Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, January 11, 2011

Tun Mahathir: Di Antara Kegagalan Saya Semasa Menjadi PM Ialah....


Mahathir menyatakan dalam posting terbaru blog Che Det baca sini bahawa di antara kegagalan beliau semasa menjadi Perdana Menteri ialah pemulihan dan pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Mahathir menyatakan antara sebab gagal ialah:
  • Masalah timbul berkenaan dengan pemilikan tanah dan harga tanah.
  • Ramai tuan tanah telah meninggal dunia dan siapa pewaris mereka sukar dikesan.
  • Tuntutan harga oleh tuan tanah yang dikesan adalah terlalu tinggi dan ini akan menyebabkan kos pembangunan juga amat tinggi.
  • Satu syarat yang telah dikenakan kepada pemaju ialah penduduk Kampung Baru bukan sahaja dibayar harga tanah tetapi mereka akan diberi tempat perniagaan dan kediaman di bangunan, ini juga menaikkan kos pembangunan.
  • Pemaju Melayu mungkin tidak berminat dan bukan Melayu juga mungkin tidak berminat kerana kemampuan Melayu membeli amat rendah.
Mahathir mendoakan kerajaan Najib berjaya membangunkan Kampung Baru. Dan memang Najib yakin boleh bina...

Di Jerantut pula siapa tokoh politik yang akan berkata," Di antara kegagalan saya menjadi ahli parlimen ialah saya gagal membina projek jalan Ulu Tembeling atau projek jalan Jerantut Benta?"

Sudah tentu ahli-ahli parlimen yang terdahulu sejak parlimen Jerantut ditubuhkan pada tahun 1974 hingga sekarang akan mengaku bahawa mereka gagal atas sebab-sebab tertentu seperti
  • Jalan itu tidak ekonomik.
  • Tidak ada kerjasama dari pegawai tinggi kerajaan.
  • Tidak ada kerjasama dari JPM atau KPLB atau MOF.
  • Tidak ada kerjasama dengan MB negeri.
  • Ahli parlimen sendiri tidak berminat dan tunjuk kurang kesungguhan.
Seperti juga Tun Mahathir, 90,000 penduduk Jerantut mendoakan kerajaan Najib berjaya membina projek jalan Ulu Tembeling dan projek jalan Jerantut Benta . Dan memang Najib yakin boleh bina...

Tentu Najib tidak mahu ulangi apa yang Mahathir kesalkan...di antara kegagalan saya semasa menjadi PM ialah saya gagal membina projek jalan Ulu Tembeling dan projek jalan Jerantut Benta!

No comments: