Gambaran Universiti FELDA di Jerantut.
Perancangan untuk mewujudkan Universiti FELDA. Agenda itu sudah banyak kali dibincang dengan kerajaan dan FELDA bagi menjimatkan peruntukan FELDA yang terpaksa membayar geran kepada universiti swasta lain setiap tahun untuk program kerjasama. Kalau syarikat lain ada universiti sendiri, kenapa tidak FELDA yang memiliki kemampuan untuk itu? FELDA membayar RM25 juta setiap tahun untuk bayar geran kepada Universiti Lim Kok Wing untuk program kerjasama. FELDA boleh wujudkan Universiti Teknologi Perladangan yang boleh memberi manfaat kepada anak-anak FELDA.
FELDA bercadang untuk menubuhkan sebuah universiti sendiri bagi menjamin peluang pendidikan tinggi kepada anak-anak peneroka FELDA. Cadangan penubuhan universiti itu kini dalam peringkat rundingan. FELDA sememangnya berhasrat untuk menubuhkan sebuah Universiti FELDA selaras dengan perkara ketiga dalam misi FELDA iaitu keluarga peneroka mempunyai tahap pendidikan yang sesuai.
WZWH ingin tahu adakah FELDA bercadang menubuhkan universiti sendiri memandangkan agensi itu mempunyai lebih dua juta hektar tanah dan membelanjakan lebih RM100 juta untuk program menghantar anak-anak peneroka ke institusi pengajian tinggi.
Keberkesanan Skim Tuisyen FELDA (STF) yang diperkenalkan sejak 2004 berjaya membantu meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan anak-anak peneroka. Buktinya seramai 72,062 anak peneroka FELDA berjaya menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam pada tahun lepas.
Daripada jumlah tersebut, seramai 46,873 orang berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma, 24,269 di peringkat ijazah pertama dan 920 di peringkat ijazah lanjutan.
WZWH gembira dengan perancangan untuk mewujudkan Universiti FELDA itu memandangkan ia diharapkan oleh semua warga FELDA. Penubuhan Universiti FELDA menjadi keperluan memandangkan FELDA agensi terbesar di negara ini dan penyumbang ekonomi kedua terbesar kepada negara selepas Petronas.
Berdasarkan statistik tahun ini, jumlah peneroka FELDA adalah 112,635 orang. Jika dianggarkan sebuah keluarga mempunyai lima anak, ini bermakna kerajaan terpaksa menyediakan kira-kira 560,000 tempat untuk anak peneroka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Justeru, menjadi tanggungjawab FELDA menubuhkan sebuah universiti sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial kepada warga FELDA dan seluruh rakyat Malaysia.
Pahang mempunyai 115 rancangan penempatan dengan 43,123 peneroka dan daripada jumlah itu, 14,596 adalah di Jengka. Justeru, wajar Universiti FELDA dibangunkan di kawasan ini.
Pembangunan Universiti FELDA akan meringankan beban peneroka untuk menghantar anak ke universiti. Kos pembelajaran di universiti awam semakin meningkat.
WZWH merasakan ini satu idea yang baik bagi keperluan pendidikan generasi baru FELDA. WZWH merasa teruja bila Pihak FELDA bercadang mahu menubuhkan sebuah universiti FELDA. Cadangan ini akan dibawa ke pertimbangan YAB PM Dato' Seri Najib.
Kita semua tahu hasrat PM mahu FELDA menjadi gedung makanan negara. Jika perancangan ini menjadi kenyataan, Malaysia tidaklah perlu mengimport lebih makanan lagi yang mana ini boleh menghalang pengeluaran wang ke luar negara.
WZWH percaya YAB PM Dato' Seri Najib akan bersetuju dan menyokong penubuhan universiti FELDA. Maka WZWH mahu menyatakan kepada PM dan Pihak FELDA bahawa Jerantut bersedia menawar tempat kawasan tanah seluas 1000 ekar bagi pembinaan Universiti FELDA. Di Tembeling Tengah, ada kawasan yang boleh diperuntukan bagi pembinaan Universiti FELDA. Sudah pasti YAB MB Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob menyokong penuh usaha baik ini kerana MB Pahang cukup berminat bidang pendidikan sebab itu Yayasan Pahang banyak membantu pelajar-pelajar Pahang mendapat peluang pendidikan di universiti pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Kita orang Jerantut mesti menyokong penuh penubuhan Universiti FELDA bagi kebaikan pendidikan, ekonomi dan sosial Jerantut.
