Sunday, April 17, 2011

Thorium Logam Mineral Masa Depan Dan Selamat















Thorium adalah logam mineral dari "rare earth"-di panggil bumi nadir yang mahu dibuat loji pemprosesan thorium terbesar di dunia di Gebeng Kuantan. Projek ini telah menjadi modal pembangkang untuk mempengaruhi rakyat menentang kerajaan bina projek bernilai RM1.3 bilion dengan pendapatan eksport RM8 bilion setahun dan memerlukan 5000 pekerja.

Ketika ini China merupakan pengeluar thorium terbesar dunia menguasai 95% pasaran dunia. Jika loji thorium Gebeng berjaya siap dibina, Malaysia akan menguasai 1/3 pasaran dunia.

Pembangkang melalui ahli parlimen Kuantan (PKR), Fuziah Salleh telah berkempen bahawa projek itu merbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk berdekatan. Liputan media banyak memberi gambaran salah tentang bahaya thorium.

Masalahnya mereka yang memberi pendapat ini bukan lah pakar. Kebanyakannya ahli politik yang tidak dapat maklumat sepenuhnya. Hinggakan YB Pang Tsu Ming, ADUN Semambu (BN) telah terpengaruh dengan kempen ini dan mencadangkan supaya kerajaan menarik balik kelulusan projek loji thorium Gebeng ini dalam sidang dewan DUN Pahang baru-baru ini.

WZWH hari ini berkesempatan berjumpa dengan Anthony MacGhill seorang pakar mineralogi dan uranium dari Australia. Beliau berpengalaman lebih 50 dalam di dalam bidang perlombongan. Beliau pernah bekerja dengan kerajaan Australia, menjadi penasihat kepada Kementerian Mineral dan Perlombongan Australia, konsultan kepada beberapa syarikat perlombongan Australia dan profesor mineralogi di beberapa universiti termasuk di Australia dan China.

Beliau berkata thorium itu logam tidak merbahaya. Tiada "chain reaction" hanya "chemical reaction" yang biasa sahaja. Beliau pernah membawa logam plutonium dalam poketnya sahaja. Beliau pernah membelah kristal uranium yang pada beliau sangat cantik, lutcahaya berwarna hijau.

Jangan dengar kata ahli politik pembangkang dan media yang laporan mereka bersifat "rubbish"-sampah. Mereka tidak tahu apa yang mereka perkatakan. Saya seorang yang sangat berpengalaman dan pakar dalam bidang mineral ini.

Beliau merujuk kepada media New York Times yang ada menyentuh tentang risiko loji pemprosesan thorium di Gebeng, Kuantan.















Berikut perbincangan WZWH dengan Anthony MacGhill :

WZWH: Apa pendapat tuan tentang bencana loji nuklear Fukushima?

MacGhill: Pereka Jepun telah membina loji nuklear dengan baik. Kita kena ambil kira berapa tinggi tsunami yang melanda pantai timur Jepun itu. Ketinggian lebih 10 meter dengan kelajuan lebih 1000 km/jam telah memusnahkan dinding loji. Loji itu tidak terus meletup. kegagalan sistem coolant akibat terputusnya bekalan elektrik telah menyebabkan reaktor panas dan berlaku letupan. Bencana semulajadi  alam yang menyebabkan krisis nuklear itu.

WZWH: Bagaimana bencana nuklear di Chernobyl? Boleh tuan terangkan?

MacGhill: Rekabentuk loji nuklear Chernobyl adalah dari generasi pertama yang sememangnya menjadi percubaan jurutera dan saintis Rusia. Kegagalan Rusia mengesan rekabentuk yang perlu diupgradekan dan teknologi ketinggalan zaman telah menyebabkan berlakunya kebocoran. Hanya 60 orang yang mati akibat dari bencana itu yang majoriti terdiri dari orang tua. Dunia nuklear sekarang ada teknologi terbaru.

WZWH: Akhir sekali apa pendapat tuan tentang cadangan kerajaan Malaysia mahu bina loji tenaga nuklear?

MacGhill: Itu satu cadangan yang baik. Teknologi nuklear lebih murah, cekap dan berkesan. Bersih kepada alam sekitar. Akan datang dunia akan menghadapi krisis tenaga. Malaysia perlu bersedia ke arah itu. Australia adalah negara punyai deposit uranium terbesar dunia namun rakyat Australia pun berfikiran konservatif.

Demikianlah perbincangan WZWH dengan pakar mineralogi dari Australia ini.

Rakyat Malaysia perlu dengar pandangan pakar. Jangan dengar cakap ahli politik yang sememangnya suka membangkang apa jua perancangan baik kerajaan dan menghasut rakyat menentang kerajaan. Betul juga kata MB Pahang DSD Adnan Yaakob- elok tutup saja semua kilang chemical di industri Gebeng itu yang pembangkang mahu. Tidakkah akan menjerit lebih 20,000 pekerja kilang di Gebeng nanti!

18 comments:

wan amizan said...

salam WZWH,awak mengambarkan betapa hebatnya penasihat perlombongan dari Australia ini pernahkah awak tanya kenapa kerajaan Australia tidak bina loji batu jarang di Negara mereka? apakah faktor keselamatan atau faktor keuntungan dan kos? kini isunya sudah diputar belitkan oleh pihak yang tidak bertangung jawab so rakyat ditakutkan dengan fakta yang salah sedangkan kita patut rujuk berapakah kadar kematian pekerja loji batu jarang ini diCalifornia USA yang menjadi pengeluar kedua terbesar selepas Negara China,batu jarang ini telah diproses semenjak tahun 1950an tiada cerita kesan rediasi seperti yang cuba digambarkan oleh pihak yang berniat jahat mengalih isu sebenar dan cuba untuk menjadi juara rakyat kepada isu tanpa fakta yang benar batu jarang adalah galian masa hadapan.

Anonymous said...

Uish bos bahan blogger upahannya sendiri! Zurik, x best la awk x mengarut, ni cerita berat2 ni surang je kumen campur akuq duek, baik ong ngarut sbb bakal ong sebagai tukang karut xdek tulok banding, ong lyk jd maharaja pungkor!

Anonymous said...

Bakat oi bukan bakal, suri typo

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam YB Dato' Wan Amizan,
China’s bid to gain control of the world’s richest rare earth deposit in 2009 was blocked by Australia’s Foreign Investment Review Board on concern it would threaten supply to non-Chinese buyers.

Even without Lynas, China controls more than 95 percent of the world’s supply of rare earths, used in Research in Motion Ltd.’s BlackBerrys, Apple Inc.’s iPods and General Dynamics Corp. tanks. In 2010, China said it would slash exports of the metals, souring ties with major users including the U.S. and Japan and causing prices to surge.

China invested $26.6 billion in Australia in 2008-09, according to the review board’s annual report, the most recent available. That put China second only to the U.S. as the largest source of foreign investment in Australia.

Japanese trading house Sojitz Corp. and Lynas agreed in November to seek as much as $250 million to double the capacity of the Mount Weld mine, Lynas said. Sojitz will request financing from the Japan Oil, Gas and Metals National Corp., a government agency.

Lynas will allocate at least 8,500 tons a year to the Japanese market for 10 years, once the funding is secured. Japan is the world’s biggest consumer of rare earths and the second- biggest buyer of Australia’s commodity exports.

U.S. officials and lawmakers began calling for development of domestic rare-earth supplies after China’s July announcement.

Ringkas cerita Australia dan Amerika Syarikat tidak mahu China monopoli bekalan "rare earth" (batu jarang). Ini politik ekonomi dunia melibatkan China, Australia, Jepun dan Amerika Syarikat.

Australia mahu lokasi di Gebeng Kuantan sebagai loji pemprosesan batu jarang terbesar di dunia. Tidak salah untuk kerajaan Pahang mengambil peluang pelaburan ini. Loji Gebeng boleh membekalkan 1/3 batu jarang dunia.

Jika loji pemprosesan batu jarang ini tidak cukup lagi kita boleh negotiate dengan Lynas supaya bina loji batu jarang yang lebih besar lagi di Jerantut.

Anonymous said...

rupanye zuri ni tengah buat urusniaga projek batu jarang dengan mat salleh tu, kaya la ong zuri,tp keluar la zakat weh jangan lupeee

Anonymous said...

Reti ke wan mizan tu skeping london, dia tu tingkatan dua jer

Anonymous said...

Sapa kata Wan MIzan sekolah tingkatan dua aje? dia tak habis pun sekolah darjah 6 pun

Anonymous said...

Sakam tuan WZWH & Sema2...,

Thorium Logam Mineral Masa Depan Dan Selamat

Surile, nak sampuk gatek. Itulah kita ni minda masih lagi dijajah. Bukan tak nakkan kemajuan... Bila ada orang luar (loklok macam2 mat sallehlah) yang kita belum tahu apa latar belakang sebenar. Buleh jadi betoi dia saintis terkenal kalau mereka masuk Malaysia dengan pasport A/B, mereka bukan PTI. Kita kena tarik perhatian sedikit, orang Melayu ni bila dia jumpa dengan mat saleh (mulalah perkataan "sir" "tuan", "mr", "miss") mereka itu semua betoi, kekadang mereka ini, menggunakan perkataan "Student" @ pelajar. Walaupun mereka tu tua bagaikan nak mampus - kila kita pergi jauh sedikit - bukan siasat (mereka ni adalah pegawai perisik dari negara tertentu dan diupah oleh blok2 tertentu) - maaf bukan gedeber. Banir percaya siapa2 pun bila bertemu dengan mat saleh tidak pernah menyelidik ini, hatta tak lihat pun pasport mereka termasuk tuan WZWH.

Pang5 Banir, bukan mengajar siapa2 sekadar renungan.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Pang5 Banir,
Terima kasih beri komen dan pandangan menarik. Perjumpaan WZWH dengan Mat Salleh ini bukan perjumpaan biasa kita jumpa pelancung. WZWH ada business meeting dengan Mat Salleh ini yang merupakan pakar konsultan. Tidak perlu WZWH cerita lebih..orang Jerantut akan kata pungkar juga. Biarkan...

