Thursday, January 13, 2011

Jerantut Investment Outlook 2011-2015 : The Wealth Of Jerantut

Oleh kerana tiada ahli ekonomi mahu menulis tentang ekonomi Jerantut sebab banyak "investment" berlaku di KL dan tempat-tempat lain maka WZWH terpanggil untuk menulis tentang pelaburan yang berlaku di Jerantut sebuah daerah terbesar dalam negeri Pahang.

Background WZWH akauntan, ada belajar sedikit economics dan ahli politik Jerantut level pemuda AJK UMNO Bahagian Jerantut. Pengalaman bekerja dengan anak syarikat negeri Pahang, juga dalam bidang pendidikan samada sebagai pensyarah dan sekarang guru. WZWH juga ada kerja "korporat" untuk praktiskan ilmu MBA WZWH dalam syarikat pembinaan kelas A.

Oleh kerana ADUN Tahan adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan DUN Tahan adalah DUN yang paling mundur di Pahang maka WZWH mendapat peluang untuk terlibat secara lansung dengan agenda pembangunan ekonomi dan politik DUN Tahan.

Tapi WZWH mahu juga lihat Jerantut dengan DUN lain seperti Pulau Tawar dan Damak maju pembangunan ekonomi, politik dan sosial. Jerantut is WZWH's hometown anyway.

Penduduk Jerantut berjumlah 90,000. Parlimen Jerantut mempunyai 48,000 pengundi . Melayu 77%, Cina 19% dan India 4%. Parlimen Jerantut dengan 3 DUN secara tradisi dikuasai BN.

Orang Jerantut ramai bertanya apa pelaburan yang Jerantut dapat. Yang Jelas ECER tidak ada pelaburan masuk ke Jerantut. Pelaburan atau "investment" ialah pengukur pertumbuhan ekonomi.

Di Malaysia "investment" menyumbang 20% kepada ekonomi. Bakinya dipandu "consumption" dan "trade". 45% "investment" dihasilkan oleh sektor swasta.

Investment adalah pengerak consumption dan trade. Banyak peluang pekerjaan dijanakan yang menggalakkan consumption dan trade.

Dasar kerajaan mahu meningkatkan pelaburan dari swasta dari 45% kepada 92%. DS Najib mahu peranan kerajaan berubah daripada "financier" kepada "facilitator".

Oleh kerana Jerantut sebahagian kawasannya di pedalaman maka pelaburan dari kerajaan masih ditagih. Pelaburan dari swasta juga perlu.

WZWH akan ceritakan pelaburan Jerantut baik dari segi perancangan kerajaan, RMK10, swasta dan juga konsep dan gambaran.

Mula-mula WZWH cerita investment di DUN Tahan. Projek-projek pembangunan di DUN Tahan boleh menjadi pemangkin atau "catalyst" kepada pertumbuhan ekonomi Jerantut.

Projek jalan Ulu Tembeling dari Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling kos projek RM460 juta. Peruntukan RM121 juta telah disalur untuk buat jalan dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi.

Semalam Projek Bandar Herba Pasir Raja RM2.2 bilion yang diumumkan DS Najib boleh memberi kesan ekonomi limpahan kepada Ulu Tembeling. Ini juga untuk justifikasi pembinaan projek Jalan Ulu Tembeling ke Kampung Pasir Raja, Terengganu (jarak hanya 50km) anggaran kos projek RM450 juta (RMK 10).

MPOB (Malaysian Palm Oil Board) berminat untuk buat satu pusat research anggaran kos bernilai RM200 juta di tanah seluas 850 ekar berdekatan Kuala Tahan. Inilah projek yang WZWH anggap projek ECER secara tidak lansung.

Kuala Tahan, Taman Negara adalah tarikan produk pelancungan ke Jerantut. Pelaburan swasta dari Shang-Ri-la digalakkan yang ada kepakaran eco-resort dengan pelaburan yang besar.

Airport Sungai Tiang dekat Kuala Tahan perlu diupgrade kepada airport yang lebih besar dengan memberi kemudahan akses kepada Air Asia, Firefly, dan syarikat penerbangan kecil swasta. Ada pelancung mahu cepat sampai dan cepat balik.