Universiti FELDA, Siapa mahu buat PR atau BN?
16 comments:
Cadangan menubuh universiti khusus untuk tanggungan warga Felda akan menyimpang jauh dari objektif asal membangun rancangan Felda. Asalnya ia dapat meningkatkan rakyat Malaysia yang tidak bertanah atau memiliki luas tanah yang tidak ekonomik; ini supaya mereka dapat meningkatkan ekonomi mereka, menjadi petani moden yang dapat bersama nikmat pembangunan negara. Mutlamat akhirnya, mereka dapat berdiri sama tinggi dengan rakyat-rakyat dan ‘join the mainstream of Malaysian society’ dan tidak mengwujud satu kelumpuk rakyat yang berasingan.
Nampaknya mutlamat ini tidak berjaya. Warga Felda masih perlu ‘tongkat’ hingga sekarang. Anak peneroka patut bersaing dengan anak-anak rakyat Malaysia lain untuk memasuki universiti. Meraka tidak perlu diberi keistimewaan yang telah diberi kepada ibu-bapa mereka. Jika tidak, sampai bila mereka perlu dipimpin – dari bayi hingga ke kubur?
total stupity
saya setuju–total stupidity!
IPTA di negara ini terbuka kepada semua rakyat, khasnya kaum Bumiputra.Anak2 FELDA dijamin tempat di universiti meskipun mereka tidak begitu layak.
i agree…kebanyakan anak2 FELDA mengganggap diri mereka tidak layak ke IPTA.disebbakan dilema kewangan..oleh itu,saya bgi pihak mereka berharap dapat menubuhkan 1 kampus under FELDA….
Saya gusar dengan keghairahan kerajaan untuk terus menubuhkan universiti di Malaysia dalam keadaan keluk pengangguran masih tidak seimbang dengan penawaran pengajian tinggi.Universiti ini kelak hanya akan menyumbang memperbanyakkan lagi lambakan graduan menganggur yang sedia ada di negara kita.
Bukan menghalang anak-anak Felda mendapatkan pengajian, tetapi apakah tidak cukup dengan semua universiti yang ada di Malaysia?
UiTM saja sudah membuka ruang apabila TPM meminta agar pengambilan pelajar 200,000 menjelang tahun 2010 dipercepatkan seawal Disember tahun lepas.
Di UiTM sendiri ada jurusan Pengurusan Ladang, yang mana sepanjang ingatan saya memang pengkhususan ini khusus diperuntukkan kepada tenaga kerja professional Felda dan Felcra.
Kita sudah mempunyai hampir 20 IPTA di seluruh Malaysia(belum dikira cawangan-cawangan UiTM dan kampus cawangan IPTA-IPTA lain yang kalau dikumpul mungkin mencecah 40 semuanya), 21 buah Politeknik, 34 buah Kolej Komuniti, dan jangan lupa akan ratusan IPTS yang tumbuh bak cendawan selepas hujan di sekitar Malaysia.
Adalah lebih baik sekiranya Felda membuat kerjasama pintar dengan mana-mana IPTA ataupun Kementerian Pengajian Tinggi sendiri agar setiap anak-anak peneroka Felda yang cemerlang dijamin kedudukan mereka untuk masuk ke IPTA, berbanding menubuhkan sebuah universiti khusus.
Yang perlu diberi pertimbangan apakah ada peluang pekerjaan yang sesuai dengan kadar graduan yang makin ramai dari hari ke hari?
Saya khuatir, satu ketika nanti, semua institusi kerajaan akan ada IPT sendiri untuk menjaga kepentingan kelompok masing-masing, sekarang sudah ada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, mungkin akan ada Universiti Polis, Universiti Bomba, Universiti BPR ataupun mungkin Universiti RELA?
Perlu ditegaskan, paling penting ialah setiap IPT perlu ada ‘niche’ agar graduan yang dilahirkan adalah yang terbaik di dalam bidangnya.Dan dalam konteks pembangunan Felda ini,adalah lebih baik sekiranya wujud jalinan pintar antara Felda dan UiTM atau UM misalannya untuk terus menyaksikan anak-anak Felda gah di dalam bidang korporat dan professional masing-masing, dan akhirnya boleh kembali memperkasakan pembangunan Felda.
