Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, January 19, 2011

Kenapa Anwar Cabar Najib Debat Buat Kali Kedua?

Tun Mahathir melakukan kesilapan besar kepada negara dan 3.2 juta ahli UMNO kerana memilih, mengangkat dan menatang minyak yang penuh seorang pemimpin "Pseudo" dan kaca sifatnya bukan intan yang telah menghuruharakan politik dan ekonomi Malaysia.

DS Anwar Ibrahim membuat pelawaan kedua kepada PM DS Najib Razak agar berdebat dengan beliau berhubung kedudukan ekonomi negara dan juga mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Ketua PR itu membuat pelawaan kedua itu selepas yang pertama 11 Januari lalu dalam surat yang dihantar kepada DS Najib semalam. Anwar berkata beliau membuat pelawaan kedua itu selepas tiadanya respons daripada DS Najib sehingga kini.

Respon DS Najib membuat kenyataan di Tenang, Labis agar Anwar jangan membuat cabaran berdebat supaya tidak “demam”.

DS Najib cakap Anwar sewajarnya jangan terlalu mendesak untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu “demam” kelak jika dibongkarkan ketika berdebat.

PM menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau berharap DS Najib menerima pelawaan debat ini kerana yakin hujah yang bakal diutarakan oleh kedua-dua pihak mampu memberi manfaat kepada usaha memperkukuh amalan demokrasi, penyebaran maklumat tanpa sekatan dan memulihkan kembali ekonomi negara.

Pada Rabu lalu, DS Najib mengetepikan cabaran Anwar dengan menegaskan, harus ada hasil daripada debat yang hendak diadakan. Apa yang penting ialah pandangan public. kedua-dua Pakatan dan BN boleh mengemukakan dasar-dasar ekonomi mereka dan ia harus diputuskan untuk orang ramai.

Kenapa Anwar cabar Najib debat buat kali kedua? WZWH berpendapat ini saja cara yang boleh menaikkan kembali rating kegemilangan Anwar. Pada WZWH zaman kegemilangan Anwar sudah berlalu. Tun Mahathir kata Anwar sengaja mahu cari publisiti kerana rakyat sudah tidak pandang kepada beliau lagi.

Mari kita kaji bersama zaman Anwar di pentas politik Malaysia in those years dalam kenangan:
  • 1970an zaman popular dan perhatian.
  • 1980an zaman Mahathir mengangkat Anwar dan menatang bagai minyak yang penuh hingga memencilkan tokoh dan bintang UMNO yang lebih senior, veteran dan punyai perjuangan alif, ba dan ta yang kukuh.
  • 1990an zaman kegemilangan walaupun semua kementerian yang Anwar pegang tidak tunjukkan prestasi yang baik kerana retorik politiknya memukau rakyat dan di penghujungnya Anwar rebah kepada jerat yang dipasang sendiri. Lantas pengkhianatan kepada UMNO bermula.
  • 2000an zaman Anwar menghuruharakan politik dan ekonomi Malaysia baik dalam dan luar negara dengan mengunakan motif demokrasi, nilai-nilai universal, rasis, ugama yang berniat jahat menghancurkan Malaysia yang telah dibina oleh Bapa-bapa negarawan.
  • 2011 dan seterusnya ialah zaman kejatuhan Anwar....
Menarik bila seorang pengkomen dalam sebuah portal memberi komen berikut:
daniel,
Saya nasehat kan Najib jgn cuba berdebat dgn Anwar. pasti najib kalah. Anwar memang jagoan pidato. Anwar seangkatan pemimpin2 seperti Hitler, Sukarno, Mussolini, Marcos, Nasser Gamal yg pnter ber pidato. Sedih nya negara2 waktu mereka memimpin semua hancur lebur. 
NATO - No Action TALK ONLY

8 comments:

Anonymous said...

Kenapa DS Najib perlu melayan sesuatu yang tak pasti.. Anwar nampaknya sangat terdesak.. kenapa anwar tak ajak berdebat mengenai bajet kerajaan.. Kenapa tidak berdebat mengenai dasar kerajaan? kenapa perlu berdebat mengenai sesuatu yang tak pasti?

Anonymous said...

Najib, kalau takut cakap la takut jangan berdolak dalik.
Orang tahu Najib has cow dung brain. Tetapi sebab ramai orang Melayu, cina dan India bodoh dan sebab nama bapak dia Razak maka menjadi lah dia PM yang baghal!
Terima je la kalau rasa diri hebat dan banyak info untuk tembak Anwar. Jangan cakap sahaja ngook!

Anonymous said...

najib ditakdir jadi PM utk menjalankan kerja mentadbir negara,bukan berdebat.anwar mmg xde kerja,jd bckap jelah kejenya..baghal betol anon di atas mcm anwar jugek..kuikuikui..

Anonymous said...

bullshit lol..
sebab majoriti pemimpin umno berbuih mulut bila bercakap...

Anonymous said...

takut cakapla takut jangan suka bedolak dalih najib takut bini

Anonymous said...

budaya negara maju menggalakkan perdebatan pemimpin kerajaan dan pembangkang. kenapa kita tak diberi peluang mendengar kedua-duanya berhujah secara berdepan, sekadar perang saraf membabitkan pengikut yang mengagungkan ketua masing2.kita dengar, kita fikir, baru kita dapat buat keputusan siapa yang betul,kalau ada degree akautan, ekonomi tapi masih guna persepsi dan bukan data serta fakta, jadi la syok sendiri sampai bila2.UMNO memang bodoh.

Anonymous said...

negara maju semua debat..baru rakyat puas hati. yang kalah akan letak jawatan.

Anonymous said...

kalau nk ukur kehebatan memimpin hanya pada debat kalau macam tu tk guna la turun ke padang membantu rakyat. hanya berdebat je maka bru rakyat boleh tahu sapa yang btul atau salah. salah kalau kita berfikiran begitu. sesungguh nya untuk kita mengenali hati budi seseorang bukan dari tutur kata nya tetapi dari segala perlakuan nya. apa tndakan dia kepada suma. setakat anuar yang dari dulu hanya berdebat / reformasi / ceramah / demonstrasi cuba kita kaji apa kebajikan yang penah beliau beri. saya ingin bertanya kepada sesiapa yang pernah mengikuti pergerakkan anuar selama ini, pernah kah sekali anuar di lihat menziarah ahli2 kita yang sakit? yang benar2 memerlukan? tapi pernah kah kita tgk najib berbuat demikian? tak nampak kah isteri beliau rosmah menziarah orang. tapi pernahkah nampak azizah? kalau benar anuar perihatin pengikut-pengikut beliau maka beliau sudah sediakan insurans nyawa kepada setiap pengikut beliau ketika reformasi dahulu. maka tak de la yang akan mengadu di pukul, di baling dengan gas dan sebagainya. siapa yang buat kacau siapa pula yang dipersalah kan kemudian... dia hanya pandai berkata-kata membuat cerita