Wednesday, August 8, 2012

Kebangkitan Industri Perlombongan Pahang Menarik Minat Pakatan Rakyat....

iron ore mining in Malaysia
Pertumbuhan industri perlombongan bijih besi Pahang berkembang pesat.

Kebangkitan industri perlombongan Pahang menarik minat Pakatan Rakyat. PAS, PKR dan DAP berkira-kira mahu berangan beragih hasil mahsul Pahang ini.

Tanya sama Tuan Ibrahim, Fauzi Rahman, dan Sakmongkol AK47 siapa jadi MB pasti seronok mengurus sumber hasil galian Pahang. 

Ditambah dengan royalti minyak 5% bakal diterima Pahang boleh buat MB Pahang post PRU 13 mewah berbelanja.

Anggaran nilai galian dikeluarkan pada 2011 berjumlah RM6.18 bilion, peningkatan 54% dari RM3.99 bilion pada 2010.

50 lesen baru melombong dikeluarkan pada 2011 manakala 152 lesen melombong pada 2010 menarik minat pelabur syarikat lombong.

Zhong Cheng syarikat pelombong besi dari Singapura telah berpindah semua operasi ke Pahang. Setakat ini Zhong Cheng telah melabur RM400 juta di Pahang dan bercadang mahu meningkatkan pelaburan ke RM1.2 bilion pada 2016.

Syarikat Zhong Cheng merancang mahu listing di Hong Kong tahun depan. Zhong Cheng optimis prospek industri perlombongan di Pahang. Suku pertama tahun 2013 adalah masa terbaik.

Zhong Cheng telah mengadakan usahasama dengan syarikat Hong Kong melombong besi seluas 700 ekar di Pahang.

Zhong Cheng ada 15 lombong lagi yang mengeluarkan 3 juta tan tahun ini. Semua pengeluaran dihantar ke China kerana permintaan bijih besi China menjangkau 1.8 bilion tan tahun ini.

Pahang perlu bina kemudahan infrastruktur bagi operasi perlombongan yang sukses. Zhong Cheng merancang menambah 10 lagi lombong untuk meningkat pengeluaran kepada 10 juta tan bijih besi pada 2015.

Kerajaan Pahang menjangka penghantaran bijih besi ke China akan meningkat sekali ganda tahun ini.

Pengeluaran emas juga berganda kepada 4,215 kg. Emas juga merupakan hasil mahsul Pahang yang berpotensi besar.

Namun pengeluaran bijih besi adalah yang tertinggi hingga 7.6 juta tan pada 2011 jika dibandingkan 3.5 juta tan pada 2010.

Pahang negeri kaya dan makmur. Hasil galian dan royalti minyak dianggar RM1 bilion setahun boleh buat Pakatan Rakyat kuat motivasi mahu menuju Kuantan pada PRU 13.

7 comments:

Anonymous said...

saja untuk menyelamat duit rakyat pahang dari dibelasah oleh mereka yang tak kenyang kenyang.

Anonymous said...

Teman tahu dulu2 lagi doh, sabit itulah permohonan lesen pelombongan sentiasa menjadi rebutan puak2 ghaplah nihh... Taktak dayaa kepimpinan langsung...

Anonymous said...

WZWH...Apa yang awak cakap ni ibaratnya pukul anak sindir menantu...Umpama jari jemari menunjuk sesuatu..satu kat orang, empat kat awok.. Kalau itulah sebabnya PR nok ke Pahang ni, maka lebih kurang samalah jugoklah sebabnya UMNO 'bermati-matian' nok mempertahankan Pahang ni..takut miss soru..

Anonymous said...

tu belum kira lagi ADUN yang dapat lesen lombong

Anonymous said...

Kaya negeri pahang rupanya.jika ia diurus tadbir oleh kerajaan negeri sendiri,tak mustahil pahang lebih kaya dari selangor

...ahli umno 124.... said...

wzwh... cakap tuan tu berdegar degar tapi org melayu duk tang tu juga yang kaya raya cuma org2 mcm wan mizan, nan yaakub dan yang sama waktu dengan nya aka hulubalang2 umnuuuu. Raayat dpt habuk lori bijih aje leee.

Anonymous said...

biar lah penulis nak ckp pe...ele...jgn byk bunyik jd org melayu tu

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024