Sunday, January 9, 2011

Blog Jerantut Sudah Mati...Seperti Nasib Facebook Pada Mac 2011!


WZWH sudah nyatakan dalam posting lepas baca sini, bahawa blog-blog Jerantut sudah lesu dan tidak bermaya baik yang pro kerajaan dan pro pembangkang. 90,000 penduduk Jerantut tertanya-tanya adakah blogger sudah tidak ada idea atau tidak ada apa nak cakap.

Kecuali blog-blog Jerantut yang bertaraf nasional seperti Braveheart, Sri Tri Buana, Suara Majlis, Laksamana Jebat yang aktif dan konsisten berblog namun blog-blog ini tidak suka bicara hal Jerantut kerana tidak penting bagi mereka dan mereka tidak mahu cari musuh dan jadi tidak popular.

Blog SPU, Urag Drrulug dan Parlimen 81 pun sudah lebih tiga hari tidak buat posting. Maka arena cyberpolitik Jerantut menjadi sepi. 60 blog politik Jerantut yang lain sudah tidur lena di Gua Khafi.

Tinggallah blog WZWH seorang. WZWH ialah sebuah blog politik Jerantut. WZWH memaparkan pandangan bebas politik demi kemajuan Jerantut. Blog ini mengalu-alukan sebarang pemikiran politik Jerantut terutama dari rakyat Jerantut. Blog WZWH komited kepada pembangunan politik, ekonomi dan sosial Jerantut.

WZWH tidak takut untuk menyatakan pandangan politik WZWH. Jika orang tidak suka kepada pandangan WZWH maka itu pandangan mereka dan jika mereka mahu memusuhi WZWH itu hak mereka. WZWH tidak peduli itu semua. 

Ada kemungkinan blog-blog Jerantut yang nazak dan nak mati ni tidak mahu menulis kerana takut meluka atau menguris hati seseorang. Jika anda percaya anda ada kebenaran apa yang anda takut. Blog-blog Jerantut perlu berani memanggil keris itu keris atau lembing itu lembing.

Jika kita blog-blog Jerantut berani demi kemajuan dan kemakmuran politik, sosial dan ekonomi Jerantut kita perlu nyatakan apa yang sewajar dan mengkritik, menyatakan ketidakpuasan hati kita baik kepada wakil rakyat, ahli parlimen, MB, PM mahu pun Istana.

Siapa mereka Istana, PM, MB, ahli parlimen, wakil rakyat disisi Allah SWT jika mereka tidak beramal soleh, benar, adil, amanah, menjalankan kewajipan kepada rakyat. Mereka hanyalah titik-titik kecil yang diberi kuasa sementara amanah yang jika mereka lalai mereka akan dihumban ke dalam neraka.

Blog-blog Jerantut, ayuh bangun cukuplah menjadi zombie yang mengikut cakap tuan-tuannya. Speak your own mind!

Facebook seperti dinyatakan oleh pemiliknya Mark Zuckerberg akan ditutup bisnes pada 15 Mac 2011. Mark Zuckerberg tidak mahu mengendali Facebook kerana mahu bersara dan "menikmati kehidupan lama seperti dulu". Bukan wang yang dicari oleh beliau tetapi ketenangan.

Selepas 15 Mac 2011, 90,000 orang Jerantut tidak dapat akses Facebook lagi. Segala dokumen, fail, foto,link, nota, video dan maklumat peribadi hilang selepas tarikh itu selama-lamanya. Ini boleh membosankan 90,000 orang Jerantut.

Bloggers Jerantut perlu mengisi kekosongan ini sekurang-kurangnya kematian Facebook tidak terasa sangat.

8 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan WZWH.
Saya amat tertarik pada ayat:
"Blog-blog Jerantut, ayuh bangun cukuplah menjadi zombie yang mengikut cakap tuan-tuannya. Speak your own mind!".
Saya ingin bertanya, harap Tuan WZWH dapat menjawab dengan jujur kerana Allah. Adakah Tuan WZWH tidak menjadi 'zombie' kepada mana-mana pihak? Ataupun Tuan WZWH hanya menulis tanpa menoleh ke belakang atau melihat diri sendiri?
So, don't think what the others mind, what the others speak. Don't standing behind the mirror.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 2:21,
WZWH ialah WZWH. WZWH ialah independent thinker. WZWH mungkin menyokong atau menyukai seseorang pemimpin tetapi itu tidak bermakna WZWH follow membuta tuli.
Bila WZWH sudah mula menulis level macam ini tak kan anon tidak boleh mengenali siapa WZWH. Anon kena study sejarah WZWH. Dimana WZWH belajar. Apa kenyataan-kenyatan politik WZWH terutama dalam Pemuda UMNO Jerantut. WZWH is speaking the mind of Jerantut people. Kalau Wan Amizan dan Tengku Azlan perlu digugurkan demi kebaikan Jerantut, WZWH akan ke depan memastikannya kehendak orang Jerantut tercapai. Adakah Anon tidak percaya lagi kebebasan WZWH. Tapi orang Jerantut masih mahu lagi kepimpinan Wan Amizan dan Tengku Azlan sebab itu bertanding PRU menang!

Anonymous said...

semua org jerantut tahu yg awak tu minum air kencing wan amizan..

independent, porah!

Anonymous said...

Saya pelik sungguh dulu bukan main blog-blog Jerantut suka kritik WZWH sekarang lain pula tak terkata WZWH pula bashing blog-blog Jerantut. Ha ha ha...

Anonymous said...

WZWH,

Aok tu jenis suka cakap belit-belit. Jenis makhluk suka angkat bakul sendiri. Suadah Zurik ong kan dah ngaku penasihat ekonomi kepada Dompok, konon prujek juta-juta, jenis ngaku. Poooorahhhhh. Phhhoooooit.

Anonymous said...

Guru dibayar utk mengajar, bukan tulis blog, psl blog jerantut tu deme nak car duit gamaknya, malas dah buat kkerja sia2

Anonymous said...

Jerantut ni sampai bila2 la mundur..org jerantut mmg bodo sangat dalam bab berpolitik ni...penulis blog ni..konon2 belajo tinggi..tapi masih masuk umno konon nak pejuangkan kemajuan jeranatut..Aok masuk umno utk apa..Pastinye duit!!!!

Politikkoto said...

Kalau awok independent..awok tak masuk UMNO la pulok..tongong..Bila dah masuk dan ada jawatan..paham2 sendiri la

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...