Nuffnang Ads

Pages

Saturday, April 2, 2011

Agenda Perjumpaan Batu Satu: Sang Rajuna Tapa Membuka Pintu Kota Tahan

Beginilah keadaan Bentara Majapahit Tidak Cukup Inci yang disumpah menjadi batu oleh Sang Kelembai.

Agenda perjumpaan di Batu Satu Jirandatuk merujuk kepada perjumpaan antara Bentara Majapahit Tidak Cukup Inci dengan Sang Rajuna Tapa dari Kota Tahan dan pengikutnya pada hari Jumaat 25 Mac 2011 bagi memberi malu kepada Pemerintah Tahan.

Sang Rajuna Tapa tidak puas hati terhadap Pemerintah Tahan kerana kehendak pengikut-pengikutnya membina tapak kediaman Rumah Panjang Kota Tahan lambat diberi perkenan. Ini kerana Pemerintah Tahan bimbang Rumah Panjang menjadi pusat gudang tuak.

Pada hari esoknya Sang Rajuna Tapa dan pengikutnya telah membuka pintu kota Tahan untuk dimasuki musuh. Maka malulah Pemerintah Kota Tahan dikacamata rakyat. Maka berjayalah agenda Bentara Majapahit Tidak Cukup Inci untuk membuat onar dengan memGhadafikan Pemerintah Tahan.

Maka terlalu gembiralah sukahati sangat Bentara Majapahit Tidak Cukup Inci bersama Patih Karma Wijaya dan konco-konco mereka menikmati santapan di Warung Ayam Goreng Gembira.

Sang Kelembai yang sedang tidur di puncak Gunung Tahan bangkit semula lalu terkumat kamitlah mulutnya untuk menyumpah sipengkhianat dan musuh Kota Tahan.

Berita ini telah tersebar seantero negara Jirandatuk. Bentara Majapahit Tidak Cukup Inci merasa gentar yang teramat kerana bimbang sumpahan sudah bermula. Hanya masa menentukan Bentara Majapahit Tidak Cukup Inci menjadi batu dengan izin Allah SWT.

8 comments:

Anonymous said...

mula dah la postimg bodoh dia tu, eh pembuka pintu adalah awk, elok2 ramai org tak tau awk gi tulis Gempar, DUN Tahan kena undi tak percaya. Awkla sang rajuna tapa. Jadi batu la awk sbb buat kerosakan pada bos awk

Anonymous said...

woii...jangan nk pusing2 le...mmg ong tu budo amak wzwh, sengaja nk pekena uraq kuala tahan, bos sendiri yg merana..tulis tanpa fakta...kalau brani ong datang ke kuala tahan..kita berdailog dengan hati terbuka...ada brani....mmg wzwh ni pengecut..pandai bercakak aje dan pandai memutar kata2...kalau nk jadi pencacai pn kena dapatkan maklumat yg tepat..

WZWH said...

Salam sedara anon semua,
Orang tua-tua kata siapa makan lada terasa pedasnya ekekekekeke....

Anonymous said...

Salam...,

Agenda Perjumpaan Batu Satu: Sang Rajuna Tapa Membuka Pintu Kota Tahan

Ini permainan lama Banir merasakan keseronokan bermain "anih toi" semasa mandi2 di Sungai Tembeling aeperti di jeram Panjang, Dedari, Kg. Bantal, Kg Pagi dan di Kuala Tahan. Semasa budak2 dulu jika ada keramain kenduri kendara emak ayah kalau mencari anak2 bila hendak balik ke rumah, mereka akan cari di pangkalan sungai. Di situlah mereka akan berjumpa anak2 mereka dengan mata merah menyala kerana bermain di sungai. Mereka tidak hairan dan tidak risau, kerana anak2 mereka telah terlatih permainan sedemikian.

Setelah mereka dewasa, selain dari pandai menjala dan mengail serta menjaring, mereka mula risau apabila anak2 mereka pandai "menjulir" ikan di dalam sungai. Munjulir satu cara penagkapan ikan tergolong merbahaya menggunakan senapang kayu bermatakan besi dan getah "lengkang". Apa boleh buat, kerana mereka mahukan ikan untuk "lauk" emak dan ayah terpaksa terima hasil "julir" tersebut.

Mengenai maklumat Kota Tahan telah tersebar, usahlah terlalu risau. Lubuk Kalambai masih luas, ikan masih banyak kerana iakn disitu telah dikawal rapi. Berikan peluang, ikan disitu diagih2kan kepada penunggu, termasuk kalambai dengan batu besar di atas pokok tualang, dimana dahannya telah "sekah" kerana telalu lama besengkang.

Pang5 Banir, ingat lagenda Jeram Katak di kejar ular tetapi di sumpah menjadi batu oleh sang kalambai.

Anonymous said...

hehehehehe...betul kata WZWH, tengok siapa yg terasa pedas yg bertukar ke rasa pahit....kalu dh rasa pandai dan terlebih pandai

Anonymous said...

hehehehehe...betul kata WZWH, tengok siapa yg terasa pedas yg bertukar ke rasa pahit....kalu dh rasa pandai dan terlebih pandai

Anonymous said...

Kita bakor je,kita bakor je wan bakor itu..

Anonymous said...

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz