Wednesday, January 26, 2011

WZWH Sokong Intelektual Muda Melayu Masuk DAP

"Gua mahu olang muda intelectual Melayu lamai-lamai masuk DAP kasi senang jadi Menteli dan Menteli Besar....senang gua mau jaga dan control.."

DAP kata parti berbilang kaum. Tapi WZWH tengok ramai ahlinya orang Cina. Tidak boleh salahkan Lim Kit Siang sebab ramai orang Melayu tidak masuk kerana ada banyak parti alternatif lain macam UMNO, PAS dan PKR.

WZWH rasa mana-mana intelektual muda Melayu yang minat politik tetapi yang tidak suka UMNO, atau pening dengan karenah politik PKR atau tidak selesa dengan parti PAS yang islamist bolehlah masuk parti DAP.

DAP sudah boleh diterima oleh orang Melayu terutama dalam PR. Ramai orang Melayu terutama dari PAS suka bawa bendera DAP dengan bangganya. Mungkin DAP sudah islamik kerana tarbiyah dari PAS.

Bagus kalau ramai intelektual Melayu muda masuk DAP kerana DAP sangat-sangat memerlukan kader pemimpin muda intelektual Melayu untuk prestij imej parti. Sudah tentu Lim Kit Siang akan meletakkan intelektual muda Melayu ini mudah bertanding dalam PRU 13 baik ahli parlimen dan ADUN.

DAP juga mahu kerusi MB. DAP tidak boleh bergantung kepada PKR dan PAS. Kenapa tidak DAP letak calon Melayu dari DAP sendiri senang bila menang boleh jadi MB atau Ketua Menteri.

WZWH akui kalau dalam UMNO lambat intelektual muda Melayu nak naik kerana hierarki, senioriti dan  skil politik lain yang mesti dimiliki. Bagus juga intelektual muda Melayu ramai dalam kepimpinan DAP ini untuk seimbangkan komposisi kaum dalam DAP.

Mari kita lihat tokoh-tokoh Melayu dalam DAP.

Tunku Abdul Aziz b. Tunku Ibrahim, Naib Pengerusi DAP Malaysia, tokoh intelektual Melayu, tokoh korporat, tokoh global dan tokoh NGO.

YM. Tengku Zulpuri Shah b. Raja Puji, Timbalan Pengerusi DAP Pahang, anak mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ahli Majlis Perbandaran  Selayang, jurutera.

Zairil Khir Johari, Tokoh DAP muda Pulau Pinang, anak pemimpin UMNO yang banyak berjasa kepada UMNO Kedah dan Malaysia. Bakal Ketua Menteri Pulau Pinang akan datang selepas Lim Guan Eng.

Ini secara gambaran  ringkas WZWH mahu ceritakan mengenai trend pemimpin DAP dari intelektual muda Melayu. Dalam politik serba kemungkinan mungkin akan datang UMNO akan bergabung pula dengan DAP. Siapa tahu?

14 comments:

Anonymous said...

saudara eluklah masuk DAP kalau tunggu dala umno pun tah apa jadinya.Jadi ketua pemuda DAP Jerantut dan Pahang terus.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 2:48,
Terima kasih memberikan pandangan. WZWH tetap UMNO dulu, kini dan selamanya. UMNO telah banyak berjasa kepada WZWH baik yang tersurat dan tersirat.

Anonymous said...

ehhh macam mana ya mahu tubuh cawangan DAP kat Pulau Tawar ?

Anonymous said...

bercerita mengenai trend pemimpin DAP dari intelektual muda Melayu ni, mungkin WZWH betul, mereka ni pening dengan kerenah UMNO, PAS & PKR .

Lim Kit Siang yg arif lagi bijaksana tak boleh disalahkan dalam membuat percaturan.

Walau bagaimanapun, apa yg dimusykilkan ialah intelektual melayu ni tak nampak ke apa yg tersirat dan tersurat. yang paling penting, percaturan DAP yang nak mematikan ketuanan melayu.

