Nuffnang Ads

Pages

Sunday, April 3, 2011

WZWH Merasmi Mesyuarat UMNO Cawangan Kampung Perlok DUN Damak



















WZWH sedang merasmikan mesyuarat persidangan UMNO cawangan Kampung Perlok, DUN Damak parlimen Jerantut.

Hari ini WZWH merasmi cawangan UMNO Kampung Perlok dalam DUN Damak. Kampung Perlok terletak dalam mukim Ulu Cheka 38km dari Jerantut. Kampung Perlok terkenal dengan pusat penetasan ikan air tawar. Terdapat 500 penduduk di Kampung ini.

Ketua UMNO cawangan Kampung Perlok ialah Tok Empat Abd Kassim bin Sulaiman, 65 tahun. Cawangan Kampung Perlok ada 165 ahli UMNO. Perasmian UMNO cawangan Kampung Perlok dijalankan serentak dengan wanita dan pemuda cawangan.

Dalam ucapan WZWH menyatakan ahli UMNO cawangan Kampung Perlok perlu memastikan pengundi yang layak menyokong BN. UMNO Dun Damak perlu memastikan ahli-ahlinya kembali dan setia kepada BN dalam PRU 13 nanti.

Pada PRU 12 pembangkang bersaing sesama sendiri antara PKR dan Bebas (DAP) maka BN(MCA) menang majoriti tipis sebanyak 509 undi di DUN Damak. Manakala YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut tewas majoriti 2000 undi di DUN Damak namun DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan menyelamatkan maruah BN. Dimanakah silapnya BN?

Jika MCA dijangka tidak dapat mempertahankan DUN Damak maka wajar UMNO bertanding di DUN Damak. DS Najib dan MB perlu pertimbang kehendak majoriti pengundi Melayu yang merupakan 65% pengundi DUN Damak.

Ketua UMNO cawangan Kampung Perlok memohon peruntukan dua buah kanopi, 20 buah meja dan 80 buah kerusi. Lain-lain usul ialah:
  • Memohon pihak PLB menaikkan taraf tar jalan ke rumah semua penduduk Kampung Perlok
  • Memohon rezab padang ragut seluas 250 ekar minta dikeluarkan dan diserah semula kepada JKKK Perlok dari Jabatan Haiwan Negeri Pahang.
  • Memohon tanah untuk belia Kampung Perlok untuk generasi ke dua
  • Memohon lampu jalan

3 comments:

exco kanan pemuda said...

Tahniah saudara WZWH kerana kepimpinan anda diperakui oleh UMNO BHG JERANTUT.Saya berharap saudara WZWH dapat membawa perkara2 dan permohonan2 cawangan UMNO PERLOK keatas.

Anonymous said...

PM n MB.....
baca lah blog ni n semua komen2. pening dah kami ni.tolong la selesaikan masalah melayu yang semakin kusut di jerantut ni.dimakah puncanya?apakah penyelesaiannya?yang kami tahu, ianya semakin parah.tolonglah kami!!!!

Anonymous said...

YASOK TURKEY KUALA TAHAN....KALAU BARU GENERASI KE2 DAH NAK MINTAK TANAH,JANGAN HARAPLAH BANG....TENGOK KUALA TAHAN DAH GENERASI KE6,BARU NAMPAK BUNGA2 AJE BARU ITUPUN BELUM TENTU .