Tun Mahathir PM selama 22 tahun pernah menangis mengenangkan nasib tidak boleh mengubah sikap dan budaya orang Melayu. YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan hanya perlu merenung jauh memikirkan bagaimana mahu membangunkan DUN Tahan. Beliau tidak perlu menangis seperti Tun Mahathir kerana belum sampai sepenggal menjadi YB ADUN Tahan jika mahu mengubah mentaliti dan mindset orang Tembeling terutamanya.
Berikut jawapan dan penjelasan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak berkenaan isu tergempar undi tidak percaya kepada ADUN Tahan dalam mesyuarat UMNO cawangan Kuala Tahan.
Adun Tahan Masih Bertahan Dan Terus Bertahan Demi Masa Depan Rakyat
Salam semua penduduk Dun Tahan dan penyokong yang saya kasihi sekalian, ada berita yang telah disebarkan bahawa ADUN Tahan telah dikenakan Undi Tidak Percaya, itu hanya satu fitnah....... ianya bermula dari mesyuarat UMNO cawangan Kuala Tahan,yang telah disuarakan oleh sdr Roslan @ Atan kepada rasa tidak puas hati dan marah beliau kepada ADUN Tahan, namun ianya telah berakhir dengan cadangan untuk membantu menyelesaikan masalah yang telah puluhan tahun tidak selesai...... Atan@ Roslan tidak berhasrat untuk membincangkan usul itu tetapi telah menyatakan jika tidak dapat diselesaikan jangan sampai beliau membuat undi tidak percaya, belum pun sempat habis beliau berucap usul itu diluluskan dan kini terus dihebohkan lagi.
Perkara ini timbul kerana salah faham dan salah maklumat sahaja ianya tidak dirancang ataupun bukan bertujuan untuk mengugut sesiapa tetapi ialah luahan hati seorang saudara kepada saudaranya yang dilihat tidak ambil peduli, nak bermanjalah maksudnya.
Saya juga telah menjelaskan bahawa kemarahan itu ujud dari rasa tak puas hati berasaskan fakta yang salah, tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepada saya selaku ADUN adalah tidak benar,saya dikatakan telah merampas tanah rakyat di Kuala Tahan, sila buktikan saya akan serahkan balik jika ada,,,,,,.......isu tanah yang diluluskan kepada PSK (PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN) seluas 700 ekar pada tahun 2006 saya masih belum menjadi wakil rakyat lagiiiii.....Felda Herba Kini Jadi Rebar saya yang pikul.
Saya telah memberikan penjelasan kepada mereka dan penerangan apakah yang dirancang untuk mereka, dalam penjelasan itu mereka sudah faham dan jelas dengan apa yang kita rancangkan dan sedang lakukan untuk penduduk dan rakyat di DUN Tahan.
Malahan saya telah jelaskan kepada mereka saya sedang menyusun lot-lot tapak rumah untuk diagihkan kepada penduduk seluas 6000 kaki setiap lot dan berharap ianya dapat persetujuan Kerajaan Negeri, tujuan cadangan ini dilakukan ialah kerana saya sedar dan tahu isu di Kuala Tahan, penduduk mahukan tanah tapak rumah kerana ada dikalangan mereka bergantung dan menumpang dirumah keluarga apa asasnya ialah kerana pihak kerajaan melalui Felcra gagal membina keseluruhan rumah Felcra Tembeling Tengah sebagai mana yang telah dijanjikan pada tahun 2004, lebih kurang 250 unit rumah tidak dibina oleh Felcra sedangkan Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah untuk cadangan tersebut.
Kenapa rumah Felcra Tembeling Tengah sangat penting, kerana keseluruhan penduduk yang berada di Kuala Tahan ini tidak mempunyai rumah bagi golongan muda, perkara ini telah dinyatakan kepada YAB Menteri Besar semasa dialog pada tahun 2006( perkara ini telah dibangkitkan oleh Ali Asra Kepada YAB Menteri Besar Pahang) untuk menyegerakan pembinaan rumah bagi golongan muda.
Pihak kerajaan melalui Pejabat Tanah dan Daerah telah meluluskan tapak cadangan perumahan seluas 25 ekar di Kampung Padang bagi tujuan pembinaan rumah murah oleh Jabatan Perumahan Negara namun hingga kini masih tiada jawapannya bilakah ianya akan dibina.
2 Rancangan Tanah Kelompok Kampung Kuala Tahan dan Kampung Tuit telah dirancang untuk mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri setiap peserta diberikan kelulusan seluas 0.899 hektar bersamaan dengan 2 ekar setiap lot untuk penduduk Kampung Padang dan Kuala Tahan secara amnya dan DUN Tahan secara khususnya kini sedang dalam proses hampir 400 peserta akan dapat peluang ini.
