Wednesday, April 27, 2011

Selepas Besi, Jerantut Akan Dilimpahi Kemakmuran Emas


Negeri WZWH ini dulu sejarahnya kaya dengan emas. Pada masa itu Pahang merupakan salah sebuah negeri di Tanah Melayu terkenal dengan penghasilan emas. Beberapa kurun yang lalu, di Selinsing, yang terletak berdekatan dengan Sungai Jelai di Pahang, bekas-bekas lombong emas yang dikerjakan oleh orang Melayu masih jelas kelihatan. 

Emas yang dilombong di Pahang pada masa itu telah diberi kepada orang-orang Siam sebagai ufti. Sebenarnya emas telah dilombong lebih awal daripada penghijrahan orang Siam ke Pahang. Daripada bukti-bukti kemahiran teknik, menunjukkan alat-alat perlombongan itu telah digunakan oleh penghijrah bangsa Mon di Pahang, sejak tujuh atau lapan abad yang lampau. Di sini terbukti bahawa perlombongan emas di negeri Pahang mula-mula sekali dijalankan oleh orang-orang Mon.

Kemasyhoran Pahang sebagai pengeluar emas telah diperkatakan oleh beberapa orang penulis. Salah seorang daripadanya ialah seorang ahli sejarah, yang bernama Tun Seri Lanang yang mengatakan:

Shahdan, maka diceterakan oleh orang yang empunya cetera, ada di dalam Negeri Pahang itu sebuah negeri, Pure namanya. Air sungainya tohor. dengan pasirnya terlalu baik, airnya tawar datang ke laut. Dan ada emas urai di sana, dengan padangnya amat luas.

Kenyataan yang lebih jelas mengenai kekayaan emas di Pahang ialah Iaporan daripada seorang penulis Portugis, Manoel Golindho de Eredia (lebih kurang tahun 1600), dalam satu report yang bertajuk: ‘A Report Upon de Aurie Khersonese.yang berbunyi:

Pan (Pahang) was the second seat of the Malay Empire and situated in the east coast of the Peninsula at three degrees North Latitude, and no less frequented by merchants because of its gold mines, for it posseses the largest and finest in Malay Peninsula, from whence we may presume it was this gold that formed the ancient trade of Alexandria or Cairo, etc... thus the lands of the district and jurisdiction of Pan are all lands of gold as a great quantity is found in rugged passes and steep quarries, which gold is taken to Malacca for sale. So much so that the King of Pan sent as a present from Adea (Endau) a beautiful piece of gold stone two and a half cubits in length, to the Captain and Governor of Malacca, Joao de Silva, who, amazed at the sight of the gold, ordered it to be broken and there we found a vein of gold a yard in width, as is well known to those of that time, it having happened in the year 1586.

Pada zaman British emas dilombong di daerah Lipis dan Raub. Di Jerantut terutama di DUN Tahan ada tempat yang mempunyai taburan emas. Tetapi oleh kerana masalah pengangkutan, teknologi mesin dan hutan yang tebal pelombong Inggeris tidak merasakan perlombongan emas itu berbaloi.

WZWH dengar cerita dari orang tua-tua bahawa di Sungai Kembir Ulu Tembeling ada emas. Zaman dulu orang Siam melombong di situ tetapi kaedah yang digunakan adalah tradisional dengan melampan dan mendulang.

WZWH masih ingat lagi masa kecil dulu ada seorang datuk sedara WZWH, Arwah Wan Sulaiman ke hulu ke hilir membawa surat SKC lombong emasnya di Sungai Kembir dengan bangganya menceritakan bahawa dia dapat lombong emas tapi tidak sempat mengusahakannya secara komersial semasa hayatnya.

Ulu Tembeling punyai beribu-ribu hektar kawasan potensi melombong emas. Pernah semasa menaiki helikopter terbang meninjau Ulu Tembeling, seorang pelombong emas dari Australia dengan mengunakan pengesan "gold detector" begitu teruja bila mendapati ada kawasan yang ada banyak taburan emas.

Cuma pelombong Australia ini mengeluh," How we are going to transport these golds!" I can bring heavy machines but this transportation problems really costs much". WZWH hanya senyum sambil berkata dalam hati "I know how to solve these problems".

Beribu-ribu hektar lombong emas berpotensi di Ulu Tembeling perlu diterokai untuk memajukan ekonomi DUN Tahan dan Jerantut. Peluang pekerjaan, tempat maju dan memberi pendapatan kepada negeri Pahang.

Selepas Jerantut bertambah sibuk dengan kegiatan melombong besi kini Jerantut akan dilimpahi kemakmuran emas.

Kerajaan Pahang menerima royalti sehingga RM130 juta setahun hasil perlombongan emas daripada empat syarikat yang beroperasi di negeri itu. Royalti yang diterima itu merupakan lima peratus daripada hasil pendapatan kasar dua syarikat perlombongan emas di Lipis dan masing-masing satu di Rompin dan Raub.

Walaupun royalti yang diterima itu tidak besar tetapi kewujudan aktiviti melombong emas di Pahang telah memberikan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan. Kerajaan Negeri Pahang juga mahu menggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat lain untuk datang melabur ke Pahang dengan hanya mengambil royalti sebanyak lima peratus,”

Sumber kekayaan hasil mineral dan bukan mineral Negeri Pahang masih belum diteroka sepenuhnya. Jabatan Mineral dan Geosains Pahang menganggarkan deposit hasil mineral dalam negeri ini, sekiranya diusahasilkan secara cekap, boleh mendatangkan pendapatan sebanyak RM530 juta setahun. 

Walau bagaimanapun, Kerajaan amat prihatin bahawa aktiviti perlombongan akan memberikan kesan negatif kepada alam sekitar dan manusia kecuali aktiviti tersebut dikawalselia dengan kemas dan teratur. Bagi mempastikan aktiviti perlombongan diusaha secara mapan, Kerajaan telah menguatkuasakan Enakmen Mineral 2001. Undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan adalah untuk mempastikan pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar dilaksanakan secara amat teliti demi kepentingan manusia dan kehidupan lain. Dibawah Enakmen Mineral 2001, Tabung Pemuliharaan Lombong diwujudkan bagi mempastikan semua tanah bekas lombong dipulihkan semula selepas digunakan.

15 comments:

Anonymous said...

tuan sebenarnya saya dan ayah saya dah usahakan kecil kecilan melombong emas ni...lokasinya saya akan beritahu kelak...berbagai tanggapan org kampung kpd keluarga kami yg mengatakan kami pemalas...alhamdulillah berkat usaha gigih kami sekeluarga kami dah pasarkan lebih kurang 700kg emas dlm masa 8 tahun. tuan cuba kira kalau 1 gram = rm 109.00 berapa kami dpt? kami x mahu menunjuk-nunjuk. kami beli hartanah di petaling jaya dan kami berpura hidup merempat di kampung....saya ingin bertemu dengan tuan dan memanjangkan cerita ini suatu hari nanti....wassalam

dari
sungai kerak

Anonymous said...

pakcu_him said...
Assalamu'alaikum wr wb
Kepada Sdr WZWH dan semua pengunjung blogs ini. Syukur saya ketemu blog yang paling mahal ini. Saya ingin perkatakan suatu hal yang wajib kita semua maklum iaitu mengenai amanah zakat yang wajib kita keluarkan sebaik sahaja mendapat harta emas samada berupa harta emas "kunus atau ma'adin" dari kedua-dua Imam Hambali dan Syafie wajib mengeluarkan zakat semasa mendapat harta emas tersebut sebanyak 1/5. Kebanyakan pencari emas susah untuk mengeluarkan zakat bahkan tidak tahu atau tidak ambil tahu langsung keatas hukum zakat harta kunus atau ma'adin ini. Bagi saya tidak perlu fikir masalah banyak atau sedikit hasil anak tempatan atau siapa yang usahakan, yang utama ialah cara hasil dikeluarkan kena mengikut undang-undang dan hukumnya. Saya yakin bumi Malaysia penuh rezki kekayaan yang melimpah-ruah. Saya berharap blogs saudara akan bertahan bagi membuka mata rakyat seluruh negara. Jangan lagi biarkan bumi amanah Tuhan yang kita cintai di ratah oleh penjajah moden. Dan saya doakan semoga seluruh peribumi di negara ini dapat menikmati kekayaan hasil bumi yang disertai keberkatan insyaAllah. Terima kasih.

