Fakta Laporan Bank Dunia:
- Lebih sejuta rakyat Malaysia bekerja di luar negara
- Polisi DEB dan pasca DEB punca "Brain Drain" dan kurang pelaburan FDI
- Majoriti "Brain Drain" adalah kaum Cina
- 385,979 rakyat Malaysia migrate ke Singapura
Ini hasil dari survey online Bank Dunia bersama Universiti Harvard dengan menanya pendapat 200 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.
Bank Dunia menyalahkan dasar DEB dan pasca DEB yang tidak meritokrasi , rasis dan tidak berdasarkan polisi keperluan affirmatif. Bukan Melayu tidak dapat akses biasiswa kerajaan.
Bank dunia mengatakan ini punca "brain drain" dan pertumbuhan ekonomi jatuh kepada 4.6% dari pertumbuhan 7% hingga 8%. Bank Dunia membandingkan Singapura yang keluar dari Malaysia pada tahun 1965 sekarang ini mengalami pertumbuhan ekonomi 5.7% dan menarik minat rakyat Malaysia migrate ke Singapura.
Bank Dunia seterusnya mengatakan jika Malaysia tiru Singapura dengan polisi persaingan memandu inovasi, produktiviti dan inklusif maka Malaysia boleh menarik 5 kali ganda FDI.
WZWH ingin bertanya Bank Dunia semasa dasar DEB dilancarkan pada tahun 1970 hingga 1990 dan dasar pasca DEB dari 1990 hingga 1998, Malaysia telah mengalami pertumbuhan ekonomi secara pesat sekitar average 8%. Adakah DEB punca pertumbuhan ekonomi Malaysia berkembang naik secara konsisten.
Memang survey Bank Dunia dan Universiti Harvard ditanya kepada 200 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara majoritinya kaum Cina. Mereka ini belajar di luar negara atas belanja keluarga dan bantuan Dewan Perniagaan Cina serta biasiswa dari universiti luar negara.
Ekonomi Malaysia dikuasai lebih 80% kaum Cina. Ekonomi SME dikuasai oleh peniaga dari keluarga Cina. Dewan Perniagaan Cina membantu pelajar Cina yang mahu belajar keluar negara. Bank-bank komersial Malaysia turut menawarkan pinjaman.
Ini semua adalah hasil negara yang aman, stabil dan dasar-dasar negara yang kondusif kepada komuniti perniagaan. Erti kata lain dasar DEB turut menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Malaysia.
WZWH beri contoh semasa WZWH belajar di UK pada lewat tahun 1980an nisbah pelajar yang ditaja oleh kerajaan Malaysia jika pelajar tajaan berjumlah 5000 pelajar Melayu di seluruh dunia, ada lebih 50,000 pelajar bukan Melayu di luar negara yang tidak ditaja kerajaan Malaysia!
Kerajaan Malaysia tidak dapat membantu semua pelajar Cina yang memiliki kelebihan sokongan dari komuniti mereka, maka tidak salah jika kerajaan membantu pelajar Bumiputera yang kekurangan dana dan sokongan komuniti.
Terdapat lain faktor yang turut membantu "brain drain" seperti tawaran gaji lebih besar dan prospek kareer yang lebih luas ini adalah kerana ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah lebih besar.
Jangan bandingkan ekonomi Malaysia dengan ekonomi Singapura. Singapura adalah "city state". Jerantut sahaja keluasannya 12 kali ganda lebih besar dari Singapura!
Laporan Bank Dunia mengatakan punca "brain drain" adalah sebab dasar DEB dan affirmatif yang lain , kenapa negatif?
1 comment:
Xpe. Kalau DEB menyebabkan Malaysia lambat mengalami sasaran Wawasan 2020 or pelbagai target lagi bagi kawan itu tiada masalah biar lambat asalkan saksama.
Kawan pun hasil produk DEB. Kalau tiada DEB, kawan rasa kawan masih pergi memotong getah di ladang.
Dewasa kini, kerajaan terutamanya UMNO melihat seolah-olah orang Melayu banyak mempertikaikan konsep DEB. Sebenarnya orang /melayu tidak pernah mempertikaikan peluang sebegitu cuma mereka melihat sekarang kaedah pelaksanaan dan pembahagian peluang itu sudah berat sebelah.
Sebagai contoh, kemasukan pelajar ke SBP. Matlamat asalnya untuk membantu anak miskin yang agak berjaya dalam peperiksaan supaya dikumpul dan diberi tumpuan untuk lebih berjaya. Menang itu hasilnya sekarang..Tetapi malangnya SBP ini nampaknya sudah dipenuhi dengan anak2 orang kaya dan yang lebih malang lagi yang keputusan entah apa-apa tetapi disebabkan anak orang kenamaan, ruang juga diberikan.
Itu baru satu faktor. Banyak lagi faktor yang orang Melayu tengok UMNO bukan sebagai pelindung mereka masakini.
Lantas PKR dan PAS mengambil ruang dan peluang untuk bersama rakyat memperjuangkan nasib mereka..
Post a Comment