Di Jerantut pula projek swasta "Greater Jerantut"-pembesaran bandar Jerantut oleh pihak swasta dari YTL mahu melabur RM400 juta. Kerajaan turut melabur dengan pembinaan poliklinik 1Malaysia, kompleks bangunan baru polis, flyover di bandar Jerantut dengan pelaburan beratus-ratus juta.

Mesej projek jalan Jerantut ke Benta yang terbengkalai dan sangat didambakan oleh penduduk di DUN Damak yang telah dibangkitkan oleh WZWH dalam posting yang terdahulu telah mendapat perhatian DS Najib.

Pemulihan semula projek jalan Jerantut Benta akan menyenangkan kemudahan pengangkutan bagi penduduk Jalan Benta, Mukim Ulu Cheka dan kampung-kampung sekitarnya. Pasti undi kepada parlimen BN akan bangkit kembali.

Taman-taman perumahan di Jerantut semakin berkembang. Bandar Jerantut yang kedudukannya sangat strategik di tengah negeri Pahang menjadikannya sentiasa sibuk siang dan malam. Pembinaan jambatan Kuala Krau memberi kemudahan kepada penduduk di Felda Jengka-jengka datang berkunjung ke Jerantut.

Industri perlombongan bijih besi turut menyumbang pelaburan kepada Jerantut. Ada banyak lagi kawasan bijih besi akan dibuka. Perlombongan emas akan turut diterokai oleh pelabur swasta di Jerantut.

Felda diharap memajukan sosio ekonomi di kawasan Felda di DUN Pulau Tawar dan sedikit di DUN Tahan. Jabatan pertanian dan haiwan dan penternakan perlu kreatif dan proaktif melancarkan program-program untuk petani dan membimbing usahawan tani.

Jerantut ada potensi untuk program SREP-Small Renewable Energy Programme yang boleh hasilkan 10 ke 30 MW tenaga elektrik. Usahasama TNB dan swasta perlu yakinkan DS Najib untuk bina projek Dam Hidroelektrik Sungai Tekai 400MW.

Ini adalah sedikit mukadimah Jerantut Investment Outlook . Diharap pihak-pihak yang berkenaan di Jerantut boleh membawa banyak lagi pelaburan baik kerajaan mahu pun swasta.

14 comments:

Anonymous said...

setakat mcm ni, ulang2 benda yg sama aku boleh jd ahli ekonomi, xyah belajar as accountant pun, xyah jadi ajak pemuda UMNO yg org makin tak suka, xyah jadi pensyarah. Hampir semua blog mengucapkan takziah kpd yang gambi, blogger dari pahang, tempat awk la meninggal dunia. Apa2 ekonomi pun kalau x sensitif kpd insan laina x guna. Manusiawi dulu, baru ekonomi.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon,
Alfatihah dan takziah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Arwah sering juga komen dalam blog WZWH. Tapi WZWH tidak pernah bertemu secara live dengan beliau.

Anonymous said...

salam,
anon 7.22 pagi-pagi buta dah merepek.kalau awak bijak sangat,berilah idea yang bernas agar boleh dilaksanakan.jangan memperlekeh idea orang lain.tiada budaya ilmu langsung,otak kosong,tidak setuju berilah cadangan alternatif.

matnyerweh: Jadilah orang yang cerdik sebab di dunia ini sudah ramai orang yang bodoh!!!!!!!!!

Anonymous said...

salam,
anon 7.22 pagi-pagi buta dah merepek.kalau awak bijak sangat,berilah idea yang bernas agar boleh dilaksanakan.jangan memperlekeh idea orang lain.tiada budaya ilmu langsung,otak kosong,tidak setuju berilah cadangan alternatif.

matnyerweh: Jadilah orang yang cerdik sebab di dunia ini sudah ramai orang yang bodoh!!!!!!!!!

Anonymous said...

Salam Tuan WZWH,
Satu manisfesto harapan orang Jerantut yang saya kira masterpiece. Tuan WZWH telah menyampaikan secara mudah, simple, terus kepada orang Jerantut. Satu penerangan ekonomi kepada orang Jerantut yang mudah orang kampung mahu faham. WZWH adalah jurucakap pembangunan rakyat Jerantut.

Anonymous said...

ngapa awk bodoh sgt matnyerweh, tau la awk tu penjilat jubur wzwh

oRang kAmpong said...

