Ihsan gambar dari portal Malaysian Insider. Inilah bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh Dato' Sri Lim Guan Eng.
DAP begitu gembira bila menyapu 12 kerusi dari 15 DUN PRN Sarawak. Semasa kempen ucapan politik DAP berapi-rapi menaikkan semangat Cina di kawasan majoriti Cina. "Orang Cina patut jadi Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud menyekat ekonomi orang Cina"
Rakyat Sarawak tetap memilih Taib Mahmud. Parti PBS menang 100% dengan pertambahan majoriti. BN kekal 2/3 walaupun DAP berjaya mempengaruhi pengundi Cina bandar menolak parti SUPP-parti asal Cina Sarawak.
Pada persepsi rakyat Malaysia mudah di kerusi DUN ramai orang Cina terutama di bandar-bandar DAP pasti menang. Kawasan bandar-bandar majoriti pengundi Cina adalah "fixed deposit" DAP.
Kemudian bila melihat PKR kalah teruk dan PAS hilang kredibiliti kerana orang Melayu dan Bumiputera pun sudah nampak permainan halus DAP ini maka barulah Lim Guan Eng baru perasan bahana "tsunami Chinatown Sarawak".
Utusan Melayu mula bercakap gerakan 1Melayu 1 Bumiputera. DS Najib tidak menyokong. Tun Mahathir kata ini idea boleh merosakkan. WZWH ingin mengingatkan DS Najib dan Tun Mahathir bercakap atas kapasiti Perdana Menteri Malaysia dan Negarawan.
DS Najib dan Tun Mahathir tidak boleh mengawal 67% orang Melayu dan Bumiputera. Jika persepsi "tsunami Chinatown Sarawak" pada pemikiran orang Melayu dan Bumiputera boleh bergerak secara konsisten di Semenanjung menjelang PRU 13 maka orang Melayu dan Bumiputera boleh membalasnya!
PAS pun bila melihat sentimen gerakan balas 1Melayu 1Bumiputera terpaksa akur juga bila gelombang ini membadai.
Lim Guan Eng baru perasan bahana "tsunami Chinatown Sarawak" kesannya kepada keseluruhan keputusan PRU 13. Logiknya mudah orang Melayu dan Bumiputera akan lebih cepat sedar seperti apa yang berlaku di Sarawak ketika ramai orang menjangkakan Taib Mahmud akan bungkus dengan parti PBS dan komponen Bumi BN yang lain.
Maka Lim Guan Eng kata ras atau kaum Cina bukan faktor menentukan keputusan PRN Sarawak. Beliau menggunakan analisa Dr Ong Kian Ming dan Prof Bridget Welsh yang menyatakan undi DAP banyak juga dapat dari pengundi kaum Melayu, Melanau, Dayak, Orang Ulu, Bidayuh dan etnik Bumiputera lain.
Itu hanya analisa untuk menegakkan kehebatan DAP. Pada persepsi orang Melayu dan Bumiputera mudah DAP mahu lebih kuasa, DAP mahu menghancurkan penyatuan kuasa Melayu, kuasa Islam. DAP mahu jadi Perdana Menteri, DAP mahu jadi Menteri Besar, DAP mahu jadi Ketua Menteri dan kenapa tidak DAP mahu jadi Raja Malaysia!
DAP perlu ingat DS Najib dan Tun Mahathir hanya boleh beri dua undi sahaja pada PRU 13 namun 67% orang Melayu dan Bumiputera boleh bagi majoriti undi!
7 comments:
salam.
Nampaknya kita semua akan berbalik ke tahun 60-an yang mana isu perkauman menjadi keutamaan untuk menang. Itulah sebab kenapa tragedi 13 Mei berlaku.
Tapi, entahlah kenapa kawan perasan sejak pilihan raya, maka isu perkauman ini menjadi isu utama. Kawan sering kali dimomokkan dengan isu-isu tersebut.
Sebagai contoh, ada pemimpin kawan berkata, jika BN calon Cina, PAS calon Melayu, kita wajib undi Melayu itu. Tidak kira dia parti apa.. Janji dia Melayu...Kawan tak tahu nak jawab apa...
Bagi kawan tidak kira Cina atau Melayu, undi diberi atas corak kepemimpinan calon itu. Bagus ke tidak dia berbuat kerja dan berbakti kepada rakyatnya.
Apa juga rakan kawan menyampuk, kadangkala calon2 itu muka baru, macam mana kita nak kenal track record beliau?.. Senang saja... Orang kawasan kita.... kot parti2 bertanding BN dan PAS nak letak calon pelik2. PAS pada PRU ke-12 aritu letak tok imam Jengka 24 lawan doktor... Nampak sangat jauh bezanya.. Nasib baik ada tsunami politik tahun berkenaan..Jika tidak habislah....
Kawan bukan nak mempertikaikan pemilihan Tok Iman itu tetapi sebagai pengundi kawan x nampak apa dia boleh membantu kawan dan kawasan untuk meningkat taraf kehidupan secara asasnya. Asyik berceramah sahaja, tidak banyak membantu.
Tapi akhir-akhir ini, nampaknya Dato' shukri macam sudah menyedari akan beliau akan tidak dicalonkan kembali dalam PRU akan datang.Oleh itu, mulalah tugas umum beliau tidak dipenuhi tidak seperti dahulu-dahulu.
Nasib baik ada teknologi FB or TW nampak jugak aktiviti beliau jika tidak, makin tersebar berita beliau hanya lepak di Kuantan layan biz kliniknya.
Dalam PRU ke 13 nanti, diharapkan kedua-dua parti bertanding akan membariskan calon yang boleh diharapkan dan lebih berakar umbi dan sebolehnya rakyat tempatan. X cukup calon tempatan?..Itu teknik lama nak naikkan kroni masing-masing..
Salam Dobit127,
Saya setuju dengan komen dan pandangan saudara Dobit127 bahawa Dato' Shukri kurang memberi perhatian kepada dun Pulau Tawar. Gayanya Dato' Shukri sudah tidak berminat lagi. Banyak borang biasiswa Yayasan Pahang dari dun Pulau Tawar telah 'dikontrak' kepada Dato' Wan Amizan menyainnya. Golongan belia Felda dan anak generasi ke dua sudah tidak yakin dengan Dato' Shukri ini. Dato' Shukri perlu tumpu kegiatan korporatnya sahaja.
WZWH, LGE,DSAI,DS Muhyudin berpolitik masing-masing mahu sampai kepuncak,Ia itu sampai menjadi PM...
Sebagai sebuah negara demokrasi kita yang menuju negara majau (agaknya) perlu menghormati pilihan rakyat,sangat malang jika kita yang kononnya mendakwa negara demokrasi, tapi bila rakyat memilih parti bukan BN/UMNO kita kata, mereka perkauman, mereka tak kenang budi dan sebagainya...pemikiran begini boleh la diterima oleh orang-orang kampung yang kurang daya fikirnya..??
Sebagai bangsa yang sama maju dengan bangsa-bangsa lain, sepatutnya kita pamerkan, buktikan,kebolehan, ketrampilan kita memimpin, kita benar-benar berjuang untuk memartabatkan bangsa kita, ini tidak berlaku kepada BN/UMNO.
BN/UMNO sudah memerintah 52 tahun, tapi bangsanya tetap ketinggalan jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain, Bangsa UMNo tetap majoriti berada pada tahap miskin, bangsa UMNO paling majoriti di Pusat Serenti. Apakah ini salah DAP,PKR dan PAS? Apakah kelemahan itu kerana mereka ( DAP,PKR, PAS ) tidak pandai mentadbir, dasar mereka tidak memartabatkan Bangsa UMNO???? atau itu lah kegagalan UMNO yang diberi kepercayaan oleh orang Melayu selama 52 tahun berkuasa.Bukankah itu bukti jelas lagi nyata kegagalan UMNO??? Bangsa UMNO fikirlah sendiri.
Bangsa UMNO kena barani berubah...bangsa UMNO bagi peluang kepada PAS memerintah , buat perubahan dalam pilihanraya ke 13 nanti...bagi peluang kita tengok apa perbezaannya...bangsa UMNO yang kurang membuat kajian, Kuasa politik masih tetap ditangan Melayu walaupun bukan UMNO yang jadi PM. Buat lah kajian sikit tentang jumlah parlimen yang Melayu bertanding...
Bangsa UMNO tak perlu risau jika PAS memerintah, tidak ada rakyat yang mati dibunuh atau semua pegawai kerajaan diberhentikan, atau akan berlaku kesusahan sebagaimana yang seringkali didakwa oleh pemimpin UMNO, lihat negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, Selangor dan Pulau Pinang tetap lebih maju dan berkembang pesat mengatasi negeri-negeri yang diperintah oleh BN/UMNO. Bangsa UMNO jangan hanya dengar TV3, dan baca Utusan, Berita Harian, cuba baca laporan Ordit dan laporan Pelaburan di Malaysia...baru tau perkara sebenar..Biar lah kita jadi bangsa yang bermaklumat dan berpengetahuan, jika kita berpengetahuan kita tidak boleh ditipu selama 52 tahun dan tidak mungkin ditipu lagi untuk masa akan datang...
afja
AFJA....ada sedikit kekeliruan,kenapa perlu menyuruh rakyat melihat kepada negeri pimpinan pakatan rakyat spt Sgor n Penang?sepatutnyanya sdr/sdr sory x pasti laki ke pompuan AFja nih.,sbgai bangsa PAS(parti angkatan syaitan)perlulah menyuruh rakyat melihat kepada negeri kelantan yg sekian lama di perintah oleh PAS,apaakah yg boleh d banggakan dgn negeri kelantan?pusat2 serenti yg ramainya org kelantan,pusat2 pelacuran di merata negara ini di huni org kelantan,pengedar2 dadah yg pastinya akan seiring suami isteri yg mengedarnya datang dari kelantan,jika anda berada dibumi pahang umumnya dan jerantut khas nya jgn sesekali mengharapkan pas mentadbir negeri in,WAPS(warisan anak jati pahang ) tidak akan benarkan perkara ini berlaku...
