Friday, April 8, 2011

Wacana Perubahan Dan Penstrukturan Semula DUN Tahan Menuju Wawasan 2020


Sudah beratus-ratus posting WZWH membincangkan politik pembangunan DUN Tahan. Ada diantara cadangan-cadangan pembangunan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dengan segera. Ada yang mengambil masa 5 tahun dan ada juga mungkin lebih dari 10 tahun.

Dalam masa kita mengharapkan komitmen kerajaan BN yang dipimpin oleh anak jati Pahang DS Najib, kita juga mahu penglibatan yang menggalakkan dan meluas dari pihak swasta. Ahli ekonomi mengatakan DUN Tahan adalah lombong emas umpamanya.

Dengan modal yang dikeluarkan oleh kerajaan dan swasta diharap lambakan modal mencurah-mencurah ke DUN Tahan dapat menganti masa 50 tahun DUN Tahan ketinggalan dari arus pembangunan perdana.

Wawasan 2020 mahu lihat Malaysia menjadi negara maju dalam acuan sendiri. Ya Kuala Lumpur dan bandar-bandar tetap dan hari-hari semakin maju. Bagaimana dengan kawasan luar bandar pedalaman seperti DUN Tahan.

WZWH mahu dengar pandangan orang DUN Tahan dan orang Jerantut apa yang sebenarnya mereka mahu. Apa perubahan dan penstrukturan semula DUN Tahan menuju Wawasan 2020 mengikut kemahuan dan terma orang DUN Tahan sendiri.

Ringkas kata apa dia ekonomi orang kampung yang sebenarnya. Apa kehendak-kehendak pengundi DUN Tahan. Ini kena luahkan supaya kerajaan lebih tahu dan memahami serta ADUN Tahan boleh bertindak dengan lebih cekap dan berkesan.

Usul undi tidak percaya kepada ADUN Tahan di mesyuarat UMNO cawangan bukan jawapan dan caranya.

Kita orang DUN Tahan perlu melahirkan kehendak-kehendak kita dengan lebih struktural dan konkrit. 

Orang DUN Tahan perlu bentangkan perubahan dan penstrukturan semula DUN Tahan menuju Wawasan 2020.

15 comments:

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM....

WAN ZURIK!!... APA PUNYA BUDO ONG NI.... ONG PUN URAGG DUN TAHAN DAN SEPATUTNYA APA YANG URAGG DUN TAHAN NOK DAH ADA DALAM KEPALA UTOK ONG TU... BUAT APA TANYA LAGI.ONG TENGOK SENDIRI APA DIA PRUJEK-PRUJEK YANG GUN (URANG PULITIK) BUAT YANG DAPAT MENINGKATKAN TARAF EKONOMI URANGG DUN TAHAN.TADOK LALUQ.... HORK ADA PRUJEK UNTUK MEMBESARKAN TEMBOLOK KRONI-KRONI GUN AJE........KERAJAAN BN MEMPERKENALKAN PRUJEK "1 KAMPUNG 1 INDUSTRI" UNTUK MEMBANTU MENINGKATKAN EKONOMI URAGG KAMPUNG.ADA GUN URAGG PULITIK DI DUN TAHAN NI BUAT.PRUJEK INDUSTRI APA GUN LAKSANAKAN???.....
LU FIKIRLAH SENDIRI..........

LABU OH LABU KG.LABU!!

Peminat Dato Wan.. said...

Kepada Pengundi DUN TAHAN..anda semua perlu bijak menilai siapa yang layak untuk kita undi dalam PRU 13 nanti..

Dato YB Tahan sekarang..Bukan anak Jati DUN TAHAN..beliau ahli dan ketua umno cawangan Jengka 12 dalam DUN PUlau Tawar...jadi kita bagi lah peluang kepada anak jati DUN TAHAN..boleh gitu...

