Saturday, April 16, 2011

Nasihat YBM Tengku Azlan Kepada WZWH

YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut sedang memberi nasihat dan "panduan berblog" kepada WZWH mengikut kehendak beliau.

Disebelah beliau ialah Wan Shamsuri Wan Jalil, AJK UMNO Bahagian Jerantut, pengusaha hotel resort yang berjaya di Kuala Tahan. Beliau seorang tokoh DUN Tahan yang disenangi ramai.

Sebelum 14 April 2011 keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Pahang mencemar duli ke Kuala Tahan, pada sebelah malamnya 13 April 2011 ramai pemimpin UMNO Bahagian Jerantut dan pegawai tinggi kerajaan telah berkumpul di Kuala Tahan bagi memastikan pelancaran majlis esok hari berjalan lancar.

Satu perjumpaan eksklusif bersama YBM Tengku Azlan dengan pemimpin akar umbi Kuala Tahan dan Tembeling Tengah secara tertutup telah diadakan. ADUN Tahan telah dimaklum pada saat akhir. Ringkas cerita YBM Tengku Azlan berjaya meleraikan isu orang Kuala Tahan dan ADUN Tahan. Itu kelebihan YBM Tengku Azlan tokoh pendamai Jerantut.

WZWH sampai lewat dari Kuantan ke Kuala Tahan pada jam 11.30 malam. Majlis dailog sudah baru selesai. WZWH pun bersalaman dengan semua orang. YBM Tengku Azlan  gembira melihat kedatangan WZWH.

YBM Tengku Azlan telah memberi nasihat kepada WZWH tentang apa yang patut diblog dan apa yang tidak patut. Jangan cerita hal dalaman kepada orang luar. Jangan buat kecoh lagi. Dalam politik jangan cari banyak musuh. Dalam politik kena cari ramai kawan. "Saya sendiri pun takut hendak bertanding parlimen Jerantut lagi bimbang kalah". Kita kena pandai tarik rambut dalam tepung". 

Dalam hati WZWH banyak benda nak perjelaskan untuk menjawab apa rasional WZWH berblog. Tapi WZWH dibesarkan dalam tradisi keluarga bila bercakap dengan Raja atau anak Raja kita kena jawap "Tuanku atau Ku... Maka secara spontan jawab WZWH "Ku...Ku...Ku..."

WZWH yang dieducated di United Kingdom yang biasa dengan aproach "straight to the point" pemikiran cakap dengan bebas jika kita fikir itu yang sesuai terpaksa tunduk dengan nilai ajaran keluarga.

Sebelum YBM Tengku Azlan berangkat pulang, beliau masih lagi mengulangi nasihat yang sama kepada WZWH di tangga hotel sambil menepuk bahu WZWH.

WZWH akui YBM Tengku Azlan sebenarnya orang lama berpolitik. Beliau sebelum masuk UMNO telah lama berpolitik dalam parti Semangat 46. Beliau masak dengan sepak terajang politik. Beliau sebenarnya tahu apa yang berlaku dalam politik Jerantut seperti sekilas pandang  pada anak sungai sudah tahu jantan atau betina anak-anak ikan yang berkeliaran!


Tuanku Sultan Pahang sangat prihatin kepada permasalahan rakyatnya terutama di DUN Tahan Jerantut. Tuanku sangat tajam derianya. Tuanku tahu apa perkembangan yang berlaku di bawah.

Temenggong Pahang adalah anak raja yang walaupun sangat muda tetapi mempunyai inisiatif untuk bangunkan kampung dan alam sekitar melalui Inisiatif Temenggong-NGO Alam Sekitar



Barisan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang diterajui oleh YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak punyai visi dan misi untuk memajukan Jerantut dan kawasan pedalaman Ulu Tembeling khasnya.

Ahli-ahli UMNO dan Rakyat Jerantut perlu menyokong usaha murni kedua-dua pemimpin ini.

20 comments:

Anonymous said...

YASOK TURKEY KUALA TAHAN.....NASIHAT SAYA PADA WZWH....YANG KERUH SUDAH DIJERNIHKAN JANGAN KERUHKAN LAGI...SAMA-SAMA KITA BERJUANG UNTUK MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN PENGUNDI DUN TAHAN KEPADA...BARISAN NATIONAL..TERIMA KASIH KEPADA DATO MIZAN MEMPERSEMBAHKAN PERMASALAHAN PENDUDUK KUALA TAHAN KEPADA BAGINDA SULTAN..........HIDUP WAN MIZAN HIDUP UMNO.

ady kp said...

amin....

Anonymous said...

Syukur kepada Allah swt, kpd wzwh, bagi aku baru setahun jagung dalam politik jerantut, refer ngna boss dulu sebelum keluarkan sesuatu dalam blog!!!

Anonymous said...

Syukur kepada Allah swt, kpd wzwh, bagi aku baru setahun jagung dalam politik jerantut, refer ngna boss dulu sebelum keluarkan sesuatu dalam blog!!!

Anonymous said...

