikan dan pengajian mereka sebagaimana bersedianya saya kearah itu.

Kalau WZWH merasakan saya perlu mengesahkan segala ijazah saya hanya kerana saya diwar-war sebagai bakal calon Parlimen Jerantut bagi mewakili PAS maka ianya menjadi lebih utama dan teramat wajar untuk dilakukan oleh mereka yang telah bergelar ‘WAKIL RAKYAT’.

August 27, 2012 10:58 AM

Anonymous said...
Bahagian 2 (Respon Dari Dr. Hamzah Jaaffar)

4. Majlis tersebut juga hendaklah dijadikan sebagai majlis wacana atau perbahasan mengenai pembangunan ekonomi dan infrastuktur dalam Parlimen Jerantut di mana pihak UMNO/BN hendaklah menyatakan pencapaiannya dalam tempoh 55 tahun mentadbir negara dan negeri manakala di pihak saya pula akan mengenengahkan tawaran untuk 5 tahun jika diberi peluang memerintah dengan merujuk kepada pencapaian pembangunan ekonomi dan infrastruktur di negeri-negeri yang telah diperintah oleh PAS/PR.

5. Majlis tersebut hendaklah dipengerusikan oleh mereka yang dilihat tidak berpihak kepada mana-mana pihak seperti akhbar Sinar Harian.

Walau bagaimanapun suka saya nyatakan di sini sebagai mukadimah bahawa ijazah pertama saya ialah specialist dalam bidang dakwah, seterusnya saya membuat kajian mengenai khutbah Jumaat di peringkat sarjana manakala di peringkat Phd pula saya membuat research mengenai ruh pemakanan As Sunnah. Hasil kajian saya inilah akhirnya saya telah berjaya menjalankan perniagaan dan memproses makanan yang berasaskan As Sunnah sehingga ianya telah menyediakan tapak yang baik untuk saya mencari rezeki.

Selebihnya saya akan jelaskan dalam majlis terbuka dan saya akan bawa sijil-sijil untuk dilihat oleh WZWH.
August 27, 2012 10:59 AM

Anonymous said...
Bahagian 3 (Respon Dari Dr. Hamzah Jaaffar)

Dalam respon ringkas ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat peringatan dan nasihat dalam bentuk nota :

1. Orang yang dikatakan mengurus sijil saya itu adalah seorang pengurus yang telah melakukan penipuan wang saya sejumlah RM30,500 atas nama meminjam dan sehingga kini beliau tidak membayarnya. Perkara ini berlaku pada 10 Mac 2001 dan sebelumnya. Penipuan beliau yang kononnya ingin meminjam wang dan akan dibayar dalam tempoh 45 hari berlarutan hingga kini (telah berlalu lebih 10 tahun lamanya). Saya difahamkan hidup beliau ialah mencari mangsa dan dato’ yang hafal al quran harus berhati-hati dengan beliau.

2. Saya sangsi apakah seorang dato’ yang dikatakan hafaz al quran begitu mudah percaya dengan berita yang disampaikan oleh orang yang fasik sedangkan dalam al quran Surah Al Hujurat Ayat 6 meminta kepada kita supaya menyelidiki terlebih dahulu segala berita. Adalah lebih baik dan lebih manis beliau datang bertemu dengan saya lalu bertanya dan melihat sendiri segala ijazah dan sijil yang ada pada saya? Kalau inilah watak beliau maka wajarlah jika ada yang ragu dengan title ‘HAFIZ’ beliau itu, ditambah pula dengan gelagatnya yang menendang peti-peti undi apabila kalah dalam pilihanraya.

3. Saya juga ingin nasihatkan pada WZWH agar memperlihatkan ciri-ciri seorang wartawan yang baik dan sdr ada potensi untuk menjadi seorang yang baik lebih-lebih lagi jika benar sdr memiliki ijazah sarjana. Tetapi jika sdr tidak menjaga adab dan tatasusila sebagai seorang yang berilmu, pasti sdr akan dipandang bagaikan seorang yang tidak berijazah atau tidak berpendidikan. Kalau benar sdr seorang yang mencari kebenaran, UMNO bukanlah tempat yang sesuai untuk sdr. Percayalah jiwa sdr akan lebih tenang dan damai bilamana sdr berjauhan dengan pemimpin UMNO yang hidup penuh dengan fitnah dan rasuah.Bukankah Dr. Mahadhir pernah berkata kerosakan UMNO kini dari kepala sampai ke usus??!! Dan baru seminggu yang lalu beliau telah mengakui parti UMNO/BN sebagai syaitan dengan katanya "lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal". Tunggu apa lagi wahai ahli dan penyokong UMNO. Keluarlah menuju kepada parti malaikat walaupun anda tak mengenalinya lagi.Bahkan Tun Dr Mahadhir berkata " Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," .....

