Nuffnang Ads

Pages

Sunday, April 17, 2011

Temenggong Initiative : "Adopt A Kampung" Balancing People And Nature

Keberangkatan DYMM Sultanah Pahang dan YAM Tengku Ariff Temenggong ke Kuala Tahan Jerantut bersempena Program ‘Kampung Angkat Ku’ (Adopt a Kampung) pada 14 April 2011, jam 11.00 pagi bertempat di Dataran Letak Kereta, Kuala Tahan.

KDYMM Tuanku Sultan Pahang turut berangkat mencemar duli memberi sokongan moral kepada usaha murni YAM Tengku Ariff Temenggong melancarkan NGO alam sekitar pertama dari keluarga Diraja Pahang.

Berslogankan ' Balancing People and Nature', Temenggong Initiative menganjurkan program yang berkaitan dengan penjagaan alam semulajadi. Program 'Adopt a kampung' ialah menjadikan 7 buah kampung di Kuala Tahan sebagai kampung angkat. Temenggong Rangers akan dilantik terdiri daripada volunteers/ sukarela, 2 orang bagi setiap kampung yang akan bertugas melaporkan sebarang pemusnahan alam semulajadi kepada Temenggong Initiative.

Program bersama DYMM Sultanah Pahang dan YAM Tengku Ariff Temenggong ialah titah ucapan dan perasmian serta penanaman pokok, penyampaian 'human of ecological conservation grant', sumbangan kepada penduduk miskin, penyampaian watikah perlantikan 'Temenggong Rangers', penyampaian benih pokok kepada 7 kampung,pameran dan demonstrasi masakan/kraftangan serta jamuan rakyat.

YAM Tengku Ariff Temenggong walaupun umur masih muda tapi telah menunjukkan contoh teladan yang baik bagi rakyat Pahang terutama golongan muda Pahang agar sayang dan menjaga alam sekitar. Rakyat Pahang perlu tahu fakta bahawa kalau tiada negeri Pahang yang bergunung ganang ini sudah tentu banyak sungai di negeri-negeri yang berjiran dengan Pahang kekeringan kerana punca-punca anak sungai banyak terletak di negeri Pahang.

Hutan tebal Pahang terutama di Taman Negara Jerantut Pahang banyak membekalkan oksigen menyegarkan Semenanjung Malaysia. Sudah sampai masanya Pahang patut mengenakan caj kepada Kerajaan Pusat kerana bekalan percuma oksigen yang segar dari hutan Pahang.

YAM Tengku Ariff Temenggong Pahang merupakan ikon baru Pahang yang akan menjadi ikutan golongan muda bukan sahaja di Pahang bahkan seluruh Malaysia tidak lama lagi. Gerakan "Green Movement" dan NGO Alam Sekitar sudah tentu merasa bangga kerana mempunyai pemimpin muda yang baru yang akan memperjuangkan  isu-isu alam sekitar.

Sesungguhnya YAM Tengku Ariff Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain billah mewarisi bakat kepimpinan dari ayahandanya Tuanku Sultan Pahang.

No comments: