Sarawak adalah negeri terbesar dalam Malaysia dengan lebih 30 etnik kaum. Untuk memahami sokongan setiap etnik ini perlu kita melihat impirikal analisis bagi meramal parti mana yang menang pada 16 April nanti. Ramalan dengan angka terperinci akan dipaparkan nanti pada 12 April kerana kita perlu meneliti perjalanan kempen pilihanraya nanti.
Sejak Pilihanraya Umum tahun 2008, kita telah membuat sebanyak dua belas ramalan pilihanraya kecil dari awal 2009 hingga kini dan sebelas daripadanya terbukti tepat. Semua ramalan terdahulu boleh disemak melalui archive pada blog Dah Ikhwan.
Semua ramalan kita telah dibuat dengan meneliti sentimen terkini bagi setiap kaum yang besar di negara ini dan ini dipadankan dengan suasana dalam setiap kawasan pilihanraya. Faktor lain juga diambilkira, seperti kekukuhan kedudukan parti dan calon dalam setiap kawasan berkenaan.
Bagi Ramalan untuk Negeri Sarawak, kita perlu meneliti sentimen Kaum Melayu/Islam, Dayak dan Cina, iaitu tiga kategori kaum yang menduduki negeri tersebut.Kaedah regression analysis telah digunakan meliputi angka keputusan pilihanraya dihampir semua kawasan DUN pada Pilihanraya Negeri tahun 2006. Hasilnya menunjukkan seramai 77% dari jumlah pengundi Melayu dan Melanau telah mengundi BN, berbanding dengan 67% pengundi Dayak dan 40% pengundi Cina.
Baru baru ini ada hanya dua pilihanraya kecil (PRK) di Sarawak, kedua duanya menunjukkan sentimen setiap kaum tidak banyak berganjak dalam kawasan kawasan Pilihanraya ini berbanding suasana dalam tahun 2006 atau tahun 2008.
Dengan angka angka PRK baru baru ini di seluruh Negara, termasuk di Sarawak, bolehlah dirumuskan BN masih lagi mendapat sokongan teguh dari masyarakat Melayu/Melanau melebihi 75%, dan sokongan kira kira 40% dari masyarakat Cina.
Bagi masyarakat Dayak pula. tanda tanda awal juga menunjukkan sokongan teguh tetap wujud untuk Barisan Nasional, berpandukan PRK di Batang Ai dan Sibu. Faktor faktor positif lain ialah, parti parti komponan BN telah lama bertapak dan sebagai penyandang kerusi di kawasan Dayak secara berterusan. Selain itu, polisi dan program Kerajaan Negeri telah banyak memberi faedah untuk kaum Dayak, seperti Program Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), termasuk Projek Projek SALCRA.
Perlu diingatkan, kaum Dayak, Melayu dan Melanau, kesemuanya mendapat fa’edah daripada Dasar Ekonomi Baru, seperti penempatan dalam Pusat Pengajian Tinggi Awam, peluang pekerjaan dalam Kerajaan dan GLC, seperti PETRONAS, MAS, TELEKOM dsb. Selain itu masa depan anak anak Bumiputera juga terjamin dengan adanya Biasiswa Kerajaan.
Bagaimanapun, dijangka Pakatan Rakyat akan tetap memberi fokus kepada isu tanah NCR kerana wujud beberapa pertikaian setempat diantara beberapa penghuni rumah panjang dengan Syarikat syarikat ladang yang beroperasi berhampiran.
Mereka dijangka mengambil kesempatan dengan isu kitab agama Kristian berbahasa Melayu. Beberapa isu lama berkaitan masyarakat Cina banyak telah ditangani oleh Perdana Menteri dan YAB Ketua Menteri. Isu tentang kedudukan Ketua Menteri sendiripun dijangka kurang kesannya kini setelah Pehin Seri sendiri beberapa kali menyatakan hasrat beliau hendak bersara selepas pilihanraya ini nanti.