4. Kepada ahli dan penyokong UMNO, cukuplah rakyat membenci pemimpin anda kerana melakukan kerja-kerja fitnah, bergelombang dengan rasuah, menyeleweng wang rakyat. Janganlah anda yang hanya sekadar penyokong dan ahli pun beraksi sama seperti pemimpin anda.

Anda juga harus insaf apa yang berlaku di Jerantut terutama sekali isu pemilikan tanah dan penebangan kawasan balak. Angkara siapakah balak-balak semakin pupus di DUN Tahan dan DUN Damak? Angkara siapakah tanah-tanah dari Bandar Jerantut ke Jerantut Feri yang telah tergadai itu? Angkara siapakah projek lapangan terbang di Temin gagal dan berpindah milik? Kemanakah perginya wang puluhan juta ringgit untuk membina jalan dari Jerantut ke Benta sejak sekian lama dan berkali-kali peruntukan dikeluarkan sedangkan rakyat menderita dek jalan yang berbelit-belit dan kusut masai?

5. Suka saya nyatakan juga setakat ini saya bukanlah bakal calon PAS bg Parlimen Jerantut. Saya mungkin tidak bertanding mana-mana kerusi. Ini sesuai dengan ucapan saya 2 3 tahun yang lalu bahawa saya lebih suka bekerja membantu PAS untuk menang dari bertanding. Yang akan bertanding di Parlimen Jerantut ialah seorang tokoh korporat yang mempunyai perniagaan di dalam dan di luar Negara. Beliau juga akan bertanding di salah satu kerusi DUN sebagai persediaan untuk menjadi MB Pahang jika rakan PR memilih calon PAS sebagai MB nanti. Siapakah dia itu??? Tunggu!!

Semuga WZWH menyahut cabaran saya untuk mengadakan majlis terbuka!!!
Sekian terima kasih dan mohon maaf.
August 27, 2012 11:00 AM

WZWH ingin  angkat satu komen dari blog WZWH mengenai isu di atas...

Anonymous said...

Tidak payah lah sampai Dr. Hamzah hendak berdakwah khutbah politik Pas pula . Sebagai tokoh politik Jerantut yang berilmu!! sambil menyelam minum air itu kemungkinan harus ?

Isu yang dipertikai itu kecil , sepatah kata beliau . Senang saja.... paparkan saja sijil2 yang bertauliah beliau . Yang penting isu kebolehpercayaan tersebut telah dikembarkan kemuskilan pada pembaca . 

Sebaliknya , jikalau beliau tidak sudi sijil2 itu dipaparkan , itu pun tidak mengapa . Phd yang Dr Hamzah perolehi itu lebih tinggi daripada Phd-Phd yang diterima dari Universiti2 yang ternama di dunia ini . Phd yang Dr. Hamzah terima itu dianugerah oleh Allah SWT kerana ijazah pertama meliputi bidang dakwah ( Islam , BA ) , disambut pula dengan kajian bersimpulkan khutbah Jumaat ( Islam , Master Degree) dan seterusnya kajian mengenai roh pemakanan As Sunnah ( Islam , PHD ) , Alhamdulillah , dari sudut ilmu yang beliau perolehi melambang kesuciaan hajat minda yang memenuhuhi beliau sebagai saorang Khalifah .

Pada saya , kita patut berterima kasih kepada WZWH kerana posting itu jelas membawa keredaan dan memulih daripada unsul fitnah-menfitnah dikalangan yang leka dengan garisan kedosaan . 

Pada saya forum yang dicadangankan akan mengeruh lagi suasana sillaturahim di antara kaum Islam dan bangsa Melayu . Isu yang dipetikaikan disini ialah isu kebolehpercayaan Dr. Hamzah yang berpangkatkan Phd , benar atau tidak mengikut kesahihan prosedur yang diamalkan oleh universiti .

23 comments:

Anonymous said...

