Saturday, January 15, 2011

ETP "Mengoda" Brain Drain Kembali



"The worst of the financial/economic crisis seems to be over. Asset markets performed reasonably well in 2010. Growth in the United States and parts of Europe returned"

Kenyataan Michael Spence, Professor of Economics, Stern School of Business, New York University, and Senior Fellow at the Hoover Institution, Stanford University.

Perkembangan ekonomi China dan India turut membantu pulih semula ekonomi Malaysia. Produk-produk yang berorientasikan eksport Malaysia akan meningkat bila ekonomi United States dan Eropah menambah permintaan.

Terdapat lebih 700,000 rakyat Malaysia bekerja di luar negara. Separuh di Singapura, Australia, Britain dan United States.

Strategi "Reverse Brain Drain" DS Najib untuk menarik kembali brain drain dengan mencipta lebih banyak kerja berpendapatan tinggi melalui projek infrastruktur besar

DS Najib mahu bina ekonomi berpendapatan tinggi. Beliau percaya dan yakin ekonomi akan kembali tumbuh mendadak dan brain drain akan kembali bekerja di Malaysia. Talent Corporation diberi tugas menyelesaikan masalah brain drain negara.

Economic Transformation Programme (ETP) akan meningkatkan kerja berpendapatan tinggi di Malaysia. Fokus Talent Corporation adalah menarik profesional Malaysia yang bekerja di luar negara tahu ada banyak peluang di negara sendiri. Banyak entry-point projects (EPP) yang DS Najib telah umumkan dan akan umum banyak lagi.

Antara EPP yang besar:
  • MRT Lembah Kelang RM36 bilion, gross national income (GNI) antara RM3-4 bilion dari 2011-2020
  • Loji janakuasa nuklear RM21.3 bilion, GNI RM1.8 bilion setahun dari jualan elektrik bila beroperasi.
WZWH merasakan bagi kepentingan ekonomi Jerantut, EPP loji janakuasa nuklear perlu direbut untuk menjana pertumbuhan mendadak ekonomi Jerantut dengan pelaburan yang besar boleh merancak ekonomi, peluang pekerjaan dan impak EPP.












Negara perlu memanggil kembali cerdik pandai, profesional, genious, brain drain kembali bekerja. Malaysia perlu kemahiran dan skil mereka ini untuk memajukan negara.

1 comment:

dobit127 said...

ETP menggoda.....

Kalau kawan jadi 'brain drain' kawan rasanya masih mengekalkan tempat kerja lama dari kembali ke Malaysia. Kenapa?

a. Taraf 'iktiraf' masih belum mencapai mengikut kepakaran dan pencapaian. Dengan erti kata yang lain, korang buat ler bagus mana sekalipun malah ada sesetengah kes tu ciptaan mereka boleh menggegar dunia seperti internet melalui kabel elektrik.. tapi mlangnya dicipta di Malaysia ..terus senyap sunyi.Itu belum lagi jadi macam pecipta Malaysia seperti Zul Degisn, apa la sampai sekarang tak senang2 lagi...

b. Karenah birokrasi masih menebal lagi. Kalau ikut cerita teman2 kawan yang bekerja dalam bidang bersangkutan dengan kerajaan, prosedur dia sebijik macam cerita Tamil...Tiada pelincir lambat ler....Adakah kawan membuat-buat cerita?...heeeeheee..

c. Ketidakstabilan politik - Walaupun dari kaca mata kita penduduk di dalam negara Malaysia, boleh dikatakan aman dan sentosa akan tetapi berita-berita luar negara sentiasa menyiarkan berita-berita Malaysia dari sudut negatif..Contohnya kes Anwar Ibrahim sering kali menjadi paparan utama berita utama dunia. Semua itu sedikit sebanyak menjejaskan krebibiliti negara di mata dunia.

d. Hal ehwal ekonomi - Sesungguhnya kerajaan menyatakan ekonomi Malaysia stabil dan semakin bertambah kukuh tambahan pula pengenalan pelbagai program2 berimpak tinggi melibatkan pelaburan beratus bilion, akan tetapi para pemberita luar negar gemar menyiarkan berita-berita yang sudut berlainan..Rasuah, ketirisan, kroni, ketidak adilan peluang,...makhamah yang tidak menentu,...semua berita-berita ini amat membimbangkan...Bayang kalau apa-apa terjadi kepad kita...Contohnya , kes rumah terbengkalai...boleh muflis dibuatnya.

Sebenarnya ada banyak faktor lagi jadi penyebab yang memungkinkna kegagalan menarik bakat-bakat rakyat Malaysia dari balik menabur bakti di Malaysia. Di sini bukan faktor kegagalan ditonjolkan, cuma kawan amat berharap seperti rakyat Malaysia yang lain agar keadaan-keadaan itu boleh dikurangkan.

Nuklear di Jerantut......pada dasarnya kawan tak bersetuju...projek hidroelektri Sg Tekai..boleh diperhalusi lagi sebelum menjadi kenyataan..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...