YASOK TURKEY....KUALA TAHAN...KHAS UNTUK DATO MIZAN........SAYA HARAP DATANGLAH KE KUALA TAHAN KITA MINUM SAMA-SAMA JALINKAN KEMESRAAN MACAM DULU-DULU....ADIK BERADIK NI SENANG
JAGA DONT WORRY BE HAPPY......BOSS........TEA TARIK SATU

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam semua,
Terima kasih WZWH ucapkan kepada nasihat dan teguran anda semua. Tahniah kepada Tok Empat Kuala Tahan Ali Asra yang berjaya mengumpul ramai orang Kuala Tahan dan menguruskan majlis Keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Pahang, DYMM Sultanah Pahang dan YAM Tengku Ariff Temenggong Pahang. Semoga jasa baik dan keperihatinan Tuanku boleh memakmurkan Kuala Tahan.

sakai gol said...

tok4 k,tahan je ke?tok4 kg aku xnk taniah ke?jangan pandang hina kt tok4 kg aku wzwh dia pun hebat juga,ada company besar juga, jangan pandang xada mata.

sakai gol said...

tok4 k,tahan je ke?tok4 kg aku xnk taniah ke?jangan pandang hina kt tok4 kg aku wzwh dia pun hebat juga,ada company besar juga, jangan pandang xada mata.

sakai gol said...

tok4 k,tahan je ke?tok4 kg aku xnk taniah ke?jangan pandang hina kt tok4 kg aku wzwh dia pun hebat juga,ada company besar juga, jangan pandang xada mata.

sakai gol said...

tok4 k,tahan je ke?tok4 kg aku xnk taniah ke?jangan pandang hina kt tok4 kg aku wzwh dia pun hebat juga,ada company besar juga, jangan pandang xada mata.

sakai gol said...

tok4 k,tahan je ke?tok4 kg aku xnk taniah ke?jangan pandang hina kt tok4 kg aku wzwh dia pun hebat juga,ada company besar juga, jangan pandang xada mata.

sakai gol said...

TOK4 KG AKU PUN HEBAT,wzwh dapat nasihat tengku azlan TOK4 kg aku dapat nasihat dr,SUKRI gan nik buih,dato wan bakar gelaran TOK MUDA.
abu ledir.hebat kan TOK4 aku.

Anonymous said...

suburkn blog ini dgn fitnah, dh rupa tenuk blog ni

pukor hilir said...

XADA ANGIN XKAN POKOK BERGOYANG,DAH KEJADIAN ALAM.ADA TELIGA PASANG2 ADA MULUT BERKATA2 ADA MATA MELIHAT2...SAPE YG MAKAN CILI TERASA LA PEDAS NYE.FITNAH APABILA KENA KEDIA XPERCAYE BILA PERKARA ITU DUSTA.MACAM2 LAA2 KAN KAN KAN KAN WZWH

GERSANG GIRL said...

tahan tenok berupa....yg menulis x bernama APA KE CERITA?

Anonymous said...

Diharap WZWH jangan melayan komen2 yang tak membina seperti anon-anon di atas.
Tumpukan kepada pembangunan dan kemajuan politik Jerantut.
Anon-anon di atas adalah geng2 jahat.

Anonymous said...

Menda la wzwh boleh buat nk tumpu pembangunan jerantut, cikgu cabuk jer

pukor hilir said...

kadang2 ada bagus juga wzwh ni,cerita dia menbuat org lagi suka berpolitek apa org jerantut x tahu dia kasi tahu,dia ada tokoh apa tuk di calon kan sebagai YB pedidikan dia tggi.

Exco Kanan Pemuda said...

Anom-anom semua..Fikirlah,lihat,baca dan teliti apa yang dituliskan didalam blog wzwh.Pandangan saya hanya satu.Beliau adalah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang inginkan Parti UMNO yang MENDOMINASI politik Negara dan kerajaan selama puluhan tahun ini terus kekal untuk selama-lamanya.WZWH jangan anda mengalah dengan penulisan anom-anom yang tidak berpendidikan.akal fikiran mereka terlalu cetek.politik mereka hanya sepintas lalu.anggap lah mereka seperti bayi yang baru pandai menangis.Teruskan Usaha Anda demi UMNO dan BANGSA MELAYU.

Anonymous said...

salam ekp, yang baik kita akan sokong, tak payah menjadi tok imam atau ustaz untuk menilai yang baik atau buruk, tak payah bersekolah tinggi untuk menilai itu semua, ALLAH kurnia kita OTAK, buat nilaian berpandukan hukum alllah, alalah juga menberi Otak kepada beruk dan lain2, tetapi berbeda dengan manusia kerana manusia mempunyai fikirian untuk menilai apa yang buruk dan apa yang baik, tapi beruk ada otak juga tapi tidak bisa menilai cuma, secara fitrah atau semula jadi kitaran hidupnya sama.

oleh kerana kita sama2 ada otak pilih lah nak ikut yang buruk kita maseh kata kan baik, yang baik kita katakan buruk, berpijaklah di bunyi nyata, bahawa kita bukan nabi, akui lah kesilapan kita dan perbaiki lah kelemahan yang kita sendiri lakukan.

INGAT SAUDARA, YANG CANTIK, YANG SEMPURNA ITU SEMUANYA DATANGNYA DARI ALLAH SWT DAN YANG SILAP DAN TAK BAIK ITU ADALAH DARI KELEMAHAN DIRI KITA SENDIRI. WALAHHUALAM,,,,,

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024