Apakata kalau WZWH kita angkat jadi YB kita..dia ada rupa..hensom..dia ada pelajaran..cerdik..dia ada keluarga bahagia...bini se...kalau nak banding dengan ajk umno yang ada sekarang..memang dia memenuhi kretaria yang PM kita nak...ke guana..setuju ke cadangan kas nih...

Anonymous said...

Maaf, wan zuri tak layak jadi YB. jadi penasihat politik Dato Wan Mizan pun dah haru biru.... kas tak setuju weh..

PENGUNDI HANTU... said...

LOORRR...MAT NYE TAK MINAT??..KAS SOKONG PEMINAT DATO'WAN...YB SEKARANG NI DAH TERLALU HURU HARA DUN TAHAN TU...
KITA CUBA WZWH PULAK...LETAK DIA KAT PARLIMEN PUN TAK PA...KITA PAKAT SOKONG LAH YEK...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10:39-Cadangan gun itu betul "satu kampung satu industri. Molek amat

Salam Anon 10:42-Anon salah fakta, YB Dato' Wan Amizan lahir di Kampung Paya Koran Jong Berlaboh Tembeling Tengah. Beliau mengikut arwah ayahandanya Wan Razak ke Felda Jengka 12 dan dibesarkan di Jengka 12. Tetapi selalu WZWH jumpa masa dia kecil dulu di Kampung Jong Berlaboh. Beliau paling ramai sedara di DUN Tahan baik yang Wan dan bukan Wan.

Kepada Anon-Anon semua WZWH tidak layak untuk dipertimbangkan dan tidak mampu seperti carakerja YB Dato' Wan Amizan. Biarlah kekal sebagai penasihat politik dan ekonomi. Terima kasih semua.

Anonymous said...

Wzwh, awk mmg x lyk sbb awk gila, ada keturunan gila meroyan

Peminat WZWH.. said...

Anon 3.01PM..tak baik nya u ni...i sokong sgt kalu WZWH jd YB kita...
i tau lah dia sapa..best tau..!!

Anonymous said...

Dpt la kita yb gila babi n meroyan

Anonymous said...

Setuju amak oiii dengan wzwh jadi yb dun tahan, dia ni pandai, pelajaran tinggi melangit..kita kena sukung wzwh jadi yb dun tahan

Anonymous said...

wan zurik,kami sukung wan zurik jadi y.b kami.

-orang asli kg kucing

Anonymous said...

ha ha ha ha, yg kata sukung tu zuri sendiri, dh x ada cara lain nk popularkan diri, walaupun ada pelajaran kualiti wan mizan dgn zuri mcm langit dengan bumi

Anonymous said...

undi tak pcaya senyap je? mana lagi nak buat? aku nak tahu tu je.

Exco Kanan Pemuda said...

Saya amat menyokong pemimpin yang berkebolahan dan berpendidikan.sebagai contohnya WZWH ni.Rela dicaci dan dihina demi mempertahankan Umno terus berkuasa diDun Tahan dan di Parlimen Jerantut.Ini lah contoh anak bangsa melayu yang mengenal budi dan kepayahan pemimpin-pemimpin terdahulu.Dengan ilmu dan pelajaran yang beliau ada,beliau gunakan untuk meraih dan menyedarkan rakyat Jerantut bertapa pentingnya UMMO untuk rakyat jerantut.kehadiran beliau banyak mewarnai politik jerantut.

ikan puyu said...

sgt bersetuju dgn EKP.
marilah kita sama-sama perbetulkan keadaan.jernihkan keadaan yg hampir keruh ini.sy pasti anon2 di atas pastinya org2 UMNO.tidak ada maknanya kita berkelahi di sini sekadar membuat dosa dgn fitnah2 yg melampau2..tuduhan2 palsu..

Anonymous said...

aku umno..tapi rasanya pas lg suci berpolitik.aku muda lagi, bru blajar mengundi. kawan aku ramai yg tk suka.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024