Monday, April 11, 2011

The Political Philosophy of Tembeling Men : Thus Spoke WZWH


WZWH dedikasikan posting ini terutama kepada orang Lembah Tembeling. WZWH definasikan orang Tembeling ialah yang mandi dan minum di Sungai Tembeling termasuk Sungai Sepia, Sungai Kembir, Sungai Sat, Sungai Pengor, Sungai Tahan dan banyak Sungai lagi.

Walaupun ramai yang sudah berhijrah baik selepas bah besar 1926, pasca Perang zaman Jepun, zaman felda dan felcra dan moden ke bandar-bandar besar. WZWH percaya orang Tembeling masih ingat kampung halaman.

Zaman moden ini bila sebut nama tempat Tembeling pada persepsi rakyat Malaysia ianya adalah kemunduran, kurang ketamadunan, tempat pendalaman. Pada hal dulu Lembah Tembeling adalah salah satu superhighway pada zaman pengangkutan sungai. Ramai penduduk dan pedagang datang.

Lembah Tembeling adalah kawasan yang kaya dengan tanah, hidupan flora dan fauna. Kita tidak pernah dengar orang Tembeling kebulur. Luasnya Lembah Tembeling adalah 75% daripada keluasan seluruh Daerah Jerantut.

Daerah Jerantut patut ditukar nama kepada nama baru Daerah Tembeling! Dulu ada DUN nama Tembeling sekarang ditukar kepada DUN Tahan. Kenapa kita biar orang politik buang nama identiti kita sewenang-wenangnya.

Dulu Lembah Tembeling adalah satu-satunya kawasan yang beri kuasa autonomi oleh Raja Pahang. Kita bebas memerintah beratus-ratus tahun lamanya sejak akhir kurun ke 17. Walaupun Raja Pahang meletakkan seorang yang berjawatan Penghulu Raja (orang luar) mengawasi kegiatan politik kita bimbang berlaku pemberontakan.

Kita telah buktikan  kita orang Tembeling tidak pernah derhaka kepada Raja Pahang. Kita sentiasa setia taat kepada Raja. Tapi hanya sekali pada tahun 1862 kita melancarkan satu revolusi rakyat Pahang yang pertama yang dilancarkan di Pasir Tambang, Kuala Tembeling  dimulai oleh orang Tembeling dan orang Jelai serta disokong oleh pembesar-pembesar Pahang yang lain untuk mengangkat Raja Pahang yang baru.

Pada zaman moden ini Lembah Tembeling ternyata ketinggalan dari arus pembangunan perdana. Kita ketinggalan dari segala serbi. Orang politik Jerantut yang dulu dipelopori oleh orang Lipis memecahbelahkan kita. Orang politik Jerantut yang dulu dipelopori oleh orang Lipis tidak mahu kita bersatu.

Kita orang Tembeling sering diperbodohkan, diketawakan, dipecah perintahkan kerana kita orang Lembah Tembeling yang tinggal di pedalaman baik di Tembeling Tengah atau di Ulu Tembeling. Jurang ekonomi kita orang Tembeling yang serba mundur baik di bidang pelajaran, infrastruktur telah menjadikan kita kurang pengetahuan dan skil tidak tahu peluang ekonomi dan politik. Akhirnya kita orang Tembeling disisihkan.

Orang lain yang lebih terdedah kepada pelajaran, kemudahan, akses kepada maklumat dan kuasa pentadbiran meragut semua peluang. Ini mengakibatkan kita orang Tembeling dipandang rendah. Ramai orang kita Tembeling menjadi "inferior complex". Kita orang Tembeling berasa tidak yakin dan bergantung kepada orang lain.

Adakah kita orang Tembeling lemah dan bodoh? Adalah kita orang Tembeling tahu sejarah kita? Adakah kita orang Tembeling mahu lihat kemunduran tempat kita, hak-hak kita ini hanyalah sekadar takdir qada' dan qadar. Ini semua persoalan yang kita orang Tembeling perlu cari jawapannya.