Dari Dr. Hamzah.
Saya telah nyatakan dan bertegas, saya hanya akan tunjuk dan nyatakan secara terperinci mengenai kelulusan saya di majlis terbuka bahkan saya akan benarkan semua pengundi mengambil gambar saya dan sijil atau ijazah.
Saya rasa dah cukup jelas penjelasan saya dan sikap bertanggungjawawb saya.
Saya juga berharap penjenguk blog WZWH jangan membuang masa dgn isu yang dimainkan ini. Tumpukan perhatian kepada tanah2 di Jerantut yang telah banyak dianugerahkan kepada bangsa lain yg bukan melayu. Harap orang UMNO berasa cemas dgn isu ini.
Tentang isu saya, cukup jelas dan tegas bahawa anjurkan saja majlis terbuka mengikut prosedur yg saya nyatakan dalam komen saya, Insya Allah saya akan tampil ke hadapan bersemuka dgn pengundi. Jika ada mana2 pihak bersedia menjadi penganjur wacana 'Pembangunan Ekonomi dan Infrastruktur di Parlimen Jerantut' maka saya bersedia mengeluarkan peruntukan RM3000 utk membuat banner bg mempromosi majlis tersebut sehingga ia akan dihadiri seramai mungkin pengundi di Parlimen Jerantut.

Saya tidak akan bercakap lagi mengenai perkara ini.
Terima Kasih.

Anonymous said...

wzwh blogger terbaik..
ni baru telus bro..
syabasss..
dr hamzah juga terbaik
walaupun pembangkang, tetapi dia masih memikir nasib orang melayu..
saya harap ini bukanlah umpan semata mata..

Anonymous said...

salam..tp kenapa macam takut sangat nak tunjuk sijil?...isunya adalah tentang sijil,tp kenapa alihkan pada cerita lain?..selesaikan dulu isu yg ditanya..kalau benar, tentu pengundi akan percaya..setakat cakap ada sijil, semua orang pn boleh..bgtaw secara detail dimana, bila dan bagaimana cara sijil itu didapati..mudah...

Anonymous said...

kami benar-benar tidak berpuashati terhadap kelulusan ADUN Tahan yang dikatakan punyai Diploma in Professional Management sejak 2003 dari The Society for Professional Management, Cheshire, England, United Kingdom, harap yang berkenaan tanpil memberi penjelasan dan mintak supaya beliau dapat menunjukkan sijil berkenaan

Anonymous said...

Anon 8:14 sila klik article di bawah untuk melihat sijil tersebut.

8http://wzwh.blogspot.com/2012/06/adun-tahan-dan-kelayakan-akademik.html

Anonymous said...

Ha... org pas mana yang betulnya, sehinggakan ijazah Phd nya pun tipu, dia belajar sama2 dgn Dato Firdaus bekas Imam masjid Negara, kepada sesiapa yang tak percaya sila buat pertanyaan kepada Dato Firdaus, sekarang beliau berada dipejabat Kementerian Dalam Negeri. Telefon no:012-2840084

Anonymous said...

Tak yah tnjuk sijil.sahut je cabaran dr hamzsh spy adakn majlis tbuka yg turut dihadiri wsn mizan.pakt tnjk sijil masa tu.anonymous 8.14pm pun satu hal.bodoh dan jahil murakab tak habis2.kan pnjelasan d mjls terbuka tu lbh baik dr dilihat olh 2 3 org.sy dah ty dr hamzah dlm hp tadi knp tak tnjuk je sijil tu.knp mesti dlm mjlis tbuka.dia jwb sbnr wzwh dah ty dia semasa mjls knduri d tmn indrapura.dia dah bercerita tntg latarbelakng pengajiannya bila d tanya oleh wzwh.tgk2 keluar citer ni.jadi dr hamzah kata ni lah perangai umno.umno akn pusing ayat dan citer selagi ada ruang.jadi biar semua org tgk dn hadir mdengar penjelasannya tmasuk wan mizan sekali.pasti umno tak leh nak pusing citer.

Anonymous said...

Tak yah tnjuk sijil.sahut je cabaran dr hamzsh spy adakn majlis tbuka yg turut dihadiri wsn mizan.pakt tnjk sijil masa tu.anonymous 8.14pm pun satu hal.bodoh dan jahil murakab tak habis2.kan pnjelasan d mjls terbuka tu lbh baik dr dilihat olh 2 3 org.sy dah ty dr hamzah dlm hp tadi knp tak tnjuk je sijil tu.knp mesti dlm mjlis tbuka.dia jwb sbnr wzwh dah ty dia semasa mjls knduri d tmn indrapura.dia dah bercerita tntg latarbelakng pengajiannya bila d tanya oleh wzwh.tgk2 keluar citer ni.jadi dr hamzah kata ni lah perangai umno.umno akn pusing ayat dan citer selagi ada ruang.jadi biar semua org tgk dn hadir mdengar penjelasannya tmasuk wan mizan sekali.pasti umno tak leh nak pusing citer.

