Wednesday, April 20, 2011

Kenapa PM Dan MB Pahang Tidak Berminat Melawat Ulu Tembeling?

Ihsan gambar dari blog Pahangku.

Ramai orang Ulu Tembeling dan Jerantut bertanya WZWH kenapa PM dan MB Pahang tidak berminat melawat Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang.

Bila WZWH fikir betul juga selepas DS Najib naik makam politik menjadi PM beliau tidak pernah melawat Ulu  Tembeling. Walaupun semasa PRU 12, beliau pernah berjanji mahu melawat DUN Tahan semasa pilihanraya.

MB Pahang, DSD Adnan Yaakob pun sudah lama tidak menjengok orang Ulu Tembeling mungkin sudah lebih 5 tahun.

Yang rajin melawat ialah Tuanku Sultan Pahang berangkat mencemar duli baik sebelum dan selepas pilihanraya. Tengku Mahkota Pahang pun sanggup ambil inisiatif beradu di Ulu Tembeling selama 3 hari 2 malam pada tahun 2010.

Pada tahun lepas Presiden PAS Hadi Awang bersama rombongan "kabinet bayangan PAS" baik peringkat pusat dan negeri datang melawat penduduk Ulu Tembeling. Walaupun Hadi Awang bukan Perdana Menteri dan MB yang boleh meluluskan  peruntukan namun kedatangan rombongan ahli-ahli politik PAS dialu-alukan oleh penduduk Ulu Tembeling.

DS Najib suka melawat bandar-bandar besar, pusat-pusat  industri, sering ke luar negara untuk umumkan GTP, ETP, pelaburan-pelaburan, ECER, NCER berbilion-bilion. Ini baik untuk ekonomi negara.

DS Najib pun suka melawat komuniti Cina dan sekolah Cina dan "generous" memberi peruntukan beratus-ratus juta. Ini bagus orang Cina suka. Ini semangat 1Malaysia.

WZWH cakap kedua-dua pemimpin besar kita ini sangat sibuk mentadbir dan mengurus negara dan negeri.  Walaupun mereka sibuk namun ramai Menteri, Timbalan Menteri, KSU, Timbalan KSU dan Pegawai Tinggi kementerian yang berkaitan datang meninjau perkembangan projek-projek pembangunan Ulu Tembeling.

Mungkin tidak ada jemputan dari kepimpinan UMNO Bahagaian Jerantut atau dari ahli parlimen dan ADUN-ADUN Jerantut. Macammana pemimpin besar dan agong kita mahu turun.

WZWH tambah lagi tidak penting untuk PM dan MB Pahang turun melawat Ulu Tembeling. Yang paling penting luluskan dan segerakan projek-projek pembangunan seperti:

  1. Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1 dan fasa 2
  2. Projek Felcra Ulu Tembeling
  3. Projek-projek  Pembesaran Kampung
  4. Projek-projek Tanah Kelompok
  5. Projek-projek  infrastruktur dari pusat
Ada ahli ekonomi kata jika jalan Ulu Tembeling boleh terus disambung ke Kampung Pasir Raja (Terengganu) maka lebih banyak pembangunan ekonomi diperbesarkan untuk memajukan region tersebut.

5 comments:

Anonymous said...

MB dan PM dah tau bahawa orang orang di dun tahan,khusus nya di pendalaman hulu tembeling juga pesisir lembah tembeling, semua budor budor belaka, cerdik c kit jer dari hok duduk belah hilir kumil tu jer, 50 tahun lebih di biarkan macam sekarang ne pun maseh memangkah bn, itu menandakan bahawa urrang huluq menerima keadaan seadanya sampai bila bila. itu dalam tangkapan kerpala hotak pemimpin atasan kita.

jika nak rasa perubahan mendadak, cuba kitaq pada pru 13 ne untuk semua dun dan parlimen beri jer pada pembangkang, kita tengok nanti apa perubahan akan berlaku darri segi pembangunan, sekarang pun kita tak dapat apa pun seperti urrang luar dah dapat dah 50 tahun bn memerintah, kita beri ke pembangkang; kita dah tau tak dapat apa. TETAPI KITA TAU JIKA BN NAK AMBIK BALIK DIA AKAN BERI KITA APA YANG KITA TAK PERNAH DAPAT DULU.

Anonymous said...

Salam bro..usah risau..PM dan MB sentiasa mengikuti perkembangan DUN TAHAN tu...bukankah..YB Tahan sekarang ni terlalu 'hebat'..hari-hari dapat 'panggilan' atau menghantar lapuran kepada PM atau MB..mua...mua...mua...

Nantilah..masa WZWH jadi YB nanti jenuh pulak lah orang di ulu tu nak melayan PM dan MB...yang mungkin tiap-tiap minggu nak mengeteh kat sinu...Mua..mua..mua..!!

Anonymous said...

tunggu ada pilihan raya la..baru pm ngan mb turun..itu pn nk tanye ke..umno mmg cmtu..

Anonymous said...

bila dun tahan meninggal ke, atau kena tangkap di SPRM ke, atau kena saman lebih 2000 ke, atau kena penjara lebih 2 tahun ke, ada PRK, baru la MB, PM turun berkempen. Projek turun mencurah2. Amin

dobit127 said...

Salam..
kawan setuju bebenor dengan telahan WZWH ni. Biar PM or MB tak turun tapi yang turun peruntukan atu yang lebih penting duit untuk membuat pelbagai prjek infranstruktur asas.
Dalam banyak projek, sambungan jalan sehingga Kg Raja, Terengganu merupakan projek yang sepatutnya diberi keutamaan. Jika ia terjadi maka, ia akan jadi jalan alternatif untuk ke Terengganu tanpa melalui tol. Perjalanan pun lebih singkat berbanding lalu di Kuantan. Sudah tentu keperluan jalan Kg Pagi perlu dibuat dahulu, tetapi alang-alang sudah dirancang infranstruktur itu, maka boleh dicadngkan secara serius penyambungan itu..

Baru orang Jerantut tahu rupanya dah terang hutan di tengah DUN Tahan itu.. Apasal yer...Ye ker...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024