Anonymous said...

Selamat berjaya Jerantut, "jgn anak kecil main api......"

Anonymous said...

Salam saudara WZWH, apa yang di perkatakan di dalam hati saudara tu, zahirkan dan laksanakan lah supaya ada syarikat syarikat yang datang melabur membuka lombong emas di pendalaman ulu tembeling. eakyat akan berbesar hati jika ianya akan memacu ekonomi kampung kita.

Kita harus ingat, apa perkara yang kita akan lakukan melibatkan harta kerajaan, seperti tanah, bahan galian, balak atau semuanya mesti lah di tangani dengan seadil adilnya, rakyat bawahan memang tidak termampu untuk melaksanakan atau membuat prujek prujek seperti yang saudara cadangkan.

Rakyat tidak akan menentang jika semua tanah ingin di majukan?, tetapi cara tanah atau sesatu bahan itu di keluarkan atau di ambil menjadi satu tanda tanya kepada rakyat, kerana yang untung berlebihannya ialah orang yang mempunyai kepentingan semuanya, sebagi contoh seperti di bawah:-

1. Perlombongan emas, ada 4 syarikat besar yang sedang beroperasi, jumlah royalti yang kerajaan dapat cuma berjumlah rm130 juta sahaja, jika di fikrkan dari jumalah pendapatan yang di terima, untuk perbelanjaan yb yb dan besar menteri pun tak cukup untuk di agihkan dalam masa 3 bulan dah licin, kerana mereka ini terlalu pandai mengunakan duit. sepatutnya pendapatan kerajaan lebih tinggi lagi, tapi ada perkara perkara yang terselindung agaknya membuatkan pendapatan kurang, mungkin lepas kepoket lain setengahnya.

2. Balak pun sama, kita tau jika balak tidak di tebang, usia semakin tua, balak tersebut akan menyembah bumi, hasil pun tidakk dapat di kutip, luah mati mak, telan mati bapak, tapi bagi rakyat biasa apa mereka peduli, tapi yang ambiik peduli ialah pemimpin dan besar menteri yang sentiasa memikirkan cara untuk mendapatkan duit untuk akaun kerajaan dan akaun sendiri, kalu biar balak tumbang, tak dapat hasil, pokrt tak masuk, jika di tadbir urus secara betul rakyat tak marah, kerana duit balak masuk ke akuan kerajaan sepenuhnya, tapi ini sebaliknya, macam mana ASPA dan bergiat lama dalam pembalakan rugi, dan cina yang ttak ada pelajrana di jerantut ini baru melibatkan diri dalam pembalakan boleh menjadi kaya raya, boleh beli orang pulak tu,boleh beli kakitangan kerajaan, exco, besar menteri malah raja ssekali pun, bayangkan?.

3. Tanah pun sama, semua yang di beri beratus ratus hektar kepada syarikat syarikat tertentu di buat dengan tidak telus atau mempunyai niat di sebaliknya, contohnya tanah diluluskan tol, untuk tanaman kontan atau sayur sayuran sahaja, tetapi telah di tanaam dengan tanaman kekal seperti sawit dan getah, tak di ambil tindakan langsung oleh pehak berkuasa, cuba orang kampun buat atau meneroka 4 ke 5 ekar macam tu, lama dah kena tebang.