Isu penduduk Kampung Gol ialah RTK Kampung Gol, sedang dalam proses untuk kelulusan oleh pihak Kerajaan Negeri semua nama peserta yang dicadangkan oleh Ketua Kampung (Nordin bin Samad) telah diangkat untuk pengesahan MMK(Majlis Mesyuarat Kerajaan) tiada satu pun nama yang dicadangkan dipotong atau ditinggalkan.
Hanya kini isu ini diputar belitkan oleh pihak pihak yang tidak bertanggung jawab kerana kepentingan politik sempit mereka, percayalah jika kita sentiasa bersangka buruk kepada orang lain kita sentiasa akan mendapat perkara yang buruk, jangan hanya kita lihat Kuala Tahan sahaja yang susah semua penduduk di pendalaman Hulu Tembeling juga susah tetapi kini kita sama sama atasinya dan berdoa apa yang dirancang menjadi kenyataan, hanya dengan pertolongan dan pertimbangan terbaik daripada YAB Dato Sri diRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob dan Barisan Exco kerajaan Negeri ianya akan menjadi lebih cepat dan mudah insyaallah.....
19 comments:
Semoga apa yang diusahakan akan berjaya dan dihajati tercapai. kalaulah boleh bangsa kita nih beradap dalam melahirkan pendapat alangkah baiknya... moga kuala tahan dan kawasan sekitar akan terus maju dan membangun untuk kesinambungan generasi seterusnya. kita nih ada masanya perlulah berhenti sekejap dan lihat balik pada diri sendiri sebelum sembarangan menuduh orang..takut ada yang terlepas.. ruginya puak2 kita juga nanti. geng tok4 tuh bawa la berehat dulu, bagi ruang YB kita bukti niat beliau...pastu baru la pikirkan betul ke tidak ke baik ke buruk kerrr....
alhamdulillah..semuanya hampir selesai. apa yang penting kita kena ingat, dalam membangunkan negara, negeri, daerah dan kampung, kerjasama dan toleransi menjadi asas yang utama dan sangat penting. tiada yang kuat dan tiada yang lemah dalam dunia ni. semua pendapat dan setiap nyawa harus di ambil kira. jadikan ini sebagai pengajaran agar pisang tidak bebuah 2 kali.
mane 'katak-katak anons' suma yang pandai berbunyi??masuk la comment ni jawab? dasar politik pandir, x sekolah..bila jawab dengan fakta dan penjelasan, suma diam,tuli,pekak, x pandai lak nk berkokok?dalam ni bole kompom yg komen negatif pun org umno yg busuk hati pd yb tahan,bukan org pas atau pembangkang pun...brader,takat cerita busuk(w/pun lu ahli umno),bukan utk kemajuan masyarakat,lu kasi kerat,buang n bagi makan hanjing laa lu nyer k**e bro..!pemunoh umno je ,anons yg dalam ni..puki semua...
Salam..bila WZWH sebut tentang lot2 dan tanah untuk perumahan terutamanya generasi kedua khasnya pemuda UMNO... Teringat kawan sewaktu pergi ke mesyuarat Pemuda Bahagian tahun 2009. WZWH sibuk masa tu membentangkan projek empangan sg Tekai.. Dalam ucapan perasmian mesyuarat, Dato' Wan ada menyebut tentang iltizamnya untuk membangunkan projek lot dan perumahan kepada Pemuda di setiap DUN...
Sekarang nampaknya tidak settle lagi... Janji Dato' sebelum pilihanraya umum akan datang boleh diselesaikan.. Mungkin masalah dan kekangan birokrasi menjadi halangan... Tapi seperti kes Undi tak percaya, benda sebesar itu dianggap remeh.. ambillah iktibar kejadian itu.
Salam tuan WZWH & Sema2...,
Isu Hangat Kuala Tahan: Jawapan ADUN Tahan
Beginilah Banir nak cakap mudah2 pasal politik ni... Banir bukan orang politik. Bab politik ni, musim orang berlumba dengan habuan, kena bagi mereka betul2 faham. Bukan cakap mengenai projek yang menguntungkan rakyat. Orang nak tahu berapa % pemimpin dapat. Khas bagi anak2 muda dan yang berkeluarga yang tak ada punca pencarian. Minta jangan disekat rezeki mereka. Cakap pasal musim mesyuarat, hasil mesyurat diperingkat AJK JKKK, Exco, Bahagian, Cawangan jangan menjadi rahsia. Semasa mesyuarat perwakilan, perkara tersebut jangan dirahsiakan. Bagi tahu secara adil. Jangan hanya bercakap, pohon itu, mereka dah setuju, kemudian dah ambil tindakan. Bila masa lulusnya tunggu penggal ke dua PRU akan datang. Ini rakyat tidak mahu dengar. Bagilah fakta yang jelas dan tepat.
