Nuffnang Ads

Pages

Sunday, April 17, 2011

Kesan "Tsunami Chinatown Sarawak " Kepada Politik Semenanjung


KEPUTUSAN RASMI PENUH PILIHANRAYA SARAWAK KE 10:

BN - 55 / DAP - 12 / PKR - 3 / Bebas - 1

Jika kita lihat PRN ke 9 pula:

BN - 62 / DAP - 6 / PKR- 1 / Bebas - 2

WZWH ucap tahniah kepada BN Sarawak kerana berjaya mengekalkan kemenangan 2/3 dan membentuk kerajaan BN negeri Sarawak.

Peratus undi popular BN makin menurun lihat statistik:
  • PRN 10 (2011) - 54.5 %
  • PRN 9   (2006) - 62.91 %
  • PRN 8   (2001) - 71.16 %
BN hilang 7 kerusi, DAP bertambah 6 kerusi, PKR bertambah 2 kerusi dan Bebas berkurang 1 kerusi.

DAP menang 12 kerusi dari 15 kerusi yang ditandingi. Ini WZWH boleh kata "tsunami Chinatown Sarawak". Apa kesan kepada politik Semenanjung pada PRU 13 nanti?

WZWH memandang serious kepada kesan "tsunami Chinatown Sarawak". Perlu diingat DAP ialah parti dari Semenanjung. Mengapa parti DAP berjaya menambat hati majoriti pengundi Cina Sarawak?

BN perlu bimbang kepada kerusi parlimen dan DUN yang majoriti pengundi Cina. Trend ini akan menular secara konsisten. 

Bagi kawasan bercampur pula ianya boleh mengancam BN. Dengan sendirinya pola pengundi terbahagi kepada dua ekstrem:
  • Pengundi Cina akan mengundi parti DAP atau mana-mana parti dari Pakatan Rakyat
  • Pengundi Melayu @ Bumiputera serta Islam akan mengundi UMNO dan komponen BN
Sudah tentu trend ini boleh menggugat BN jika pengundi Cina tetap dengan keputusannya mahu undi DAP dan sekutu.

Barangkali PRU 13 nanti tidak ada parti yang boleh membentuk kerajaan bila BN dan PR dalam kedudukan "stalemate" bila masing-masing tidak boleh capai majoriti minima.

Apa patut DS Najib buat? Teruskan kempen 1Malaysia? Atau paksa parti MCA dan Gerakan serta MIC lepaskan kerusi parlimen dan DUN yang majoritinya Melayu kepada UMNO dulu. Selepas menang baru susun kemudian. Atau banyak jawatan senator perlu diberi kepada parti komponen.

Ini cabaran kepada DS Najib. Masa yang panjang mungkin akan beri ilham kepada DS Najib untuk mengatasi cabaran ini.

Susah sangat ke memujuk pengundi Cina kembali kepada BN? Mungkin pengundi Cina perlu masa untuk berfikir atau memang sudah hati kering dengan keputusan mereka secara kolektif. 

Jika itu jawapnya strategi-strategi lain perlu difikir dan digunakan oleh DS Najib. Semoga Allah memberi jalan dan cahaya kepada PM mencari penyelesaiannya.

9 comments:

Anonymous said...

Might be mereka nak rampas Mlaysia jadi cam Singapura

Panglima Hitam said...

Melayu berpecah kepada 3,chinese tetap satu haluan walaupun lain2 sampan.
Harapan saya supaya umat Melayu dapat disatukan.Pola politik tanahair air bukan seperti waktu2 dahulu.
Kebimbangan sangat terasa bila melihat peningkatan terhadap undi DAP.

Anonymous said...

ia melayu perlu bersatu ...... bersatu melalui UMNO dah pernah buat ... apa kata melayu kini beratu dibawah PAS pula

exco kanan pemuda said...

Melayu perlu bersatu untuk meneruskan pemerintahan Tanah Melayu.cukuplah P.K.R dan PAS jadi pemusnah kuasa melayu di Tanah Melayu.

anak melayu said...

lupakan hasrat untuk bersatu dibawah PAS,buktikan yang PAS benar2 memperjuangankan ISLAM dengan kuar dari pakatan rakyat yang adanya DAP yg menentang keras penubuhan kerajaan ISLAM oleh PAS.sekiranya PAS benar2 ingin memperjuangankan ISLAM sy selaku insan yang sayangkan MELAYU dan ISLAM berharap agar PAS meletakkan calonnya di mana BN meletakan calon CINA krn apa jua yang berlaku cina akan tetap bersma walaupun berlainan parti,menangnya BN cina ada kuasa,menangnya pakatan rakyat cina juga berkuasa,hancurnyanye malaysia cina boleh lari ke china,kite sebagagai melayu tulen TANAH MELAYU ini kemana agaknya kite nk lari????

Exco Kanan Pemuda said...

Apa-apapun sama-samalah kita pertahankan tanah melayu ni daripada dijajah daripada bangsa asing dan org-org yang berperangai seperti bangsa asing.Hanya satu kuasa kita yang tinggal dan mesti di pertahankan.iaitu KUASA POLITIK.

dobit127 said...

Salam ..
Dalam hal ehwal pengundi cina, walaupun pelbagai mesej sudah dihantar kepada kerajaan..Nampaknya kerajaan masih lagi buat x tahu saja..Masih melayan perkar remeh temeh saja...itu sebabnya undi tidak bertambah malahan makin merosot ..

Sekarang ini apa tindakan kerajaan... AdaKah masih mengekalkan wakil cina dalam kerajaan seperti pengekalan senator-senator dari MIC dan Gerakan di peringkat pusat...
ADakah TS taib mahmud berani menongkah arah menutup ruang untuk golongan sedemikian....Besar mungkinan tidak sama sekali..ugutan dan ancaman dari pemimpin cina (SUPP) dipandang serius.. Padahal hasilnya presiden sendiri tumbang...

Isu terbesar sekarang bilakah TS Taib nak letak jawatan..Dalam kempen aritu, beria kata selepas pilihanray ini...Tapi bila dah menang pertengahan penggal pulak..Jangan selepas PRU ke 13 nanti cukuplah.. HAbis hilang kerusi parlimen pulak....

Anonymous said...

bersatu la wahai melayu2 di jerantut,ngah cina dari berkuasa di bumi jerantut,pastikan dun damak dimenangi oleh org melayu tidak kita parti mana yang diwakili..hidup melayu

exco kanan pemuda said...

dema kena sokong juga DATO SING TIONG jadi Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Damak.Kerana dato tu aja yang boleh menyatupadukan di antara melayu dengan cina di dun damak.