Sunday, April 24, 2011

Demokrasi Digital : Cara Najib Menguruskannya.


Kerajaan Arab, Afrika Utara, Iran, China dan Singapura tidak senang dengan "digital democracy"-suara akarumbi rakyat melalui media baru-internet, blog, facebook, tweeter dsb.

Kerajaan-kerajaan ini menghalang, menyekat, dan sensor. Kerajaan-kerajaan ini menapis berita yang mengkritik mereka. Kerajaan-kerajaan ini menganggap demokrasi digital adalah musuh negara dan kena ada undang-undang untuk menyekat.

Hakikatnya banyak kerajaan sudah tumbang seperti Tunisia, Mesir dan masih bergolak Yemen, Iran, Libya akibat demokrasi digital.

DS Najib PM Malaysia mengambil langkah proaktif dengan mesej : "BN tidak takut kepada blogger, Blogger adalah rakan kongsi BN". Najib mengambil pendekatan "embrace" mengiktiraf peranan blogger, facebook, tweeter sebagai suara akarumbi secara lansung dan real time serta pantas memberi pandangan dan kritikan konstruktif

Perhubungan ini penting. Kerajaan BN dan blogger mungkin tidak akan bersetuju sepanjang masa tetapi tidak boleh sentiasa tidak bersetuju.

Kerajaan BN boleh guna idea-idea blogger, malah kritikan konstruktif boleh membina Malaysia yang lebih baik. DS Najib bercakap pada ucaputama First Malaysia-Asean Regional Bloggers' Conference di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Tun Mahathir penaung Blog House Malaysia (BHM) dan isteri Tun Siti Hasmah, Presiden BHM Syed Akhbar Ali dan DS Rosmah Mansor.

Era kerajaan BN tahu semua benda telah berlalu. Kerajaan BN mahu tahu dari blogger yang mewakili komuniti Malaysia pandangan dan kritikan mereka.

Tetapi blogger perlu ada batas dan sempadan. Kalau blogger cerita bohong dan separuh betul itu salah. Bagi blogger yang benar-benar berblog untuk agama, bangsa dan tanahair itu boleh berperanan membentuk masa depan Malaysia dan Asean.

DS Najib mengakui kerajaan dunia hari ini dicabar bukan sahaja oleh gerila, askar upahan dengan senjata merbahaya tetapi juga cybertroopers yang berperang peperangan virus komputer dengan kekuatan keyboard, keypad dan smartphone seperti revolusi twitter Iran dan facebook Mesir.

Ada 10.1 juta penguna Facebook di Malaysia. Malaysia merupakan salah satu negara yang sangat hidup blogspherenya dalam dunia dan paling bebas sekali. 

Malaysia perlu berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana semasa era beliau telah memajukan Multimedia Super Corridor. Tun Mahathir berjanji kepada dunia yang Malaysia tidak akan sensor menapis internet. DS Najib komited memegang janji Tun Mahathir.

DS Najib percaya internet adalah enjin pertumbuhan ekonomi kerana membuka portal terbuka kepada masyarakat yang berpengetahuan. Media sosial, blogging dan microblogging membolehkan merapatkan negara buat pertama kali dalam sejarah manusia. Orang boleh berkomunikasi di antara satu sama lain dalam real time tanpa menunggu beberapa hari atau minggu untuk surat-menyurat.

1 comment:

Anonymous said...

w4t55d7p55 b7v86g1b66 c2e37x9l62 v4m67c2u31 g1h56n4u60 b8p61l0q54

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024