Anonymous said...

salam WZWH teliti persoalan yang saya nak timbulkan ini hantar kepada Sdr.Hamzah Jaafar YDP Pas Kawasan Jerantut,apakah pekerjaan beliau sebelum dan semasa menjadi YDP Pas Jerantut,soalan saya apakah dasar yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional telah merubah nasib beliau hingga boleh memiliki PHD jika benar...soalan yang kedua beliau lahir dimana? tahun bilakah beliau dilahirkan .apakah beliau sedar yang nasib orang melayu ini telah dibela sebelum beliau lahir dan orang yang membela Melayu ini adalah pjuangan UMNO kini ramai orang Melayu berjaya kerana dasar dasar UMNO tetapi hakikatnya orang PAS takut Melayu semakin kaya dan semakin berjaya maka sebab itu UMNO dituduh hanya mengayakan individu tertentu dalam Negara ini apakah orang PAS tidak Kaya dan tidak berjaya kerana dasar UMNO? kalau UMNO gagal macamna YDP PAS boleh kaya .berapa ramai anak orang PAS belajar diluar Negara hasil perancangan dan program baik kerajaan kini ada yang bergaji RM150k sebulan anak anak orang UMNO pun tak dapat tetapi orang UMNO bersyukur dan tidak ada PHD macam orang PAS....

Anonymous said...

Orang Jerantut memang kepala belit,
Bodoh pun Ada.

Anonymous said...

maaf! yg saya maksudkan bodoh tak habis2 tu bukannya anon 8.14pm tp anon 7.30pm.maaf ye anon 8.14pm. Dari anon 9.29pm

Anonymous said...

wzwh, kalau sijil yang awak tunjuk dalam blog tempuhari tu tak betul, itu bukan sijil wan amizan tetapi sijil wan hamizan, kalau kata itu sijil wan amizan dah tentu sijil ini buat sendiri, member rujuk di universiti berkenaan bukan sahaja nama tu tak ada malah kursus yang tertulis pada sijil tupun tak ada.

Anonymous said...

anon 9:52PM,
Di Thailand, di Indon, di mana2 saja ramai rakyatnya yg memiliki Phd...UMNOkah yg memerintah disana?? Biarlah kita jadi orang cerdik...

Isu sekarang ialah releven lagi kah UMNO utk terus menjadi agen rakyat memerintahan negara dan Jerantut khasnya...saya percaya anon 9:52PM merupakan salah seorang drp sekelian rakyat yg mempunyai hutang dgn institusi kewangan yg berjumlah RM65 billion. Gembira sangatkah anda dgn bebanan hutang yg anda terpaksa tanggung kesan drp harga kereta (kesan kewujudan AP) dan rumah (tanpa kawalan) yg sangat tinggi dibumi yg anda anggap sangat bertuah ini...

Anonymous said...

Baru kas nampak dan fhm knp dr hamzah nak buat pnjelasan dlm mjlis terbuka.cuba baca komen anon 9.52pm tu. sampai dia suruh wzwh ty dr hamzah kat mana lahir, tarikh lahirnya bila. kan nampak bangan anon 9.52pm tu.apa kena mengena dgn topik yg dibncang. maknanya di sini klu dr hamzah tunjuk dlm intenet pun,puak2 umno yg bangang ni akan cari benda lain pulak atau pusing cerita. jadi kas stuju sgtlah buat secara terbuka.kas pun nak tanya jg ijazah ku lan dan wan mizankih3.
kita semua ingat bgaimana umno pusing cerita bila pmpinan pas dgn pimpinan umno brbincang dan berjumpa selepas pru12 dulu.pas hampir2 musnah dek putar belit umno isu pertemuan tersebut.klu dr hamzah tunjuk pun ijazah dia, surat beranak dia tak mustahil lepas tu org yg bangang mcm anon 9.52pm itu akan minta pulak wzwh chek betul ke tak kereta alpard, murano, harier, mercedes dan 2 buah kete kelisa serta 2 bangunan dan sebuah kilang milik syrikat dr hamzah tu ada geran atau dia curi mcm puak2 umno curi balak atau dapat projek ikut tender pintu belakang.inilah buktinya umno bangang dan jahat.
patutlah Tun Mahadey ckp umno kena buka keahliannya utk golongan profesional seramai mgkin.maknanya kbykn ahli umno ni byk yg bangang2 belaka.sebab tanah rezab melayu habis digadainya.

Anonymous said...

sronok jgk skali skale bace blog pengipas ni..klu nk d ungkitkn byk sngt wakil rakyt/pemimpin skrg yg mcm ni..jrg kte dgr wakil2 ni bljr kt mlys..sume hbt2..klu ade kt u mlys pn xkn penah nmpk nyer?sdar x sdar konvo je skali.bgmbar sakan ng baju sewe tu.hahaha..lawak la sistem ni..

Anonymous said...