Dlm dunia ni memang byk org cerdik.xp kebanyakannya hanya utk diri sendiri.untuk menterjemahkan kecerdikan itu utk dikongsi dgn org lain bukan satu perkara yg mudah.wlwmcmmne pon WZWH memang cerdik dia ada sijil.airkauntaan.pastu cikgu lak, taulah dier nak menjdkan kita lebih cerdik.kengkawan sekelian, klu blh jgn gunakan blog tuk beramok sesama sendiri, malu ke org.klu ada salah se sikit tu say sory jelah,abis ceta.

Anonymous said...

salam,

apepon tahniah kpd WZWH kerana msih lg kesediaan utk menympaikn info2 terkini mengenai prkembangan Jerantut.walupon pelbagai tohmahan dilemparkn.pedulikn org lain.sbb mereka hanya pndai brckp.inilah tabiat sbhagian dr Melayu kita.brckp mengenai "investment",ape yg trlintas pd pemikiran sy ialah tntang kemasukn pelabur luar ke sesuatu tmpt dan mmberi peluang kerja pd pnduduk setempat malahan juga menjana ekonomi kwsn setempat dan negara.pengaliran wang akn masuk.dan taraf hidup sesuatu tempt akn brkembang.mengenai pelaburan biji timah yg dinyatakn.sy tidak menganggap ini setepatnya sbgai pelaburn.mgkin hnye menguntungkn sebahagian pihak.to be continue..

Anonymous said...

takde ke pemaju nak buat projek perumahan besar-besaran dekat ngan bandar jerantut 1000 ke 2000 buah rumah termasuk bandar baru dan hypermarket.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:50,
Apa yang WZWH tahu banyak permohonan untuk buat perumahan. Ada yang sudah mohon buat permohonan dengan PSK mahu majukan tanah pinggir bandar. Bila projek flyover siap dibina maka banyak projek prumahan besar-besaran akan dibuat. WZWH dengar Giant dan Carefour mohon untuk bina hypermarket tetapi kajian kesannya kepada peruncit-peruncit kecil Jerantut harus dikaji juga.

dobit127 said...

Giant dan Carefour pon nak minta buka di Jerantut?....xpe kawan sokong.

Bukan apa..Selama ini kita dimomokkan bahawa the Big Retailer ni harga barangan ni murah .. Sampai rakyat bersetuju The Big R ni sepatutnya kena buka di setiap daerah. Hasil penelitian kawan, Harga barangan di The Big R ni memang murah tetapi hanya beberapa barangan sahaja..Yang lain lebih mahal...Kalau kawasan kita seharusnya hanya berfokus kepada TF, Aktif sahaja..terutamanya TF..Beza memang berbeza murahnya.
So, kalau The Big R nak buka di Jerantut, dipersilakan..akhirnya pengguna akan untung...
Dalam kes perniagaan runcit ni, selalu menjadi isu adalah peniaga kecil-kecilan. Di Jerantut, bagi kawan ler tidak terjejas mana kerana jika melihat pada waktu sekarang, walaupun TF dan Aktif maharajalela membuat offer menarik tetapi peniaga kecil di luar masih meneruskan perniagaan. Itu maknanya survival mereka masih ada. Dengan kedatangan The Big R nanti, maka peniaga IKS ni seharusnya mengambil peluang untuk menjadi pengedar dan pembekal kepda mereka...di samping meneruskan perniagaan masing=masing...


itu je pandangan kawan yang tak berapa pandai...

Anonymous said...

salam.. sy sokong sgt la kalo Giant ngn carefour nak bukak kat jerantut nie..
tp yg pnting bg sy jerantut kene utamakan perumahan dulu krana bawu ramai orng nak dduk jerantut pas 2 nanti takde la yg gulung tikar..
lg 1 jerantut kene ade lg 1 universiti atau kolej.. stakat adtec x mmpu tmbah ekonomi jerantut.. cntoh mcm universiti felda yg digmbar gmburkan sblum nie.. jadi kew?.. harap diteliti semule.. hidup jerantut..

Anonymous said...

Salam,Di jalan paya teh Jerantut takada projek ke?

Anonymous said...

Hello my loved one! I want to say that this article is amazing, nice written and include
almost all vital infos. I'd like to look more posts like this .
My web site ridiculously photogenic guy

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...