Ini adalah lebih baik berbanding dengan menambah sebuah lagi Universiti yang akhirnya akan menambahkan beban PTPTN untuk terus mencari dana bagi disalurkan kepada pelajar, dan memeningkan kepala ibu bapa kerana anak gagal mencari pekerjaan untuk cepat-cepat menyelesaikan hutang PTPTN mereka.
tak yah tulis dan komen panjang2, idea ni mmg total stupid. lagipun wzwh nk offer tanah kat tembeling tengah tu tanah sapa? kalau tanah kerajaan apa status rasmi wzwh berckp bgi pihak kerajaan? setakai pencacai wan amizan bukan status rasmi.
Salam Anon 2:52,
Kenapa Anon menentang idea Universiti FELDA Jerantut yang baik untuk pembangunan ekonomi, sosial dan pendidikan Jerantut. Berikan hujah-hujahnya kenapa Anon berfikiran negatif.
Salam WZWH,
Jangan peduli dengan komen Anon 2:52 yang negatif. Anon 2:52 memang bodoh tongong. Sakai Kampung Kuching lebih cerdik dari Anon 2:52. Sakai Batek Kuala Tahan pun tahu universiti baik untuk pendidikan tinggi.
Anon di atas.tak elok guna perkataan yang awak sebut tu,gunalah perkataan orang asli ganti nama bagi memanggil mereka. Orang di kuching tu lebih mulia hatinya dari anon di atas.kerana mereka tidak memihak mana.
Anon di atas.tak elok guna perkataan yang awak sebut tu,gunalah perkataan orang asli ganti nama bagi memanggil mereka. Orang di kuching tu lebih mulia hatinya dari anon di atas.kerana mereka tidak memihak mana.
saya kurang bersetuju dgn idea penubuhan universiti, rakyat mesti sedar untuk membina sebuah universiti memerlukan belanja yang besar, duit yang akan digunakan adalah duit Felda yang datangnya dari peneroka. Para kontraktor akan mendapat keuntungan hasil dari projek tersebut dan bukannya warga Felda. Saya sebagai profesional yang berasal dari Jerantut dan sekarang bekerja dalam industri minyak dan gas amatlah berbesar hati sekiranya WZWH dapat mengusulkan kepada kerajaan dan pemimpin negeri supaya menarik pelabur-pelabur ke Jerantut, contohya syarikat kereta dari luar negara supaya membuat kilang pemasangan mereka di sini (majoritinya dari Jepun yang mempunyai risiko dilanda bencana), industri elektronik dan kilang pemasangan motosikal berkuasa tinggi.Biar orang Jerantut dapat bekerja di kilang ini dan seterusnya dapat membantu menambah pendapatan keluarga. Sangat besar jasanya kiranya ahli politik dari Jerantut dapat menarik pelabur-pelabur seperti ini, ini adalah idea yang ikhlas dari saya, terima kasih kepada WZWH kerana inisiatif beliau mewujudkan blog ini supaya suara rakyat Jerantut dapat didengari oleh pihak kerajaan dan pemimpin, terima kasih WZWH.
Salam Anon 7:11 dan Anon 2:17,
WZWH setuju istilah Sakai patut diganti dengan Orang Asli. Kita kena hormat kepada Orang Asli. Kalau Anon 7:11 dan Anon 2:17 nak tahu Orang Asli Kampung Kuching Ulu Tembeling lebih cerdik dan advance pemikiran mereka dari Orang Sungai Tembeling sendiri!
Anon 3:06, terima kasih kepada cadangan Anon yang sangat baik untuk bawa industri automatif, elektronik dan motosikal kuasa tinggi. WZWH akan posting idea Anon pada posting akan datang.
idea zuri ni sbnrnya dtg dr dompok,dompok suruh tulis mcm tu sbb kalau bt di tembeling tengah projek tu dapat ke dompok lah.biar semua projek di dun tahan ni dpt ke dia belaka.dompok ni tau la kalau dia lekat lg calun yb dun tahan pru akan datang ni.kita nak bg dia tau langit tu tinggi ke rendah!!
Mulanya baca elok saja posting dari WZWH ini berkenaan cadangan beliau mengenai Universiti FELDA. Tetapi bila baca komen2 disini, rasa macam tidak seronok.
