Monday, April 18, 2011

BN Masih Perlu Undi Kaum Cina

Kolumnis  Awang Selamat (Utusan Malaysia) kata BN tidak perlu undi kaum Cina untuk menang PRU 13. Awang Selamat melontarkan "realiti politik" bahawa kabinet menteri Sarawak perlu mengambarkan sokongan rakyat Bumiputera dengan lebih banyak jawatan diberikan.

Portal Malaysian Insider dalam posting mengulas komentar Awang Selamat telah menerima banyak komen lebih 360 komen yang majoriti dari kaum Cina. Mereka marah betul.

WZWH faham sentimen dan kehampaan Awang Selamat yang kecewa dengan sokongan pengundi Cina dalam PRN Sarawak baru-baru ini. Pada WZWH, Awang Selamat sudah emosi.

Kita lihat fakta PRN Sarawak. SUPP parti wakil kaum Cina BN bertanding di 19 DUN. Menang 6 kalah 13. DAP menyapu 12 DUN dari 15 kerusi ditandingi. Pengundi Cina bandar secara konsisten menyokong DAP.

Presiden SUPP, TS Dr George Chan, Timbalan KM Sarawak tumbang. Juga Timbalan Presiden SUPP. Mesej yang diberi kaum Cina ialah mereka tidak puas hati dengan parti komponen BN yang mewakili kaum Cina.

BN perlu buat kajian mengenal pasti permasalahan dan penyelesaian. WZWH berpendapat BN masih perlu undi kaum Cina. Kita tidak boleh mengatakan semua orang Cina tidak suka kepada BN. Contoh seperti berikut:

Presiden SUPP tewas di N063: PIASAU 

1. LING SIE KIONG (DAP)...........................5,998 
2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)...............4,408 

Calon muda DAP menang majoriti 1590. Masih ada 4,408 pengundi menyokong BN. Logiknya masih ada pengundi kaum Cina menyokong BN.

Bila berlaku PRU 13 sokongan kaum Cina setiap DUN samada 3 atau 4 DUN diambilkira semua dalam mengira undi kerusi sesuatu parlimen.

Sokongan daripada masyarakat Cina pula merudum kepada 24.6% sahaja berbanding 40.4% pada pilihanraya DUN Tahun 2006.

Berkenaan dengan kehilangan sokongan dari masyarakat Cina, tidak ada apa lagi Kerajaan boleh buat, semua pendekatan telah di cuba. Nampaknya masyarakat Cina beranggap mereka lebih beruntung dengan cara berkonfrontasi dengan Kerajaan BN. Mereka ternyata tidak menghargai usaha usaha PM mendekati dan berkompromi dengan mereka. Apakah matlamat mereka sebenarnya, hanya Allah yang maha mengetahui.

Soalnya kini, apakah fenomena masyarakat Cina di Sarawak sama dengan keadaan di Semenanjung. Kalau ikut sejarah, ianya sama kerana kejatuhan sokongan masyarakat Cina di Semenanjung pada PRU 2008 sebenarnya menjejaki keadaan yang berlaku sebelumnya dalam pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2006. Dalam kedua dua pilihanraya diwaktu itu, sokongan kaum Cina merudum ketahap 40% sahaja. Sukar hendak meramalkan sama ada tahap sokongan Cina Semenanjung kini pula jatuh hingga ke paras 24.6% seperti di Sarawak, kerana isu utama, iaitu kebencian mereka terhadap Taib Mahmud adalah isu tempatan masyarakat Cina yang relevan di Sarawak sahaja.

Apa yang penting keyakinan Melayu dan Dayak kepada BN masih kukuh. Najib perlu memeliharakan keyakinan ini, jangan nanti orang orang Melayu dan kaum Bumiputera lain menganggap UMNO tidak lagi menjadi pembela nasib mereka.

Dari perspektif Semenanjung, BN perlu juga menjaga hati kaum India, satu kaum yang tidak begitu besar bilangannya, tetapi telah terbukti begitu setia kepada BN. Prejudis kaum yang telah sengaja ditanam oleh musuh kita perlu diketepikan.

Usaha usaha diatas pasti akan mengelak perpecahan di kalangan masyarakat Melayu/Bumiputera di Semenanjung dan negeri negeri Borneo. Jika tidak, perpecahan akan terus berlaku, dan masyarakat Cina akan terus beruntung dengan meneruskan konfrontasi dengan UMNO dan BN.

WZWH masih percaya BN masih perlu undi kaum Cina. Kita lihat di parlimen Jerantut pula terdapat 48,000 pengundi berdaftar. Ada 9000 pengundi Cina. Parlimen BN Jerantut masih perlu undi kaum Cina. Kita perlu sokongan persatuan, NGO, dan apa-apa pertubuhan Cina menyokong BN. 

