Posting terakhir WZWH menyentuh isu mengenai generasi ke dua (baru) FELDA. Usul mahu bubarkan FELDA Plantation beri ladang dan tanah kepada anak peneroka FELDA dimainkan oleh parti pembangkang. Beribu borang sudah diedarkan dan penubuhan Universiti FELDA pertama.
Oleh kerana BN berjanji menyelesaikan isu-isu ini tetapi tidak terlaksana menyebabkan PAS dan PKR mengambil kesempatan ruang yang ada. Perjuangan ANAK oleh Mazlan Aliman EXCO PAS Pusat tidak dinafikan buat FELDA perah otak menangkis segala tuduhan.
Sudah tentu DAP sangat sukahati gembira amat kerana menyedari fakta:
- 1/4 atau 56 daripada 222 kawasan Parlimen di negara ada di kawasan FELDA, sekali gus menyumbang sehingga 75 hingga 80 peratus undi kepada BN di setiap kawasan itu.
- Sebab itu Pakatan Rakyat hendak pecahkan kubu dan kekuatan BN ini dengan menabur pelbagai fitnah untuk mengurangkan kerusi BN. Ada 96 kerusi DUN yang ada di kawasan FELDA di seluruh negara.
Kawasan FELDA perlu dipecahkan monopoli BN kalau PR mahu impian menuju Putrajaya tercapai. Sebab itu BN mempertahankan kawasan FELDA habis-habisan.
Dalam keghairahan BN mahu mempertahankan kawasan FELDA, WZWH harap BN jangan lupa kawasan kampung tradisi luar bandar. Dulu kampung tradisi yang berkorban memberi peluang kepada peneroka-peneroka Melayu yang berhijrah datang dari negeri-negeri lain meneroka tanah di negeri kampung tradisi.
Nampaknya peneroka, anak-anak dan cucu peneroka lebih terbela ekonomi dan sosial mereka jika dibandingkan dengan generasi baru kampung-kampung tradisi. Golongan peneroka FELDA dan keturunan mereka mendapat lebih nikmat dan kemudahan yang disediakan oleh BN dan pengurusan FELDA.
Seorang pembaca blog WZWH telah memberi komen begini:
budak.kg said...
untuk anak2 felda je ke?apa jadi dengan golongan anak2 muda yang duduk di kampung2...nk dipangil generasi kampung yang ke berapa pulak,jangan asyik nak tumpu kan sangat ke felda,ada perlu nye pihak kerajaan menmikirkan nasib2 anak2 muda kampung,mana hala tuju mereka,apa nasib mereka yang tiada berharta benda,dan apa pulak perancangan kerajaan untuk generasi kampung2 seperti kami ini.apa istemewa nye generasi kedua felda?dan apa kurang nye kami generasi kampung2?untuk di pingir kan oleh kerajaan pusat.April 26, 2011 10:26 AM
Anonymous said...
Cadangan menubuh universiti khusus untuk tanggungan warga Felda akan menyimpang jauh dari objektif asal membangun rancangan Felda. Asalnya ia dapat meningkatkan rakyat Malaysia yang tidak bertanah atau memiliki luas tanah yang tidak ekonomik; ini supaya mereka dapat meningkatkan ekonomi mereka, menjadi petani moden yang dapat bersama nikmat pembangunan negara. Mutlamat akhirnya, mereka dapat berdiri sama tinggi dengan rakyat-rakyat dan ‘join the mainstream of Malaysian society’ dan tidak mengwujud satu kelumpuk rakyat yang berasingan.
Nampaknya mutlamat ini tidak berjaya. Warga Felda masih perlu ‘tongkat’ hingga sekarang. Anak peneroka patut bersaing dengan anak-anak rakyat Malaysia lain untuk memasuki universiti. Meraka tidak perlu diberi keistimewaan yang telah diberi kepada ibu-bapa mereka. Jika tidak, sampai bila mereka perlu dipimpin – dari bayi hingga ke kubur?April 25, 2011 6:24 PM
WZWH sangat menyokong usaha BN menjaga peneroka FELDA. Itu bagus untuk mengekalkan dominasi BN namun BN perlu juga beri perhatian kepada "peneroka original" kampung-kampung tradisi.
Orang kampung tradisi selalu tengok TV dengar radio DS Najib acapkali umumkan projek-projek GTP, ETP berbilion-bilion. Majoriti orang kampung tradisi tidak faham apa maksud GTP, ETP, EPP. Tapi orang Kampung tradisi faham itu program untuk orang bandar, untuk golongan korporat dan kapitalis serta pelabur dalam dan luar negara memajukan negara.
Orang kampung tradisi berfikir juga adakah projek-projek itu memberi limpahan ekonomi kepada mereka secara lansung. WZWH akui sebarang projek-projek ekonomi bagus kerana merancakkan pertumbuhan ekonomi, menyediakan peluang-peluang pekerjaan, dan memakmurkan negara.
DS Najib buat kerja ekonomi yang baik buat negara. Namun orang kampung tradisi juga mahu DS Najib mengumumkan projek-projek yang berkaitan lansung dengan mereka walaupun mungkin tidak besar dan mega saiz pelaburannya tapi cukup bermakna dan menyentuh jiwa orang kampung tradisi.
Pengumuman seperti RTK, RPK, RTP...mungkin RKT itu orang kampung tradisi mahu dengar. WZWH juga faham orang bandar, golongan korporat dan kapitalis serta pelabur tidak faham apa istilah-istilah ini. Tapi WZWH percaya pelabur dari London pun akan tertanya apa makna istilah-istilah ini!
Bagi ekonomi kampung, RTK itu Rancangan Tanah Kelompok, RPK itu Rancangan Pembesaran Kampung, RTP itu Rancangan Tanah Pemuda. Mungkin RKT satu istilah yang catchy sebab mahu sama bunyinya dengan GTP dan ETP yang selalu menjadi sebutan golongan korporat Malaysia. RKT itu ialah Rancangan Kampung Tradisi...
Orang kampung tradisi masih percaya kepada BN boleh membina masa depan mereka. Pemimpin-pemimpin BN dan UMNO masih diyakini. Tidakkah majoriti pemimpin BN dan UMNO ini berasal dari kampung-kampung tradisi.
1 comment:
Asalnya FELDA juga bergitu tetapi bila diberi fokus meluas oleh pembangkang dan akhirnya kerajaan menyedari kepentingannya, maka jadilah anak emas. Golongan FELDA sekarang menikmatinya seperti layanan BN terhadap golongan cina..
Mungkin idea ini membuka ruang dan peluang untuk orang kampung dan masyarakat luar bandar untuk mendapat pembelaan..
Post a Comment