Sepatutnya kita sebagai pembaca memberi respond kepada penulisan ini. Setuju atau tidak? Berikan sebab dan justifikasi tentang perkara itu.
Contohnya cadangan pembangunan sektor automatif.. itu cadangan yang anom itu fikir sebagai ganti atas ketidak setuju projek U Felda..
Minta tolong kepada para pembaca bukan sahaja blog ini malah di blog lain agar dapat memberi nilai ke atas sesuatu penulisan yang ditulis.
Ingat! Ruang menulis bukan semua dapat. gunakan dengan bijaksana..
Mengenai tentangan dan ke tidak setujuan para pembaca mengenai penubuhan U FELDA. Apa yang kawan baca, kebanyakkannya takut duit FELDA habis. Penubuhan U pula akan bertindan dengan Universiti lain yang sedia ada.
Mungkin pembaca agak kurang faham senario anak generasi muda FELDA ini. Di FELDA, para pelajar hampir sepenuhnya bersekolah dari darjah 1 sehingga tingkatan 5. Ok. Bagus. Tetapi kebanyakan darinya tidak mendapat pendidikan yang bersesuaian. Dengan kebanyakan tenaga pengajar yang kurang mahir, bukan opsyen ditambah dengan cara hidup berkonsep kampung menyebabkan ramai pelajar dari kawasan FELDA ini kurang berjaya dalam akedemik.
Perkar itu disedari oleh pihak kerajaan dan pengurusan FELDA sendiri. Maka, FELDA memutuskan untuk meningkatkan dana pendidakan untuk generasi FELDA. Ia bermula dengan Skim Tuisyen FELDA untuk calon UPSR,PMR dan SPM serta STPM. Selepas itu, FELDA juga menitikberatkan pendidikan selepas sekolah. Dengan peruntukan berpuluh juta setiap tahun, para pelajar ditawarkan peluang untuk belajar secara percuma di pelbagai kolej dan universiti swasta seperti Lim Kok Wing. Sekarang duit itu dah ada tetapi setiap tahun bertaburan dihabiskan ke pihak lain mendapat habuan.
Cadangan Universiti FELDA adalah untuk mengelakkan duit-duit kepunyaan FELDA Pembukaan Universiti FELDA bukan sahaja dapat menjimatkan duit tetapi juga memberi ruang dan peluang kepada para pelajr generasi FELDA dan mungkin golongan luar bandar dan kampung tradisi untuk memasukinya. Dengan harapan tipis untuk memasuki universiti atas faktor keputusan yang kurang memuaskan, maka penubuhan universiti FELDA membantu memberi pendidikan sejajar konsep kerajaan pendidikan sepanjang hayat.
Memang penubuhan U ini menyebabkan ada pihak mendapat untung besar seperti kontraktor dan pembekal. Faktor itu tidak dapat dielakkan untuk semua projek kerajaan. Kita kena fikirkan kesan dari pembinaannya...
Kawan mencadangkan agar kolej KINI milik FELDA dinaiktarafkan kepada kolej universiti terlebih dahulu dan bila sudah bersedia barulah meningkat ke taraf universiti penuh.
FELDA juga perlu fokus kepada pendidikan berorentasikan kemahiran dan teknologi sahaja. Biarkan hal ehwal pengurusan dan akademik difokuskan olen pelbagai universiti lain yang sediaada..
Mungkin FELDA boleh bergabung dengan badan induk koperasi iaitu ANGKASA untuk menubuhkan universiti ini... konsep 2 dalam 1 boleh memanafaatkan lebih banyak pihak dalam kemajuan semua.
mungkin ada anak2 Felda yg kurg pndai, tp bukan kerana status 'anak Felda'. Bersepah kat luar sane, anak2 org kenamaan yg result spm hnya ckp2 makan,ade jugak yg x layak.tp ttp belajar di universiti tempatan & antarabangsa. soalnya duit...kalo ade, semua boleh.kalau Felda ada U s'dri pun, x semestinya hanya utk anak2 Felda tentulah harus dibuka kpd org lain jugak.kalo x, mcm mana nk buat profit?pd sy, anak2 felda x perlukan Universiti Felda, tp mereka perlukan biasiswa aka duit utk smbg blaja.
Post a Comment