Perlu diingatkan hanya masyarakat Cina sahaja yang majoritinya memihak kepada DAP. Undi mereka di Sarawak nampaknya selari dengan keadaan di Semenanjung seperti disaksikan sejak Pilihanraya Negeri tahun 2006. Bagaimanapun, dengan dasar 1 Malaysia kerajaan Malaysia, ingin kita lihat setakat mana BN dapat menambat hati kaum Cina.
Tidak dinafikan dasar 1 Malaysia pasti ada impaknya, jika tidak dari segi politik tetapi dari segi sosialnya. Ini sememangnya wujud sejak sebelum Malaysia lagi. Semangat toleransi kaum di sini amat tinggi, malah lebih daripada itu masyarakat di Sarawak bebas berinteraksi tidak mengira kaum. Perkara perkara yang sensitif di Semenanjung seperti isu kalimah Allah, Bible berbahasa Malaysia, Melayu murtad, bukanlah isu yang menganggu umat Islam di negeri ini, dan nampaknya begitu juga umat Kristian.
Bagi orang Islam mereka tidak nampak pihak Gereja boleh menjadi satu ancaman pada hal sejarah interaksi yang harmonis antara pihak Gereja dengan Masyarakat Islam wujud begitu lama sejak sebelum Malaysia lagi. Sehingga kini tidak pernah kita dengar kes murtad berlaku di kalangan masyarakat Melayu.
Keadaan sosial di Sarawak juga sedikit sebanyaknya dipengaruhi oleh trend politik di sini, hasil kebijaksanaan pemimpin pemimpin terdahulu, terutamanya Tun Abdul Razak. Dengan memberi restu kepada parti parti tempatan di Sarawak dan Sabah menyertai Barisan Nasional, rakyat di negeri negeri Borneo diberi autonomi menjaga kepenting masyarakat masyarakat tempatan, seperti memastikan tanah Hak Adat Bumiputera terus wujud dan dimajukan, sekolah sekolah Cina terus berkembang dan dibantu kerajaan dan undang undang immigresyen dan undang undang peluang perkejaan terus melindungi hak penduduk tempatan.
Sekiranya Sarawak tidak di perintah oleh parti parti komponen BN dari Sarawak, maka kepentingan kaum kaum di Sarawak pasti terabai.
Bagaimanapun, wujud beberapa kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti tipis kurang daripada 1000 undi dalam pilihanraya negeri yang lepas. Kawasan kawasan ini kini menjadi perhatian dan pertarungan sengit dijangka akan berlaku termasuk kawasan kawasan berikut: Sadong Jaya (N.20), Beting Maro (N.24), Saribas (N.30) , Repok (N.39), Dudong (N.46), Pelawan (N.48), Belaga (N.57) dan Ba’Kelalan (N.70). Penamaan calon baru di beberapa kawasan ini menjadi corak pengundian sukar diramal, kerana seseorang calon baru tidak mampu menyumbang undi atas kekuatan peribadi nanti. Bagaimanapun, BN nampaknya cukup yakin dan berhati hati memilih calon baru hanya dari kalangan yang boleh menang.
Namun ada juga kawasan dimiliki Pakatan Pembangkang seperti N. 12 Kota Sentosa ( 77% pengundi Cina) yang di menanginya dengan majoriti sebanyak 531 undi sahaja. Calon BN En. Alfred Yap yang pernah mewakili kawasan ini terdahulu,dikhabarkan telah terus berusaha selama lima tahun ini untuk merebut kembali kawasan ini.Tidak mustahil satu kejutan memihak kepada BN berlaku di sini.
Di Kawasan Padungan (N.9) yang di sandang oleh Dominique NG (PKR) pula bertanding tiga penjuru diantara Dominique Ng (Bebas), berentap dengan calon DAP dan BN. Dominic bertindak bertanding dengan tiket Bebas kerana tidak dicalonkan semula oleh PKR. Tidak mustahil jika BN juga berjaya merebut kembali kawasan ini.