BN Jerantut perlu beritahu bahawa undi kaum Cina Jerantut sangat diperlukan untuk BN menang dalam PRU 13 nanti.

BN juga perlu sokongan padu Melayu, Bumiputera, India, dan juga lain-lain kaum etnik lagi.

Biarkan DAP dengan pendekatan chauvinistik dan rasisnya kerana politik sebegini tidak ke mana dan tiada masa depan dalam politik Malaysia moden. Majoriti rakyat Malaysia akan menyedari hakikat ini.

7 comments:

Exco Kanan Pemuda said...

Salam WZWH.Jangan Kita lupa kehebatan DAP yang didalangi dan disokong kuat oleh Pas.DAP boleh mendapat kemenangan di Dun Damak dan perlimen jerantut kerana adanya parti PAS yang hanya berani dengan sesama melayu sahaja.dengan kaum lain mereka MENIKUS.Pas ibarat membakar diri dan prinsipnya sendiri untuk menerangi seteru agamanya.Pakatan pembangkang telah berjaya dalam misi mereka iaitu memecah belahkan melayu dan menyatukan kaum cina.hasrat Pas dan PKR untuk melihat kaum cina menjadi tuan di bumi melayu ini pasti akan terlaksana.jihad dan pengorbanan PAS serta ahli-ahlinya telah menghasilkan SYURGA kepada rakan mereka daripada DAP.UMNO perlu berjuang dengan lebih gigih untuk menyatukan orang melayu kerana orang melayu sebenarnya tiada parti lain selain UMNO.Jadilah melayu yang bermaruah.Biar menang dengan bermaruah daripada menang bagai lembu dicucuk hidungnya.Harus diingat penyatu-padu Ahli-ahli UMNO dan Melayu di Jerantut Hanya boleh dilakukan oleh YBM Tengku Dato SERI AZLAN dan DATO HJ.WAN AMIZAN.bagilah sokongan padu dan jitu kepada mereka demi untuk melihat PANJI UMNO terus berkibar di PARLIMEN JERANTUT.

Belia Bandar Jerantut said...

Salam WZWH,
Saya sangat menyokong pandangan Exco Kanan Pemuda. Orang Melayu Jerantut perlu sedar hal ini. Orang Jerantut perlu tolak pemimpin-pemimpin UMNO yang hanya berjuang untuk kepentingan peribadi dan menjadi alat dan hamba kepada Towkey Lim Ah Chap. Mereka sudah biasa makan di tangan Towkey Lim Ah Chap, mereka lulus tanah-tanah strategik bandar dan pinggir bandar kepada towkey ini, mereka membolot kekayaan dari "Rent seeking" kedai-kedai, warung-warung,lot tanah TOL memerah keringat golongan "working class" Jerantut. Kalau boleh mereka mahu jual semua tanah-tanah yang kosong di bandar Jerantut. Sebab itu sokongan Melayu bandar terhadap BN dan UMNO menjunam. Mereka juga menolong towkey Lim Ah Chap ini merampas tanah pekebun-pekebun kecil Cina Jerantut. Pemimpin atasan dan pucuk pimpinan perlu turun ke bawah melihat kegelojohan pemimpin UMNO yang menyeleweng ini dari merosakkan BN dan UMNO Jerantut. Saya turut menyokong blog WZWH yang konsisten dan lantang memperjuangkan kepentingan orang Jerantut tidak kira mana kaum. Teruskan WZWH menulis blog tentang perkembangan politik, ekonomi dan sosial jerantut. Golongan muda Jerantut menyokong perjuangan WZWH ini.

Anonymous said...

Terima kasih di atas sokongan BELIA BANDAR JERANTUT keatas penulisan saya.Saya amat berharap ramai lagi belia-belia dan ahli-ahli UMNO sedar akan perkara ini.Jangan biarkan orang melayu terus terlena di ulit mimpi keindahan bandar jerantut yang di ilhamkan oleh Lim Ah Chap.

Exco kanan Pemuda said...

Terima kasih BELIA BANDAR JERANTUT.

Anonymous said...

kita perlu memperjuangkan kepentingan orang melayu,lantakla kafir zimmi nak ckp kita rasis.
keadaan makin teruk.melayu perlu unite.

Anonymous said...

hidup datuk hj nazri....

Anonymous said...

haji nazri akan terus hidup buat masa ini untuk memberi makan belaci belaci dia yang malas berkerja dan mengharapkan duit hj nazri jer tanggung keluarga, mcam anon 11:25 pm ne lah. tapi ingat yang satu lagi tu dah tak hidup dah banyak sangat penyakit?.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024