Hidroelektrik dam Sungai Tekai berpotensi membekalkan 300 MW.
Pada posting lepas WZWH sudah terangkan bencana loji nuklear Fukushima telah buat rakyat Malaysia fobia dengan tenaga nuklear. Ini sudah jadi hal persepsi bukan teknikal.
Menyedari perancangan loji tenaga nuklear akan menghadapi halangan dan tentangan rakyat maka industri tenaga Malaysia mahu hidupkan kembali pelan pembekalan tenaga hidro dari Sarawak ke Semenanjung. TNB sudah menyatakan hasrat.
TNB monopoli sektor tenaga negara tidak tahan dengan cabaran kenaikan harga arang batu dan rezab gas yang menyusut. Arang batu dan minyak menyumbang 95% sumber tenaga. Tenaga Hidro hanya 5% sahaja.
TNB mahu meneruskan projek kabel bawah laut yang telah diumumkan pada tahun 2009. Projek-projek hidroelektrik Sarawak berpotensi membekal 28,000 MW. Hidroelektrik Bakun 2,400 MW hanya untuk kegunaan Sarawak sahaja.
WZWH tidak nampak projek kabel dasar laut membekalkan elektrik dari Sarawak ke Semenanjung satu yang praktikal kerana jarak yang jauh dan Malaysia tiada pengalaman dalam kejuruteraan ini. Kosnya mungkin meningkat lebih daripada RM6 bilion.
Kabel dasar laut ini akan terdedah kepada beberapa risiko tinggi samada bencana alam seperti gempabumi bawah laut atau pun tsunami. Mungkin elemen sabotaj dari negara asing perlu diambilkira.
WZWH berpendapat kos RM6 bilion itu elok dibuat 2 atau 3 buah hidrolektrik dam lagi. Di Jerantut umpamanya projek hidroelektrik Sungai Tekai yang telah dicadangkan oleh Pemuda UMNO Bahagian Jerantut perlu dipercepatkan proses kelulusannya. Hidroelektrik dam Sungai Tekai mampu mengeluarkan tenaga elektrik 300 MW.
Program SREP diharap dapat membekalkan tenaga antara 10-30 MW.
Beberapa cadangan SREP-Small Renewable Energy Program iaitu mini hidro yang boleh menghasilkan antara 10 ke 30 MW sebuah perlu juga TNB dan Suruhanjaya Tenaga beri penekanan. Ada banyak lokasi potensi SREP di Pahang.
TNB perlu memikirkan semula samada projek kabel bawah laut RM6 bilion membekalkan tenaga elektrik 28,000 MW dari Sarawak ke Semenanjung berbaloi atau tidak.
Pilihan loji tenaga nuklear adalah satu yang tidak boleh ditinggalkan terus cuma persepsi rakyat terhadap ketakutan tentang apa-apa nuklear perlu diberi penjelasan dan maklumat serta pengetahuan,
1 comment:
Penekanan WZWH ini terhadap penmbinaan empagan Sg Tekai yang bermula sejak mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian tahun 2009 ini diteruskan lagi di sini.
Ratyat tahu negara ini memerlukan pembekal tenaga elektrik untuk memenuhi keperluan mereka di masa hadapan. Bekalan sedia ada mungkin akan digunakan dengan lebih mahal sejajar dengan kenaikan harga bahan mentah yang digunakan untuk memproses loji pemprosesan seperti arang batu dan gas asli.
Rakyat bagi kawan tiada maslah untuk menerima konsep pembukaan kawasan baru tetapi biarlah berpada dan memenuhi piawaian yang bertaraf antarabangsa bukannya piawaian Malaysia. Kenapa bukan piawaian Malaysia?.. Takut menjadi seperti projek-projek lain. Masalah pelepasan karbon, penerokaan tidak terkawal dan pemberian kontrak kepada hanya pihak-pihak tertentu sedikit sebanyak mengurangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Oleh itu, mulakan usaha menggerak tanap mengabaikan isi hati rakyat..
Post a Comment