Inilah jadinya bila intelektual melayu menjadi sekular dan terlalu mementingkan diri sendiri dan kepentingan peribadi. Jatidiri sebagai anak melayu hilang entah ke mana dan akhirnya menjadi balaci kepada Lim Kit Siang.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 12:07,
macammana nak tubuh cawangan DAP kat Pulau Tawar? Senang aje...call Lim Kit Siang atau Pak Ngah Triang (YB Leong Ngah ngah). Dulu tahun 1980an ada sedara WZWH buka cawangan DAP Kampung Merting dapatlah RM1000 masa itu. Sekarang ni kalau buka cawangan DAP Pulau Tawar siap panggil Lim Guan Eng mungkin dapat kot wang pengurusan RM5000 kemuduan free bercuti ke Pulau Pinang stay kat resort ekekekeke...

Anonymous said...

BUKAK CAWANGAN UMNO LAGI UNTUNG BEB .... DAPAT KONSESI BALAK ... BERBALOI BALOI .... KALAU BUKAN CAWANGAN UMNO JERAM PERAHU SILAP2 BOLEH DAPAT Rm300juta PROJEK JALAN

Anonymous said...

Tak buka cawangan dah dapat pun juta2, buat apa susah2 itu lu punya pasal la!!! Abis citer...

Anonymous said...

salam WZWH,
Idea anda begitu sinis tentang melayu masuk DAP.Adakah kerana cina MCA kurang cina dari dalam DAP atau cina PKR paling kurang ke'cina'annya. Samalah melayu UMNO lebih melayu dari PAS atau PKR dan sekarang DAP?sebab tu umno control MCA dan MIC dengan "cemerlang",kenapa tak biarkan melayu menguasai tapuk dalam DAP? takut di kuasai LKS? atau semua kena duduk dalam UMNO dan dengar Rosmah kata apa yang dia nak?(itu PM kita kan?).kalau jati diri dan pendirian pun tak pasti ,tak perlulah tawarkan diri nak pimpin orang lain.kelak di akhirat banyak nak jawap.kalau nak betul-betul berjuang , masuk ke medan perang dan bertempur. Rasanya yang masuk DAP tu memang cukup jantan.patut kita tambah lagi biar ramai.bukan begitu?baru kita cuba control cina dalam DAP tu - Abu

Anonymous said...

Salam....dap tak mahu gabung dgn umno,dap nak pas dan pkr jer...umno ckp ketuanan melayu,yg melayu ramai keja dgn tauke2 cina tu nak panggil apa???..

Anonymous said...

salam. saya tak pasti apa yang tersirat tulisan WZWH menyuruh orang melayu elit masuk DAP.

Adakah kerana satu kiasan dan tamsil? atau betul dan benar iklas?

Saya fikir, bagus juga org melayu masuk DAP kerana terbuka sedikit minda seperti anak melayu dihantar belajar di sekolah cina.

Kalau duduk di tempurung UMNO, fikiran pun cam UMNO,....asyik membodek ke hulu ke hilir.

Politik kedai kopi menjadi2....
itu lah stail org melayu UMno...

Bagu juga cadangan WZWH...inilah kali pertama saya sokong...

Penditakainsingkat said...

Salam Bro.
Saya setuju pandangan jauh sdra. Lebih ramai intelek muda kita masuk DAP lagi baik, kerana satu hari nanti kita dapat kuasai DAP dan ubah perjuangan parti itu yang cauvinist-racist anti Melayu-Islam. Ramai intelek Melayu_Islam akan mengelakkan dominasi China DAP untuk menumbangkan Perlembagaan Persekutuan dan menggantinya dengan Perlebagaan malaysian Malaysia. Ini dapat dihalang dari dalam.

Walluhua'lam.

http://penditakainsingkat.blogspot.com.

mohon link.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Penditakainsingkat,
WZWH sudah link blog, terima kasih.

Anonymous said...

POLITIKUS yang caca marba..

WHWHWHWHWHW said...

kah kah kah

woit..

umno banyak berjasa kat ko??

kalo umno tk berjasa ngn ko msti ko masuk PAS!!!!!

dasar ahli parti x ikhlas..

wakakakakkaa

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...