For F%#k sake do not write in that stupid sms language boleh ? Padanlah penulisan anda pun hampas .Kanak kanak sekarang suka menggunakan bahasa sms hingga apabila menjawab kertas peperiksaan pun bermasaalah.Gunakan bahasa kebangsaan yang betul dalsm penulisan.

Anonymous said...

Saya setuju dengan Anon , August 28, 2012 5:47 PM .

Kampong man said...

Salam pembaca yang dihormati,

Sdr Anon 9:52,
Saya setuju dengan ulasan anda. Tanpa perancangan kerajaan UMNO /BN bagi memberi peluang belajar di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, STAR, IPOH tahun 60 han dan ke UK akhirnya mungkin Kampong man menjadi saorang nelayan saperti nelayan di Berserah zaman dulu.

Kampong man mahukan anak bangsa berjaya dalam pelajaran dan juga yakin dengan PERNIAGAAN sabagai sumber rezeki.Tidak ada jalan keluar.UMNO can only do so much.You determine your life and your future.No one else will do it for you, believe me.Terima kasih pada kerajaan yang ada untuk semua ini bagi saya orang kampong. Alhamdullilah kampong man bersyukor dan sedang mrmbantu anak bangsa dengan sebanyak ysng boleh dan mampu.Salam.

Anonymous said...

Sikit-skit mahu mencarut.Sungguh sedih dengan keadaan sekarang.

Saudara Anon. 5:47PM.

Bila bercerita pasal bahasa.Kamu habis!!
Kesalahan anda:
1. Mencampurkan dua bahasa,sedangkan terjemahannya ada.Anda malu dengan bahasa anda.
2.Ejaan salah.
Paling kritikal bermasaalah.
3.Anda lucu."hahaha", gelakku.

Anonymous said...

Anon 8:00,
Isu anda ni isu recycle bro.Dah sampai nak muntah kita dengar.Buatlah report dan suroh polis tangkap Mahathir.Cakap percuma.

Anonymous said...

setakat nak tunjuk sijil bukan susah sangat, janganlah sampai apalah dia orang ni, macam tak faham soalan pertanyaan, ungkit tentang sijil terus nak buat perjumpaan, ape ke jadalahnya perjumpaan buat punca bergaduh sesama sendiri je..., kalau sijil tu betul... tunjuk jelah, scan sijil tu dan msukkan dalam fb ni, sertakan nama universiti dan nombor telefon universiti, tahun berlajar, no matrik pelajar dan no sijil - selesai masalah, kita terus boleh check kat universiti berkenaan..

Anonymous said...

1. Abdullah bin Tarmugi (Sarjana Muda sains Sosial, Universiti Kebangsaan Singapura; Diploma Lepas Ijazah Universiti London)

2. Halimah bt Yaacob (LLB, Universiti Kebangsaan Singapura; LLM, Universiti Kebangsaan Singapura)

3. Hawazi bin Daipi (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura; Diploma Pendidikan, Institut Pendidikan)

4. Dr Mohamad Maliki bin Osman (Sarjana Muda Sastera, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Muda Sains Sosial dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, University of Illinois at Urbana Champaign)

5. Muhammad Faishal Ibrahim (Sarjana Muda Sains, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Sains, Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, University of Manchester Institute of Science and Technology)

6. Dr Yaacob Ibrahim (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, Stanford University; Post Doc, Cornell University)

7. Zainuddin bin Nordin (Diploma Kejuruteraan Elektronik, French-Singapore Institute; Sarjana Sains, ESIEE)

8. Zainul Abidin M Rasheed (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura)

9. Zaqy Mohamad (Sarjana Muda Kejuruteraan(Elektrik dan Elektronik), Universiti Teknologi Nanyang/ESIEE; Sarjana Sains, Universiti Teknologi Nanyang/Carneggie Mellon University)

Anonymous said...

Completely fake. University of colombo ??? Arizona?? US?? Sri Lanka?? Adoyaii mana lah integrity nak jadi YB nih. Khabarnya ahli parlimen bersebelahan pun phd amat meragukan. Pucuk pimpinan dah revealed. Tapi masih guna title Dato Dr S...kalau yg ini pun ahli politik tak leh nak berlaku jujur. Apatahlagi dalam perkara2 yg lebih besar membabitkan amanah rakyat dan pengundi2. Kalau tercalon lagi kali ini entoh le. Ingat lah, tak ada PhD tak apa pun. Rakyat dan pengundi tak kesah. Asalkan berkebolehan, bertanggungjawab dan prihatin dengan isu2 masyarakat. Tak payah lah nak project dir dengan title Dr tu. Malu lah....