Di kawasan N. 10 Pending pula, penyandang kerusi Violet Yong dari DAP bertanding dua penjuru melawan Professor Dr. Sim Kui Hian (BN) . Ramai kawan Cina yang saya hubungi memberi harapan cerah kepada BN memandangkan latar belakang keluarga beliau. Bapa beliau, mendiang Sim Kheng Hong adalah bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak
Pertandingan sengit dijangka di kawasan N.70 Ba’Kelalan dimana pemimpin negeri PKR Baru Bian berentap dua penjuru melawan BN. Baru Bian hanya kalah sejumlah 475 undi dalam pilihanraya tahun 2006.
Keadaan di Beting Maro (N.24) dimana PAS berentap menentang BN dilaporkan sangat genting bagi BN. Di sini BN perlu memfokus perhatian menarik sokongan terutama dari kalangan penyokong bekas wakil DUN di kawasan tersebut. BN menang dengan majoriti 895 undi sahaja dalam pilihanraya negeri lepas. Kawasan ini mempunyai jumlah penggundi yang kecil dan difahamkan PAS telah lama mengatur strategi jangka panjang di sini.
Di Kawasan N.20 Sadong Jaya dimana calon muka baru dari BN bertanding melawan Calon PAS dan seorang calon Bebas juga memerlukan perhatian. Majoriti diperolehi dalam pilihanraya lepas hanya 858. Seperti di Beting Maro, PAS juga sudah lama berminat dengan kawasan ini.
Di Kawasan Saribas (N.30), pertandingan satu lawn satu antara BN dengan PKR, keadaan juga memerlukan perhatian khas dari BN. Dalam pilihanraya tahun 2006, BN hanya memenangi kawasan ini dengan majoriti 94 undi.
Di N.43 Ngemah BN telah kalah ditangan calon penyandang kerusi Bebas sejumlah 549 undi sahaja dalam pilihanraya lepas. Kali ini ada kemungkinan BN boleh menang di sini setidak tidaknya kerana perpecahan undi pembangkang antara PKR dan SNAP dan ketiadaan calon penyandang.
Di Belaga pula besar kemungkinan penyandang satu Penggal En. Liwan Lagang dari BN akan menang, kerana advantage kepada penyandang dan perpechan undi pembangkang diantara PKR dan SNAP.
7 comments:
saudara tak perlu lah cerita pilihanraya sarawak ini. tak sedap nak baca. saudara cerita hal jerantut sudah lah.
cerita hal org DUN TAHAN....yg pandir nya lantik org mcm tu jd YB ngape...
Pemuda UMNO Jerantut...pirahhh..
tahniah wzwh, penasihat politik dun tahan yg hebat.. politik serawak dia pun tahu juga.. politik dun tahan yg kelam kabut ni macam mana??
WZWH ni banyak membaca...x mcm Anon 7.45 am..pandir...otak letak dlm kasut....
Cukup..cukup...banyak kan ingat ALLAH..cukup lah menabur fitnah dan mengadu domba....
PRU 13 ni kita pakat pangkah PR..
senang cerita...
Salam.
Dalam hal ehwal Pilihanraya DUN Sarawak kali ini, banyak yang menjangkakan BN akan mudah memenangi majoriti 2/3 . Itu tidak apat disangkal lagi baik di pihak BN mahupun calnon2 penentang samada pakatan rakyat atau bebas.
Cuma yang perlu dititikberatkan adalah jumlah kerusi yang dahulunya dimenangi oleh lawan. Adakah akan bertambah kerusi ataupun BN akan bergiat untuk mengambil kembali kerusi-kerusi yang tewas pilihanraya 2006 lalu.
Isu-isu yang dimainkan nampakanya tidak sebesar mana walaupun bagi orang Semenanjung agak besar seperti temph lama bg KM, isu tanah adat dan beberapa isu sampingan lain...
Usah risau BN tetap akan memegang DUN Sarawak..
Post a Comment