Banggakah anda sgbai bangsa PAS di bawah ajaran TGNA yg ingin menubuhkan kerajaan ISLAM bersekedudukan dgn DAP yg menentang keras penubuhan kerajaan ISLAM PAS..(langkah mayat kami dulu jika ingin menubuhkaan kerajaan islam...kata2 keling yg menjadi peguam DSAI)
wahai bangsa2 PAS....berfikirlah sejenak,renungkanlah masa depan cucu cicit anda,jgn kerana inginkn kuasa Agama digadaikan...
Kekalahan teruk parti SUPP di pilihanraya sarawak baru-baru ni rata-rata ditafsirkan sebagai penolakan bangsa cina terhadap kepimpinan BN Sarawak. Tetapi, apa yang tersiratnya (yang gagal ditafsirkan) oleh kebanyakan orang ialah kekalahan parti SUPP sebenarnya penolakan bangsa Cina terutama kaum foochow terhadap kepimpinan individu veteran tertentu seperti George Chan dan Taib Mahmud dan Alfred Jabu. Di swk, bangsa cina terdiri drpd byk kaum seperti hakka, foochow dll... Kaum foochow sdg mengatur agenda mereka krn George Chan mungkir janji utk letak jwtn sblm ini bagi memberi laluan kpd kaum mereka plak.
Kegembiraan DAP hanyalah kegembiraan sementara sahaja, kerana pengundi cina di sarawak memilih mereka hanyalah sbg kuda tunggangan sementara semata-mata memenuhi hasrat mereka untuk menjatuhkan individu2 tersebut,ia bukanlah sokongan sebenar terhadap DAP.
Kekalahan parti SUPP di Sarawak tidak boleh dijadikan kayu pengukur bagi MCA ttg nasib mereka di Semenanjung kerana permasalahan dlm bangsa cina itu sendiri di dalam setiap negeri adalah berbeza.
Aku cuma nak cakap....
Ada juga bangsa cina yang berhati mulia yang tidak berkira, suka hidup aman damai dan tolenrasi DAN ada juga bangsa melayu yang perangai macam celaka, suka menyalahkan orang lain aje, dalam masa yang sama memandang rendah bangsa sendiri, hidup pun hasil menipu sana sini.
So, kalau nak buat baik atau nak maju tak kira bangsa. Satu soalan aku pada cina2 yang sokong DAP...
APAKAH SUMBANGAN DAP DALAM HIDUP ANDA???
OPMU, mohon tuan keluarkan statistik atau fakta yang mengatakan penghuni Pusat Serenti tu majoriti orang Kelantan dan majoriti pelacur dan pengedar dadah suami-isteri orang Kelantan...
Sebagai penganut Islam saya berbangga dengan pemerintahan PAS di Kelantan sebabnya kerajaannya mengamalkan dan sedaya upaya yang mana di bawah kuasanya akan menurut melaksanakan Islam.Mengharamkan judi (kuasa premis perniagaan)Program menutup aurat, Menggunakan sistem kewangan Islam,Pembangunan ilmu (kuliah) dimasjid berkembang dan sangat digalakkan.
Dari sudut pembangunan Kelantan sangat berdayasaing jika kita bandingkan dengan negeri-negeri Pantai Timur, Pahang dan Terengganu. Suka saya bagi tau OPMU meski pun sumber Kelantan terhad tetapi cuba lihat kekayaan rakyatnya jika dibandingkan dengan Bangsa Melayu yang lain.
Kelantan diperintah Oleh Datuk Nik
Aziz, di Pahang diperintah oleh Datuk Seri Adnan kedua-duanya Islam, di kelantan diharamkan ratu cantik tapi di pahang boleh diadakan pertandingan ratu cantik Mak Nyah,Tak nampak perbezaannya?
sebagai analogi mereka diibarat sebagai bapa, Bapa A (PAS ) menyediakan peraturan yang jelas sebagaimana dituntut oleh Islam, manakala bapa B (UMNO) menyediakan peraturan yang bercampur halal pun ada haram pun ada, Islam pun ada bukan Islam pun ada...yang mana lebih baik? OPMU dan yang seangkatan dengannya fikir lah sendiri.
OPMU ketinggalan maklumat...Karpal Sing telah mengeluarkan keyataan rasminya bahawa jika dulu memang DAP tak boleh terima perundangan Islam disebabkan UMNO tidak mendedahkan maklumat yang betul tentang Islam malah UMNO sentiasa menakut-nakutkan bukan Islam jika menerima PAS bererti menerima Isam. (akan kena potong anu dan tangan). Tapi Kapal telah memperakui bahawa DAP bersetuju untuk membincangkannya..mengapa berlaku perubahan sebabnya PAS sentiasa menunjukkan kebaikkan Islam..
OPMU tidak akan mampu menghalang lain-lain parti untuk memerintah mana-mana negeri atau negara sekali pun jika majoriti rakyat mengundi mereka...Malaysia masih belum menjadi negeri atau negara komunis.
afja
Post a Comment