Kita orang Tembeling harus menentukan perjalanan kehidupan kita. Kita orang Tembeling harus menentukan nilai moral kita sendiri.

Nilai  bahawa seseorang harus merasa kasihan ketika seseorang melihat kelemahan sebagai sia-sia.  Orang-orang yang lemah bergantung pada kasih sayang orang lain sebagai cara untuk melindungi diri mereka sendiri. WZWH percaya bahawa orang Tembeling harus menjadi lebih kuat daripada itu.

Orang harus sangat menyedari diri mereka dan dunia nyata di mana mereka hidup. WZWH ingin  memberitahu orang Tembeling untuk tidak hidup di dalam lamunan atau membuat keputusan berdasarkan fikiran yang tidak realistik.

Orang Tembeling harus berfikir tentang "keinginan untuk berkuasa" - "will to power" Mengikut idea ini, setiap orang dan segala sesuatu berusaha untuk mengatasi diri sendiri, atau kalahan atau menguasai dirinya sendiri. 

Orang Tembeling akan berjaya mengatasi diri mereka sendiri, dan apabila orang Tembeling berjaya melakukannya, mereka akan menjadi berbeza dan lebih baik.  Orang Tembeling yang akan melakukan perkara ini suatu hari nanti sebagai seorang "superman".

"Superman" akan menjadi lebih kuat daripada manusia normal, dan tidak dibatasi oleh idea-idea tentang yang benar dan salah. Orang Politik Jerantut akan berasa bimbang kerana kita pernah dan sedang menguasai politik Jerantut. Begitu takutnya orang Politik Jerantut kepada kita orang Tembeling membuatkan mereka melabelkan kita sebagai "pungkar".

Mereka orang politik Jerantut mahu melemahkan kita orang Tembeling dari dalam. Maka ini pemikiran WZWH-Falsafah politik Tembeling untuk semua orang Tembeling renungkan.

17 comments:

Anonymous said...

hakuk nok tanya ong ne zurik, berapa hektar dompok bubuh nama ong tanah bijih besi di alur tembeling, along anak wan safri dah tentu ada kawasan bijih besi atas nama dia, tapi proksi dompok jer, ong pun sama, bahagian kuntrek kecik2 dan buat jalan sebelah hulu nun wan termizi jadi proksi dompok. jawab lah ong ada berapa hekter lombong bijih besi?

Anonymous said...

mestilah ada syer. tak kan ikut saja je. ong tu bodo amat, tak da la ong dapat. ong ikut la zurik pulak. dapat sikit kat ong. budoo!

Anonymous said...

ong pun budooor juga, tapi lagi teruk ong ne, tak sekulah laluq.

Anonymous said...

Apa makna gambar ni zurik? Ong nork katek urang tembeling ni asal dari beruk ke?

Anonymous said...

salam,
berdasarkan komen anon2 di atas maka memang sah lah orang tembeling selama ini di pandang rendah oleh orang luar kerana lain tajuk posting blog ini lain pulak komen anon2 diatas.memang sah orang tembeling kebanyakannya (bukan semua)bodoh bodoh belaka.bodoh tu tak apa lah sebab memang di lahirkan bodoh,tapi ini di tambah lagi dengan hasad dengki. kalau nak kaya berusaha lah dengan tekun.bukan dengki dengan kekayaan dan kepandaian orang lain.kalau orang kaya dengan menipu lantaklah sebab akhirat pasti ada.yang orang tembeling dengki dan fitnah ikut suka kat orang lain apa yang kau orang dapat.habuk pun tarak.

aku orang pulau tawar sedara dr shukri........

Anonymous said...

yang awak seboknya buat apa, awak nok masuk kemana pun apa kami peduli, ini cerita mengumpul harta cara tak betul, mengaku betul tu jer, jika awak kaya hasil jual najis babi sekali pun tak da orang nak bincang dalam blog ne buat lah sesuka hati kamu orang pulau tawar, tapi jika awak jaadi jutawan kerna jual tahi babi curi, curi pulak ah cong punya, tak salah ke orang berkata kata, modooor punya olang maseh adaa di pulau tawar

Anonymous said...

aku Pak sedara yasok turkey,
kepada cikgu heru,saya bagi pihak yasok turkey mohon maaf kerana yasok telah mencela cikgu.mafkan dia sebab dia ni ada masalah mental sikit.lagi pun dia alkoholic jadi sebab itu dia kuat merapu.maaf ye!