Anonymous said...

SALAM,
ANON 11.35 TU SEBENARNYA DUDUK BAWAH KETIAK ...........(MUSUH TEGAR WAN AMIZAN)
SEBAB TU LAH DIA HANYA NAMPAK BULU KETIAK TUAN NYA.DIA TAK NAMPAK DAH BENDA LAIN.MAKLUMLAH MINDA NYA DAH DI IKAT DATUK KETIAK.

RENTAKA PUAKA:

BIAR AKU JADI PUAKA DARIPADA MENJADI MANUSIA YANG PENUH DENGKI DAN PRASANGKA.

Anonymous said...

samalah puaka dengan pendengki dan prangsangka, dua dua masuk neraka.

Anonymous said...

salam,
anon 2.01,puaka aku puaka beriman,tak macam awak,biawak pasir.heheheheheheheh!

Anonymous said...

kih kih kih ..... zuri dan wan amizan buat bisness utk pocket sendiri tapi semua bisness dia akan disandarkan sebagai projek utk rakyat kononnya ... kih kih macam org tak tahu .......

Anonymous said...

puaka beriman tengkorak hotak awak, tuk awak yang ngajar awak mengatakan puaka beriman, macam tu ke, sama sama masuk dot dot dot wahai rentakan puaka neraka.

Living Seed said...

Benefits and challenges

A 2005 report by the International Atomic Energy Agency discusses potential benefits along with the challenges of thorium reactors According to Australian science writer Tim Dean, "thorium promises what uranium never delivered: abundant, safe and clean energy – and a way to burn up old radioactive waste."With a thorium nuclear reactor, Dean stresses a number of added benefits: there is no possibility of a meltdown, it generates power inexpensively, it does not produce weapons-grade by-products, and will burn up existing high-level waste as well as nuclear weapon stockpiles. Ambrose Evans-Pritchard, of the British Daily Telegraph, suggests that "Obama could kill fossil fuels overnight with a nuclear dash for thorium," and could put "an end to our dependence on fossil fuels within three to five years." He also points out that "China is leading the way" with its own "dash for thorium," which it announced in March 2011. India has also made thorium based nuclear reactors a priority with its focus on developing fast breeder technology.

Some benefits of thorium fuel when compared with uranium were summarized as follows:

Weapons-grade fissionable material (233U) is harder to retrieve safely and clandestinely from a thorium reactor;
Thorium produces 10 to 10,000 times less long-lived radioactive waste;
Thorium comes out of the ground as a 100% pure, usable isotope, which does not require enrichment, whereas natural uranium contains only 0.7% fissionable U-235;
Thorium cannot sustain a nuclear chain reaction without priming,so fission stops by default.

However, unlike uranium-based breeder reactors, thorium requires a start-up by neutrons from a uranium reactor. But experts note that "the second thorium reactor may activate a third thorium reactor. This could continue in a chain of reactors for a millennium if we so choose." They add that because of thorium's abundance, it will not be exhausted in 1,000 years.

The Thorium Energy Alliance (TEA), an educational advocacy organization, emphasizes that "there is enough thorium in the United States alone to power the country at its current energy level for over 1,000 years." Reducing coal as an energy source, according to science expert Lester R. Brown of The Earth Policy Institute in Washington DC, would significantly reduce medical costs from breathing coal pollutants. Brown estimates that coal-related deaths and diseases are currently costing the U.S. up to $160 billion annually."

Living Seed said...

Dangers and biological roles

Powdered thorium metal is pyrophoric and will often ignite spontaneously in air. Natural thorium decays very slowly compared to many other radioactive materials, and the alpha radiation emitted cannot penetrate human skin meaning owning and handling small amounts of thorium, such as a gas mantle, is considered safe. The decay of thorium does, however, create radon gas so caution should be exercised when thorium decays in closed spaces. Exposure to an aerosol of thorium can lead to increased risk of cancers of the lung, pancreas and blood, as lungs and other internal organs can be penetrated by alpha radiation. Exposure to thorium internally leads to increased risk of liver diseases.

The element has no known biological role.

Anonymous said...

begini aje lah, kalau tak mau usaha2 meningkatkan bekalan tenaga di malaysia dilakukan, rakyat malaysia perlu akur dengan krisis tenaga dan wajib membayar harga tinggi untuk minyak, bil elektrik dan barang2 harian..tidak ada apa pun yang free dalam dunia ini..setiap usaha yang dibuat mesti ada risiko, kerajaan cuba sedaya upaya kurangkan risiko..bukan hanya tau cakap macam pemimpin pas dan pkr - sorry to say, ketua pembangkang pon ijazah third class macam mana nak pimpin negara???

Anonymous said...

penjualan batu tu kena lah peraturan dan tujuan batu iti dijual.kaji peratus keluasan tanah,pernigaan tu bagu dan boleh di kaji.yang mulut longkang yang bnyak kutuk tu...dato seri wan amizan tu ,kalau ko bukan ke kelulusan dari harvard atau oxford takyah coment pi panjat pokok je lah.hahahahah

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...