P5B. Masih tunggu perbincangan khas.
wan amizan kena pulak undi tak percaya sebagai timbalan ketua bahagian dari cawangan Batu ! di Dun Damak.
jawab yg ni pulak wan zamzuri dan al pungkori. mcm mana lah nak jawab yang di dun damak ni pulak.hehehehe.
mampus gitu je al dompoki. merompak harta rakyat kuat sangat
biar betullll! kenapa dun damak sibuk sibuk pula ni..ni masalah dun tahan, kau orang jgn lah campur..bodohhhh! arrrggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! peninnggggggggggggggggggg akuuu!
anon di atas, tak kesah lah dari mana undi tak percaya di buat, bukan khas dari dun tahan saja, kan dompok tu timbilan ketua umno bahagian jerantut,merangkap ketua pemuda bahagian, bukan timbalan ketua bahagiam tahan, bodoor........
khas untuk wz,seingat kome dun tahan ni wakil rakyat tak ada dari keturunan wan,tak tau la sebelum arwah pn kamariah dulu dun tembeling rasanye cikgu armia, lepas tu datok bazain lepas tu chu rahimah pas tu ust malik mat jafar semua tak ada nama bermula dgn wan,rakyat pun tak marah sbb diaorg ni tak memungkor dan tak rampas tanah penduduk kampung,dapat ke dompok jadi yb tahan semua barang di dalam tahan jadi tak tahan,soal pembangunan ke dun tahan siapa memerintah pun dia kena bawak kemajuan,bukan nye dompok je pandai,dan kome tak rugi la kalau tak dapat org mcm dompok ni jd yb tahan,dapat ke wz pulak jadi punahsihat lagi harubiru halbun blaka,orang kampung semua dah tau la wz...tak payah nak angkat2 la ke dompok,org kotahan semua tak pandang dah ke dompok tu,ada la sorang bedua je yg duk membodek lagi tu pun untuk mendapatkan prjek je,kesimpulanye..kome dah tak nak ber yb dari golongan dan kalangan cik wan,bagi sekejap tak sampai sepenggal wan dompok bukan setakat dia nak merintah di dun tahan saja,dia merintah sampai amerika india n thailand,kalau dia lagi calun dun tahan kome rela pati lain memerintah di dun tahan ape nak jd jd la kome x peduli ,sudah la wz org jrt sume sudah tau malah satu negeri pahang sudah tau hentam tanah rakyat ribu2 ekar dari batu balai sampai ulu tembeling,mmg la nama dia tak ada,tp kroni2 dia la guna nama je,brenti jd yb,semua tu pulang balik ke dia.jerantut ni kecik la wz,pooorrrraahhhhhhhhh la lu
Salam Anon 10:28,
Anon boleh buat senarai tanah-tanah yang Anon dakwa itu dan report kepada SPRM. Good luck WZWH ucapkan. Sila Anon cepat-cepat buat demikian OK.
salamAnom10:28,semua bekas-bekas adun yg saudara nyatakan diatas tu semuanya makan gaji buta aje di dun tahan.mereka langsung tak bawa projek mega di dun tahan.datang ke dun tahan masa pilihan raya aje.pastu batang hidung pun tak nampak.Y.B apa maknanya tu.menyusahkan rakyat aje.UMNO tak akan kalah di Dun tahan selagi Dato Wan Amizan sebagai calon Barisan Nasional di Dun Tahan.wasallam.
salam ekp.yb2 dulu pun bnyak jasa,datok bzain cu rahimah n mat jaafar,tapi x nye buat keje mcm dompok 2 sampai nak jadi jembalang tanah n koron,sampai hak rakyat pun dia nak rampas,malas la cerita banyak,eloknye biar la dia btanding sepengal lagi,senang kome nak humban kesungai
takde masalah..kita sama2 la mandi sungai..
setakat ni takde calon yang layak untuk bertanding di dun tahan selain Dato Wan Amizan..kalau nak tengok bendera PKR berkibar di Dun Tahan letak lah calon lain pada PRU 13 nanti.
hahahahahaha.....kalau wan mizan masih calun di DUN Tahan, boleh laa tengok bendera PKR berkibar....
hahahahahaha.....kalau wan mizan masih calun di DUN Tahan, boleh laa tengok bendera PKR berkibar....
kata nak bagi anak tempatan. bila borang keluar, tetiba jer kata kami tak layak!!! tapi yang lebih memilukan tu, boleh pulak DIA jual borang tu kat orang luar... lebih memedihkan .... orang luar tu.. orang bujangggg!!!!!!! aaaahhhh!!!!
padan muka deme!aku org jengka12,bini aku org sg retang.dompok srp pun x lulus tau.
SPRM pun x leh pakai....
Post a Comment