Anonymous said...

ri pengor menyampuk sikit,
yasok bukan saja kaki botol dia juga kaki betina dan kaki judi.tak balik rumah berbulan-bulan kerna berjudi.dia juga selalu cari betina di medan bersama ali asra.sebab tu dia bela sangat ali asra.dia juga orang kuat abu batu satu.piiiiiiiiiirahhhhh!!!!!!!!!

Anonymous said...

kepada pak sedara yasok turkey, tak baik buat fitnah yg mengatakan Yasok turkey alkoholic.. cukuplah buat fitnah tanpa usul periksa.. fitnah lebih buruk dari membunuh pak sedara weh.. saya sahabat dia, setahu saya dia dah berenti minum 10 tahun dulu..

Anonymous said...

Ri Pengor yg hanya nama. tapi orang kuat YB dan wzwh.. Yasok turkey kaki botol ke, kaki betine ke, rasa saya tak pernoh dia mengambil duit awok.. awok ni jenis orang yg suka mencari kesalahan orang lain aje gamoknya.. tahniah ri pengor.. tulis lah lagi kalau anak jantan.

Anonymous said...

Gini la wakme sekelian, toksah gaduh2 kt sini, pilihanraya akan dtg kita ada kuasa undi, kalau umno masih bengap calon ke wan mizan, sapa hork tak suka ke dia pakat ramai2 pangkahla pas. Sekekian

Anonymous said...

Melihat kepada posting bro wzwh ni kelakar juge...he he he...
masuk raja lawak lah bro...boleh i undi u....amacam bro..?

Anonymous said...

YASOK TURKEY KUALA TAHAN......APA YANG TERJADI BIARLAH TERJADI, KITA BUKA PEKUNG YB KITA APA GUNA...SAYANGKAN LEBIH DARI MENYANYANGI ISTERI MU ADA FAHAM....BERKEMPENG DARI SEKARANG UNTUK MEMERTABATKAN UMNO...HIDUP UMNO

Anonymous said...

YASOK TURKEY...KUALA TAHAN....PEMBETULAN,,,,SAYANGKAN UMNO LEBIH DARI MENYANGI ISTERI KITA..ITU AGENDA KITA SEKARANG

Anonymous said...

Kena ketahui juga bang, atas dunia ni kalau tak kaya orang hina kita.
Bak dunia akhirat semestinya menjadi idaman semua. Semua setuju kalau
kaya dengan cara tak betul akan jawab di akhirat kelak. Muskilnya
orang sokong dia susah, dia kena
sokong sentiasa senang lenang....

Anonymous said...

BIARLAH ORANG HINA KITA DEK TAK APA ASALAKAN KITA KAYA DENGAN IMAN, KITA BUAT ATAU KITA AMBIK APA YANG MENJADI HAK KITA. TAK BERMAKNA PUN JIKA KEKAYAAN YANG KITA PEROLEHI KEBANYAKANNYA DATANG DARI SUMBER YANG HARAM, KERANA KITA SEPATUTNYA TIDAK KAYA, TETAPI DI SEBABKAN KUAASA KITA JUGA AMPUAN KITA ATAU KITA SEBAGAI KRONI DIA MEMPEROLEHI KEKAYAAN YANG MENYEBABKAN KITA DI SOAL DI SANA NANTI. JIKA BERHAJAT BUATLAH, KEKAYAAN DI DUNIA INI HANYA SEMANTARA, KITA TAK BAWA KETA MEWAH MASUK KUBUR.

Anonymous said...

apa pulak tak bawa ke kuburnya.bodoh betul ong ni.ngapalah ong ni bodoh amat.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024