Kesudahan ceritanya, apa apa yang di lakukan oleh pemimpin pemimpin mengenai harta rakyat ini baik tanah, lombomg, balak dan berbagai lagi, yang untung nya adalah poket pemimpin, penjawat awam yang mempunyai kepentingan di saat ini, ertikata saat prujek tersebut hendah di luluskan atau telah di luluskan, kerajaan dapat lebih sikit jer dari rakyat dapat.

Jika beribu hektar tanah dimajukan oleh agensi kerajaan dan di agihkan kepada semua rakyat yang layak saya amat bersetuju, jadi dapat lah rakyat bawahan mempunyai pendapatan tetap WALUPUN RM300 SEBULAN RAKYAT DAH BERSYUKUR,jika ada lebih lagi lot lot kosong setelah di agihkan kepada rakyat miskin, berilah pulak kepada raktay tak miskin, ada lagi?, beri pulak pada ahli ahli yang berhurmat, ada lagi beri pulak pada exco dan besar menteri, ada lagi beri pulak pada raja raja, ini baru adil, sebab mereka semua tidak mempunyai cukup pendapatan kerana berkerja kerana AGAMA BANGSA DAN NEGARA, TAK RASUAH DAN TAK MERAMPAS HAK RAKYAT SECARA TIDAK BETUL, CARA INI KERAJAAN BN AKAN SENTIASA MENANG DALAM PRU NANTI. BOLEH BUAT KE GAMOKNYA ?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon-anon semua,
Insyallah kalau WZWH jadi MB Pahang, WZWH mahu lihat rakyat Ulu Tembeling mendapat faedahnya merasa bersama kemakmuran emas. Ekekekeke..

dobit127 said...

kawan dengar sudah dikuluarkan leen untuk melombong kuari secar besar-besaran di DUN Tahan. Entah betul ke tidak..tidak tahu lah..
Jika betul, alhamdulillah bertambah makmur rakyat sekitar...
Ke macam biasa hanya beberapa kerat jer yang makmur....

Anonymous said...

Selamat berjaya Jerantut, "jgn anak kecil main api......WZWH main pelir lagi baguslah dari ada angan2 nak jadi MB....

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 12:31,
Dalam hidup ini anon jangan serious sangat all the time...anon perlu ada sense of humour...

Anonymous said...

Che Wan..

Penoh tak aok pegi lombong mas kat Jalih tu...senalor ler aok pegi sane..jangan cakak aje. Tenggok ape deme buat..tak pun senalor ziarah lombong bukit koman..tenggok kesan bahaya Akua-ragia...

Kalo aok tenggok, kat Jalih ..dema buat lombong secara dedah..kat bukit Koman deme buat secara Terowong..Kat Selensing tak bulih buat Lombong, sebak orang Felda Koyan tak bagi ..ha ha ha.

Kalo aok bukak lombong kat Tembeling abih ler Taman Negara..tu harta serta khazanah Dunia...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 1:37,
Kawasan Taman Negara tidak termasuk dalam kawasan emas di Ulu Tembeling. Ulu Tembeling akan jadi the valley of the gold- Tembeling Swarnabumi Golden Khersonese. Jika orang Tembeling mahu emas itu hak mereka.

Anonymous said...

kahkahkah! moh kita masuk air belaka....ikut ke kepala wzwh ni mesti masuk air punya...huhu

Anonymous said...

Skrg ni Emas milik raja...xyah harap la nak dpt kalo pakai org politik jek.... Yg wat lombong ni TM... So kalo nak kabel dia kontek sy, kot2 leh lepas..Sy pnye pon tgh diusahkan gak neh..

akiratakashima@yahoo.com

Unknown said...

kalau tidak keberatan .. boleh ke awak bagi tahu tempat itu dekat mana .. sudah 1 tahun saya cari .. tapi sampai sekarang tidak jumpa.. saya rasa usaha saya selama ini sia-sia saja ..

Anonymous said...

Papua pun ada lombong emas terbesar di dunia tapi rakyatnya miskin dan masih pakai cawat knape?

Anonymous said...

Salam,email saya tuan

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024